Total Pageviews

7 September 2015

Biasiswa Tun Mahathir - YPC


Pagi ini slot dari Kolej IT Web - Yayasan Pendidikan Cheras telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah selepas perhimpunan pagi. Kolej YPC adalah kolej yang berhampiran dengan sekolah hanya 5 km sahaja dengan sekolah jauhnya menyebabkan ia merupakan antara pilihan murid sekolah saya untuk menyambung pengajian. Yayasan Pendidikan Cheras merupakan satu organisasi yang tidak asing kepada warga pendidik di kawasan Cheras kerana jasanya dalam membantu meningkatkan bilangan pelajar untuk menyambung pengajian, di samping pelbagai dana untuk tujuan pendidikan. Murid diperkenalkan dengan skim biasiswa 100% dari biasiswa Tun Mahathir jika berminat mengikuti kursus foundation selama setahun sahaja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dengan biaya pinjaman PTPTN untuk pengajian 3 + 0 iaitu di Malaysia selama 3 tahun  dengan program dengan kerjasama Liverpool John Moores UK atau meneruskan pengajian ke Liverpool John Moores University di UK dengan pembiayaan sendiri.

Yang paling penting sekali, Kolej ini menawarkan tempat untuk murid bagi serendah 3 kredit dalam SPM bagi pengajian Diploma In Creative Multimedia, Diploma in e- business technology dan diploma in business management dan pinjaman PTPTN yang mana ia merupakan laluan alternatif untuk melanjutkan pelajaran.

Salam mohon restu
Countdown UPSR..









No comments: