Sambutan RIMUP Merdeka Aidilfitri berjalan dengan baik. Walaupun pada mulanya saya dah cuak dengan hujan lebat di awal pagi, namun pada pukul 8.00 pagi hujan beransur renyai dan kami memulakan program dengan bulan kemerdekaan . Seperti yang telah saya sebutkan dalam entri blog saya sebelum ini, program ini mempunyai 5 pakej iaitu projek RIMUP kokurikulum di mana guru kaunseling selaku AJK, Projek Guru Penyayang dimana saya master mind, Projek DWEN dibawah UBK juga di mana Cikgu Rozi selaku penyelaras, Projek KSIB kerjasama swasta dan ibu bapa di bawah penyelaras UBK juga dan bulan kemerdekaan di bawah panitia Sivik. Oleh kerana 4 projek di bawah UBK, saya selaku setiausaha dan naib setiausaha ialah setiausaha kokurikulum.
Projek hari ini ialah idea dari puan pengetua sendiri. Memandangkan idea asal saya hanyalah RIMUP melalui aktiviti mentor mantee dan Projek Guru Penyayang sambutan Aidilfitri secara tertutup dengan warga sekolah. Tetapi pengetua menambah pakej kepada 5 projek sekaligus menjadikan ia projek mega sekolah. Sejak dua minggu lepas, urusan saya di sekolah banyak fokus kepada projek ini sahaja. Alhamdulillah direalisasikan juga pada hari ini!
Pendaftaran program
|
Persembahan bulan kemerdekaan |
Sambutan perasmian |
Sambutan perasmi |
Ucapan VIP dan Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum |
Pelancaran perasmian program |
Pelancaran program |
Pertukaran cenderamata antara Jabatan Penerangan |
Photo booth inisiatif Cikgu Padali |
Photo booth |
Pertandingan badan beruniform |
Pertandingan persembahan badan beruniform |
Pertandingan badan beruniform |
Pertandingan mewarna |
Jamuan makan bermula |
Dekorasi khemah Hari Raya |
Kehadiran terbaik: Kadet Polis |
Anugerah busana perempuan terbaik |
Insentif hadiah kelas 4K1 terbaik hiasan kelas dan unit pusat sumber terbaik hiasan bilik khas tema Hari Raya Aidilfitri |
Insentif hadiah busana lelaki terbaik |
Pertandingan mewarna |
Program KSIB: Ibu bapa selaku urusetia pertandingan |
Juruacara berbilang bangsa |
ATURCARA PENTADBIRAN
PROGRAM RIMUP MERDEKA AIDILFITRI
DAN
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK CHERAS
7.30 pagi
|
· Pendaftaran murid di stesen mengikut badan beruniform masing – masing.
·
|
7.50 pagi
|
· Pergerakan semua murid ke Dataran Perhimpunan dan duduk di dalam khemah badan beruniform masing-masing
|
8.00 pagi
|
· Program Bulan Kemerdekaan
|
8.45 pagi
|
· Persiapan Jamuan Merdeka Aidilfitri
|
9.00 pagi
|
· Persembahan Merdeka Aidilfitri
|
· Ketibaan tetamu jemputan dan ibu bapa
| |
9.30 pagi
|
· Ketibaan Tetamu Kehormat
Tn. Haji Shah Bani Bin Saad
Timbalan Pegawai Penerangan Kawasan
Jabatan Penerangan Malaysia.
|
· Nyanyian Lagu Negaraku
· Bacaan Doa
· Ucapan Pengetua SMK Cheras
· Ucapan Tetamu Kehormat dan pelancaran program RIMUP Merdeka Aidilfitri
dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015.
· Penyampaian cenderamata daripada Jabatan Penerangan kepada pihak
Sekolah
· Penyampaian cenderamata daripada Jabatan Penerangan kepada PIBG
· Penyampaian cenderamata daripada Pengetua kepada Tetamu Kehormat.
· Slot Dasar Warga Emas Negara (DWEN):Penghargaan Terhadap Warga Emas
· Memperkenalkan Encik Mohamad Sidek Bin Dollah selaku wakil DWEN yang hadir serta latar belakang
Ucapan Encik Mohamad Sidek Bin Dollah
Penyampaian hadiah kepada Warga Emas
| |
10.00 pagi
|
· Jamuan Merdeka Aidilfitri bermula
|
10.30 pagi
|
· Pertandingan Persembahan Merdeka Aidilfitri
|
11.45 pagi
12.20 tengah hari
|
gotong royong membersihkan rumah terbuka.
· Penyampaian Hadiah
- Pertandingan Mewarna Sehati Sejiwa
- Busana Tradisional Terbaik
- Kehadiran Badan Beruniform Terbaik
- Rumah Terbuka Tercantik
- Rumah Terbuka Paling Sopan dan Mesra Tetamu
- Rumah Terbuka Juadah Paling Pelbagai
- Rumah Terbuka Juadah Paling Istimewa
- Persembahan Badan Uniform Terbaik
|
12.50 tengah hari
|
· Bersurai
|
Keep calm
Alhamdulillah berjalan baik
Terima kasih warga Cherasian!