BIL
|
FOKUS |
AKTIVITI
|
TARIKH
|
JUMLAH
PENGLIBATAN
|
|||
WARGA
KPM/JPN/ PPD/GURU
|
MURID
|
WARGA
EMAS
|
JUMLAH
|
||||
1
|
Kesedaran Terhadap Warga Pendidikan
|
Promosi warga emas :
a. Kempen menghargai warga emas
b.
Hari warga emas
c. Lain-lain program
|
18
Februari 2015
|
116
|
1450
|
0
|
1566
|
31-Mar-15
|
117
|
1450
|
2
|
1569
|
|||
2
|
Menghargai Warga Emas
|
Khidmat sukarela:
a. Lawatan Rumah orang
tua Pusat Asuhan
b Gotong
Royong - Membersih rumah orang tua, membersih pusat asihan,
c.Lain-lain program
|
3-Apr-15
|
4
|
6
|
4
|
14
|
3
|
Mengalu-alu Penglibatan Warga Emas
|
Penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah
a. Aktiviti kokurikulum
b. Perkongsian ilmu
c. Lain-lain program
|
25-Apr-15
|
116
|
1565
|
5
|
1686
|
5-Apr-15
|
20
|
120
|
10
|
150
|
|||
4
|
Program-program Lain
|
Program-program lain
yang dilaksanakan berkaitan DWEN
|
31
Dis 2014
|
52
|
320
|
20
|
392
|
Telegram Channel
31 August 2015
Data DWEN Jan-Jun 2015
30 August 2015
Kertas Kerja LADAP: Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkumpulan
KERTAS KERJA
KEMAHIRAN
PENYELESAIAN MASALAH BERPASUKAN
KE ARAH PEMANTAPAN ORGANISASI
SMK CHERAS
1.0
Pengenalan
Kursus
Latihan Dalam Perkhdimatan merupakan kursus latihan perkhidmatan berasaskan
sekolah yang dianjurkan oleh Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
peringkat sekolah bagi melengkapkan kursus latihan staf sekolah sebanyak sekurang-kurangnya
7 hari seminggu. Untuk slot LADAP yang terakhir bagi tahun 2015, pihak sekolah
menganjurkan ‘soft skill’ iaitu kemahiran penyelesaian masalah berasaskan
tugasan berkumpulan berdasarkan soalan –soalan yang memerlukan kerja berpasukan
untuk diselesaikan melalui aktiviti luar sekolah. Memandangkan pada tahun ini,
sekolah tidak lagi diperuntukkan dengan kewangan LADAP, maka semua kursus
dijalankan di dalam kawasan sekolah sahaja. Hanya slot terakhir LADAP ini yang
akan dijalankan di luar kawasan sekolah bagi mencipta suasana kelainan dan keterujaan dalam menjalankan aktiviti
kerja berpasukan. Kursus dijalankan di luar kawasan dewan atau
bilik darjah bagi meningkatkan lagi suasana keseronokan pembelajaran seperti
mana suasana pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang dialami oleh
murid sekolah. Diharapkan melalui aktiviti simulasi ini, warga sekolah dapat meningkatkan
lagi kejelekitan di antara satu sama lain dan mencipta keseronokan bekerja bagi
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perguruan di sekolah.
2.0
Objektif
1) Agar
para guru dapat menjalankan aktiviti kerja berpasukan untuk membina semangat
pasukan
2) Agar
para guru dapat mengaplikasikan kursus
ini dengan rutin seharian di tempat kerja agar meningkatkan semangat bekerjasama
antara satu sama lain
3) Agar
para guru dapat mengeratkan silaturahim dan
membina kejelekitan perhubungan di antara mereka
3.0
Tarikh
19 September 2015
4.0
Tempat
A Famosa Resort, Melaka
5.0
Ahli
Jawatankuasa
Pengerusi
: Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi : Puan Maznah Bt Musa
Setiausaha : Puan
Looi Lin Eng
Bendahari :
Puan Ang Choon Ai
AJK Kerja
AJK
Kertas Kerja : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK
Juruacara : En Mohd Fadzil B Lebai Lutfi
AJK Team Building : Cik Noraini Bt Jamaluddin
AJK
Makanan : Puan Normilah Bt Mohd Noh
AJK
Sijil : Puan Raudzah Bt Abd Rahman
AJK
Pengangkutan : Encik Amiruddin Bin Mohd
Yusoff
AJK
Hadiah : Puan Rozita Bt Musa/
Puan
Narinder Kaur a/p Peara Singh
AJK
Dokumentasi/Penilaian : Puan Nor Haiza Bt Jaine/ Puan Faezah Bt Rahim/ Puan Norhaniza Bt Abd Jamil
AJK
Jurufoto : Encik Rahimi B Abd Karim
AJK
Buku Aturcara/Pendaftaran : Puan Zeiti Anis Husaina Bt Zakaria/
Puan Suhaibah Bt Mat
6.0 TENTATIF PROGRAM
19
September 2015
7.00 pagi : Pendaftaran
7.30 pagi : Bertolak
ke A Famosa Resort, Melaka.
9.00 pagi :
Tiba di A Famosa Resort, Melaka
9.10 pagi : Ice
breaking/ Pembahagian kumpulan
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Kemahiran Penyelesaian Masalah Berpasukan
1.30 t/hari :
Makan tengah hari/ Solat Zohor
2.30 petang : Pembentangan
kumpulan
3.30 petang : Majlis
penyampaian sijil dan cenderamata
:
Rumusan Dan Penilaian
4.00 petang :
Bertolak ke SMK Cheras
5.30 petang : Tiba
di sekolah
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber
Kewangan
Tajaan YPC : RM 1,000
Yuran : RM
80 x 100 orang RM
8,000
Jumlah RM 9,000
Perbelanjaan:
Pakej A Famosa : RM 50 x 100 RM 5,000
Makanan :
RM 10 x 100 RM
1,000
Hadiah hamper : RM 1,000
Pengangkutan :
RM 1,000 x 2 bas RM 2,000 RM
9,000
8.0 PENUTUP
Diharapkan
agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para peserta dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan
sekerja agar mudah memberikan kerjasama dalam berdepan dengan pelbagai isu di
sekolah.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
(Puan Nurhaiza Bt Che Mat) ( Pn Kamariah Bt Abu)
#sehatisejiwa #Di Ambang Merdeka
29 August 2015
City Tour Kota Kinabalu
Throwback tempat yang kami pergi trip Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu ke Sabah. Antara tempat tempat menarik yang kami kunjungi sewaktu berada di Sabah ialah rumah terbalik, masjid terapung, menara yayasan Sabah, menikmati pemandangan matahari terbenam di tanjung Aru kawasan pelancongan pantai yang terkenal, Pasar Filifina untuk shopping mutiara dan kraftangan serta makanan laut kering untuk dicuba. Di rumah terbalik. tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut dan kebanyakan gambar memang kami ambil di kawasan luar rumah tersebut. Menarik betul dan bila kepala asyik memandang ke atas , bila keluar terasa berpusing dunia jap hahaha. Pemandangan yang benar-benar saya nikmati ialah pemandangan matahari terbenam di pantai kerana hobi saya mengumpul koleksi pemandangan matahari terbenam walau di mana sahaja saya pergi ;)
Kota Kinabalu Observatory Park juga adalah tempat wajib singgah sebentar untuk melihat panorama Kota Kinabalu di waktu petang. Pasar Filipin adalah pasar yang menjadi tarikan utama pelancong dan harganya berubah ubah dari gerai ke gerai. Oleh itu, berjalan-jalanla dan meminta harga terbaik untuk belian anda. Satu perkara yang saya diajar ialah melihat mutiara betul atau plastik sahaja iaitu meminta penjual mengikis mutiara tersebut. Jika rosak, maka ia bukan mutiara sebenar. Berada di sini menyebabkan mata anda rambang sekejap dan jika tiada matlamat ingin membeli apa, maka ia akan membeli apa-apa sahaja hihihi.
Saya paling suka dengan suasana pasar malam di sini dan tempat makan ikan bakar yang begitu sibuk dan hiruk pikuk. Menikmati pemandangan dan budaya tradisional di sini dari makanan, masakan, bahasa dan pakaian memberikan satu panorama yang bermakna.
Take care my lil sis
May Allah ease your journey
For a month backpackers
Tanjung Aru, Sabah menikmati pemandangan matahari terbenam |
Di rumah terbalik |
Di hadapan Menara Yayasan Sabah |
Mutiara produk popular Sabah |
Pasar Filipina |
Kundasang |
Masa untuk pulang. Semoga bertemu kembali Sabahan |
Excoursemate dan geng zaman U yang kini menetap di Sabah |
28 August 2015
Lawatan Ke SMK Taman Melati: Johan Laluan PPDa JPWPKL
UBK menganjurkan sesi lawatan ke SMK Taman Melati untuk lawatan penandaaras laluan PPDa yang mendapat johan laluan PPDa peringkat JPWPKL dan akan mewakili ke peringkat kebangsaan nanti. Sekolah kami baru sahaja ingin memulakan inisiatif laluan PPDa dan lawatan ini sangat bermakna kerana ahli PRS berupaya untuk melihat bagaimana laluan PPDa ini dibina bagi melaksanakannya di sekolah. Salah seorang guru kaunseling iaitu Cikgu Raudzah bertugas sebagai naib setiausaha PPDa sekolah dan sudah memulakan inisiatif menaiktaraf laluan PPDa di sekolah pada tahun ini. Gambar dikongsi oleh Rozi dan Raudzah hasil lawatan mereka ke sana pada 26 Ogos 2015. Tak dapat join mereka memandangkan ketika ini saya di Avillion Cove Port Dickson untuk kursus peringkat JPWPKL. Terima kasih kepada tuan rumah di atas layanan yang begitu baik dan semoga ilmu yang dicurahkan dimanfaatkan sepenuhnya kepada kami. Semoga SMK Taman Melati mendapat tempat yang terbaik di peringkat kebangsaan kelak.
Selamat bercuti
Subscribe to:
Posts (Atom)
NURHAIZA CHE MAT
Popular Posts
- RANCANGAN TAHUNAN UNIT KAUNSELING 2024/2025
- Kertas Kerja Minggu Orientasi Ting 1/2023
- Teks Pengacara Dan Slaid ACT SMART
- Kertas Kerja Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Emosi Murid
- Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di Sek Men Harian Biasa
- Kriteria Pemilihan Pakej STEM Ke Ting 4 /2021
- Skop Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling
Blog Archive
Label
artikel/kajian
blackcoffeewithsugar
buku dan karya kreatif
Cherasian
counseling approach
course
dokumentasi
DWEN
google classroom
guru cemerlang
guru kaunseling
Guru Kaunseling Pudu
Guru Kaunseling WPKL
Guru Penyayang
inovasi
inspirasi MGKKL
kajian tindakan
Kelab & kerjaya
kelab kerjaya
kertas kerja
KLCA
kurikulum
MGKK
mind and soul
peer
pembangunan sahsiah
pembimbing rakan sebaya
pengurusan
pengurusan UBK
peningkatan disiplin
portal DL
Program 3K
program minda sihat
projek permata
psikometrik
psikososial
sarana
sistem DeKS
Southern Star
SUIT
travel oversea
trip local
VLE Frog
Yayasan Pendidikan Cheras
youtube
Telegram Channel