11 December 2014

Travel to Pumakalle- Konya- Cappadocia

Marhabah  Pumakalle!

                               



                               

                                                             

                  

Seawal pukul 6.45 pagi kami checkout dari hotel untuk menuju ke Pamukkale National Park yg terletak di Denizli. Pamukkale bermaksud istana kapas atau cotton castle mempunyai kolam kolam air panas dan travertines.  Antara 10 warisan dunia yg dilindungi oleh UNESCO. Kami merasakan kehangatan air di situ selama sejam dan bergambar di situ. Rupabentuk menakjubkan kerana air dari kolam air panas meninggalkan sisa batu kapur yang menghasilkan travertines yang bertingkat akibat air yang mengalir beribu tahun dahulu membentuk stalagmit dan stalagit.Kami merendam kaki dalam takungan takungan air mineral ini






Kemudian kami bergambar di kota Hierapolis dari zaman Greek-Roman dan Byzantine yang dapat dilihat dari gunung ganang.

                                   



Kami meneruskan perjalanan ke Konya dengan singgah di restoran Anatolia untuk menikmati yogurt dengan honey di bandar Dinar. Dengan bayaran 8 lira penjual yogurt menunjukkan kemahiran membuat yogurt dgn honey. Kami berhenti rehat selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan selama 2 jam ke Konya yg mana kiri kanan terdapat banyak  pokok ceri of couse time winter maka pokok ceri tidak berbuah. 

Kami berhenti makan tengah hari di restoran. Bagi saya restoran ini mesra pelanggan pelancong Islam kerana menyediakan surau dan tempat wuduk juga disediakan dalam kawasan surau atau mesjid. Kami dihidangkan bubur dan roti terlebih dahulu sebelum dihidangkan nasi, kentang bakar dan tomato bakar, serta ayam panggang.


Perjalanan selama dua jam diteruskan ke bandar Konya yg merupakan bandar yang paling konservatif bagi penganut Islam Turki. Konya merupakan bandar keenam terbesar di Turki.
Kami ke Mevlana Museum yang menempatkan makam Jalal ad Din Muhammed Rumi seorang sufi dikenali sebagai Mevlana atau Rumi dan pengikutnya. Seorang penyair Muslim dan mengarang karya yang hebat di zamannya dan masih menjadi rujukan di universiti. Antaranya  Matsnawi al- Maknawi. Asalnya tapak Museum ini ialah Rose Garden yang dihadiahkan oleh Sultan 'Ala' al - Din Kayqubad, sultan Seljuk kepada bapa Mevlana. Ayah Mevlana, Baha'ud- Din Walad  dikebumikan di sini. Rose Garden ini bertukar menjadi pondok agama dan setelah Mevlana meninggal, beliau juga dikebumikan di sini di sebelah makam bapanya pada 17 Disember 1273. Pengikut Mevlana ..Husamettin Celebi yang ingin membina makam untuk gurunya dan dibiayai oleh Emir Alameddin Kayser dan isteri Seljuk Emir Suleyman Pervane iaitu Gurcu Hatun.  . Makam dan pondok sufi ini dijadikan muzium pada 2 Mac 1927.

Pelbagai bahan rujukan dan Quran dipamerkan . Di tengah bilik makam terdapat kotak kecil yg dipercayai mengandungi janggut Nabi Muhammad SAW. Pelawat perlu memakai sarung plastik bagi menutup tapak kasut untuk memasuki ruang ini.

Di luar makam ini terdapat 17 bilik yang mempamerkan cara hidup sufi dan ada bacaan ayat suci Quran. Bilik perbincangan, bilik yang menempatkan Al- Quran dan tinggalan Mevlana.


Whirling Darwis atau tarian Sufi diinspirasikan oleh Melvana dimana tari berputar searah jarum jam secara berterusan. Gerakan ini simbol alam semesta yang selalu berputar. Tangan kanan menghadap ke atas sebagai simbol bersyukur kurniaan Allah dan tangan kiri ke bawah bermakna setiap manusia hidup dalam kasih sayang antara satu sama lain. Tarian ini disertai dengan zikir



Kami berada disini selama sejam sebelum meneruskan perjalanan hampir dua jam dan singgah ke Sultanhani Cavanserai yg merupakan hotel zaman silam dimana pedagang akan berhenti rehat disini. Kami memasuki Sultanhani Cavanserai dan binaan yg masih baik dengan ruang ruang seperti bilik yg terbuka. Mengikut cerita tour guide bilik tersebut hanya dipisah pisahkan dengan kain. Binaan pintu gerbang yg gah yg masih dikekalkan keasliannya.
Akhirnya kami tiba juga di Cappadocia pada pukul 8.00 malam. Travel dalam bas hari ini yg paling lama.!!






















 

Telegram Channel