24 December 2015

Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di Sek Men Harian Biasa

Perkara yang selalu menjadi isu sewaktu buka sekolah untuk murid tingkatan 4 setiap tahun ialah aliran mata pelajaran elektif yang manakah yang boleh murid ceburi.

SILA RUJUK ENTRI TERKINI DiS 2017 SUBJEK ELEKTIF TERKINI STEM
Klik link:
Pemilihan Ke Ting 4 Berdasarkan Psikometrik, PBD dan PT3

Rujuk entri ini untuk
panduan memahami pentaksiran pt3 , psikometrik, pAJSK dan SEGAK

Rujuk entri ini terkini 2019
panduan oleh guru kaunseling pakej subjek ting 4 KSSM

KELAS ALIRAN SAINS


NILAI PULANGAN TINGGI

- Biologi/Fizik/Kimia/Add Math/ Prinsip Akaun
- Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun
- Fizik/ Kimia/Matematik Tambahan/ Rekacipta
- Fizik/Kimia/ ICT / Matematik Tambahan
-Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan
- Bahasa Arab/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Pendidikan Al Quran Sunnah/ Pendidikan        Syariah

Kekuatan :  
1) Peluang IPT lebih terbuka luas kepada murid aliran sains kerana murid aliran sains boleh meneruskan kursus sains atau berubah haluan ke aliran perakaunan mahupun sosial.
2) Peluang ke matrikulasi terbuka untuk murid yang mengambil pakej bersama mata pelajaran Matematik Tambahan .
3) Terdapat 4 subjek elektif dimana IPT memerlukan sekurang -kurangnya satu matapelajaran elektif

Cabaran:  
1) Mesti mempunyai peruntukan masa yang berdisiplin kerana kesukaran subjek itu sendiri dan lebih banyak mata pelajaran elektif berbanding aliran lain di sekolah mennegah harian biasa. 
2) Berminat dan bukan dipaksa atau mengikut kawan kerana subjek yang banyak memerlukan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan

Syarat Masuk ke Aliran Sains Syarat kemasukan mengikut Surat Pekeliling KPM 22/2014 mengenai Kriteria Kemasukan Murid Ting 4 Aliran Sains Tahun 2016 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah:
1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains Ting 4
2) murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, Band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta meminati aliran sains berdasarkan psikometrik 
3) kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains berdasarkan psikometrik
4) gred E dalam mana-mana subjek sains dan Matematik tidak digalakkan memohon



KELAS ALIRAN PERAKAUNAN
 Prinsip Akaun dan  Ekonomi Asas
 Prinsip Akaun dan Perdagangan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan

Di SMK Cheras ditawarkan kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas manakala satu kelas lagi ialah Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas.

Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak   berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C. 

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata pelajaran elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1 mata pelajaran elektif yang kredit


KELAS ALIRAN PERDAGANGAN DAN SENI
Mata pelajaran elektif Perdagangan dan Seni
Geografi dan Seni
Kesusasteraan Melayu dan Seni

Di SMK Cheras Perdagangan ditawarkan bersama subjek Seni


Kekuatan : 
1) Murid aliran akademik yang rendah penguasaan akademiknya 
2) Silibus mata pelajaran elektif yang agak rendah tahap kesukarannya 

Cabaran
1) Mesti berminat dengan kerja projek folio bagi sokongan untuk markah SPM
2) Mesti kreatif dan berbakat dalam seni lukis
3) Subjek elektf yang diambil hanya boleh memasuki kursus tertentu di peringkat universiti dan politeknik kerana pakej mata pelajaran elektif ini tidak banyak ditawarkan di peringkat universiti dan kolej selepas SPM.

KELAS ALIRAN MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
Mata pelajaran vokasional seperti Rekaan Jahitan Pakaian , Seni Reka Tanda, Automotif, Katering Dan Penyajian Makanan, Pendawaian Domestik, Akuakultur dan haiwan reakreasi, Tanaman Makanan, Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut, Produksi Multimedia, Membuat Perabot, Hiasan Dalaman Asas, Menservis Automobil, Menservis Motorsikal, Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Di SMK Cheras menawarkan Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda

Kekuatan: 
1) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
2) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik 
3) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional 

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus  bentuk kemahiran sahaja dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama. 
2) Pengambilan terhad untuk murid ini bertukar laluan akademik dengan menggunakan sijil SPM semata-mata untuk ke kursus berorientasikan akademik pula dan subjek teras seperti Matematik dan Sains perlu minimum B jika bersaing dengan murid aliran pakej elektif yang lain yang lebih diterima untuk ke kursus berorientasikan akademik kerana pakej mata pelajaran elektif yang lebih sesuai.


KELAS ALIRAN PVMA (PROGRAM Vokasional Menengah Atas)
Kelas Penyediaan Makanan, Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Animasi, Pembuatan Perabot, Dekorasi Dalaman, Automotif, Motorsikal, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pendawaian Elektrik, Akuakultur, Tanaman

Di SMK Cheras disediakan Kelas Penyediaan Makanan

Kekuatan:
1) Murid akan menduduki peperiksaan yang setara SPM pada akhir ting 5. Murid akan menerima pernyataan MPAK iaitu Pernyataan Mata pelajaran Aliran Vokasional bagi mata pelajaran akademik yang tertentu DAN sijil kemahiran malaysia (SKM ) tahap 1 dan 2 atau pensijilan lain-lain dari agensi pentauliahan peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna jika gagal SPM masih lagi layak mendapat sijil SKM tahap 1 dan 2 berdasarkan syarat pemberian sijil SKM.
2) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
3) Mata pelajaran akademik teras tidak mempunyai Sains. Malah subjek Matematik adalah mengikut Kolej Vokasional yang tidak sama dengan Matematik aliran perdana. Ini bermakna subjek teras yang rendah tahap kesukarannya.


Syarat Masuk
1) calon warganegara Malaysia
2) murid bersekolah di SMK atau di SMBK
3) murid mestilah telah menduduki PT3, Pentaksiran Sekolah, pentaksiran psikometrik, pentaksiran PaJSK
4) Sihat tubuh badan
5) Bebas masalah mental
6) Bebas dari penagihan dadah dan sakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis, epilepsy, atau kecacatan yang menghadkan kerja amali
7)Menguasai 3M
8) Tidak rabun warna
9) Berminat dengan kursus dipohon


TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI
Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 3tahun 2015 sudah bersedia dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu persekolahan. Jika anda berada dalam dilemma memilih aliran mata pelajaran elektif yang sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika tidak, anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah dengan gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.
2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat cenderung ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk meneruskan aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.
3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda ambil di tingkatan 4 ini selepas SPM.
4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik anda memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini kerana subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan stail yang sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil mata pelajaran kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini diajar dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah yang perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.
5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk menceburi kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut. Sememangnya ada sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya. Contohnya masuk aliran sains tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang penting diri anda, jangan membeza-bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di peringkat SPM, keputusan tidak melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka seseorang perlu adjust semula hala tuju hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4 ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains fizikal Lukisan Kejuruteraan kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada menunjukkan kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda tidak mengambil Lukisan Kejuruteraan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik kod 3 mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat dengan keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat bertukar kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar aliran ke kursus berorientasikan Sains selepas SPM.

Salam Maulidur Rasul:

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Aku Memohon Dan Aku Menghadap kepadaMu
Dengan Keberkatan Nabi Kami Muhammad
Nabi Yang Membawa Rahmat
Ya Muhammad, 
Sesungguhnya Dengan Keberkatanmu, 
Aku Menyerahkan Hajatku Kepada Allah
Supaya Allah Menyempurnakan Untukku






Salam Mohon Restu sempena PT3
Solat Hajat sempena peperiksaan PT3

450 comments

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 450   Newer›   Newest»

Assalamualaikum cikgu, sy mendpt 3A dn E utk Matematik dlm peperiksaan pt3 baru2 ni. Hasil dari keputusan ini, sekolah sy tlh meletakkn sy di dlm kelas aliran sains pertanian (subject BM, BI, Sej, Agama Islam, Matematik, Sains Pertanian & Geografi). Sy kecewa kerana tdak dpt masuk ke kelas ekonomi asas. Oleh itu, apakh bidang yg blh sy ambil di peringkat ijazah / diploma nnt slps spm 2017 hasil kombinasi subject yg diberi ini kerana sy rasa pilihan kursus ijazah utk sy spt tiada di peringkat ipta. Walaupun sy ambil sains pertanian di peringat spm 2017, blh kh sy ceburi bidang lain di universiti nnt. T.kasih.

Dengan kelulusan pt3 Matematik E , agak sukar untuk pihak sekolah menawarkan kursus mata pelajaran elektif Ekonomi Asas. Ini kerana kombinasi mata pelajaran elektif ini juga melibatkan pengiraan. Dari pernyataan masalah anda cikgu andaikan anda berminat dengan bidang pengurusan, pemasaran dan kewangan.

Walaubagaimanapun, cikgu harus mengingatkan anda bahawa mata pelajaran elektif yang anda ambil iaitu sains Pertanian dan Geografi mempunyai kelebihannya tersendiri. Anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam diploma pengurusan perniagaan malahan dengan subjek pertanian membolehkan anda melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengurusan, kewangan seperti yang ditawarkan di IPTA iaitu UiTM malahan program diploma usahama dengan Kolej Polytech MARA (KPTM) dan Institut Profesional Baitulmal.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

Kolej Polytech MARA (KPTM)
Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.

INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus. Y Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


Politeknik
Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester

Oleh kerana anda berminat dengan IPTA maka cikgu menyenaraikan IPTA dan setaraf dengannya untuk kamu lihat bagaimana banyaknya peluang untuk kamu dengan syarat mana-mana mata pelajaran elektif yang anda ambil asalkan syarat umum sama ada 5 kredit dan ada yang srendah 3 kredit dengan kombinasi mata pelajaran elektif apa sahaja. Selain itu banyak lagi tempat -tempat yang boleh kamu teroka selepas SPM nanti yang menawarkan yuran yang berpatutan terutama sekali di IPTS.

Semoga anda terus bersemangat untuk menghabiskan lagi 2 tahun usia di bangku sekolah dengan terget pencapaian akademik yang baik terutama sekali Matematik


Assalamualaikum,saya mendpt E dlm sains dan F dalam math.Cg telh meletakkan ke dlm kelas yg empunyai subjek elektif iaitu PSv,Rekacipta dan Prinsip Perakaunan..Adakah saya boleh menjadi akauntan masa hdpn?ataupun apakah saya boleh mencari bidang lain di universiti..Boleh jelaskan ?Tqvm

Sekiranya anda masuk aliran elektif pakej prinsip akaun sudah tentu cabang anda boleh menuju ke akauntan dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit bersama kombinasi mata pelajaran Matematik dan menepati syarat umum universiti seperti 5 kredit dalam SPM atau 3 kredit pada institusi lain. Oleh kerana anda juga mengambil PSV dan rekacipta anda juga boleh menggunakan kekuatan subjek ini untuk kursus yang berkaitan dengan art and design .

Adakah mpv dapat membantu saya untuk menceburi dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik

Sudah tentu. Ini kerana kekuatan kelas aliran mpv ialah anda mempunyai sijil SPM yg mana Sains dan Math SPM yg standard dgn sijil SPM aliran elektif lain dan tambahan satu subjek kemahiran. Anda boleh memohon bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik di politeknik, institut kemahiran dgn diploma kejuruteraan dengan pakej mata pelajaran anda

Assalamualaikum,cikgu..saya ni minat english,math plak biasa2 jer...sains plak saya rasakan saya x blh nk bawa..tapi,saya plak teringin nk jadi penyanyi..dan saya juga x tau nk pilih jurusan apa nk ambil slps pt3!!??saya x tau nk jadi ape(cita-cita saya),mak ayah saya plak mengharapkan saya jadi doktor tapi sya takot saya tak blh sbb saya x berapa minat sains ni ..ya allah,teruknya saya ni..saya hrp cikgu dpt kongsikan pendapat cikgu sbb kwn2 saya pon ade yg same mcm saya..harap cikgu dpt beri pendpt,ye..

Salam
Dilemma murid setiap kali memilih aliran utk ke ting 4. Ini krn anda mempunyai minat yg pelbagai dan impian kerja yg berubah ubah. Dari sek rendah, sudah meletakkan pelbagai jenis cita cita. Krn itulah inventori minat murid dijlnkan di sek rendah, then di ting 3 iaitu psikometrik sewaktu pt3 untuk mengetahui minat anda cenderung ke arah mana satu dr 6 bidang kerjaya. Kdg kala minat kita ke arah Investigatif yg mana ia cenderung ke aliran sains dan minat kerjaya juga ke arah kerjaya sains tetapi math dan sains pula tiada kebolehan dgn result C atau D. Oleh sbb itu ia tidak melayakkan pula utk mengambil aliran sains. Maka ketika ini anda perlu adjust kembali pilihan minat kedua anda pula. Tunggu sehingga anda mengambil ujian psikometrik pt3 dan dgn result pt3 nanti untuk anda buat pilihan muktamad. Semoga berjaya

Assalam, saya dpt 6A2B2C B math C sains...saya ada minat pada math tapi sains saya kurang sikit...saya xtahu nak ambil sains tulen atau sains sosial? Atau mungkin saya sesuai dgn sastera?

Salam Dania.
Sekarang dah bulan Februari bermakna jika result ini adalah result PT3 bermskna anda skrg berada di dalam aliran ting 4. Aliran apakah yg anda berada skrg. Jika anda tidak minat Sains dan lebih cenderung kpd Math pilih aliran yg lebih kpd pengiraan yg mempunyai pakej Add Math, Akaun dan Ekonomi yg melayakkan anda memohon matriks akaun dan UPU. Ini kerana dr result kamu,kamu layak mengikuti aliran tsb.

Klau mau jdi pegawai perhutanan prlu ambil subjek apa? Dngan klau ambil subjek geografi apa bdang prkrjaan yg bleh d dceburi? Bgi cth , tngah bngung ni . Hehe

Jika ingin menjadi pegawai perhutanan sebaiknya mengambil pakej aliran sains dgn subjek biologi. Jika ambil geografi..bidang pekerjaan yg boleh diceburi bergantung kpd pakej mata pelajaran elektif ting 5 yg diambil kerana dengan hanya geografi semata mata subjek elektif anda adalah sukar untuk menceburi kursus di universiti.

Assalam. Apa hala tuju pelajar yg ambil pvma? ada peluang ke utk masuk universiti atau ambil course lain utk ijazah?

Salam

Murid yang mengambil pvma ialah murid yang istimewa kerana senior mereka yang mengikuti MPV ialah murid yang mempunyai penguasaan akademik yang sederhana dan lemah seperti mereka. Majoriti mereka gagal dalam SPM atau tidak cukup kelayakan kerana gagal Math, atau gagal BM atau Sejarah Mereka mengikuti kursus kemahiran dengan skm tahap 1 dan 2 dengan modul yang hampir sama mereka belajar di MPV. Bagi murid PVMA, anda layak menerima skm tahap 1 dan tahap 2 selesai sahaja tamat tingkatan 5. Ini bermakna anda boleh terus ke tahap 3 dan yang lebih tinggi dan menjimatkan masa berbanding senior mereka di MPV. Mereka melanjutkan kursus kemahiran di Institut Latihan Kemahiran utk melanjutkan kemahiran ke diploma kemahiran Malaysia atau diploma lanjutan dan seterusnya ke pasaran kerja,atau menyambung ke politeknik untuk diploma lanjutan kemahiran dan setreusnya ke pasaran kerja atau memilih peluang ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi di Universiti yang dikenali dengan MTUN iaitu universiti teknikal seperti UTHM, UTEM, UMP dan UniMAP iaitu agensi di bawah kerajaan

salam.. subjet apa yg patut saya skot dlm pt3.. utk amik aliran lukisan kejurueraan

Salam Ashiqin
Anda perlu skor pt3 dlm Math dan Sains dgn gred A atau minimum C bagi salah satu samaada Sains atau Math dengan kombinasi A/C atau B/C

Saya dlm SC tulen sebab skolah Sya aliran sains shj,so saya dlm proses untk tukar skolah dan ambil aliran akaun...Sya xpasti klau smpat untk cover 3bln ni? Tmbh2 ianya akaun

Kebiasaanya..murid aliran sains bertukar ke akaun lebih survive berbanding murid yg bertukar dari aliran akaun ke sains. Ini kerana prInsip perakaunan anda masih boleh catch up dengan latihan.

As slm cikgu , kptsn pt3 saya B dlm pljrn math dan D untk pljrn sains. sy ditetapkn masuk ke kelas sains , sy dikehendaki memilih subject Biologi atau Lukisan Kejuruteraan .. apakh yg patut sy lakukn untuk menentukkn pilihan saya ?? sma ada nak ambik biologi atau Lukisan kejuruteraan.. sy tidak mengetahui dan masih ragu - ragu nak ambik yg mna satu. mohon penjelasan dri cikgu.

Salam
Berdasarkan keputusan anda yg memperolehi D untuk sains dan B untuk matematik kebiasaanya murid cenderung mengambil Lukisan Kejuruteraan yg lebih banyak formula pengiraan dgn logik matematik berbanding Biologi yg memerlukan murid memperolehi keputusan Sains yg lebih baik.

hai cikgu.sy patricia.calon pt3 2016 pd thun ini.sy cnfuse smada nk pilih kelas sains tulen ataupn perakaunan.sya minat nk jdi jurutera kimia.dlm msa yg sma juga sya minat nk jd akauntan.cikgu boleh tlg bgi pndpat utk sya tak?:)lpas spm nti bleh smbung ke peringkat mna ya?klau ggal sambung study kt peringkat mna.klu lulus pula bgaimna.jelaskn univrsiti yg ptut sya msuk klu lyk sains tulen bgitu jugk klu perakaunan.apa perbezaan dan kelebihan matrikulasi,asasi,tingkatan 6,diploma,politeknik cikgu?erghh..sya trlbih dilemma cikguu:(maaf tnya bnyk soalan cikgu.tqvm.jelaskn smua ya cikgu..;)

Hi Patricia
Di tingkatan 3 ini , anda akan menjawab soalan psikometrik yang mana mengandungi inventori minat kerjaya dan ujian aptutud yang mana kamu boleh berbincang dengan guru kaunseling kamu hasil dari result anda itu, manakah yang terbaik untuk anda ceburi seiring dengan result PT3 yang anda perolehi. Ini kerana dari aspek pencapaian akademik untuk meceburi kelas Sains mesti dengan pakej Sains / Math minimum C dengan syarat tertentu. Oleh itu anda perlu fokus terhadap sains dan math untuk menceburi bidang sains. Malah dengan result yang baik anda boleh memilih akaun atau aliran sains. Jika selepas anda memperolehi result PT3 anda masih tidak pasti dengan jalan yang dituju dan result anda membolehkan anda masuk antara keduanya, maka lebih baik anda mengambil aliran sains. Ini kerana jika anda mengambil akaun, tetapi andai kata berubah fikiran anda tidak boleh mengambil kursus sains selepas SPM. berbanding murid yang mengambil sains, jika berubah fikiran boleh mengambil aliran perakaunan selepas SPM malahan mengambil mata pelajaran tambahan untuk SPM iaitu perakaunan. Di peringkat lepasan SPM, IPTA dan matrikulasi lebih banyak mengambil murid aliran sains berbanding perakaunan. Matrikulasi dan asasi untuk murid yang cemerlang dan berpencapaian akademik yang baik dan hanya setahun sahaja manakala STPM untuk setahun setengah. Kamu boleh melayari laman web berkaitan dengan kelebihan institusi selepas SPM tersebut untuk mendapatkan perincian.

Assalamualaikum...sye dri skola sains dan di pindah kn ke skola harian...semasa di skola lame saya mengambil aliran sains tulen dan agak berat untuk dibawa...adakah sye patut untuk terus kn dgn aliran sains tulen? Harap cikgu spt menjawab soalan saye...

Salam Alif Imran

Anda tidak menyatakan psikometrik anda menjurus kepada aliran mana. Jika psikometrik ting 3 iaitu minat memang menjurus kepada aliran sains, anda boleh meneruskan aliran sains tulen di sekolah menengah harian biasa. Biasanya persekitaran dan gaya pembelajaran yang menyebabkan anda merasa terbeban. Jika di sekolah sains yang mana murid -murid di sekolah ini ialah murid -murid yang terpilih kerana minat dan pencapaian akademik yang cemerlang, maka silibus mata pelajaran yang diajar lebih cepat. Murid di sekolah sains berasrama penuh juga mempunyai gaya pembelajaran yang mana penilaian kendiri dan disiplin yang tinggi dalam membuat nota sendiri. Cikgu mempunyai pengalaman menjalankan kerjasama dengan sekolah berasrama yang mana silibus mata pelajaran lebih cepat berbanding sekolah menengah harian biasa.

Murid di sekolah menengah harian biasa yang baru menjejak kaki ke ting 4 sekolah berasrama penuh, sukar menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran di sekolah sains dan akan berpatah balik ke sekolah lama jika sukar menyesuaikan diri. Bagi murid sekolah sains yang bertukar ke sekolah menengah harian biasa, biasanya tiada masalah untuk penyesuaian di kelas aliran sains kerana silibus subjek yang diajar lebih perlahan dan guru yang mengajar juga lebih banyak memberi tunjuk ajar kerana latar belakang murid kelas itu sendiri yang biasanya pakej Math/Sains samaada B/C dan minimum C/C malah ada yang D/B berbanding sekolah menengah sains yang majoriti pakej Sains/Math ialah A/A. Di sekolahcikgu sendiri, murid ini masih lagi muncul murid SPM yang cemerlang dalam aliran sains walaupun mereka bertukar dari sekolah sains gara-gara rasa terbeban dan sukar di ting 4.
Oleh itu cikgu harap anda boleh memberi pertimbangan kepada diri sendiri untuk meneruskan aliran sains tersebut jika anda benar-benar berminat untuk mendapatkan rentak kecemerlangan anda semula.
Semoga berjaya!

Salam sy pelajar pt3 2016 dari sekolah smart Kuantan dan sy dari f1 diajar jurus ke aliran sains tetapi rse rasa sy xboleh carry on dgn sc tetapi lebih sedikit ke math jadi sy merasakan utk memasuki bidang perakaunan kerana sy tidak terlalu gemar utk menghafal. Jadi sekarang sy masih keliru kerana sy tidak berapa faham ttg aliran di f4 ini jadi sy harap cikgu dpt mmberi tips apa yg sy boleh ceburi utk thun depan dan bidang akaun apa atau sebagainya. Rasa sesuai ke kalau sy ingin berpindah ke kolej vokasional thun depan? Please im confuse harap cikgu dpt membantu. Tyvm :)

Saya hendak menjadi seorang guru..keputusan math saya agak menghampakan..mcm mne ye..

Matematik ialah subjek penting dalam SPM. Walaupun jika anda gagal Math anda masih boleh mendapat sijil SPM tetapi tipis harapan untuk mendapat tempat di IPTA kerana IPTA memerlukan Matematik dan BI yang kredit yang mana ia adalah killer subjek bagi ramai pemohon IPT walaupun mendapat 6A tetapi subjek Math atau BI setakat D atau gagal maka semakin sukar mendapat tempat untuk kursus dalam bidang Sains, Perguruan atau pengurusan. Oleh itu belum terlambat bagi anda untuk fokus dalam subjek tersebut dengan mengambil tusiyen atau mendapatkan bantuan rakan dan guru. Yang penting anda sendiri komited dengan masa tambahan yang perlu anda korbankan

Assalamualaikum cikgu . Saya merupakan calon PT3 2016 yang bakal memasuki tingkatan 4 pada tahun hadapan . Saya ingin bertanya mana satu aliran yang perlu saya pilih untuk tahun hadapan . Adakah aliran perakaunan atau perdagangan ? Matematik saya E namun subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 4 : Perdagangan dan keusahawan) sering mendapat gred B atau C . Cikgu rasa aliran mana yang saya perlu masuk ?

Biasanya murid yg mendapat E Matemaik akan ditempatkan di kelas elektif perdagangan, seni atau kelas subjek vokasional seperti katering , jahitan dan lain lain

Maaf ye cikgu baru perasan pertanyaan anda belum dijawab.
Jika anda minat dgn Math dan ambil perakaunan ambil sekali dgn pakej Matematik Tambahan dan Ekonomi kerana peluang lebih luas untuk ke IPT selepas SPM. Ini kerana dgn adanya Math Tambahan anda berpeluang memohon matrikulasi dan asasi selepas SPM jika layak dan wajib ada Math Tambahan di peringkat SPM.
Jika anda memohon kolej vokasional ia lebih baik untuk murid yg mahir dalam aktiviti yg tidak berasakan akademik kerana kemahiran dan minat dlm pertukangan dan pembuatan. Jika anda masih berminat dgn akademik dan kecenderungan pada Math ambil subjek elektif yg cikgu sebutkan tadi di sekolah menengah aliran akademik

Maaf ye cikgu baru perasan pertanyaan anda belum dijawab.
Jika anda minat dgn Math dan ambil perakaunan ambil sekali dgn pakej Matematik Tambahan dan Ekonomi kerana peluang lebih luas untuk ke IPT selepas SPM. Ini kerana dgn adanya Math Tambahan anda berpeluang memohon matrikulasi dan asasi selepas SPM jika layak dan wajib ada Math Tambahan di peringkat SPM.
Jika anda memohon kolej vokasional ia lebih baik untuk murid yg mahir dalam aktiviti yg tidak berasakan akademik kerana kemahiran dan minat dlm pertukangan dan pembuatan. Jika anda masih berminat dgn akademik dan kecenderungan pada Math ambil subjek elektif yg cikgu sebutkan tadi di sekolah menengah aliran akademik

Hiii.. sya brcita cita untuk menjadi akautan.. tapi tidak tahu aliran apa dan apa syarat minimun.. dan saya juga ingin tahu apa perbezaan ict dan prinsip akaun.. saya jamin math sya A dan sains pula mungkin B

jasmine student delete September 17, 2016

Assalam saya calon pt3 2016 , beberapa bulan sahaja lagi saya akan melangkah ke tingkatan 4. Saya ingin bertanya pendapat tentang bidang yang lebih sesuai untuk saya pilih di tingkatan 4 nanti . Saya amat meminati sains tetapi kurang minat pada maths. Cita-cita saya adalah seorang doktor pakar @ ahli sains. Saya juga amat meminati biology dan sangat teringin untuk belajar subjek tersebut . kebiasaannya setiap kali exam saya akan mendapat gred B atau C untuk sains tetapi maths saya mendapat gred E atau F. Di dalam ujian psikometrik yang telah saya ambil pada tahun ini telah mencatatkam bahawa investigatif adalah paling tinggi , kedua tertinggi adalah sosial manakala ketiga tertinggi adalah konvensional . Oleh itu , adakah saya layak memilih bidang sains tulen walhal saya kurang meminati maths dan keputusan maths saya kurang memuaskan ? Sekiranya saya tidak layak ke bidang sains tulen , bidang apakah yang boleh saya ceburi? Mohon penjelasan daripada yang arif .

Dari result jaminan anda, melayakkan anda untuk mengambil prinsip akaun. Ambil pakej sekali dgn matematik tambahan dan dua elektif lain sama ada ekonomi asas atau apa shj ditawar disekolah anda utk akaun add math dan satu lagi. Ini krn kombinasi add math melayakkan anda memohon matriks akaun dan asasi yg merupakan fast track pengajian setahun untuk ke ijazah. Ict ialah sains komputer kursus berkaitan data menggunakan komputer manakala perakaunan adalah memproses data dan formula perniagaan dan simpan kira.

Bagi penentuan kelas aliran, biasanya kita akan melihat kpd pencapaian akademik terlebih dahulu. Result anda menyebabkan anda tidak dpt ke aliran sains tulen krn pakej aliran sains tulen itu sendiri mempunyai penguasaan matematik yg kuat terutama fizik, matematik tambahan malahan kimia. Begitu juga untuk kelas perakaunan dgn pakej Matematik Tambahan. Oleh itu biasanya jika di sekolah harian biasa, anda akan ditempatkan dlm kelas yg menuntut penguasaan Matematik yg rendah seperti kelas perdagangan dan seni. Ini kerana kod kedua mata Holland dlm psikometrik anda ialah Sosial. Di dalam aliran ini, buat yg terbaik untuk mendapatkan 5 kredit sewaktu SPM supaya anda boleh memohon jurusan pembantu perubatan seperti jururawat atau mengikuti kursus yg berkaitan dgn pertanian untuk biologist di institut pertanian. Investigatif yg tinggi bukan bermakna ke arah doktor semata mata. Kekuatan dan minat kpd biologi dan subjek yg menghafal yg bermaksud mengkaji benda benda hidup sama ada dlm bidang haiwan tumbuhan atau manusia. Sewaktu di ting 4 dan 5 nanti akan ada lagi penilaian psikometrik krn perubahan persekitaran dan kursus yg anda ambil di menengah atas akan memberikan panduan pula untuk kursus selepas SPM. Namun cikgu ingin ingatkan bahawa Matematik adalah killer subjek untuk murid. Jika anda memperolehi 5A dlm SPM tetapi Math gagal atau sekadar lulus kursus berorientasikan akademik dan pengurusan sukar untuk anda mendapat tempat.

As salam mohon pencerahan sekiranya pt3 terdapat kegagalan dalm semua subject teras bm.mi.m3.sains apakah jenis kursus yg layah diceburi ...mohon pencerahan cikgu....

Anda boleh memohon kelas aliran MPV atau PAV yg mana subjek teras adalah lebih mudah dari silibus ting 5 aliran elektif yg lain. Elektif adalah subjek kemahiran seperti jahitan, memasak, dll. Hanya sekolah sekolah tertentu yg mempunyai kelas PAV

Assalamualaikum,saya bakal menduduki pt3 tak lama lagi.Tapi saya masih tak tahu aliran mana yg patut saya ambil. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang kaunselor tapi saya kurang pasti sama ada aliran yg akan saya ambil di tingkatan 4 mampu memberi apa-apa kesan. Boleh Cikgu cadangkan kepada saya aliran mana yang sepatutnya saya ambil ? Mohon jasa baik Cikgu untuk bantu saya..

Untuk menjadi kaunselor anda boleh mengambil aliran sains, aliran agama atau aliran kemanusiaan. Tetapi jika anda berminat menjadi ahli psikoterapi maka anda perlu mengambil aliran sains.

Assalam cikgu ...saya calon pt3 2016 ...sye berminat dalam bidang kulinari ..tetapi sye kurang faham tentang bidang kulinari yang ada di kolej vokasional ni ... nanti ade ambil spm tak ? Beljar smpai form 5 je lah ? ...dan kalau boleh ade tak sekolah harian yang ada bidang kulinari sebab saya kurang berminat tinggal di asrama ...

Salam
Jika anda kurang berminat tinggal di asrama, anda boleh mendapatkan maklumat dari pejabat pendidikan daerah mengenai sekolah yg menawarkan bidang kulinari yg dinamakan kursus pend vokasional menengah atas atau pvma. Hanya sekolah tertentu dgn pengambilan kuota yg terhad sahaja. Pvma ini muris tidak mengambil spm tetapi kelayakan sijil setaraf spm. Ini krn beberapa subjek teras bukan spt silibus yg sama spt spm subjek teras aliran akademik. Pvma ini melayakkan anda tamat ting 5 dgn skm tahap 2 yg mana anda hanya perlu melanjutkan kursus ke tahap 3 atau yg lebih tinggi. Berbanding murid gagal SPM yg ingin mengikuti kursus kemahiran lepasan spm perlu bermula dgn skm tahap 1. Anda perlu tau potensi diri anda sama ada pencapaian akademik anda di tahap mana. Ini krn anda agak bertuah krn pelbagai pilihan subjek ditawarkan untuk murid ting 4 mengikut potensi diri anda.

Jika di kolej vokasional pun anda akan menduduki sijil kemahiran vokasional. Perlu diingatkan kolej vokasional untuk murid yg suka kemahiran berbanding subjek berorientasikan akademik dan buku ilmiah. Melalui ujian psikometrik anda sudah tentu dapat mengenalpasti trait minat anda. Jika anda mempunyai keputusan yg memuaskan di tahun kedua anda boleh menyambung lagi hingga ke peringkat diploma kemahiran di kolej vokadional yg sama.

Assalamualaikum cikgu,saya bakal menduduki pt3 pada 10 hari bulan ini saya agak risau jika saya tidak dapat skor dengan baik terutama mata pelajaran matematik dan saya sering mendapat gred F dalam mata pelajaran itu, target saya dlm matematik untuk pt3 ini sekurang kurangya lulus,namun saya agak bagus dalam mata pelajaran bahasa melayu,sejarah,geografi dan agama islam manakala dalam mata pelajaran BI,sains dan KHB biasa biasa sahaja. Saya telah merancang untuk mengambil aliran sastera memandangkan saya amat meminati bidang kesusasteraan tetapi saya tidak pasti adakah keputusan saya itu tepat.Saya agak berminat untuk menceburi pekerjaan sebagai novelis,pereka hiasan dalaman atau jururawat selepas spm nanti. jadi cikgu,adakah aliran sastera dapat membantu saya untuk saya capai cita cita saya itu ?

Nampaknya math anda memang agak lemah. Bagi menjadi jururawat..jika anda dari aliran kwsusteraan sekali pun tetapi math dan sains untuk SPM perlu kredit. Jika berminat untuk pereka hiasan dalaman perlu ada pakej subjek Seni di ting 4 agar peluang lebih tinggi untuk kemasukan kursus perwka hiasan dalaman selepas SPM manakala jika novelis anda boleh masuk dlm apa sahaja aliran semasa di ting 4 dan selepas SPM mengambil jurusan penulisan kreatif atau bahasa

dapat c a tau d dlm maths pun juga dapat masuk sains stream?

Cikgu,kalau saya dpt E DLM maths tetapi sains dapat B ,ada peluang utk saya masuk sains stream atau akaun tak?

Cikgu,kalau saya dpt E DLM maths tetapi sains dapat B ,ada peluang utk saya masuk sains stream atau akaun tak?

Will pt3 affect my future?

Semata mata math C atau D tidak boleh kecuali dgn kes dibawah iaitu

kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains berdasarkan psikometrik

Biasanya kelas aliran sains disekolah menengah harian biasa hanya mengambil murid 30 persen dari keseluruhan jumlah murid ting 5 . Oleh itu murid yg mempunyai gred yg lebih tinggi dlm sains dan math akan diterima dulu. Murid yg mendapat E tidak digalakkan kerana kombinasi aliran subjek sains adalah berat kerana memerlukan penskoran Math yg baik krn anda akan mempelajari Math Tambahan, Fizik yg memerlukan kemahiran pengiraan yg baik. Begitu juga dgn subjek akaun yg biasanya kombinasi Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas

Anak saya penghidap ADHD (learning disability). Dia mempunyai focus selective dek adhd. Bermaksud, kerana tidak boleh focus maka dia menghadkan focus nya hanya pada subjek yang dia suka. Dia bagus dalam mata pelajaran BM dan minat music serta computer. Dia juga penghidap depragsia, kesukaran mengendali alat seperti pembaris, gunting dan pengepit kuku.
Apakah peluang belajar untuk anak2 yang menghidap learning disabilities. Tubuh badan, perwatakan dan pergaulan adalah normal sama seperti remaja lain.

You have to choose your correct path after pt3 according to your acheivement in pt3 and your psychometric. With the correct streaming it will lead you to your future career after spm.

Murid yg mempunyai masalah tersebut biasanya di ting 4 mengambil subjekteras spm dan subjek elektif seperti seni dan muzik. Mereka tidak digalakkan mengambil subjek vok yg bermain dgn alatan utk tujuan keselamatan. Di peringkat spm..murid ini akan mendaftar untuk subjek teras sahaja dan boleh mengambil spm muzik atau seni jika memang mengambilnya di ti g 4. Mereka boleh menyamvung kursus di kolej dlm bidang komputer grafik, muzik atau penulisan serendah keputusan 3 kredit spm. Mereka berpeluang untuk bergraduan seperti murid normal yg lain. Yg penting gunakan potensi mereka semaksimumnya untuk kursus yg dpt membantu mereka mengembangkan potensi diri masing masing.

Terima kasih banyak2 di atas nasihat Cikgu.
Alhamdulillah. Semoga Cikgu dan keluarga Cikgu diberkati Allah.

Assalamualaikum,cikgu.Apakah kebaikan masuk ke aliran sains tulen agama dan sastera agama? Saya amat meminati dalam bidang bahasa Arab, pendidikan islam syariah dan pendidikan al-quran sunnah.Saya bercita-cita ingin menjadi pensyarah bahasa arab.Namun begitu, saya juga ingin mempelajari matapelajaran biologi dan add math walaupun pencapaian sains dan math saya agak sederhana(trial).Apapun cikgu, doakan saya semoga saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 2016.

Kelebihan sains agama atau sastera agama krn ingin melahirkan tokoh dalam bidang profesional seperti saintis atau perubatan yg Islamik. Begitu juga dgn sastera agama boleh menjuruskan anda ke kursus berkaitan dgn pensyarah agama. Namun jika anda ingin mengambil subjek aliran sains agama maka anda boleh menjurus kpd perubatan, kejuruteraan, sains gunaan dan asasi yg lain. Atau beralih kpd kursus agama semata mata. Namun cikgu ingin mengingatkan bahawa kursus aliran sains agak berat dgn 4 subjek elektif ditambah dgn subjek aliran agama. Dengan result trial yg sederhana yg mana cikgu andaikan B maka anda boleh berusaha untuk mendapat tpt aliran agama sains kerana bebenan byk subjek berbeza murud aliran sains semata mata. Jika mendapat result c atau d bermaksud lemah dan perlu byk struggle agar apabila anda benar benar berada di aliran sains agama...tiada istilah yg dikejar tidak dapat yg dikendong berciciran krn sama ada subjek aliran agama shj yg cemerlang manakala subjek aliran sains setakat lulus dua mata pelajaran elektif sains. Semoga dgn penerangan cikgu, awak sudah ada keyakinan untuk mengambil subjek apa yg sesuai

Salam cikgu , saya pelajar lepasan pt3 2016 yang akan melangkah ke tingkatan 4 beberapa bulan sahaja lagi . Saya ingin bertanyakan pendapat cikgu . Saya amat meminati sains . Cita-cita saya ialah seorang ahli biologi/ahli psikologi/doktor . Saya amat meminati subjek biologi dan saya berminat untuk mengkaji tentang manusia/haiwan/organisma hidup . Setiap kali peperiksaan , saya memperoleh gred B/C/D dalam mata pelajaran sains . Tetapi saya amat lemah dalam mata pelajaran maths . Saya sering memperoleh gred E setiap kali peperiksaan .Saya agak kurang meminati maths . Saya mahu masuk ke aliran sains tulen . Sekiranya saya lemah dalam subjek maths, layakkah saya ke aliran sains tulen? Apakah aliran yang sesuai untuk saya ? Ujian psikometrik kerjaya yang telah saya ambil pada bulan lalu telah mencatatkan investigatif adalah paling tinggi . Saya mohon penjelasan cikgu . Saya berasa buntu untuk memilih aliran yang sesuai untuk saya.

