Taklimat Dari Dr Ismail Zain |
Pagi ini saya ke SMK Convent Jalan Peel untuk majlis pelancaran Dataraya Tutor Utusan Malaysia mengenai projek usahasama dengan Yayasan Pendidikan Cheras. Bacaan IPU jerebu hari ini sudah ingin mencecah 150 tapi saya sendiri sudah mula memakai mask hari ini kerana cuaca bertambah teruk. Saya terlibat sebagai penyelaras projek Dataraya Tutor untuk peringkat sekolah saya. Seramai 40 orang murid yang terlibat dengan projek ini dan saya mengambil seramai 40 murid sasaran permata Juara untuk menyertai aktiviti ini yang merupakan akases percuma dengan pemberian password dan username. Dataraya tutor boleh diakses diwww.tutor.com.my
dan dibangunkan untuk kepelbagaian platform penggunaan sama ada komputer meja, telefon pintar, tablet dan sebagainya -android, IOS atau windows. Program atas talian merupakan edisi naik taraf versi asal tutor.com.my. Setiap bahan yang digunakan murid akan diemaikan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kegunaan bahan -bahan ini dalam kalangan murid terpilih. Ia juga membantu memudahkan guru kerana pengguna dibenarkan mengintegrasi, memanipulasi serta membuat simpanan bahan siap, mencetak, mencari bahan tambahan internet, membuat salinan dan sebagainya di atas satu paparan skrin yang sama.
Hi Tea with exstudent
Zahidah..good luck
New life..new job at France
May Allah ease your life
Makmal portal Dataraya Tutor |
En Jamil PK Tadbir SMK Cheras |
Pelancaran Data Raya Tutor |