Antara koleksi kajian tindakan yang dikumpulkan oleh saya sepanjang memegang jawatan sebagai pengerusi guru kaunseling PPW Pudu bagi sesi 2014/2015. Saya mengadakan bengkel kajian tindakan pada 2014 dan mengajar sendiri ahli-ahli saya bagaimana menghasilkan kajian tindakan dengan harapan agar model amalan perkhidmatan dari sekolah lain boleh dijadikan contoh untuk diaplikasikan ke sekolah lain. Penulisan kajian dapat meningkatkan profesionalisme guru kaunseling dan sy bercadang untuk membuat koleksi kajian tindakan bagi panduan guru kaunseling yang lain.
PONTENG SEKOLAH DALAM
KALANGAN MURID-MURID KUMPULAN PENYAYANG
DI SEKOLAH SMK DATOK
LOKMAN
OLEH
NG SOOK HOOI(KAUNSELOR)
SMK DATOK LOKMAN
Abstrak
Kajian tindakan ini dilaksanakan khas untuk
mengenalpasti keberkesanan program Bimbingan dan Kaunseling ke atas masalah
murid ponteng sekolah di SMK Datok Lokman. Program ini melibatkan usaha
guru-guru untuk menghubungi ibubapa/penjaga murid yang ponteng sekolah. Kajian
ini menggunakan pendekatan pengumpulan dan penganalisaan data-data murid
ponteng, respon soal selidik dengan murid-murid yang terlibat, perjumpaan
bersama murid-murid yang terlibat bersama guru bimbingan dan kaunseling serta
memantauan kehadiran dengan penggunaan buka nota kehadiran. Tempoh kajian ini
dari bulan Ogos hingga September 2014. Hasil kajian ini amat menggalakkan iaitu
sebanyak 4 sesi belaian kasih telah dijalankan untuk setiap responden yang
terlibat selepas perjumpaan kaunselor bersama ibubapa dan penjaga responden
dengan tujuan memberi motivasi kepada murid-murid yang berkenaan.100% dari
responden soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru kelas yang terlibat
bersetuju atau menyokong penuh program ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa
kaedah perbincangan bersama ibubapa, sesi belaian kasih dan buku lapor diri
adalah amat berkesan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah
1.0 Refleksi yang lalu
Di
sekolah SMK Datok Lokman, terdapat 21 kelas di peringkat menengah rendah, iaitu
1 kelas peralihan, 10 kelas tingkatan 1 dan 10 kelas tingkatan 2. Murid-murid
kelas kumpulan penyayang merupakan 3 kelas hujung setiap tingkatan, iaitu kelas
H,J dan K. Sejak bulan Mei, peratus
ketidakhadiran murid ke sekolah semakin meningkat di sekolah SMK Datok Lokman
terutamanya bagi murid-murid tingkatan 2H, 2J dan kelas 2K. Ketidakhadiran
murid ke sekolah ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam matapelajaran yang
diajar oleh guru pada hari berkenaan. Lama-kelamaan, murid-murid yang selalu
tidak hadir ke sekolah ini boleh menjejaskan kefahaman dan penguasaan mereka
dalam mata pelajaran yang diambil seterusnya mempengaruhi pencapaian murid
dalam tingkatan-tingkatan yang seterusnya.
Ketidakhadiran
ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman ketidakhadiran kepada guru adalah
ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak hadir
ke sekolah, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah kepada
ibubapa atau penjaga murid-murid berkenaan. Sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak berkala, pihak sekolah akan
menghantar surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada ibu bapa atau
penjaga murid berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid mencapai
20 hari, pihak sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang
ketiga akan dihantar apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Namun,
tindakan sedemikian masih tidak menggalakkan murid-murid kelas kumpulan
penyayang hadir ke sekolah. Bagi mengatasi isu ini, pihak sekolah cuba
menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid-murid berkenaan ke
sekolah.
2.0 Isu Keperihatinan
Ponteng
sekolah dalam kalangan murid-murid kumpulan penyayang semakin meningkat,
walaupun mereka telah menerima Surat Amaran Pertama dari pihak sekolah pada
awal bulan Mac.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Menangani
masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kelas 2H,2J dan 2K.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Mengesan punca ponteng sekolah dalam
kalangan murid kelas kumpulan penyayang.
3.2.2 Membantu murid-murid ini mengurangkan
amalan ponteng sekolah melalui pengisian motivasi
4.0 Kumpulan Sasaran
15 orang murid daripada Tingkatan 2H,2J dan 2K
yang telah menerima Surat Amaran Kedua Ponteng sekolah pada bulan Jun dan Julai
2014.
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1
Tinjauan masalah
Daripada
analisis ketidakhadiran murid bagi bulan April ke Jun, didapati bilangan kes tidak
hadir tanpa sebab, iaitu ponteng sekolah bagi kelas Tingkatan 2H, 2J dan 2K adalah
tinggi. Saya membuat semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati
sebanyak 15 orang murid menunjukkan bilangan hari ponteng sekolah yang tinggi.
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
Data
ponteng sekolah kelas murid-murid SMK
Datok Lokman bagi bulan Jan hingga Julai
Bulan
|
Melayu
|
Cina
|
India
|
Lain-lain
|
Jumlah
|
|||||
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
|
Januari
|
224
|
173
|
108
|
99
|
23
|
14
|
18
|
17
|
391
|
274
|
Februari
|
221
|
183
|
98
|
90
|
25
|
17
|
25
|
21
|
364
|
316
|
Mac
|
205
|
172
|
54
|
32
|
17
|
13
|
23
|
11
|
309
|
218
|
April
|
237
|
219
|
65
|
36
|
22
|
20
|
21
|
17
|
345
|
291
|
Mei
|
324
|
271
|
149
|
98
|
30
|
26
|
22
|
18
|
524
|
414
|
Jun
|
337
|
259
|
120
|
71
|
29
|
30
|
30
|
25
|
446
|
385
|
Julai
|
363
|
308
|
138
|
89
|
30
|
28
|
31
|
26
|
453
|
449
|
Data
ponteng sekolah kelas kumpulan penyayang bagi bulan Jan hingga Julai
Tingkatan /bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
April
|
Mei
|
Jun
|
Julai
|
2H
|
39/568
|
45/537
|
44/463
|
50/609
|
53/540
|
50/360
|
67/540
|
2J
|
66/608
|
37/576
|
37/506
|
113/651
|
104/558
|
88/572
|
104/558
|
2K
|
68/551
|
65/522
|
82/464
|
109/603
|
100/497
|
88/336
|
169/504
|
Data
Ponteng sekolah 15 responden bagi bulan Jun dan Julai.
Responden
|
Bilangan hari ponteng sekolah dari
bulan Jan hingga Julai
|
1
|
23 hari
|
2
|
22 hari
|
3
|
22 hari
|
4
|
31 hari
|
5
|
21 hari
|
6
|
21 hari
|
7
|
25 hari
|
8
|
22 hari
|
9
|
20 hari
|
10
|
23 hari
|
11
|
24 hari
|
12
|
24 hari
|
13
|
22 hari
|
14
|
25 hari
|
15
|
25 hari
|
5.3 Tindakan yang Dijalankan
Tiga
tindakan telah dijalankan, iaitu
1. Perbincangan
dengan ibubapa responden
2. Sesi
Belaian Kasih
3. Buku
lapor diri
Bahan-bahan
dan instrumen yang digunakan
Tindakan
1: Menjemput ibu bapa murid ke sekolah untuk perbincangan isu ponteng sekolah walaupun
surat amaran sekolah telah dihantar
Tindakan
2 : Temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, faktor keluarga dan faktor
persekitaran ( memberi motivasi)
Tindakan
3 : Catatan kahadiran murid oleh kaunselor sekolah dengan buku nota kecil
setiap hari.
5.4
Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian / Penilaian)
5.4.1
Pelaksanaan Tindakan 1 – Perbincangan dengan ibubapa responden
Saya
telah menelefon ibubapa 15 orang responden yang terlibat dan menjemput mereka
hadir ke sekolah untuk perbincangan lanjut tentang isu ponteng sekolah anak.
Dalam perbualan melalui telefon, saya
memberi peringatan tentang kesalahan ponteng sekolah anak dan tindakan yang bakal
diambil oleh pihak sekolah jika masalah itu berterusan.
Namun,
dalam kalangan 15 responden, 3 orang keluarga responden tidak dapat dihubungi. Terdapat
seorang ibu responden memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah disebabkan
tidak sihat dan seorang lagi balik ke kampung atas urusan keluarga. Ibu
responden berkenaan berjanji akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak
sekolah sekiranya anak tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga pada masa
akan datang.
Sepuluh
orang ibu bapa responden yang lain memberi kerjasama yang baik kerana berjanji
akan memantau kehadiran anak memandangkan anak-anak mempunyai tabiat tidak
hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah .Contohnya bangun lewat atau malas
berjalan kaki ke sekolah kerana cuaca panas. Semua ibu bapa yang terlibat tidak
sedar bahawa anak telah layak mendapat surat amaran ponteng sekolah yang kedua.
Dalam
perbincangan bersama ibu bapa, saya dapati bagi mengatasi ketidakhadiran murid,
pihak sekolah perlu mengambil tindakan pantas. Majoriti ibu bapa amat
menghargai usaha cikgu yang sanggup menelefon dan memberi maklumat terkini
tentang tingkahlaku anak di sekolah.
5.4.2
Pelaksanaan Tindakan 2 - Sesi Belaian Kasih
Kaunselor
sekolah, Pn Ng Sook Hooi dan Encik Azmie bin Yaaçob telah menjalani sesi kaunseling
kelompok dengan semua responden mengikut kelas dan jantina. Daripada hasil
temubual, didapati respoden tidak hadir ke sekolah kerana malas dan tidak
berdisiplin.9 orang responden selalu tidur lewat kerana sibuk melayari internet
hingga larut malam. Seorang lagi selalu tertidur walaupun telah disuruh bangun
oleh ibu pada awal pagi. Namun terdapat 3 orang responden memberi alasan tidak
hadir ke sekolah kerana tidak minat belajar. 2 orang responden berasa bosan
kerana tidak mempunyai kawan rapat di sekolah.
Dalam
sesi kaunseling kelompok, kepentingan ilmu dalam kehidupan, kelulusan yang
diperlukan oleh IPTA dan IPTS telah dibawa berbincang bersama. Kaunselor
sekolah telah mengedarkan bahan-bahan berkaitan seperti contoh kerjaya.
Ahli
kelompok juga diminta berbincang isu-isu yang menyeronokan mereka di sekolah
serta cita-cita masa depan. Kaunselor sekolah menegaskan kepentingan sikap
berdisiplin dalam kehidupan kita. Semua responden menunjukkan respon yang amat
menggalakkan dalam sesi berkenaan.
Selepas
menjalani sesi belaian kasih, semua responden berjanji akan cuba hadir ke
sekolah setiap hari dan cuba belajar di sekolah sekurang-kurangnya tamat
tingkatan 5. Sekiranya terdapat hal peribadi atau sakit berehat di rumah,
responden berjanji akan menghantar surat ibu bapa kepada pihak sekolah agar
tidak dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
Dalam
sesi berkenaan, kaunselor telah menunjukkan cara menulis surat ibu bapa pihak
sekolah sekiranya responden tidak dapat hadir ke sekolah memandangkan terdapat
ibu bapa yang tidak tahu cara menulis surat rasmi. Langkah ini boleh membantu
meningkatkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan responden.
5.4.3
Pelaksanaan Tindakan 3 - Buku Lapor Diri
Buku
nota kecil telah disediakan untuk setiap responden bagi mencatat kehadiran
mereka ke sekolah setiap hari. Responden perlu mendapatkan tanda tangan guru
kelas atau guru ganti kelas dan tanda tangan ibu bapa di rumah setiap hari
persekolahan.Guru-guru kelas digalakkan menulis ayat-ayat motivasi dalam buku
nota kecil untuk menggalakkan responden hadir ke sekolah setiap hari.
Cara
ini boleh membantu ibu bapa memantau kehadiran anak ke sekolah setiap hari
walaupun kedua-dua mereka bekerja dan tiada dalam rumah.
Kaunselor
berjanji akan memberi cenderahati kepada murid yang dapat mencapaian kehadiran penuh ke sekolah
dalam bulan Ogos dan September.
Responden
|
Bilangan hari ponteng sekolah dalam
bulan Ogos
|
Bilangan hari ponteng sekolah dalam
bulan September
|
1
|
5 hari
|
2 hari
|
2
|
3 hari
|
0 hari
|
3
|
1 hari
|
2 hari
|
4
|
6 hari
|
4 hari
|
5
|
4 hari
|
2 hari
|
6
|
4 hari
|
3 hari
|
7
|
3 hari
|
1 hari
|
8
|
4 hari
|
2 hari
|
9
|
5 hari
|
0 hari
|
10
|
6 hari
|
2 hari
|
11
|
2 hari
|
1 hari
|
12
|
7 hari
|
10 hari
|
13
|
9 hari
|
12 hari
|
14
|
4 hari
|
1 hari
|
15
|
2 hari
|
0 hari
|
Bilangan
hari ponteng sekolah berkurangan bagi kebanyakan responden. Pada bulan Oktober,
3 orang responden (responden ke 4,12 dan 13) diberi surat amaran ketiga kerana
jumlah hari yang tidak hadir ke skeolah telah melebihi 40 hari.
5.5
Refleksi Kajian
Daripada
kajian ini, didapati 13 daripada responden menunjukkan perubahan positif terhadap
kehadiran ke sekolah.Seorang responden masih kerap tidak hadir ke sekolah atas
alasan sakit manakala seorang lagi pula selalu tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab.Keluarga kedua-dua respoden berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak
sekolah kerana kerap menukar numbor telefon.
5.6
Cadangan Kajian seterusnya.
Memandangkan
kajian ini boleh membawa perubahan diri yang positif terhadap kehadiran murid
ke sekolah, saya dan kaunselor-kaunselor sekolah yang lain akan menjalani
kajian yang sama dengan responden-responden daripada kelas-kelas yang lain.Saya
berharap dengan penerusan kajian ini dapat mengurangkan amalan ponteng sekolah
dalam kalangan murid SMK Datok Lokman.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
(NG
SOOK HOOI) (CHE
HASNAH BT MUHAMMAD)
Kaunselor Pengetua
SMK
Datok Lokman SMK
Datok Lokman
Heading to KL
Lalalala with no heavy trafic
Alhamdulillah safely arrived
20 comments
Assalamualaikum pn,
Mohon kebenaran untuk ambil contoh kajian-kajian tindakan dan maklumat lain di dalam blog pn ya.
Semoga Allah merahmati puan dgn sebaik-baik ganjaran :)
Terima kasih :)
salam puan mohon dijadikan contoh kajian puan ye. terima kasih.
Sila manfaatkan. Terima kasih.
Saya juga mohon kongsi....tkasih
Saya izinkan guru damai jaya. Terima kasih
Assalamualaikum puan. Mohon utk jadikan contoh utk kajian saya ya. T.kasih
Orait. Sila gunakan. Semoga bermanfaat
Heya і am foг the prkmary time hеге. I cɑmе aϲross his board and І in finding It really helpful & іt helped me ߋut
much. I hope to offer one tһing again and aid others suc ɑs you aided me.
Assalammualaikum Pn Haiza,
Saya salah seorang peserta sg Karangan, mohon kebenaran merujuk dan guna bahan kajian tindakan ini...terima kasih... puan
Assalamualikum. mohon kebenaran untuk jadikan kajian puan sebagai rujukan. Terima kasih..
Salam PUAN. Mohon utk guna kajian puan ni sbg panduan utk kajian sy jg. Terima kasih.
Waalaikummussalam dan salam sejahtera
Terima kasih kepada semua yg memanfaatkan kajian tindakan
assalam puan mohon share untuk info dan maklumat. Moga beroleh rahmat dan rezeki yg melimpah ruah di atas perkongsian ilmu yang diberi.terima kasih
Assalamualaikum puan,
Mohon izin untuk jadikan kajian puan sebagai contoh untuk saya dan sahabat saya membuat kajian di sekolah kami pula. Semoga usaha puan diberkati Allah.
Salam Wan Fairuz
Terima kasih atas doa anda.
Salam Shidah
Mana yang sesuai gunakanlah untuk dimanfaatkan
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Sangat membantu. Mohon dijadikan rujukan.
Sama -sama Tyra. Semoga dapat dimanfaatkan
assalam cikgu..mohon keizinan untuk dijadikan rujukan juga
Assalammualaikum puan, izinkan saya guna kajian tindakan ini di sekolah saya ya. moga Puan sentiasa sihat selalu dan dirahmati Allah. Amin