Assalamualaikum..
Sekolah saya hanya hadkan pelajar KAA kepada 2 aliran sahaja iaitu sains tulen+agama dan prinsip akaun+ agama...
Saya ingin mengajukan soalan kpd cikgu..
Pelajar lepasan aliran manakah yang lebih mudah menerima biasiswa bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi..terutamanya bagi yang memasang angan2 untuk sambung belajar di luar negara..
Dan pelajar lepasan aliran manakah yang lebih diterima secara umum oleh pihak ipta ?
Bagi ujian IMK pula, saya mendapat kod holland EIS dgn nisbah 24:18:17 ...
Aliran mana yang cikgu prefer?
Mohon pencerahan kerana saya agak keliru ramai yang kata saya patut pergi ke aliran sains kerana yakin saya dpt catch up dgn mp2 elektif di aliran sains..tpi saya lbih berminat dgn aliran perakaunan..
Ramai juga yg kata aliran akaun ini agak susah utk mendpt pekerjaan..
Saya inginkan pencerahan bagi hal ini samada hanya suatu mitos atau kenyataan?

assalamualaikum cikgu. saya pelajar lepasan pt3 2016. saya nak minta nasihat cikgu dalam pemilihan aliran tahun depan. saya buntu nak pilih aliran apa nanti. saya seorang yang memang tidak meminati sains. selama ini result sains saya hanya D dan E sama seperti matematik. saya lebih berminat dalam bidang bahasa cth bhs melayu/inggeris/ bhs asing yg lain. keputusan psikometri kerjaya ialah AES.artistik,enterprising dan sosial. boleh cikgu bantu saya?

Bagi mengambil aliran sains tulen murid yg memperolehi kombinasi E samaada math atau sains di pt3 tidak digalakkan menyambung aliran sains tulen di ting 4. Ini kerana subjek pengiraan Math lebih tough dgn Add Math dan Fizik yg semestinya lagi sukar untuk survive dgn Math E. Nampaknya anda mengatakan anda minat sains tetapi sains anda juga pernah mendapat C atau D yg menunjukkan kombinasi yg lemah dalam penguasaan. Psikometrik anda menunjukkan anda tinggi dalam bidang investigatif. Tetapi cikgu tidak dapat menganalisis dgn lebih tepat krn tidak tahu kod kedua dan ketiga minat kerjaya anda. Jika investigatif merupakan kod pertama anda tetapi skornya rendah ia tidak menunjukkan minat dominan sebenar dlm diri anda. Jurusan yg sesuai bagi anda boleh sahaja kursus sama ada aliran kemanusiaan yg mengkaji manusia. Jika anda mendapat keputusan yg baik dalam Sains dan Math ting 5, yg mana ia lebih mudah dari aliran sains tulen biasa, maka anda boleh menceburi bidang pembantu perubatan atau jururawat. Atau anda boleh menceburi kemahiran bidang pertanian mengkaji tumbuh tumbuhan. Yg penting apabila anda menceburi aliran yg sesuai dgn kemampuan anda, maka resukt SPM anda lebih baik dari mengikuti jurusan yg anda rasa anda MINAT tetapi TIDAK LAYAK. Di ting 4 nanti anda akan melalui satu lagi ujian psikometrik personaliti yg mana ketika ini mungkin personaliti anda berubah dari psikometrik menengah rendah bergantung kpd persekitaran anda. Di ting 5 anda akan menjlnkan inventori kematangan kerjaya yg dapat menjelaskan setakat mana pemahaman anda mengenai hala tuju anda yg akan dtg selepas SPM berdasarkan aliran yg anda akan ambil tahun depan.

Salam
Bagi psikometrik dominan A menunjukkan anda meminati seni sama ada seni lukis, penulisan kreatif dan seni lakon dan nyanyian. Apabila anda menyatakan anda meminati subjek bahasa mungkin A artistik itu lebih kpd penulisan kreatif. Anda boleh mengikuti kursus kemanusiaan atau kursus seni dan perdagangan. Setelah SPM anda boleh menyambung ke universiti pengkhususan dalam bahasa sama ada pengajian bahasa malaysia, BI atau bahasa asing. Yg penting BM, BI anda adalah cemerlang dan menepati syarat kemasukan ke universiti dgn minimum 5 kredit menepati syarat am dan syarat khusus

Hi assalamualaikum. Saya berminat untuk masuk ke SM Teknik pada tahun hadapan. Tapi macam ramai kawan halang saya daripada masuk sbb dorg ckp tu untuk org yang lemah je. Saya nak ambik aliran perdagangan dekat situ sbb ada akaun and science kecuali bio. Kalau kat sekolah menengah biasa ada sikit je matapelajaran. Pendapat cikgu, patutkah saya teruskan minat saya dekat sm teknik atau lebih baik saya ambik aliran yang lain semasa di sekolah menengah biasa?

Sekolah men teknik setara seperti sekolah berasrama penuh tetapi dengan aliran teknikal. Murud dari sek teknikal layak memohon ke universiti dan matrikulasi krn pakej elwktif aliran di sekolah ini adalah setara dgn aliran sains atau akaun di sek men harian biasa krn mempunyai pakej add math juga. Keistimewaan sek ini ialah aliran teknikal kejuruteraan yg mana hanya sek men harian biasa yg tertentu sahaja yg menawarkan elektif ini. Sek atau kolej vokasional berbeza dgn sm teknik krn kolej vokasional mementingkan kemahiran dgn kelulusan pt3 yg minimum. Berbeza dgn aliran teknikal yg mementingkan subjek sains dan matj seperti kemasukan ke SBP dgn gred yg tinggi. Oleh itu jika anda berminat dgn sm teknik anda boleh membuat permohonan. Jika gagal,maka anda boleh teruskan di sek men harian biasa dgn aliran add math/ekonomi/ akaun

okay tqvm! :)

Salam
Subjek KAA adalah satu subjek add on untuk SPM anda yg menunjukkan anda kompeten untuk dua aliran, yg mana lebih byk peluang melanjutkan pelajaran berbanding murid yg mengambil satu aliran shj. Memandangkn anda dominan dgn E maka aliran akaun/ekonomi/add Math/ lagi memenuhi minat anda. Apabila minat dan pencapaian akademik seiring, maka anda lebih cemerlang dari aspek keberhasilan dan kualiti pembelajaran.

Ipta memperuntukkan merit untuk pengambilan murid. Sudah tentu jika anda cemerlang, anda akan mendapat tempat. Jika anda berminat dgn kerjaya bidang sains dan kerjaya perakaunan anda boleh memilih aliran sains krn selepas SPM anda boleh memilih aliran sains atau bertukar bidang perakaunan. Tetapi jika anda mengambil perakaunan, anda tidak dapat bertukar ke bidang sains. Namun demikian cikgu yakin matlamat anda jelas dgn kod 3 mata holland yg dominan. Anda memilih perakaunan dan maintain 8A ke atas untuk mendapatkan biasiswa dari pelbagai agensi berkaitan pengurusan, kewangan atau perakaunan. Kursus selepas SPM buka semata mata akaun tetapi anda boleh mempelbagaikan kemahiran pengurusan dab pemasaran dgn mengambil kursus brsesuaian.

Bagi yg mengatakan susah untuk mendapatkan pekerjaan, cikgu masih berpegang kpd pencapaian dan penampilan anda untuk merebut peluang pekerjaan.

Salam
Subjek KAA adalah satu subjek add on untuk SPM anda yg menunjukkan anda kompeten untuk dua aliran, yg mana lebih byk peluang melanjutkan pelajaran berbanding murid yg mengambil satu aliran shj. Memandangkn anda dominan dgn E maka aliran akaun/ekonomi/add Math/ lagi memenuhi minat anda. Apabila minat dan pencapaian akademik seiring, maka anda lebih cemerlang dari aspek keberhasilan dan kualiti pembelajaran.

Ipta memperuntukkan merit untuk pengambilan murid. Sudah tentu jika anda cemerlang, anda akan mendapat tempat. Jika anda berminat dgn kerjaya bidang sains dan kerjaya perakaunan anda boleh memilih aliran sains krn selepas SPM anda boleh memilih aliran sains atau bertukar bidang perakaunan. Tetapi jika anda mengambil perakaunan, anda tidak dapat bertukar ke bidang sains. Namun demikian cikgu yakin matlamat anda jelas dgn kod 3 mata holland yg dominan. Anda memilih perakaunan dan maintain 8A ke atas untuk mendapatkan biasiswa dari pelbagai agensi berkaitan pengurusan, kewangan atau perakaunan. Kursus selepas SPM buka semata mata akaun tetapi anda boleh mempelbagaikan kemahiran pengurusan dab pemasaran dgn mengambil kursus brsesuaian.

Bagi yg mengatakan susah untuk mendapatkan pekerjaan, cikgu masih berpegang kpd pencapaian dan penampilan anda untuk merebut peluang pekerjaan.

Assalamualaikum..saya pelaja form3
Saya Ingin menjadi Seoran ahli arkeologi.adakah saya boleh memasuki sains tulen jikalau saya mendapax sains dan Math c dalam pt3

Assalamualaikum saya Ingin menjadi SeoranG ahli arkeologi.adakah saya layak masuk ke kelas aliran sains jikalau saya mendapax Math dan sains D?

Kombinasi C/C dgn PBS band 4 dlm sains serta psikometrik menjurus ke sains boleh memasuki kelas aliran sains. Walaubagaimanapun bergantung kpd kuota kelas sains sekolah anda jika masih terdapat kekosongan krn keutamaan lebih kpd murid kombinasi Sains / Math dgn gred yg lebih baik .

Math dan Sains D adalah dlm kes khas dimana tidak digalakkan krn kesukaran membawa subjek aliran sains seperti Add Math, Fizik, Kimia dan Bio. Namun jika masih terdapat kekosongan di kelas tersebut,dan psikometrik anda menunjukkan minat kpd aliran sains anda boleh membuat rayuan utk dipertimbangkan. Pengalaman cikgu mengendalikan murid kombinasi D/D ini ialah murid yg konsisten dari ting 1 mempunyai penguasaan yg rendah hingga pt3 mendapat D. apa yg menyebabkan mereka berminat ke aliran sains krn ingin mencapai cita cita. pada ketika ini ia tidak releven umpama murid yg ingin menjadi doktor, arkitek yg memerlukan murid ke aliran sains tetapi tidak dapat mencapai pencapaian akadenik pt3 yg melayakkan mereka. oleh itu satu sesi kaunseling kerjaya akan dijalankan bersama kaunselor untuk mengenalpasti halatuju kerjaya yg bersesuaian. Terutama apabila di ting 4 murid akan menjawab inventori personaliti dan ting 5 kematangan kerjaya untuk kaunselor guide murid dalam kes kes begini

Assalam cg.. sy pelajar lepasan pt3 2016 di sek agama.. saya ada minat dlm bidang komputer dan saya lebih minat melakukan praktikal berbanding menghafal dlm buku.. semua subjek saya boleh dikirakan biasa2 shj dan yg paling rendah pun math dn sains gred D/E.. jadi patutkah atau layakkah saya memasuki ke sekolah vokasional

Salam cg sy adalah pelajar lepasan pt3 2016 sy ingin menjadi jururawat tetapi MT sy selalu dpt F atau E,BM sy slalu dpt B atau A dan BI sy adalah C atau B.Adakah sy boleh jdi jururawat? aliran apakah di ting 4 yg sy perlu ambil utk menjdi jururawat? bolehkah cg berikan cadangan bidang apakah yg sesuai utk sy?

Assalamualaikum cikgu nama saya Amani. Saya pernah bercita-cita nak jadi saintis. Tapi sekarang ni saya bercita cita nak jadi jurutera. Tapi saya kurang minat math. Berdasarkan inventori kerjaya saya, saya dapat investigatif, sosial dan konvensional. Adakah saya layak untuk masuk ke aliran sains atau sekolah teknik? Harap cikgu dapat bantu saya

assalamualaikum cg..sye nak tnye pendapat cg tentang aliran form 4 nnti..sye mendapat SIE untuk kod mata holland ujian IMK..cg rasa saya patut ambik bidang apa untuk form 4?

assalamualaikum cg..nama sye zakirah..sye ingin bertanya pendapat tentang aliran yang patut sya ambil jika kod holland untuk ujian IMK sya SIE dgn nisbah 20:12:12..sya berminat untuk mengambil aliran sains tetapi sye takut sye punya result sains & math PT3 sye tak seberapa..lgi satu klau sye ambik aliran sains, cg rase sye patut ambik sains tulen ke sains it?harap cg dapat bantu sye

Salam Amani
Berdasarkan kod holland ISC menunjukkan kecenderungan kamu kpd sains. Saintis dan Jurutera juga dalam aliran sains. Kedua dua bidang kerjaya ini memerlukan result Sains dan Math yg baik untuk mengambil aliran sains di ting 4. Jika anda mengambil aliran sains di ting 4 anda masih boleh memilih kursus yg betul betul anda inginkan sewaktu di universiti samaada kekal kerjaya berasaskan sains tulen, sains gunaan atau teknikal. Jika anda mengambil aliran teknikal di ting 4 anda hanya boleh mengikuti kursus aliran teknikal di universiti dan menghadkan permohonan anda. Jika anda pasti dari dulu hingga kini anda mmg inginkan jurutera then awak boleh mengambil aliran sains teknikal yg memerlukan basic Math yg agak baik krn byk pengiraan. Tapi jika anda masih berbolak balik...maka masuk aliran sains dan bukan sekolah teknik.

Salam
Dari minat anda dan gaya belajar anda, memang anda cenderung ke arah teknikal dan vokasional. Dengan result sains dan math D dan E maka penguasaan anda unyuk ke aliran sains dan perakauman mmg rendah. Di sekolah menengah harian biasa juga ada menawarkan kelas PVMA iaitu kelas vokasional menengah atas cuma berada di sekolah harian biasa dan tidak menawarkan asrama sepwrti kolej vokasional.
Oleh itu mulai skrg cuba.cari sek.men yg berhampiran utk mengenalpasti kursus PVMA yg ditawarkan disamping memohon kolej vok.

Salam
Bagi jurusan jururawat anda boleh berada di ting 4 dalam aliran sains atau akaun atau perdagangan asalkan pakej subjek spm anda mempunyai mata pelajaran teras dan elektif. Terdapat kursus di universiti awam dan swasta. Jika di IPT maka 5 kredit diperlukan dgn subjek sains dan math kredit yg baik untuk kursus jururawat. Gagal math atau sekadar lulus tidak melayakkan anda untuk mengikuti kursus tersebut. Oleh itu apa sahaja aliran yg anda ambil, jaga Math anda agar kredit iaitu C

sy mint dlm bidg artistik yg mnjurus kpada bidg nyanyian,ttpi sy tidk jumpa skolh yg mnwrkn bidg tersebut....sy dlm mp sy mint bi yg lain hnye muzik n sy juga prnh ditawarkn untk mlkkukn photoshoot..sy ingin mncebur bidg yg sy mint itu di t4,tpi sy tidk jmpe skolh yg sesuai untk sy,,ap ptt sy buat..mohon pnjelesn..skrg sy tgh tunggu result pt3 sy kluo

asslm cikgu...saya ini ibu kepada pelajar yg bakal menduduki PT3 tahun 2017...soalan saya apakah aliran yg sesuai utk anak apabila masuk ke ting. 4? sbb dia hanya minat Pendidikan Seni Visual?

Salam zakirah
Dari IMK anda menunjukkan SIE. Dominan E tetapi kod kedua I tidak begitu menonjol dgn nisbah 12 12 sahaja menunjukkan penguasaan minat anda pada sains dan matematik adalah sederhana. Krn itulah anda bimbang dgn subjek pt3 anda nanti. Jika ujian atau peperiksaan pertengahan tahun ..jika konsisten dgn C atau D maka aliran sains tidak sesuai untuk anda dgn minat aliran sains iaitu kod I yg sederhana shj. Jika anda layak ke aliran sains selepas result pt3 keluar, yg membezakan aliran sains tulen dan IT ialah biologi atau teknologi maklumat. Subjek biologi yg perlu hafalan dan subjek IT yg memerlukan kreativiti dan kemahiran komputer. Jika sains anda A atau B lebih baik biologi dan jika sebaliknya kursus IT.

Murid yg meminati artistik bidang muzik seperti nyanyian biasanya boleh memasuki apa sahaja aliran di ting 4. Anda perlu memilih sekolah yg menawarkan kelas muzik di peringkat menengah rendah kerana walaupun sekolah tersebut tidak menawwrkan kelas muzik di peringkat menengah atas, guru tersebut boleh membimbing utk pendaftaran subjek tambahan muzik bagi peringkat spm.
Jika anda mengikuti kelas muzik swasta, sijil sijil tersebut boleh digunakan untuk memohon kursus berkaitan artistik bidang seni muzik seperti nyanyian atau tarian untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dgn kombinasi sijil SPM dgn apa shj bidang aliran yg kamu ambil di ting 4.

Salam
Jika anak puan berminat dgn seni visual biasanya pakej elektif ialah pendidikan seni visual dan perdagangan yg diambil bersama 6 subjek teras wajib SPM.

Salam
Jika anak puan berminat dgn seni visual biasanya pakej elektif ialah pendidikan seni visual dan perdagangan yg diambil bersama 6 subjek teras wajib SPM.

Cg,blh trgkan x kelebihan kolej vokasional,teknik dan sekolah men biasa?bagaimna pula jika sya memilih subjek lukisan kejuteraan?apakah subjek lain yg perlu di ambil jika sy memasuki aliran lk?

Jika anda berminat dgn pakej lukisan kejuruteraan..maka sekolah teknik dan sek men harian biasa aliran sains kejuruteraan adalah yg terbaik. Pakej fizik, kimia dan matematik tambahan akan diambil bersama lukisan kejuruteraan. Jika anda mengambil aliran kejuruteraan di.sm teknik terdapat pakej bersama elektif teknikal yg boleh diambil. Pakej ini membolehkan anda memohon matrikulasi kejuruteraan atau kursus kejuteraan di universiti selepas SPM

Asslamualaikm cikgu....adik sy bru mbik result pt3..bhsa melayu dapat A..bhsa inggris B,cuma matematik dan sains dye dpat D...sy nk tnya dapatkah dye masuk aliran bidang artistik kerjaya arkitek..dan adik sy boleh x msuk mrsm dngn kputusan nye 2..

Saya mendapat D dlm sains&maths , layakkah saya masuk sains tulen ?

salam cikgu
saya mendapat 1A2B2C4D2E pada pt3 tahun ni saya mendapat D sains dan E math apakah bidang yang saya perlu ambil untuk tingkatan 4 tetapi saya minat untuk menjadi doktor

assalam....sy nkk tnye,,result sy 5a 5b 1c....math sy 'a' manakala sains pula 'b'... agknye aliran mna yg sesuai dg kputusan pt3 sy ye???

Cikgu klu math F dan science F jga tpi sej dan geo dpt A.Cikgu rasa sya boleh msk ke kelas ekonomi

Assalamualaikun
Saya gagal Pt3, matematik gagal, mana arah tuju saya

Salam
Bagi memasuki aliran sains di mrsm dgn result math sains D agak sukar. Cuma di sek men harian biasa, akan dipertimbangkan jika psikometrik dan IKP menunjukkan kecenderungan ke aliran sains dan teknikal dan jika terdapat kekosongan di kelas aliran tersebut.

Jika PBS anda menunjukkan band yg tinggi antara 4 hingga 5 dan disokong oleh psikometrik anda boleh membuat rayuan dan dipertimbamgkan ke aliran sains tulen jika terdapat kekosongan.

Salam. Kamu tidak menyatakan psikometrik anda. Jika anda mendapat Investigatif maka aliran sains sesuai dgn anda dan jika anda dominan Konvensional maka perakaunan sesuai dgn anda.

Jika sekolah anda ekonomi asas bersama pakej Add Math maka anda tidak layak. Ekonomi juga biasa dipadankan dgn pakej Akaun juga yg mana Akaun dan Ekonomi agak tough untuk murid gagal Math. Subjek perdagangan sesuai untuk anda berbanding Ekonomi yg agak tinggi silibusnya

Anda boleh memohon PVMA iaitu pendidikan vokasional menengah atas yg lebih sesuai untuk anda. Ini kerana subjek PVMA atau MPV mata pelajaran vokasional di sekolah mwnengah harian biasa memerlukan anda untuk mahir dan berbakat dalam kemahiran tangan tanpa perlu menghafal pelbagai teoritikal aliran akademik. Anda perlu kenalpasti sekolah yg menawarkan aliran ini.

Salam
Aliran sains mementingkan gred yg baik bagi math dan sains. Jika mendapat pakej D tetapi band dan psikometrik merujuk kepada investigatif dan band melebihi 4 boleh membuat rayuan jika ada kekosongan. Tetapi bagi sains atau math yg mendapat gred E murid tidak digalakkan mengambil aliran sains walaupun ada kekosongan kerana bebanan subjek aliran sains itu sendiri untuk dibawa. Aliran yg sesuai dgn kamu ialah aliran yg bukan aliran sains dan bukan aliran akaun. Tetapi anda tidak menyatakan psikometrik dan band PBS anda bagi cikgu menyatakan aliran yg sesuai untuk tindakan selanjutnya.

Assalamualaikum
Saya dapat 2b2c3d3f.math.sains.dan bi gagal.cikgu rasa saya masuk kelas aliran apa eh

Assalamualaikum cikgu saya Alhamdulillah mendapat A dalam math dan B dalam science so parents saya mahukan saya untuk ambil aliran yang ada biology so that bila dah keluar sek senang untuk pergi mana mana tapi saya tak pasti boleh bawa pelajaran sains kerana kebiasaannya dapat markah cukup cukup je dan lebih cenderung dalam mata pelajaran math jadi saya struggle sama ada mahu memilih akaun atau bio apa perlu saya lakukan

Assalamualaikum,
Saya telah mendapat 7A 2C 1D. Subjek sains C manakala maths D.
Keputusan psikometrik saya ialah S:16|K:15|I:14
[PBS] Sains: Band 5 Matematik: Band 4
Apakah aliran yang sesuai untuk saya?
Saya bercita-cita menjadi seorang jurutera dalam bidang komputer.

Assalamualaikum ..result pt3 saye 10a 1c dlm sains..jdi sye ni nk lnjtkn ke aliran akaun..tpi dlm mse yg sme skolah sye iaitu sbp xde alirn tu dn kne pndh..ptotkh sye pndh sbb bla dk kt sbp ni proses nk tkr skolah pyah cikgu pon agk keberatan sbb stat tahun ni xambil ambilan fom 4 bru jdi mrd brkurgn dn bwk pointer bnyk utk gred skolah..pling cpat pon taon ni sye tgk senior pndh bln 6 dn plinh lmbt bln9 sbb lma nk dpt kelulusan..jadi ade carekah mcm mna nk pndh dgn cpt?dn ape yg perlu sye bt nk mhon nie?..dlm mse yg sme sye ppn was was nk ambik ke tak akaun atupun go on nngan aliran sains sbb sblum ni xprnh dpt a math dn terkejutgak la tgk result walauppn ujian psikometrik menunjukkan kecenderungan ke arah akaun dn pengiraan..

Salam
Anda boleh memilih subjek elektif seni atau rekacipta atau perdagangan atau geografi jika tidak berminat dgn kemahiran memandangkan anda tidak menyatakan psikometrik anda. Atau jika anda berminat dgn kemahiran pilihan PVMA pendidikan vokasional menengah atas dgn kursus tertentu dgn silibus subjek teras yg lebih rendah krn tiada spm hanya sijil kemahiran atau MPV yg masih mengambil sijil spm dan sijil kemahiran. Anda perlu mengenalpasti nama kursus dan sekolah yg menawarkannya.

Salam
Pakej C D untuk dgn band yg agak baik menunjukkan aliran sains komputer sesuai dgn anda.Kod holland anda mempunyai trait investigatif yg sesuai untuk aliran ini. Anda memilih pakej add math fizik kimia komputer untuk laluan jurutera komputer selepas SPM. Semoga berjaya

Salam
Pertukaran murid dari sbp ke sek men harian biasa atau ke sbp lain memang memakan masa kerana diuruskan oleh unit khas sbp sendiri. Tidak seperti di sek men harian biasa yg memakan masa beberapa hari je kerana diurus PPD.

Jika ia memakan masa yg lama lebih baik anda memilih sekolah yg menawarkan pakej fizik/ kimia/ Add Math /Akaun. Ini bermakna jika pertukaran memakan masa 9 bulan hanya subjek Akaun sahaja yg anda keciciran utk dikejar berbanding pakej Akaun/ Add Math/Ekonomi Asas.
Jika anda was was untuk berpindah krn bimbang penyesuaian di sekolah baru nanti maka anda teruskan aliran sains dan anda boleh bertukar aliran sewaktu permohonan selepas SPM nanti. Namun demikian berada pada aliran yg mmg anda minati lebih baik sewaktu berada di ting 4 dan 5 berdasarkan psikometrik anda .

Assalam pt3 saya math dan sains dua2 saya dpt D . 3 kod mata holland saya IAK .band untuk dua2 math dan sains saya antara band 5 dan 6 je . Agk2 aliran mana yang sesuai

Assalamualaikum,saya pelajar pt3 tahun ini. Saya sudah mendapat keputusan result hari ini. Result saya dapat 5A1B4C. Matematik saya dapat terget B manakala sains C. Adakah saya layak ke aliran sains? Selain itu, aliran apa yang saya dapat ikuti selain aliran sains dengan mengikut keputusan result saya? Boleh terangkan? Keputusan psikometrik saya ialah I:27|S:21|K:15.
PBS= Sains antara band 6 dan 4
= Matematik band 3
Apakah aliran sesuai untuk saya?
Saya tidak mempunyai cita2 yg tetap tapi hobi saya bersukan dan membaca. Boleh terangkan? Harap dapat balas dengan secepat mungkin terima kasih.

Salam
Result pt3 anda layak ke aliran sains dgn dominasi trait investigatif dan tahap band yg tinggi untuk sa8ns san math melayakkan anda mengambil aliran sains. Oleh krn hobi anda bersukan dan membaca anda boleh mengikuti kursus sains sukan selepas SPM.

Assalamualaikum Cikgu. Tolong saya.. :(

Saya dalam dilema skrg ni. Saya baru sahaja mengambil result PT3 tahun ni.

- Saya mendapat 5A2B3E - di mana 3E tu Subject teras - BI,Math,Science.
- Ujian Psikometrik saya - E:21 K:20 S:15
- PBS saya - Majoriti Band 5 & 6 - kecuali Sejarah & P.Islam Band 4
- Minat saya cenderung pada Teknologi Komputer/IT atau Jurusan Perniagaan..

Saya tahu yang saya tidak layak memasuki 1)Sceince Tulen & 2)Vokay/Teknik, kerana Math&Science saya E...
Dan mungkin juga saya "ditolak" dari memasuki kelas Account di Sekolah saya sekarang...

Buat pengetahuan cikgu.. untuk form4, sekolah saya ada
1)Sceince Tulen 2)Account 3)Perdagangan 4)MPV 5)Teknologi 6)sastera

So... kemusykilan saya kat sini... Saya tak pasti hala tuju saya selepas ini... adakah perlu saya ambil aliran perdagngan atau account ? atau terus cuba ke Vokay untuk apply jurusan Pengaturan Web/applikasi ? atau ok ker kalau tiba2 saya ditolak ke kelas sastera kerana kelemahan saya ? :(

Terima Kasih in advance, cikgu...
Semoga Allah merahmati cikgu kerana menolong kami... Aamiin..

Salam
Band sains dgn math anda agak tinggi namun dari aspek teori anda agak lemah dgn pakej DD untuk masuk aliran sains walaupun trait anda investigatif. Jika anda tidak mampu untuk membawa aliran sains kerana basic yg rendah anda boleh mengikuti akaun ekonomi asas perdagangan atau seni.

Salam

Dari result anda dan psikometrik anda lebih cenderung untuk aliran perdagangan. Cuma cikgu tak berapa pasti di sekolah anda aliran sains teknologi itu subjek apa krn lain sekolah lain pakejnya. Jika disekolah cikgu teknologi masih di bawah sains iaitu sains teknologi. Tapi jika di sekolah anda umpama teknologi itu bukan kelas sains dan jika ia adalah kelas komputer dan subjek lain maka ia juga sesuai untuk anda.
Dalam dua pilihan tersebut memandangkan anda bercita cita dlm teknologi komputer atau pengurusan perniagaan maka pilihan yg lebih baik adalah aliran perdagangan sesuai dgn result pt3 anda dan trait enterprising yg dominan.
Selepas SPM...dgn aliran tersebut anda boleh memohon kursus pengurusan perniagaan. Anda juga boleh memohon kursus komputer dgn aliran perdagangan krn kursus komputer byk ditawarkan di institusi samaada di IPTA dan IPTS

Assalamualaikum ckgu.. kmarin sy dpt result pt3 dan sy dpt 4A1B3C1D1E . sains saya dpt D dan maths dpt E. Pada mulanya, saya ingin dan berminat utk msuk aliran sains tulen tpi stelah result tk brpa baik, sy ingin brtukar aliran iaitu kelas yg ada subjek prinsip akaun, ekonomi asas dan add maths.Kputusan psikometrik sy E:22 K:20 A:20 . Adakah sy akn layak utk masuk ke kelas aliran trsebut? Trima kasih ckgu :)

Salam cikgu saya mendapat keputusan 4A,utk science saya dapat D tetapi math saya dpt F . Saya telah ditawarkan ke aliran perakuanan. Saya memperolehi ISK dalam psikometrik dengan nisbah 24:22:18 . Tapi saya tak minat akaun,perdagangan,seni,tassawur dan ekonomi asas. Saya tak pasti nak tukar aliran ke tak . Cuba cikgu bagi pendapat.

Anak saya seorang autisma asperger..mendpt 2A(BI)1BC(BM)1A(GEO)4D(SC,MTH.PI.SJ)..mendpt kod IAR..I:16 A:14 R:13..anak saya minat nk jd progrmer komptr..laluan yg mana sesuai untuk meneruskan pembelajarannya..t.kasih..

Assalamualaikum cikgu
Saya sedang keliru tentang aliran yang saya patut pilih.keputusan pt3 saya adalah 9A1B1E.adakah saya layak mengambil aliran sains jika saya mendapat math A tetapi sains saya A.saya amat meminati sains tetapi kurang terhadap math.marta holland saya i:27 s:24 k:21.saya juga ingin cadangan cikgu apakah aliran yang amat sesuai dengan saya

Salam cg,saya pelajar pt3 tahun 2016,dan sekarang saya dh peroleh keputusan pt3 saya.saya dpt 8a2b. B sains dan math.saya tahu yg saya ada kebolehan untuk belajar dlm sesuatu perkara tetapi saya tidak yakin adakah ia sejajar dgn cita2 saya.saya ingin jadi pramugari tapi mcm tak kena je dgn kebolehan saya.maksud saya,saya mampu jadi lebih daripada tu.saya juga tahu yg saya akan ke kelas sains stream dgn keputusan pt3 saya tapi saya takot kalau nnt saya tak boleh bawa subjek tu.jadi apa jalan terbaik untuk saya pilih? Mohon pemcerahan.

Assalamualaikum kaunselor. Anak saya baru dpt result pt3 nya. Resultnya tidak memberangsangkan. Hanya geografi yg A. Dia nak masuk aliran landskap. Saya n suami sentiasa menyokong dia. Tapi mak saudara n pak saudara yg x setuju.
Saya bgtau anak saya jgn pilih sebab ingat aliran tu senang..
Saya bg dia semangat. Saya kata aim dia skg lps spm adalah upm..
Saya nak tanye pendapat kaunselor, mgenai aliran landskap ini.
Terimakasih

Assalaamualaikum cikgu. Results PT3 2016 saya 7A1B2C. Math n Sc C. Band kedua-duanya antara 4 dan 5. 3 mata Holland I:17, S:14, R:12. Aliran akaun atau perdagangan lebih sesuai?. Sekolah saya menawarkn 5 aliran, sains tulen, akaun, perdagangan, pertanian dan catering. Tkasih cikgu.

Salam
Result anda melayakkan anda untuk ke aliran sains dan akaun. Anda tidak menyatakan psikometrik dan IKP anda untuk cikgu mengenalpasti bidang terbaik. Jika anda cenderung pada math aliran sains iaitu add math / fizik/ memerlukan subjek math. Jika di sekolah anda terdapat pakej kelas utk subjek add math/ fizik/ kimia/ akaun aliran ini terbaik untuk anda. Kerana anda boleh ke aliran sains atay akaun selepas SPM. Jika tiada pakej subjek ini, maka lihat psikometrik anda cenderung investigatif anda boleh mengambil aliran sains. Jika psikometrik anda cenderung K maka aliran akaun. Jika ada kombinasi IK atau KI dgn beza julat 1 hingga 3 sahaja lebih baik mengambil aliran sains.

Assalamualaikum cikgu :) Baru-baru ni saya telah mendapat keputusan PT3 saya dan keputusan saya ialah 7A1B2C . Saya mendapat gred C untuk m/p Sains & Maths.Saya telah ditetapkan untuk berada di dalam kelas perakaunan tetapi saya amat meminati kelas sains tulen kerana cita cita saya ialah ingin menjadi doktor. Persoalannya , apakah yg patut saya lakukan? Sama ada stay di dalam kelas perakaunan atau berpindah ke sekolah lain dan memohon aliran sains tulen . Lagi satu , bolehkah saya mengambil course perubatan di U nanti walaupun saya tidak berada di kelas aliran sains tulen? Tolong saya cikgu :(

Assalamualaikum cikgu..Boleh cikgu memberikan sedikit pencerahan kepada saya tentang hala tuju selapas pt3..Saya telah mendapat keputusan 3A1B5C1D
A-BM LISAN
-GEO
-P.ISLAM
B-SEJ
C-BM BERTULIS
-BI LISAN
-BI BERTULIS
-MATH
-KHB(PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN)
D-SAINS
PSIKOMETRIK- I:18 K:16 S:13
Indeks Perbezaan:9
Untuk PBS pula:
BM- 4,5
BI-4
MATH-4,5
SAINS-6,5
SEJ-5
GEO-6
PI-5,4
SENI-4
KHB(PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN)-6,5
Jadi,apakah aliran yang sesuai untuk saya di tingkatan 4 nnti..Adakah aliran sains tulen,sains sosial,sastera atau lain-lain mengikut kesesuaian result saya..saya harap cikgu dapat membantu memberikan pendapat.Terima Kasih

Salam
Dari result psikometrik dominan sains tetapi pencapaian anda pada sains tidak kuat iaitu D dan math C. Oleh itu kita akan refer pada kod kedua anda iaitu konvensional untuk kelas akaun. Dari result perdagangan anda mendapat C yg mana pakej akaun biasanya bersama ekonomi asas yg agak tough berbanding perdagangan. Aliran terbaik bagi anda ialah perdagangan/geog atau bergantung kpd pakej yg terdapat di sek anda tetapi bukan aliran sains dan bukan aliran perakaunan dan bukan aliran sastera. Ini kerana sastera menuntut gred bahasa yg agak baik namun penulisan bm anda ialah C dgn gred band yg memuaskan sahaja iaitu 4. Manakala aliran kemahiran tidak suit untuk anda memandangkan trait kemahiran kurang menonjol dalam minat anda.

Salam
Memandangkan result math anda E anda tidak digalakkan mengambil subjek dominan untuk pengiraan Math seperti Add Math/ Ekonomi/Akaun. Psikometrik anda dominan enterprising yg lebih sesuai untuk pakej aliran perdagangan. Untuk mendapat tempat di U selepas SPM sekurang kurangnya anda perlu kredit iaitu C dalam Math. Oleh itu anda boleh fokus dgn Math untuk mendapat kredit krn anda harus struggle dari asas Math E sewaktu PT3. Jika anda mengambil 3 subjek berat lain yg menekankan math juga seperti Add Math/ Akaun/Ekonomi ia akan membuatkan anda triple struggle dan pengalaman cikgu dgn student tersebut, mereka sukar survive untuk.mendapatkan kredit bagi 3 subjek tersebut dgn basic Math E. Lebih baik fokus Math teras untuk kredit C SPM iaitu killer subjek yg membuatkan pemohon biasa gagal mohon ke IPT dan masuk ke aliran yg sesuai dgn kebolehan dan minat kamu. Aliran ini membolehkan kamu memohon kursus di IPT perkaitan pemasaran, perniagaan dan pengurusan perniagaan sesuai dgn trait dominan enterprising anda.

Asalamualaikum cg.baru2 ni result pt3 telah diumumkan..saya dapat 7A 2B 1D..Saya mendapat maths D dan Sains B..Masih adakah peluang untuk saya memasuki kelas sains tulen? Ujian psikometrik saya rasa saya lebih kepada investigatif kerana itu yang paling tinggi antara kesemuanya..tapi saya taktahu keputusan pbs saya...kalau tahun depan saya tidak dapat ditempatkan dlm kelas sains ..layakkah saya untuk memohon agar ditempatkan di kelas sains tulen..kerana dari sejak saya berumur 13 tahun saya berharap sangat untuk ditempatkan dalam kelas itu..mohon pencerahan drpd cikgu sendiri

Salam
Result anda melayakkan anda untuk memohon kelas sains..tetapi jika kelas sains telah penuh krn priority pada murid yg mendapat gred sains dan math yg lebih baik maka anda ditawarkn ke kelas akaun. Bagi berada dalam kursus perubatan anda perlu berada dalam aliran sains tulen untuk memudahkan anda memohon matrikulasi sains atau asasi sains sebelum ke ijazah perubatan.

Oleh itu anda perlu berada dalam kelas sains untuk laluan ke kursus perubatan sama ada membuat rayuan di sekolah anda atau bertukar ke sekolah lain.

Salam
Result anda melayakkan ke aliran sains dgn dominan investigatif pada minat kerjaya. Namun jika anda memilih antara akaun atau perdagangan lebih baik perakaunan dgn pakej Add Math dan Ekonomi untuk laluan ke matriks akaun dgn adanya Add Math dan asasi perakaunan. Malahan IPT juga mengambil murid yg mengambil pakej ini untuk diploma akaun.

Salam. Result dgn kombinasi math sains BD dan psikometrik investigatif boleh memohon ke aliran sains. Semoga berjaya.

Salam.
Math anda A tetapi sains A. Cikgu rasa mcm ada typing error disini. Jika kombinasi anda A hingga D dgn psikometrik investigatif maka anda layak untuk ke aliran sains. Tapi jika sains E dan anda masih ingin ke aliran sains..ambil aliran sains teknikal yg lebih kepada pengiraan dan math seperti fizik/ add math/ lukisan kejuruteraan/ rekacipta krn walaupun anda kurang minat tetapi anda cemerlang untuk subjek tersebut dan membolehkan anda masih kekal di aliran sains. Elakkan subjek biologi jika sains E.

Salam
Dari result dan psikometrik agak berat untuk anda masuk ke aliran akaun dgn pakej perd atau ekonomi yg anda tidak minat. Result pt3 anda juga subjek asas math gagal tidak kuat untuk membawa subjek elektif ini.
Bagaimana dgn subjek rekacipta/kemahiran krn dominasi investigatif anda menunjukkan anda suka meneroka dan berfikir mencari idea. Aliran ini lebih sesuai untuk anda memandangkan aliran berikut anda tak minat akaun,perdagangan,seni,tassawur dan ekonomi asas. Manakala aliran sains tidak melayakkan anda menyertainya.

Salam
Ya result anda melayakkan anda untuk masuk aliran yg anda sukai. Insya Allah jika anda berada dlm aliran sains anda boleh melaluinya.

Jika anda berminat untuk meneruskan cita cita anda sebagai pramugari anda boleh mengambil jurusan akaun/ekonomi/add math agar anda boleh mengambil aliran pengurusan dan perakaunan. Sekurang kurangnya anda mempunyai kelulusan di peringkat ijazah dan menyambung kursus di bahagian pengurusan/ perhubungan antarabangsa/ human resource yg anda yg boleh gunakan dlm kerjaya kemudian hari atau sbg profesionalisme anda untuk mengembamgkan bakat dan pengalaman anda dlm bentuk bisnes

Maksudnya sya layak masuk klas sains ke?

Assalamualaikum kaunselor,
Adik sy dapat keputusan PT3 ,(BM,BI SJ,GEO,PAI,KH=A)(BA=C, SC=C, MATHS=D)
dan keputusan psikometriknya ,KOD 3 MATA HOLLAND= E:16, A:16, K:11)
Adik saya bersekolah di SBP dan disitu hanya ada aliran sains tulen dan agama.
tetapi memandangkan result sains dan maths = C&D, parents suggest utk tukar ke sekolah harian,tetapi kami tidak tahu aliran yang sesuai untuknya.
Adakah adik saya masih ada potensi untuk ambil aliran sains di solah sbp , dan cuba belajar bersungguh-sungguh?
atau tukar ke sekolah harian ?
adkah aliran akaun sesuai dan berpotensi untuknya?(kerana mata pelajaran lain ,adik saya boleh skor,cuma bermasalah dalam science dan matematik)

apa pandangan cikgu kaunselor?terima kasih diatas segalam pandangan cikgu kaunselor

salam cg,antara subject fizik dan ekonomi asas mana lebih mudah untuk score. Saya ditawarkan ke aliran yg menpunyai subject addmath,prinsip akaun,ekonomi asas.saya harap sangat cg boleh beri pandangan. Thank you!

Hi Cikgu... Sy Sandra dan baru mendapat keputusan PT3 baru2 ni. Maths B dan Science C. Soalan sy adakah keputusan sy ini melayakkan sy ke aliran Sains. Dan sy ingin tahu sekiranya sains dan matematik akan diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun 2017?

Salam cikgu.
Dengan PT3 results 7A1B2C dan math dan sains C (Band antara 4 dan 5), psikometrik ISR, saya berhajat untuk memohon SM Teknik aliran perdagangan yg ada subjek prinsip akaun, perdagangan, pengajian keusahawanan, Add maths dan Sains. Adakah pilihan ini lebih baik dari meneruskan pengajian di sekolah harian sekarang? Saya kurang berminat dalam sains. Tkasih.

Salam...tolong cg saya perlukan bantuan cg...saya dpt 9A1B1E.E adalah mate dan B adalah Sains..Apakah aliran yang sesuai untuk saya

salam cikgu.keputusan pt3 saya ialah 8a3b.B termasuk bi,sc dan mt.kod mata holland saya A:29E:22R:22.saya mohon smt johor bahru aliran perdagangan.Adakah ia sesuai untuk saya?

Result anda layak memohon aliran sains. Sains dan math masih lagi diajar dlm option iaitu ada sek yg mengajar dlm BM, ada yg dlm BI bergantung kpd sekolah tersebut

Pakej yg anda ditawarkan skrg adalah lebih mudah tahap kesukarannya berbanding fizik kimia add math. Oleh krn itu jika anda berada dlm dua pilihan antara sains dan akaun dan berminat juga dgn kedua dua pakej ni maka jawapannya pakej add math/ akaun/ekonomi asas mampu memberikan skor yg lebih baik untuk anda

Salam
Nampaknya kelemahan adik anda ialah dalam subjek Math. Jika dia meneruskan ke aliran sains dia akan berhadapan dgn add math/math/fizik/kimia yg mana tahap kesukaran math lebih tinggi. Result spm untuk ke IPT ialah minimum Math C.
Matematik D untuk pt3 membuatkan dia perlu struggle untuk Math malahan Add Math dan Fizik. Oleh krn itulah trait investigatif untuk aliran sains tidak dominan dalam minat kerjayanya bagi psikometrik.
Adik anda lebih sesuai tukar ke aliran perakaunan/ekonomi/perdagangan kerana kebolehannya untuk skor subjek ini dan fokus untuk mantapkan Math subjek teras dari form 4 lagi untuk maintain A B atau minimum C sbg kayu ukur untuk melayakkannya ke IPT. Jika dia mengambil pakej Add Math juga tidak mengapa krn matrikulasi akaun meletakkan syarat minimum murid mendapat Add Math E manakala IPT meletakkan 2 merit untuk subjek elektif yg bermakna akaun atau ekonomi yg boleh adik anda skor. Trait psikometriknya juga dominan untuk enterprising yg menunjukkan kelas ini yg lebih diminatinya dan laluan untuk kursus pemasaran, perniagaan di peringkat IPT.

Salam
Anda layak memohon aliran perdagangan dgn pakej tersebut. Jika di sekolah harian biasanya Add Math/Akaun/Ekonomi. Sains ialah subjek wajib utk semua aliran yg bukan aliran sains. Pakej ini melayakkan anda memohon matrikulasi, IPT dan pelbagai institusi lagi. Cuma jika anda memilih SM Teknik kelebihannya jika anda duduk diasrama suasana pembelajaran lebih berfokus dan masa pembelajaran di sek teknik lebih lama. Dan di sek teknik kelas akaun mempunyai 4 subjek elektif yg lain berbanding sek men harian biasa...kebiasaanya 3 subjek elektif sahaja untuk kelas akaun. Jadi dari penerangan ini anda boleh menimbangkan pilihan terbaik anda.

Bagi sek men harian biasa, jika kuota kelas sains masih anda dan anda ingin membuat rayuan boleh dipertimbangkan. Namun spt yg cikgu telah terangkan...basic sains math anda lemah dan ia akan menambahkan beban anda di aliran sains. Pilih aliran yg sesuai dgn kebolehan anda seperti aliran akaun , aliran perdagangan atau seni

Keluarga saya amat berterima kasih kepada cikgu kaunselor kerana sebelum ini kami ragu-ragu dengan keputusan untuk adik saya tukar daripada aliran sains ke aliran lain... tetapi,kini, kami serta adik saya berasa yakin diatas keputusan untuk bertukar aliran. Semoga cikgu kaunselor dan keluarga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki...Amin...
terima kasih sekali lagi membantu dan membimbing kami dan orang-orang lain yang juga bertanyakan soalan...

Semoga cikgu kaunselor terus bersemangat untuk menjawab soalan2 yg dikemukakan

Assalamualaikum cikgu.. izinkan saya bercerita panjang...hee... sekolah saya adalah salah satu daripada 18 buah sekolah menengah agama negeri pahang.Kami dibawah petadbiran JAIP.JAIP telah meletakkan syarat hanya pelajar yang memperoleh 6A ke atas dalam pt3 termasuk BM,BI,SN dan MT sahaja yg boleh memohon untuk ke kelas aliran sains tulen..jadi baru2 ini saya dapat 9A 1B 1C .. B dalam math dan C dalam science..dan tiada pelajar di sekolah kami yg dapat A dlm subjek sains pt3 2016..buat pengetahuan cikgu saya sangat suka pd sains..dan cita2 saya adalah ingin menjadi doktor..mmg dari form1 saya ingin belajar subjek2 sains ini..saya mohon juga pada JAIP untuk masuk ke kelas sains..tapi saya takut cikgu..saya takut saya tak boleh bawak..mak ayah saya pun hanya memberi saya sokongan yg baik dan memberi motivasi pada saya..Alhamdulillah..Band saya untuk subject math dan science both I got band 5. Kod mata holland saya adalah SAI..mengikut pendapat profesional cikgu..layak kah dan mampukah saya mengambil kelas sains..dan mohon dari cikgu doa agar JAIP meluluskan permohonan saya.. terima kasih cikgu sudi jawap.. :D

Salam wina. Result anda layak ke SMT dan psikometrik anda juga sesuai dan menyokong untuk aliran perdagangan di sana. Semoga anda berjaya

Assalam cikgu, saya calon pt3 2016 dan mendapat 6A2C1D1E. Saya mendapat D dlm matapelajaran sains dan E dlm matapelajaran matematik. Saya agak buntu dgn keputusan saya kerana tidak tahu aliran apa yang sesuai dgn saya. Keputusan psikometrik saya adalah ISK. Saya amat meminati sains dan sastera tetapi ibu saya seringkali menyuruh saya mengambil perakaunan seperti kakak saya. saya tidak minat dgn matapelajaran itu. Jadi bagaimana ya?

Assalam cikgu.. Baru2 ini saya telah mendapat results pt3.. Saya memperoleh 2A5B1C1D1F.. D utk sn manakala F utk maths.. Manakala utk kod holland pula saya memperoleh K:25 S:23 I:23.. Saya tidak pasti berapa aliran yg sekolah saya menawarkan ttp yg saya pasti sekolah saya menawarkan pada kelas 3 yg pertama mesti mengambil aliran sains tulen.. Manakala kelas 4,5 kelas akaun tp ada addmaths.. Kelas 6 kelas akaun tp xde addmaths.. Dan kelas 7,8 aliran seni.. Saya sedar dgn results yg tidak seberapa ini tidak melayakkan saya utk mengambil aliran sains tulen.. Tp saya mahu mengambil aliran kelas akaun yg ade addmaths.. Kerana saya betul2 mahu mengambil kelas yg menawarkan banyak sub tambahan.. Mohon penjelasan cikgu.. Tk cikgu :)

Assalamualaikum cikgu....kalau nk jadi doktor atau kerjaya yg berkaitan perubatan memang kena ambik biologi dari ting 4 ataupun boleh lepas spm...saya dpt kelas sains bio tp saya macam x yakin saya boleh bawak....ujian psikometrik pon saya cenderung ke bidang investigatif..saya juga mohon smt perdagangan.... saya harap cikgu haiza dpt bantu saya..hihihi saya dari kelas 3a smk cheras..

Asslamualaikum ckgu ..sya nk brtnya.. Dulu cita-cita sya nk jdi doktor tpi lps tngk result pt3 bru ni sya x yakin dgn cita-cita sya.. Sya dpt 3A 2B 1C dan sya dpt maths E sains F ...aliran apa yg patut sya ambil?

Salam
Dari result psikometrik anda..anda layak ke aliran sains ditambah pula dgn keupayaan Math Sains anda pakej B dan C anda boleh bawa aliran sains samaada tulen atau teknikal. Band 5 juga adalah tinggi yg menunjukkan anda mampu untuk aspek teori amali. Apabila anda berada di sekolah terbaik seperti itu mereka meletakkan syarat minimum A juga untuk 4 subjek tersebut iaitu BM BI Sains dan Math. Namun demikian jika di kelas tersebut masih ada lagi kekosongan untuk murid aliran sains..rayuan akan diterima. Anda perlu menunjukkan kesungguhan untuk masuk aliran tersebut dgn berjumpa sendiri dgn pegawai JAIP memberikan peluang kpd anda.jika rayuan anda ditolak juga anda perlu menimbangkan untuk bertukar sekolah bagi mengambil aliran tersebut.Ini krn hanya aliran sains sahaja laluan untuk anda mencapai cita cita dlm bidang kedoktoran atau bidang perubatan spt fisioterapi, pengimejan perubatan, farmasi dll.

Salam
Dengan psikometrik dominan konvensional anda boleh ke aliran akaun. Namun demikian result math anda mmg lemah lebih baik anda mengambil pakej Akaun/Ekonomi. Jika anda mengambil subjek Add Math anda perlu struggle dua subjek iaitu subjek teras Math dan Add Math. Lebih baik anda fokus dgn subjek teras Math untuk mendapatkn minimum kredit C. Dan mengambil subjek elektif sepwrti Ekonomi/Perdagangan /Akaun yg boleh dibawa dan anda.mampu skor. Subjek ini juga laluan untuk ke IPT dan menyambung kursus dlm bidang perakaunan atau perniagaan. Dgn gred F Math di pt3...anda perlukan latih tubi dan latihan yg kerap untuk Math teras.

Salam anda tidak menyatakan psikometrik anda sukar cikgu nak memberikan bimbingan tanpa result PBS dan result lengkap subjek anda dgn pertanyaan yg terlalu umum.

Salam
Dengan pakej D dan E anda tidak digalakkan mengambil aliran sains walaupun anda berminat. Maka dominan sosial pula akan dirujuk sebagaimana anda menyatakan minat anda dalam sastera. Jika anda tidak berminat dgn akaun anda boleh memilih ekonomi/ perdagangan/geografi yg lebih sesuai dgn anda.

Salam. Anda tidak digalakkan mengambil aliran sains. Tetapi anda boleh mengambil aliran akaun atau perdagangan bergantung kpd psikometrik. Jika dominan K untuk akaun dan jika dominan E untuk perdagangan ekonomi tanpa pakej Add Math

Terima kasih banyak cikgu!

Salam ckgu sya layak ke masuk klas sains wlaupon sains dan math dua2 D tpi band kedua2 band 5 dan 6 shja.kod mata holland IAK

Salam sejahtera Cikgu☺.Cikgu rakan saya ingin memasuki kelas akaun tetapi dalam keputusan PT3 Math dapat F.Apakah rakan saya masih boleh memasuki kelas akaun.?

Cikgu prinsip akaun dan perdagangan tdk berapa faham..Boleh cikgu menerangkan dengan lebih dalam.TQ

Cikgu adakah saya layak utk memasuki kelas sains atau math kedua² memperoleh band 4 dan kod mata Holland SKI.

Salam
Di sek men harian biasa, kelas aliran sains masih menerima murid Math Sains DD atas permintaan dgn dominasi investigatif. Tetapi anda akan struggle dgn subjek tersebut. Lebih baik memilih aliran yg sesuai dgn pencapaian anda.

Salam. Result gagal Math tidak digalakkan ke aliran akaun.

Salam cikgu..Baru² ni saya telah mendapat result pt3 dan saya memperileh 2A3C1D1E2F...2F ialah sains dan mat,manakala kod mata hollad ialah SKI..Band utk sains dan math ialah band 4,adakah saya akan diterima masuk dlm kelas sains atau kelas akaun..Mohon penjelasan drpd cikgu..TQ☺

Salam
Dgn result F sains dan math anda tidak dapat masuk aliran sains. Manakala bagi kelas akaun pun tidak digalakkan. Dgn trait psikometrik sosial anda lebih cenderung untuk subjek perdagangan/geog/seni/tasawwur yg kurang bebanan math dan sains

Salam cikgu,sya calon pt3 tahun 2016 dan sya memperoleh 3A1B1C1D1E3F..Math dan sains mendapat gred F,manakala pula math dan sains mendapat band 4,tetapi sya sngt meminati utk msk ke kelas akaun.Adakah sya layak utk msk ke kelas akaun??

Anda tidak menyatakan gred pt3 anda jadi cikgu kurang maklumat untuk memberi bimbingan

Prinsip akaun adalah subjek mengenai prinsip pengiraan untuk urusan jual beli dalam bentuk dokumen dan akaun.
Perdagangan ialah prinsip jual beli dan proses jual beli

Terima kasih cikgu dgn penjelasan yng jelas.

Salam
Cikgu tidak dapat memberikan bimbingan yg baik krn maklumat anda terlalu umum. Cikgu perlukan markah gred pt3 dan pbs untuk panduan memberikan bimbingan kpd anda yg mana patut diambil

Salam puan
Tahniah buat anak puan lulus semua subjek. Jika di sek men harian biasa, kelas komputer pakej dgn kelas aliran sains yg agak berat untuk diambil sbb pakej Math Sains DD. Tetapi ada juga sekolah yg meletakkan sains komputer bukan dlm aliran sains bermakna puan perlu search pada pegawai ppd sekolah mana yg tawarkan kelas komputer tanpa aliran sains untuk memasuki aliran tersebut. Dgn pakej sains math D result ini untuk ke sek teknik agak tipis peluangnya.
Oleh itu jika dia kekal di sekolah ini..pilihla subjek elektif seni/ perdagangan/geografi yg mampu untuk dia skor. Sains dan math di menengah atas lebih sukar dan dia boleh fokus dan diberi latihan untuk mendapat minimum C bagi SPM untuk ke IPT. Ini krn bagi laluan komputer programmer, terdapat di IPTS juga dgn 5 atau 3 kredit termasuk Math. Di ipt dgn laluan aliran komputer ada sijil dan diploma. Ada IPT yg mengambil murid dari latarbelakang sains dan ada yg ambil tanpa mengira aliran akademik yg penting 5 kredit. Semoga anak puan mencapai cita citanya.

Result pt3 3A2B1C1D1E2F.. Kod mata holland KSI.. Pbs maths F band 3..pbs sains E band 4

Salam puan
Result pt3 bukan semata mata melihat bilangan A. Result ini dilihat secara holistik iaitu gred pt3, gred PBS, psikometrik untuk menentukan aliran. Jadi saya tidak dapat maklumat yg diperlukan untuk membantu puan.
Aliran landskap terdapat dlm kelas pvma di sek men harian biasa yg mana ia memperolehi sijil skm tahap 1 dan 2 dan further study skm tahap 3. Perlu mendapatkan pengalaman kerja untuk melanjutkan pelajaran lagi. Biasanya pvma untuk murid yg tidak menguasai pt3 bermakna result majority C D ke gagal. Manakala di kolej vok pula ada syarat minima untuk masuk dan mendapat diploma kemahiran. Jika murid ini dlm kategori result sains math C boleh masuk aliran sains dan seterusnya menyambung senibina landskap. Jika sains math tidak memberansangkan dia boleh mengambil seni/geog/perdagangan untuk masuk aliran landskap selepas SPM di IPT institusi pengajian tinggi.
Pilihla aliran yg sesuai dgn kebolehannya untuk mencapai cita citanya.

Assalamualaikum cikgu saya nak tnya math dan sc saya E dan kod holland saya AIS manakala band untk math dan sc 4/5 cikgu rasa apakah aliran yg patut saya ambil?

Anda lebih sesuai dgn aliran perdagangan/seni krn math anda lemah. Subjek perdagangan lebih sesuai dgn kod dominan KSI.

Salam
Cikgu perlukan result penuh kamu dari gred pt3 hingga PBS. Cikgu perlukan 3 kod minat kerjaya anda untuk memberikan bimbingan. Bercita cita dlm bidang perubatan memerlukan kamu mengambil aliran sains bagi yg layak. Namun option kedua cikgu tak pasti sbb tidak tau result penuh dan kod 3 mata minat kerjaya. Cikgu tidak pasti anda boleh bawa atau semakin terbeban membawa krn result sains math awak tidak menyatakannya

Baiklh ckgu trima ksih.. Ckgu klau sya nk jdi peguam aliran apa yg sesuai.

Kalau berminat dgn peguam anda boleh mengambil apa sahaja aliran kecuali kemahiran. yg penting kekuatan pada Bahasa Inggeris dan Sejarah kena dpt minimum B untuk SPM. Jika anda mendapat SPM cemerlang anda boleh terus ke asasi undang undang namun jika rssult anda tahap sederhana anda masuk aliran sains sosial untuk STPM dan mengambil ijazah undang undang. Semoga berjaya

Trina ksih ckgu atas bimbingan.

Salam cg baru2 ni result pt3 anak saya dpt 9a1b, tetapi dia x berminat pindah ke sbp, mrsm, smk teknik, jadi saya sekolah kan dia tpt lama sekolah harian, adakah sekolah memainkan peranan utk menjadikan murid lbh cemerlang..dan adakah murid sekolah harian mudah utk dptkan tempat ke Ipta

Salam cikgu, saya calon pt3 tahun 2016. saya mendapat C dlm matapelajaran sains dan D dlm matapelajaran matematik. kod holland saya memperoleh I:29 S:27 K:25 manakala band untuk sains dan math ialah band 4/5. adakah saya layak ke aliran sains tulen??

Assalam cikgu,keputusan PT3 saya ialah 6A 3B 1C.B dalam subjek MT,SC dan KHB Perdagangan.C pula dalam subjek SEJ.Ujian Psikometrik R:27 I:25 S:20.Indeks perbezaan 13. PBS-BM & BI=5,6...MT,SC,GEO,PI,SVK,PSV & KHB=6...SEJ & PJK=5.Saya memihon SMT dengan pilihan 1:Kejuruteraan Awam...pilihan 2:Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Sekiranya saya tidak ditawarkan ke SMT,saya akan ambil Sains Tulen di SM Harian Biasa.Betulkah pilihan saya ini?

Salam
Result math sains yg F ditambah PBS yg rendah maka anda tidak digalakkan mengambil aliran akaun. Ini krn akaun bersama pakej subjek yg agak berat bagi anda. Cikgu dapati ada satu lagi subjek yg anda F dan 1E dan 1D. Jika ia adalah subjek teori menunjukkan penguasaan anda yg lemah dlm subjek teoritikal.

Dengan dominan A..anda sesuai ke kelas seni/perdagangan. Tetapi cikgu tak dpt full result anda untuk mengetahui pencapaian sebenar anda. Jika result anda byk F dan D maka lebih baik ke aliran kemahiran

Salam tuan
Adalah sesuatu yg normal untuk murid cemerlang di sek men harian biasa untuk stay di sekolah harian juga. Ini kerana berbeza dgn murid ting 1 selepas UPSR yg memasuki asrama..murid ting 4 agak keberatan untuk meninggalkan rakan sebayanya yg sudah mempunyai bonding yg kuat antara mereka. Murid cemerlang sek harian akan meneruskan kecemerlangan mereka dlm SPM. Pengalaman saya mengendalikan murid cemerlang yg berpindah ke sek asrama di ting 4..majority akan berpatah balik ke sekolah harian. Ini krn murid ting 4 di sek asrama sudah mempunyai kliq belajar mereka dari ting 3 dan geng tersendiri yg menyebabkan murid baru perlu menyesuaikan diri untuk diterima dlm mana mana group. Jika ada murid baru yg masuk ke sek tersebut, mereka akan membentuk klik bersama. Berbanding dgn sek men teknik atau kolej vok yg kesemuanya adalah murid baru ting 4 dan tiada murid junior. Murid cemerlang ke sek asrama biasanya survive di SBP jika mereka sendiri yg berminat jadi mereka mudah menyesuaikan diri berbanding murid yg terpaksa berpindah kesek asrama krn mengikut kehendak ibu bapa dan kawan kawan.

IPTA mengambil murid berdasarkan merit subjek. Ini bermakna walau di mana sahaja dia belajar yg penting markah SPM yg diambikkira, aktiviti kokurikulum dan merit latar belakang keluarga dari segi pendapatan. Ini bermakna jika dia cemerlang akademik dan kokutikulum dia layaj mendapat tempat IPTA.

Result sains math layak untuk memohon sains tulen dgn psikometrik yg anda perolehi. Namun demikian aliran sains selain dari melihat subjek sains dan math..full result yg memuaskan diperlukan. Anda tidak menyatakan result anda bg subjek yg lain

Assalamualaikum, cikgu. Keputusan saya 3a math b sains e. Tapi cikgu sekolah saya dah masukkan saya dalam kelas perakaunan. Kalau ikutkan keputusan psikometrik, a:12, s:10, k:8. Jadi, boleh ke saya membawa subjek perakaunan?
#terimakasih

Assalm cikgu nma sya aisyah baru2 ni sya dpt keputusan 5A3B2D bgi keputusan pt3
Dua D tersebut adalah mata pelajaran sn & maths
Saya ingin tahu aliran manakah yang sesuai bgi sya?
Sya mendapat mata holland S:20 I:19 K:16

Keputusan pt3 saya ialah
2A = geo, bm lisan
3B = bm tulis, pi, khb
2C = sn, sej
1D = math
2E = bi tulis/lisan

Salam
Kamu mempunyai trait dominan SIK yg sesuai untk perakaunan juga. Perakaunan/ekonomi/perd. Kerana subjek ini sesuai dgn aliran pengiraan.dan perniagaan dan boleh anda skor berbanding aliran sains yg lebih tough dan asas kamu ke aliran sains tidak begitu kukuh.

Salam
Trait psikometrik anda ada ciri K. Math anda B anda layak ambil akaun. Anda juga boleh ambil pakej Add Math yg melayakkan anda memohon matrikulasi.

Salam. Dengan result begini biasanya boleh ke aliran sains sek men harian biasa jika masih ada kuota untuk diisi. Tetapi jika anda tanya..boleh mohon atau tak..jawapannya boleh mohon krn layak.

Salam
Result anda melayakkan anda memohon ke SMT.
Jika di sekolah men harian biasa pilih aliran sains kejuteraan seperti lukisan kejuteraan /sains komputer/ rekacipta..agar anda dapat menyambung pelajaran ke kursus kejuruteraan selepas SPM.

Salam. Dengan result begini biasanya boleh ke aliran sains sek men harian biasa jika masih ada kuota untuk diisi. Tetapi jika anda tanya..boleh mohon atau tak..jawapannya boleh mohon krn layak.

Salam.
Saya gagal Math dan Sains..
Band math 3 dan band sains 4
Layak x saye masuk kelas prinsip akaun

Assalamualikum, Cikgu. Keputusan PT3 saya dapat 3A2B1C4D. Math saya B manakala Sains saya D. Adakah saya layak masuk kelas Aliran Sains? Cita-cita saya hendak menjadi seorang Ahli Farmasi. Aliran apakah yang saya boleh masuk untuk mengejar cita-cita saya itu?

Assalam cikgu sy mendpt result pt3 5a1c1d3e..holland S:23 I:21 & K:16..sc n math e. Band pula 4&4 layakkah sy memohon sek teknik aliran kejuteraan mekanikal dan jika sek.aliran biasa pula dlm aliran perdagangan.

Assalam cikgu sy mendpt result pt3 5a1c1d3e..holland S:23 I:21 & K:16..sc n math e. Band pula 4&4 layakkah sy memohon sek teknik aliran kejuruteraan mekanikal dan jika sek.aliran biasa pula dlm aliran perdagangan.

Asslm cikgu boleh terangkan kpd saya syarat2 untuk masuk ke kelas perakaunan?

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 450   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel