11 April 2015

Kursus Sukarelawan Hospital Rehabilitasi Cheras

Mendapat surat dari sekolah jiran SM Sains Alam Shah, yang meminta menghantar pelajar untuk program Kursus Sukarelawan Hospital. Yang mana para peserta juga terdiri dari orang awam dan pelajar universiti. Walaupun saya boleh menolak untuk tidak menghadiri kursus ini kerana ia bukan arahan dari KPM atau dari JPWPKL, namun tajuk surat itu benar-benar menarik saya seperti magnet untuk menghadiri kursus tersebut dan mencari pelajar yang berminat untuk turut sama menyertainya. Ini kerana hospital ini terletak seberang jalan sahaja dengan SMK Cheras dan selalu menjentik hati saya untuk menjalankan aktiviti di situ setiap kali lalu lalang di hadapan hospital tersebut. 

Alhamdulillah dipermudahkan apabila pengerusi kelab sukarelawan HRC Pn Fauziah sendiri yang turun padang menyampaikan taklimat dan menggalakkan penyertaan sukarelawan dalam kalangan orang awam yang menghadiri kursus hari ini. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, saya mendaftar untuk kelab ini dan semoga dipermudahkan dan diringankan untuk mengikuti kursus dan program HRC dari semasa ke semasa. Antara penyampai slot hari ini ialah wakil ABIM dan NGO - UNITY yang menyampaikan perkongsian mengenai kerja sukarelawan di hospital dan mendekati pesakit dengan kerohanian. Program separuh hari yang sangat terkesan di hati.

Masa berkualiti bersama saudara mara,
Tahniah Amin dan pasangannya


 

Telegram Channel