#ohmyenglish
#Villa Isabellaaa
#Villa Isabellaaa
KERTAS
KERJA
PROGRAM
KOLABORASI PERMATA SMK CHERAS – SM SAINS SELANGOR
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi Permata merupakan
projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Selangor bagi
melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 15 orang
pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman
dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SM Sains Selangor. Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras
iaitu projek pelajar cemerlang sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama
yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SM Sains Selangor
dan teknik yang digunakan oleh pelajar SM Sains Selangor yang dikenali dengan
kecemerlangan akademik mereka.
Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi
ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui
teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar
lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred
kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang
diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan
input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan
panduan berguna.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar
pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
2) Agar
pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang
sesuai
3) Agar
pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata
pelajaran
3.0 TARIKH
2 Mac 2015 – 6 Mac 2015
4.0 SASARAN
15 orang pelajar SMK Cheras Ting 3, 4 dan 5
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan : En Che Mohamad Padali B Che Mat
6.0 AKTIVITI PROGRAM
Pelajar akan dibahagikan
kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar juga akan bergaul
dengan pelajar di dalam kelas yang
ditempatkan
dan belajar bersama-sama
pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua
aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Kewangan
Yuran pelajar
= RM 10 x 15 orang =RM 150
Yayasan Pendidikan Cheras= =RM 600
Jumlah RM 750
Perbelanjaan
Yuran makan
= RM 10 x 15 orang x 5 hari =RM 750
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke
tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua