20 June 2015

Operasi Pelaksanaan Psikometrik Ting 3 dan Ting 1 2015

Sila klik link ini http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/03/operasi-perlaksanaan-psikometrik.html untuk Operasi Perlaksanaan Psikometrik tahun 2016

JADUAL PELAKSANAAN PSIKOMETRIK

Maklumat di bawah diperolehi dari taklimat Unit Kaunseling kepada JPN. Klik power point ini untuk taklimat pembentangan kepada pelajar mengenai perlaksaaan psikometrik Tahun 3, Ting 1 dan Ting 3.
Power Point Taklimat Pelaksanaan Psikometrik 2015

TINGKATAN 3 TAHUN 2015

TINDAKAN

Penyediaan instrumen Tingkatan 3. Guru Bimbingan Dan Kaunseling (GBK) memuat turun instrumen Inventori Kecerdasan Pelbagai  (IKP) daripada Portal Lembaga Peperiksaan

TARIKH: Mulai 1 hingga 3 September 2015

(Tertakluk kepada tarikh instrumen di muat naik oleh Lembaga Peperiksaan)


Pentadbiran Ujian
IMK - Inventori Minat Kerjaya (180 item)
Mulai 21 Jun hingga 30 Oktober 2015

IKP - Inventori Kecerdasan Pelbagai
Kertas 1 – Kecekapan (70 item)
Kertas 2 – Persepsi (130 item)
Mulai 1 September hingga 30 Oktober 2015

Calon berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus daripada waktu yang
diperuntukkan bagi calon biasa

Pengiraan Skor
IMK – Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBK
Mulai 21 Jun hingga 30 Oktober 2015

IKP - GBK melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan dan memberi skor
Mulai 1 September hingga 30 Oktober 2015


Pentafsiran Skor
GBK mentaksir skor dan memasukkan data ke dalam SePKM

IMK - Inventori Minat Kerjaya (180 item)
Mulai 21 Jun 2015

IKP - Inventori Kecerdasan Pelbagai
Mulai 1September hingga 30 Oktober 2015

Memasukkan data di dalam sistem atas talian (online)


Pelaporan
a. GBK mencetak Penyata Keputusan Pentaksiran Psikometrik .
b.Tanda tangan GBK dan Pentadbir
c.Edarkan kepada setiap murid Tingkatan

Mulai 2 November hingga 20 November 2015

Penyimpanan fail
GBK menyimpan rekod untuk rujukan dan panduan semasa membuat intervensi

Mulai 2 November hingga 20 November 2015

Tindakan Susulan:
GBK menjalankan intervensi mengikut keperluan murid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JADUAL PELAKSANAAN PSIKOMETRIK

TINGKATAN 1 TAHUN 2015

Pentadbiran Ujian

IMK - Inventori Minat Kerjaya (180 item)
ITP - Inventori Tret Personaliti (150 item)

TARIKH: Mulai 16 Februari hingga 20 November 2015
Rujuk surat siaran KPM: KP(BPSH –SPKD)601/01 Jld. 11(35)Bertarikh 6 Februari 2015

Merekod skor
Menyedia dan merekod skor Ujian
Borang jawapan disimpan oleh GBK.

Pentafsiran skor

Memasukkan skor ITP dan IMK ke dalam SePKM secara dalam talian.

Pelaporan

Mencetak ;
a)Slip Penyata Keputusan Psikometrik individu (untuk simpanan rekod UBK)

b)Statistik Inventori Minat Kerjaya (IMK)- untuk pelaporan pihak pengurusan sekolah.

Mulai 14 Jun hingga 20 November 2015


Jika ada keperluan murid, ibu bapa dan pihak berkepentingan berkaitan dengan skor IMK dan ITP
boleh merujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa

Tindakan susulan

GBK menjalankan intervensi IMK dan ITP kepada murid Tingkatan 1 Tahun 2015 mengikut keperluan.

Salam Ramadhan ketiga
Ya Allah! Berikanlah daku kecerdikan fikiran dan kewaspadaan. Jauhkanlah daku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagiku sebahagian daripada kebaikan yang Dikau turunkan: Demi Kemurahan-Mu , Wahai Yang Maha Dermawan dari semua dermawan
 

Telegram Channel