10 December 2014

Travel to Kusadasi- Ephesus- Pamukkale, Turki

Cikis ! Cikis!
Wrong cikis..isykk ..isykk






Seawal 6.30 pagi kami menikmati sarapan pagi pelbagai jenis roti, salad dan buah buahan. Kami akan check out pagi ni krn bergerak ke tempat lain dan menginap di hotel lain pula malam ini. 












Pukul 8 pagi kami bertolak ke Kedai Silvio yang menjual jaket kulit di Kusadasi. Wah ada tayangan secara langsung pertunjukan fesyen. Jaket kulit original dari Turki yg terkenal sebagai silky leather kerana kelembutan jaket kulit tersebut. Turki terkenal kerana kulit kambing biri biri. Kedai ini terkenal kerana membekalkan jaket kulit untuk jenama yang terkenal di dunia. Agak lama juga hampir sejam lebih disini, kami pun bergerak ke Ephesus yg memakan masa 45 minit perjalanan.

Fashion show

Yang menarik di Ephesus ialah kawasan purba yg dilindungi oleh kerajaan.Terletak di Izmer dibina pada 10th century BC. Dianggarkan 33,600 hingga 56,000 penduduk yang menetap di sini. Bandar ini terkenal kerana Temple of Artemis yang dibina pada 550 BC yang merupakan antara 7 keajaiban dunia purba Terdapat Ginnasium Vedius dan melalui laluan Arcadia menuju ke Great Amphiteatre yg boleh memuatkan penonton seramai 25,000 dalam sesuatu masa. Kemudian berjalan laluan bermarmar ke Library Of Celcius yg masih mengekalkan senibina binaan purba. Pelbagai tinggalan binaan terdapat di Ephesus seperti Hadrian's Tample, Trojan Fountain and baths. Nota nota yang terdapat pada setiap binaan memberikan kefahaman mengenai setiap asal usul binaan. Walaubagimanapun dengan masa yang terhad kami lebih menikmati pemandangan dan bergambar sakan dan escape dari membaca nota -nota kepada setiap binaan. Orait bagi pengunjung yang pertama kali datang, kawasan ini mempunyai 2 jalan masuk dan 2 jalan keluar. Inilah yang berlaku kepada kami apabila kami mengikut sahaja laluan hingga ke hujung dan exit di situ dan tetiba kami berada di tempat lain. Kami terpaksa menghubungi tour leader untuk mengambil kami dan memang agak luas Ephesus ini kerana kami menaiki van hampir 8 minit juga barulah sampai ke pintu masuk satu lagi. Oh ya satu lagi jurugambar yang mesra akan sentiasa berlegar di sini dan mengambil gambar pelancong. Terpulang kepada kamu jika ingin membelinya atau tidak...dengan harga 7TL bagi satu gambar bersaiz 5R bagi saya agak berbaloi.

Ephesus



Library Of Celcius


Great Amphiteater










Kemudian kami menikmati makan tengah hari di Restoran Oasis Park yang menjamu sup minestrone dan roti, salad, nasi dan ala-ala sate ikan. Restoran menarik ini dikelilingi pokok buah buahan dan kami memetik buah orange pelbagai jenis dan saiz untuk dinikmati. Restoran ini juga tidak menyediakan mesjid walaupun luas dan kami disediakan ruang sebelah dapur untuk bersolat.




Kemudian perjalanan diteruskan hampir 2 jam 45 minit ke Pamukkale. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan gunung ganang yg cantik. Baru pukul 4 petang tapi cuaca gelap dan  waktu malam seperti pukul 8 malam.  Kami tiba di hotel Colossae yang mempunyai kolam air panas termal. Tetapi pelancong terlalu ramai dan tempat makan sahaja besarnya 3 kali ballroom. Orait pelbagai jenis manisan, salad dan roti disediakan. Nasi juga yg saya ambil bersama vegetable ball, liver, chicken dan kek. Owh mujur bubur ada mushroom soup untuk kehangatan.


 

Telegram Channel