2 July 2015

Tahniah PRS dan Ahli Kelab Kerjaya


Majlis penyampaian wang tunai tajaan PIBG untuk murid yang memperolehi keputusan yang baik dan meningkat pada peperiksaan pertengahan tahun ini. Majlis ini diadakan pada hari Isnin lepas. Berkongsi kegembiraan ini memandangkan ramai pula ahli PRS dan Kelab Kerjaya yang mendapat hadiah hinggakan ada gambar yang tidak sempat ditangkap. Mempunyai pengetua yang begitu teruja dengan apa sahaja program yang melibatkan kecemerlangan akademik, hingga meminta setiausaha kurikulum memastikan agar semua pelajar mendapat habuan masing-masing jika keputusan peperiksaan meningkat. Teruskan maju dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM, PT3 dan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Semoga anda semua menjadi contoh yang baik kepada warga sekolah.

Ramadhan ke15
Lahirnya anak saudaraku yang ke 12 :)

Best student Ting 3
Tingkatan 3
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 5
 

Telegram Channel