Total Pageviews

1 July 2015

Kaunseling kelompok PRS


Hari ini ada perjumpaan bersama ahli PRS Tingkatan 4. Perjumpaan kaunseling kelompok PRS. Setiap kumpulan hanya terdiri dari 4 hingga 5 orang ahli PRS sahaja dan mengikut masa yang ditetapkan oleh mereka. Perjumpaan selama sejam dalam masa dua minggu sekali. Latihan kejurulatihan PRS saya jalankan bersama kaunseling kelompok PRS. Jadi saya mengajar mereka bagaimana mengendalikan sesi LDK atau kelompok mengikut prinsip dan etika yang betul. Bagi perjumpaan pertama, saya akan mengendalikan kelompok dan ahli kelompok akan memberi respon dan belajar mengendalikan kelompok. Sesi kaunseling kelompok perlu dijalankan agar guru kaunseling dapat meneroka latar belakang ahli PRS dengan baik dan membina kejelekitan. Walaupun aktiviti ini dijalankan sewaktu LDK semasa mereka menghadiri Kursus Asas PRS, namun apabila yang mengendalikannya ialah fasilitator senior PRS tentulah berbeza pendekatannya dengan guru kaunseling sendiri.Aktiviti Konsep Kendiri ialah cara yang mudah meneroka kehidupan PRS masa dahulu, kini dan harapannya pada masa akan datang. Nampak simple, biasanya aktiviti ini akan menyentuh hati ahli-ahli kumpulan kerana ada saja yang akan berkongsi kisah mereka dengan menangis bukan sahaja perempuan malah lelaki. Biasanya habis sahaja satu sesi, saya akan meminta setiap orang ahli cuba mengingati semula proses menjalankan sesi kelompok dengan penstrukturan, penerokaan, rumusan kecil, rumusan besar. Biasanya bagi pengalaman senior yang terdahulu, selepas 5 sesi kaunseling kelompok sambil menjalankan kejurulatihan PRS, saya dapat mengasah bakat mereka dan PRS yang dapat menjalankan kaunseling kelompok tahap pelajar yang baik akan dipilih untuk membantu menjalankan sesi kaunseling atau bimbingan kelompok dengan pelajar lain . Kelompok pelajar inilah yang akan dianugerahkan dengan sijil tertinggi PRS iaitu tahap bestari.

Doa Ramadhan hari ke 14: 
Ya Allah! Janganlah hukumi daku kerana kekeliruan yang daku lakukan dan ampunilah daku dari segala dosa dan kesilapan. janganlah Dikau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan bencana: Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin

No comments: