SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH
PENGENALAN PROJEK
Projek Inovasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur yang bertajuk SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR
SEKOLAH ini merupakan satu sistem pengurusan kaunseling di atas talian. Setiap
bidang kerja kaunselor sekolah boleh dilakukan secara atas talian dengan
menggunakan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH. Maksud DASHBOARD dalam projek
ini merupakan satu paparan utama setiap bidang kerja kaunselor sekolah.
e-KAUNSELOR membawa maksud dalam projek ini, seorang pengamal kaunseling di
sekolah menggunakan teknologi terkini
secara atas talian untuk menguruskan setiap bidang kerjanya.
SISTEM
DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dicipta
apabila pasukan kaunselor SMK Cheras, Kuala Lumpur merasakan terbeban dan
menghadapi masalah apabila terlalu banyak tugas menganalisis setiap data dari
setiap bidang kerja yang dilakukan oleh kaunselor sekolah sekarang. Hasil dari
pemantauan dan pemerhatian kami, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh
para kaunselor sekolah sedekad ini. Antara masalah yang dihadapi ialah
melaksanakan tugas yang sama untuk beberapa kali, kesuntukan masa untuk
menjalankan tugas hakiki iaitu menjalankan sesi kaunseling dan sebagainya.
SISTEM
DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH direka
khas untuk para kaunselor sekolah dengan mengecilkan skop tugas secara
berpusat. Sistem ini direka dengan membentuk tiga modul sistem untuk bidang
tugas kaunselor. Antara modul yang direka ialah MODUL e-KAUNSELING, e-PELAPORAN
dan e-PENGURUSAN. Setiap modul yang direka mempunyai fungsi masing-masing
mengikut bidang kerja para kaunselor. MODUL e-KAUNSELING berfungsi sebagai
penyimpanan rekod sesi dan perkhidmatan kaunseling secara pengkalan data (database) melalui medium atas talian.
Dalam modul ini juga ia boleh menjana data secara automatik bagi menunjukkan
hasil secara data dari perkhidmatan yang dijalankan.
MODUL e-PELAPORAN pula
berfungsi sebagai penyimpanan data pelaporan yang mengikut kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap
data pelaporan juga mempunyai sistem janaan secara automatik di atas talian.
Manakala MODUL e-PENGURUSAN pula berfungsi sebagai STOR atau FOLDER bagi
menyimpan bahan atau fail seperti kertas kerja, pelaporan program dan
sebagainya secara atas talian. Dengan adanya modul ini, dapat menyenangkan para
kaunselor untuk mengakses segala bidang kerja berkaitan kaunseling di mana-mana
sahaja dan dengan apa jua peralatan komputer mahupun telefon pintar.
Diharapkan SISTEM DASHBOARD
e-KAUNSELOR SEKOLAH ini dapat membantu para kaunselor dalam memudahkan
proses kerja sebagai pengamal kaunseling sekolah dan seterusnya dapat
memantapkan lagi profesion kaunselor selari dengan kemajuan teknologi terkini.
OBJEKTIF PROJEK
1. Dapat memudahkan pengamal kaunseling dalam menjalan
bidang kerja sebagai kaunselor sekolah.
2. Dapat memperkenalkan kepada pengamal kaunseling tentang pengurusan
bidang kerja kaunseling secara berpusat, tersusun dan efektif.
3. Penyimpanan data secara sistematik dan berpusat.
4.
Dapat menarik klien
khususnya murid sekolah dalam meneroka potensi diri serta permasalahan diri
secara self-service atau layan diri (online).
5. Dapat meningkatkan profesionalisme kaunselor sekolah ke
arah perkhidmatan terbaik.
RASIONAL PROJEK
Rasional
projek ini adalah untuk membantu para kaunselor sekolah dengan penggunaan
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dan sekali gus
dapat menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan tugas amnya. Manakala pihak murid
pula dapat menggalakkan murid sekolah dalam penerokaan potensi diri serta
penyelesaian permasalahan yang dihadapi olehnya.
NILAI
TAMBAH
Inovasi Sistem Dashboard
e-Kaunselor Sekolah mempunyai nilai tambah iaitu e– temujanji dan e-intervensi.
Sistem e-temujanji ialah sistem e-borang secara atas talian untuk memudahkan
murid mengatur temujanji dengan guru kaunseling pilihannya. Melalui e-
temujanji, murid secara sukarela bertemu dengan guru kaunseling. Sistem e-intervensi
pula membolehkan murid menjawab inventori walau di mana sahaja seperti Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait
Personaliti, Inventori Minda Sihat, Inventori Gaya Daya Tindak, Soal Selidik Kendiri
Murid, penilaian pra dan pos Kembali Ke Sekolah, penilaian pra dan pos Jati
Diri. Melalui inventori ini, murid boleh memberi respon dan pertemuan dengan
guru kaunseling akan diatur untuk mentafsir inventori tersebut.
SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Skop penggunaan SISTEM DASHBOARD
e-KAUNSELOR SEKOLAH ini digunakan oleh para
kaunselor secara khususnya dan boleh juga digunakan oleh para murid khususnya
dengan cara mengakses melalui Vle Frog atau Blog Rasmi Unit Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah.
Selain
itu, terdapat juga beberapa perkara yang membataskan projek ini antaranya
penyediaan komputer tetap khusus untuk setiap kaunselor dan klien, pengkalan
data kecil khas untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling, dan juga latihan secara
intensif kepada para kaunselor dalam menggunakan sistem ini.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
SISTEM
DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH
penting kepada para kaunselor bagi memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dijalankan
secara berpusat, tersusun dan
efektif. Apabila tugas kaunseling dipermudahkan ia akan meningkatkan
profesionalisme seseorang kaunselor itu dan sekali gus dapat menghasilkan mutu
kerja yang baik dan berkesan. Selain itu, ia juga memberi impak besar kepada
klien, pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ini kerana segala hasil kerja yang ditugaskan dalam bidang
kaunseling dapat dijalankan secara atas talian, cepat dan berkesan.
KAEDAH ATAU METODOLOGI PROJEK
Setelah
perbincangan dibuat antara kami, kami memutuskan kaedah projek ini terbahagi
kepada empat peringkat iaitu, peringkat lakaran konsep SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR
SEKOLAH, peringkat pengumpulan semua data bidang kerja kaunseling sekolah
mengikut bidang fokus dalam bimbingan dan kaunseling sekolah, peringkat
membangunkan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH secara atas talian dan privasi dan akhir sekali pelaksanaan SISTEM DASHBOARD
e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam setiap bidang kerja kaunselor di sekolah dan
sekolah-sekolah dalam Wilayah Pudu.
Modul e-kaunseling
-
Penyimpanan
data sesi secara berpusat setiap kaunselor di dalam Database.
-
Klien
boleh akses temu janji dengan kaunselor secara atas talian
-
Terdapat
soal selidik secara atas talian atau dikenali sebagai e-INTERVENSI.
-
Janaan
data secara gambar rajah (graf)
Modul e-pelaporan
-
Penyimpanan
data pelaporan kaunseling dan aktiviti secara atas talian (database).
-
Kesemua
data pelaporan mengikut format atau kehendak KPM, JPN, PPD.
-
Janaan
data secara gambar rajah (graf)
Modul e-pengurusan
-
Berfungsi
sebagai penyimpanan atau stor atau folder bagi setiap bidang kerja kaunselor
sekolah.
-
Penyimpanan
fail, kertas kerja, pelaporan program, surat-menyurat dan sebagainya.
KESIMPULAN
Secara
umumnya, projek ini memerlukan komitmen para kaunselor dalam menggunakannya SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH
ini bagi menjadikan ia salah satu kaedah membantu dan memudahkan setiap bidang
kerja setiap pengamal kaunseling sekolah.
Bulan cabaran mental dan fizikal
Deretan 2 minggu yang melelahkan
Ya Allah, semoga dipermudahkan
![]() |
Contoh ekaunseling ketua kaunselor tetapi kaunselor 2, 3 dan 4 juga format yang sama |
![]() |
e-rekod sesi kaunseling |
![]() |
e-rekod sesi kaunseling |
![]() |
e-intervensi murid diakes melalui blog ubk |
2 comments
Nak info lanjut ttg dashboard ni cikgu. Harganya?
Boleh hubungi 0123749081 admin yang membina sistem ini dan dibuka untuk tempahan. En Che Mohamad Padali