24 December 2015

Hala Tuju Selepas PT3: Tips Memilih Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan 4 di Sek Men Harian Biasa

Perkara yang selalu menjadi isu sewaktu buka sekolah untuk murid tingkatan 4 setiap tahun ialah aliran mata pelajaran elektif yang manakah yang boleh murid ceburi.

SILA RUJUK ENTRI TERKINI DiS 2017 SUBJEK ELEKTIF TERKINI STEM
Klik link:
Pemilihan Ke Ting 4 Berdasarkan Psikometrik, PBD dan PT3

Rujuk entri ini untuk
panduan memahami pentaksiran pt3 , psikometrik, pAJSK dan SEGAK

Rujuk entri ini terkini 2019
panduan oleh guru kaunseling pakej subjek ting 4 KSSM

KELAS ALIRAN SAINS


NILAI PULANGAN TINGGI

- Biologi/Fizik/Kimia/Add Math/ Prinsip Akaun
- Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun
- Fizik/ Kimia/Matematik Tambahan/ Rekacipta
- Fizik/Kimia/ ICT / Matematik Tambahan
-Fizik/Kimia/Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan
- Bahasa Arab/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Pendidikan Al Quran Sunnah/ Pendidikan        Syariah

Kekuatan :  
1) Peluang IPT lebih terbuka luas kepada murid aliran sains kerana murid aliran sains boleh meneruskan kursus sains atau berubah haluan ke aliran perakaunan mahupun sosial.
2) Peluang ke matrikulasi terbuka untuk murid yang mengambil pakej bersama mata pelajaran Matematik Tambahan .
3) Terdapat 4 subjek elektif dimana IPT memerlukan sekurang -kurangnya satu matapelajaran elektif

Cabaran:  
1) Mesti mempunyai peruntukan masa yang berdisiplin kerana kesukaran subjek itu sendiri dan lebih banyak mata pelajaran elektif berbanding aliran lain di sekolah mennegah harian biasa. 
2) Berminat dan bukan dipaksa atau mengikut kawan kerana subjek yang banyak memerlukan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan

Syarat Masuk ke Aliran Sains Syarat kemasukan mengikut Surat Pekeliling KPM 22/2014 mengenai Kriteria Kemasukan Murid Ting 4 Aliran Sains Tahun 2016 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah:
1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan mengikuti aliran Sains Ting 4
2) murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, Band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta meminati aliran sains berdasarkan psikometrik 
3) kes khas: murid mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, band 4 dalam pentaksiran sekolah bagi kedua-dua subjek tersebut serta berminat dalam aliran Sains berdasarkan psikometrik
4) gred E dalam mana-mana subjek sains dan Matematik tidak digalakkan memohon



KELAS ALIRAN PERAKAUNAN
 Prinsip Akaun dan  Ekonomi Asas
 Prinsip Akaun dan Perdagangan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan

Di SMK Cheras ditawarkan kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas manakala satu kelas lagi ialah Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas.

Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak   berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C. 

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata pelajaran elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1 mata pelajaran elektif yang kredit


KELAS ALIRAN PERDAGANGAN DAN SENI
Mata pelajaran elektif Perdagangan dan Seni
Geografi dan Seni
Kesusasteraan Melayu dan Seni

Di SMK Cheras Perdagangan ditawarkan bersama subjek Seni


Kekuatan : 
1) Murid aliran akademik yang rendah penguasaan akademiknya 
2) Silibus mata pelajaran elektif yang agak rendah tahap kesukarannya 

Cabaran
1) Mesti berminat dengan kerja projek folio bagi sokongan untuk markah SPM
2) Mesti kreatif dan berbakat dalam seni lukis
3) Subjek elektf yang diambil hanya boleh memasuki kursus tertentu di peringkat universiti dan politeknik kerana pakej mata pelajaran elektif ini tidak banyak ditawarkan di peringkat universiti dan kolej selepas SPM.

KELAS ALIRAN MPV (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
Mata pelajaran vokasional seperti Rekaan Jahitan Pakaian , Seni Reka Tanda, Automotif, Katering Dan Penyajian Makanan, Pendawaian Domestik, Akuakultur dan haiwan reakreasi, Tanaman Makanan, Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut, Produksi Multimedia, Membuat Perabot, Hiasan Dalaman Asas, Menservis Automobil, Menservis Motorsikal, Menservis Peralatan Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Di SMK Cheras menawarkan Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda

Kekuatan: 
1) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
2) Beban akademik yang paling minimum bagi murid yang lemah penguasaan akademik 
3) Akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional 

Cabaran:
1) Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus  bentuk kemahiran sahaja dan potensi masa hadapan yang lebih cerah jika menyambung dengan kursus yang sama. 
2) Pengambilan terhad untuk murid ini bertukar laluan akademik dengan menggunakan sijil SPM semata-mata untuk ke kursus berorientasikan akademik pula dan subjek teras seperti Matematik dan Sains perlu minimum B jika bersaing dengan murid aliran pakej elektif yang lain yang lebih diterima untuk ke kursus berorientasikan akademik kerana pakej mata pelajaran elektif yang lebih sesuai.


KELAS ALIRAN PVMA (PROGRAM Vokasional Menengah Atas)
Kelas Penyediaan Makanan, Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Animasi, Pembuatan Perabot, Dekorasi Dalaman, Automotif, Motorsikal, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, pendawaian Elektrik, Akuakultur, Tanaman

Di SMK Cheras disediakan Kelas Penyediaan Makanan

Kekuatan:
1) Murid akan menduduki peperiksaan yang setara SPM pada akhir ting 5. Murid akan menerima pernyataan MPAK iaitu Pernyataan Mata pelajaran Aliran Vokasional bagi mata pelajaran akademik yang tertentu DAN sijil kemahiran malaysia (SKM ) tahap 1 dan 2 atau pensijilan lain-lain dari agensi pentauliahan peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini bermakna jika gagal SPM masih lagi layak mendapat sijil SKM tahap 1 dan 2 berdasarkan syarat pemberian sijil SKM.
2) Murid yang berbakat dengan kerja kemahiran tangan dan mempunyai mata pelajaran akademik teras sahaja. 
3) Mata pelajaran akademik teras tidak mempunyai Sains. Malah subjek Matematik adalah mengikut Kolej Vokasional yang tidak sama dengan Matematik aliran perdana. Ini bermakna subjek teras yang rendah tahap kesukarannya.


Syarat Masuk
1) calon warganegara Malaysia
2) murid bersekolah di SMK atau di SMBK
3) murid mestilah telah menduduki PT3, Pentaksiran Sekolah, pentaksiran psikometrik, pentaksiran PaJSK
4) Sihat tubuh badan
5) Bebas masalah mental
6) Bebas dari penagihan dadah dan sakit kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis, epilepsy, atau kecacatan yang menghadkan kerja amali
7)Menguasai 3M
8) Tidak rabun warna
9) Berminat dengan kursus dipohon


TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI
Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 3tahun 2015 sudah bersedia dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu persekolahan. Jika anda berada dalam dilemma memilih aliran mata pelajaran elektif yang sesuai di tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika tidak, anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah dengan gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.
2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat cenderung ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk meneruskan aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.
3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda ambil di tingkatan 4 ini selepas SPM.
4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik anda memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini kerana subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan stail yang sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil mata pelajaran kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini diajar dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah yang perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.
5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk menceburi kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut. Sememangnya ada sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya. Contohnya masuk aliran sains tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang penting diri anda, jangan membeza-bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di peringkat SPM, keputusan tidak melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka seseorang perlu adjust semula hala tuju hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4 ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains fizikal Lukisan Kejuruteraan kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada menunjukkan kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda tidak mengambil Lukisan Kejuruteraan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik kod 3 mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat dengan keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat bertukar kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar aliran ke kursus berorientasikan Sains selepas SPM.

Salam Maulidur Rasul:

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya Aku Memohon Dan Aku Menghadap kepadaMu
Dengan Keberkatan Nabi Kami Muhammad
Nabi Yang Membawa Rahmat
Ya Muhammad, 
Sesungguhnya Dengan Keberkatanmu, 
Aku Menyerahkan Hajatku Kepada Allah
Supaya Allah Menyempurnakan Untukku






Salam Mohon Restu sempena PT3
Solat Hajat sempena peperiksaan PT3

450 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 450   Newer›   Newest»

Salam cg
baru2 ni keputusan pt3 saya dapat 5A2B2C1D. C maths dan D sains. psikometrik IKS. band untuk math&sn ialah 4. aliran apa yg sesuai dengan saya??

Asslm cikgu boleh terangkan kpd saya syarat untuk masuk dlm kelas perakaunan dengan detail?

Aliran apa yang sesuai untuk Keputusan Inventori Minat Kerjaya ni :: 1-Sosial 2-Investigatif 3-Artistik ?

Salam
Agak membebankan anda untuk masuk aliran akaun. Kerana pakej aliran akaun dgn subjek yg agak berat. Murid yg gagal Math tidak diterima ke aliran akaun.

Salam
Pakej B dan D boleh ke aliran sains dgn psikometrik yg sesuai trait investigatif. Tetapi memandangkan anda ada 4D dan jika 3D itu ialah subjek teori teras agak sukar untuk anda ke aliran sains tulen.

Salam...
Apakah aliran yang sesuai untuk saya?saya mendapat 4A4B2C ...math saya A dan sc saya C. Kod mata holland saya pula I:17 S:16 R:16.saya lemah dalam mengahafal tapi agak berminat dalam aliran sains.apakah yang patut saya lakukan?

Sains math E tidak layak untuk aliran kejuruteraan mekanikal tetapi jika di sek men harian biasa sesuai dgn aliran perdagangan

Salam
Syarat untuk masuk kelas akaun bergantung kpd pakej yg ditawarkan bersama subjek tersebut. Ada sekolah yg menawarkn pakej tersebut dgn Add Math/ Fizik/ Kimia yg mana resukt PT3 yg cemerlang atau subjek Sains Math yg baik. Ada yg menawarkan dgn Add Math/ Ekonomi Asas/ Akaun yg mana pakej Math C lebih baik. Dan ada yg tawarkan subjek Akaun/Perd/ Eko yg mana result pt3 yg sederhana rendah. Setiap pakej ini pula harus bersesuaian dgn psikometrik anda. Oleh itu syarat masuk aliran akaun berbeza antara sekolah mengikut pakej dan result pt3 murid sek tersebut

Salam.
Untuk kemasukan ke aliran perakaunan secara detail sila rujuk ulasan saya di atas

Salam
Aliran yang sesuai untuk Keputusan Inventori Minat Kerjaya ni :: 1-Sosial 2-Investigatif 3-Artistik ? jika dominan sosial anda lebih kpd mana mana aliran dan jika dilihat trait kedua dlm bidang sains dan ketiga seni atau muzik. Biasanya guru kaunseling perlu melihat result anda secara holistik untuk membimbing anda aliran yg sesuai. Minat dgn kod sahaja kurang membantu dlm bimbingan terutama jika skor beza antaranya yg kurang memuaskan.

Salam
Dgn keputusan pt3 anda 5A2B2C1D. C maths dan D sains. psikometrik IKS. band untuk math&sn ialah 4.Maka aliran yg lebih sesuai dgn psikometrik dan kebolehan anda ialah akaun


Salam
Dgn result pt3 5a1c1d3e..holland S:23 I:21 K:16..sc n math e. Band pula 4 4 permohonan ke sek teknik aliran kejuruteraan mekanikal adalah tidak mencapai gred minimum kelayakan dan jika sek.aliran biasa pula anda sesuai jika berada dlm aliran perdagangan.

Salam...

Result anda yg mendapat 4A4B2C dgn .math saya A dan sc C. Kod mata holland pula I:17 S:16 R:16.lemah dalam mengahafal tapi agak berminat dalam aliran sains.
Anda layak ke layak aliran sains dgn result tersebut dan dgn trait psikometrik anda. Anda boleh mengambil aliran sains yg berkaitan dgn kejuruteraan atau sains komputer atau apa shj yg ditawarkan disek anda dlm sains teknikal.

Hai cikgu, saya telah mendapat keputusan 1B3C1D1E3F .

B - BM lisan

C - sejarah
- Geografi
- kemahiran hidup

D - BM bertulis

E - BI lisan

F - Matematik
- BI bertulis
- Sains

Saya tahu saya tidak layak untuk masuk kelas sains tulin dan akaun . Tetapi adakah saya layak untuk masuk kelas perdangagan atau sastera?

salam cg saya nak tanya kalau sekarang ni saya ambil aliran akaun berserta dgn subjek addmt tapi lepas spm saya nak ambil course dalam bidang sains bolehkah? Saya minat sains tapi disebabkan keputusan math saya agak tidak memuaskan saya telah ditempatkan ke aliran akaun.Keputusan sains saya melayakkan saya utk ke aliran sains tetapi math saya yg menyebabkan saya tidak layak utk ke aliran sains.utk psikometrik saya dapat ISK dengan nisbah 26:22:18. Saya memang minat nak belajar biologi tapi saya tak layak ambil aliran sains sebab math saya agak lemah . So saya nak tanya,masih adakah peluang utk saya mengejar cita2 sebagai ahli psikologi/ahli biologi selepas spm nanti..bolehkah saya ambil course yang bukan akaun selepas spm? Saya harap cg dapat bantu saya. Terima kasih.

Hi siew ling
Result anda melayakkan ke aliran perdagangan berbanding dgn aliran sastera.

Salam cikgu
Sya nk tanya klau dpat D untuk maths boleh tak ambil kelas perakaunan bersama add math?

salam
Jika sekarang anda mengambil aliran akaun dan addmath tetapi selepas spm anda mengambil course dalam bidang sains tidak boleh. Jika anda mengambil aliran sains skrg tetapi lepas spm menyambung kursus pwrakaunan atau perdagangan atau perniagaan dibolehkan.

Anda minat sains tetapi disebabkan keputusan math tidak ok anda telah ditempatkan ke aliran akaun. Tetapi anda tidak menyatakan result sains dan math anda yg menyebabkan anda tidak layak utk ke aliran sains walaupun psikometrik anda . Peluang utk anda mengejar cita2 sebagai ahli psikologi/ahli biologi selepas spm nanti..dengan hanya mengambil aliran sains. Ini krn result spm aliran sains perlu konsistan iaitu cemerlang dlm subjek sains bersama dgn result matriks atau STPM. Jika anda ke IPT swasta juga memerlukan mata pelajaran aliran sains untuk kursus perubatan sebelum bergelar ahli psikologi. Jika anda ingin menjadi ahli biologi juga memerlukan anda memasuki aliran sains. Adakalanya minat tidak seiring dgn pencapaian anda. Jika anda berpeluang mendapat rayuan ke aliran sains..(krn anda tidak menyatakan result anda sama ada boleh dipertimbangkan untuk rayuan atau tidak)..gunakan peluang untuk membaiki kelemahan anda. Kecuali result math anda E atau F secara konsisten di ting 3, aliran sains akan menambahkan beban akademik anda krn tidak selaras dgn pencapaian akademik anda.

Assalamualaikum cikgu. Kawan saya masih ragu, boleh ke dia bawa aliran akaun nanti? keputusan pt3 dia,
4A -Bahasa melayu ujian bertulis, lisan bahasa melayu, sejarah dan geografi
2B- English lisan, Pendidikan Islam
2C-English bertulis, KH
2E-Sains Math
(4A2B2C2E)
Keputusan Psikometrik- A:18 | I:17| E:16
#terimkasih sekalilagi

Assalamualaikum cikgu...
Klu kes macam saya bagaimana pula?
Saya mendapat keputusan 4A (BM/Sejarah/Agama), 5B (others ubject) dan 1D (sain). Saya juga mendapat S:22,A:20 & I:18 untuk Holland. Apakah aliran yang sesuai untuk saya? Untuk pengetahuan cikgu saya kurang berminat dgn subjek sains.

Salam
Jika dpat D untuk maths, tidak digalakkan mengambil kelas perakaunan bersama add math

Assalamualaikum
Kawan anda boleh membawa aliran akaun berdasarkan keputusan pt3 dia, 4A -Bahasa melayu ujian bertulis, lisan bahasa melayu, sejarah dan geografi 2B- English lisan, Pendidikan Islam 2C-English bertulis, KH 2E-Sains Math (4A2B2C2E)
Keputusan Psikometrik- A:18 | I:17| E:16 namun tidak digalakkan mengambil bersama pakej Add Math tetapi lebih sesuai dgn Perdagangan. Jika tiada pakej ini di sekolah..lebih baik mengambil alirab Perdagangan. Ini krn prinsip akaun merupakan prinsip pengiraan dan tidak serumit subjek Math ting 4. Memandangkn subjek lain juga anda mendapat A hingga C kecuali Sains maka in sha Allah anda boleh membawanya

Assalamualaikum
Dengan keputusan 4A (BM/Sejarah/Agama), 5B (subjek lain ) dan 1D (sains)dgn dominan trait S:22,A:20 I:18 untuk Holland. Aliran yang sesuai untuk anda ialah akaun bersama Add Math. trait sosial dominan sesuai untuk mana mana aliran.

Assalamualaikum, Cikgu. Keputusan PT3 saya dapat 3A2B1C4D. Math saya dapat B manakala Sains saya dapat D (B/D). Kod dan Skor Keputusan Psikometrik saya EAK. Kod EAK tu tidak melibatkan dengan sains malah melibatkan dengan Akaun. Saya berminat sangat nak masuk kelas Aliran Sains Tulen. Adakah saya layak/dapat masuk kelas Aliran Sains Tulen?

Salam
Keputusan PT3 anda 3A2B1C4D. Math B manakala Sains D (B/D). Kod dan Skor Keputusan Psikometrik EAK. Anda berminat masuk kelas Aliran Sains Tulen yg mana 3 pakej aliran sains sendiri mcm biologi/ fizik/kimia tahap kesukaran lebih tinggi dari sains teras. Dan psikometrik anda sendiri dominan twrhadap trait lain yg menunjukkan anda minat sains tetapi kurang kebolehan dan kecekapan berbanding trait lain yg anda berkebolehan tetapi kurang minat. Anda juga memperolehi 4D iaitu subjek yg anda tidak nyatakan. Ini krn memasuki aliran sains tulen..bukan shj sains math yg diambil merit bahkan bilangan D anda terhadap subjek teras lain akan menjejaskan peluang ke aliran sains tulen

Kalau saya nak menjadi movie editor,animator,game atau app developer aliran apa yang patut saya ambik?

Assalam cikgu saye nk tanye.. Pt3 saye mendapat 2A3B1C2D1E1F.... math saye F... Dan saye minat untuk belajar foreign language... Tetapu abag dan ayah saye risau jika saye teros masok f4..kerana mereka takot saye x boleh bawa subjek f4...saye pon xtau lagi saye akan masok kelas ape......tapi saye mmng takot nk masok f4..lepas ape yg abg dan ayah saye ckp.. Jadi klw VOk...apekah hala tuju yg ade untuk saye capai cita cita saye....minta penjelasan cikguuu.... 😭

Dan saye punye pelaporan pentaksiran psikometrik adalah....
-SKOR KEPUTUSAN INVENTORY KECERDASAN PELBAGAI(IKP):VLM:65% VLI:50% MATH:85% VIS:50% MZK:80% NAT:50% ITR:35% ITE:75% KIN:35% EKS:85...... Kod Dan SKOR KEPUTUSAN INVENTORI MINAT KERJAYA SAYE adalah SAI S:23A:22I:15 (sosial,artistik,investigatif)....

Assalamualaikum cikgu, saya calon pt3 2016. Baru baru ni baru dapat keputusan. Saya mendapat C dalam math dan sains. Band bagi math-5,6 manakala sains pula band 6 . Saya mendapat kod mata holland S:25 K:23 I:23
Aliran manakah yang sesuai dengan saya?

Assalam cikgu, saya mendapat keputusan Gred C dalam math dan sains. Band bagi math- 5,6 manakala band sains-6. Kod mata holland S:25 K:23 I:23.
Aliran manakah yang bersesuaian dengan saya berdasarkan band result dan kod mata holland?

Asalamualaikum ckggu sye nk tye saye minat jurusan perakaunan tapi result pt3 saye mate E, psikometriik sye pulak K:25S:24A21, band pbs bagi mate adlh band 4 IKP sye mate 50 (IKP se smua 50 keatas plg tggi EKS 99%)..jadi adkh ckg rse sye brpluang mmilih perakaunan.. Di skolh sye boleh mmillih sndiri/pgetua ygg tntukn

Kalau ingin movie editor,animator,game atau app developer aliran sains komputer atau seni boleh diambil. Tetapi jika anda tidak mengambil subjek ini kerana pakej yg ditawarkan tidak menepati kelayakan akademik anda..maka walau apa shj aliran yg anda ambil membolehkan anda menfambil kursus tersebut selepas SPM dgn syarat serendah 3 kredit termasuk BM Sej Math dengan pinjaman PTPTN krn IPTS banyak menawarkan kursus ini.

Ckgu saye minat jurusan perakaunan tpi result pt3 mate sye E.psikometrik saya K:25:S:24:A:21.band pbs mate pulak band 4 .. IKP saye mate 50(IKP saye smue 50% keatas yg plg tggi EKS 99% ) skolh sye diberi pilihan mmilih sndiri/ ditntukn oleh pengtua... Ckg rase saye boleh mmbawa jurusan perakaunan /tdk...

Salam
Result Pt3 anda 2A3B1C2D1E1F.... math F... cuma cikgu tidak pasti subjek apakah yg anda dapat E dan D menyebakan keluarga awak risau anda tidak boleh membawa aliran form 4.
Jika anda menyertai kolej vokasional anda akan masuk aliran kemahiran dan perlu bekerja dua tahun sblm melalui kemahiran semula untuk samvung belajar tahap yg lebih tinggi.
Jika anda berada di ting 4 aliran biasa ambil subjek elektif yg agak rendah tahap kesukarannya spt perdagangan/geog/tasawwur agar anda dapat fokus ke Math ting 4 dan 5 untuk me dapatkan kredit C peringkat SPM. Sama ada anda melanjutkan pelajaran ke STPM dalam kursus sastera atau bahasa atau memohon kursus diploma dalam bidang bahasa. Di pwringkat STPM anda tidak berjumpa lagi dgn subjek Math jika anda mengambil aliran sastera atau bahasa. Anda boleh menyambung ke peringkat ijazah dlm bidang bahasa menggunakan laluan STPM juga. Dengan psikometrik SAI anda lebih cenderung dgn laluan kerjaya ini berbanding menyertai kemahiran.

Salam
C dalam math dan sains. Band bagi math-5,6 manakala sains pula band 6 . kod mata holland S:25 K:23 I:23 Aliran manakah yang sesuai dengan anda ialah perakaunan.

Salam

minat jurusan perakaunan tapi result pt3 anda dgn Math E, psikometrik K:25 S:24 A21, band PBS bagi math adlh band 4 adalah sukar untuk cikgu menyatakan anda layak ke aliran perakaunan atau tidak krn anda hanya menyatakan result math E. Bagi psikometrik anda dominan K tetapi untuk masuk aliran akaun biasanya bersama pakej elektif yg agak sederhana tinggi tahap kesukarannya dimana jika result teori pt3 anda majority gred C D E maka aliran perakaunan tidak sesuai dan alternatif kedua ialah aliran perdagangan seni.. Di sekolah ia bergantung kpd persekolahan anda bagaimana aliran disalurkan kpd murid. Ini krn di sekolah cikgu, murid memilih terlebih dahulu dan kemudian result pt3 digunakan untuk menyaring murid ini mengikut minat aliran yg diminta dgn pencapaian pt3. Jika tidak layak..tetapi berminat akan dipertimbangkan dgn psikometrik dan jika ada kekosongan

Assalamualaikum, Cikgu. Kalau kelas Aliran Akaun, dapat kerja apa je?

Psikometrik kod holland saya SIK,Jadi macam mana tu cg?

Salam Putera
Aliran akaun boleh berkerjaya dlm bidang perakaunan, perniagaan, eksekutif akaun,pemasaran, peruncitan, pengiklanan, malahan dalam bidang sumber manusia di mana mana syarikat

Kod holland saya SIK.Jadi macam mana ni?

Assalam Kaunselor Nurhaiza Che Mat,

Nak minta pendapat cikgu,PT3 anak saya 4A(BM,BM LISAN,KEMAHIRAN HIDUP TEKNIKAL DAN SEJARAH),2B(MATE DAN PENDIDIKAN ISLAM),3C(BI LISAN,GEOGRAFI DAN SAINS) dan 1D(BI PENULISAN)

Kod Holland A-22 R-18 S-17 Indeks perbezaan=11

Soalan saya,
1-Sesuai tak anak saya bersekolah di sekolah menengah Teknik
2-Anak saya telah ditempatkan di kelas sains yang matapelajarannya Kimia,Add Mate,Fizik dan Sains Komputer sebagai matapelajaran elektif
-tapi saya dan suami tak setuju anak masuk aliran sains sbb takut dia tak boleh bawa dan susah memandangkan pengalaman saya dlm jurusan kimia dan suami saya dalam jurusan fizik.Kalau boleh kami nak anak kami belajar senang tapi score.-Apa pendapat kaunselor?Aliran apa bg kaunselor yang patut diambil oleh anak saya.
3.Kami lebih suka anak saya belajar aliran teknikal spt mengambil lukisan kejuruteraan.
Minta tunjuk ajar dari kaunselor.

-ibubapaGundah-

Bagi respon Psikometrik kod holland saya SIK,Jadi macam mana tu cg?

Jika SIK ini bermakna trait investigatif dominan dari konvensional. Jika anda mengambil aliran sains, fizik kimia add math bio/sains teknikal vs kelas akaun yg ada Add Math/Ekonomi/Akaun anda rasa yg mana anda lebih cenderung. Kwbolehan anda kedua dua subjek jika anda berminat dgn aliran perubatan/kejuruteraan anda perlu mempunyai kekuatan pada Math dan Add Math untuk melayakkan mengambil kursus sains selepas SPM
jika anda mengambil aliran akaun maka pakej yg ditawarkan Add Math/Eko/Akaun dan sekiranya Add Math anda lemah E anda masih lagi boleh memohon kursus perakaunan perniagaan atau sumber manusia. Semoga anda dapat membuat pertimbangan terbaik

assalamualaikum ckg,kawan saya ade tanya,adakah dia layak masuk aliran akaun? keputusan dia:
keputusan pt3
4A -Bahasa melayu ujian bertulis, lisan bahasa melayu, sejarah dan geografi
2B- English lisan, Pendidikan Islam
2C-English bertulis, KH
2E-Sains Math
(4A2B2C2E)
Keputusan Psikometrik- A:18 | I:17| E:16

assalamualaikum ckg,kawan saya ade tanya,adakah dia layak masuk aliran akaun? keputusan dia:
keputusan pt3
4A -Bahasa melayu ujian bertulis, lisan bahasa melayu, sejarah dan geografi
2B- English lisan, Pendidikan Islam
2C-English bertulis, KH
2E-Sains Math
(4A2B2C2E)
Keputusan Psikometrik- A:18 | I:17| E:16

Salam puan

PT3 anak puan 4A(BM,BM LISAN,KEMAHIRAN HIDUP TEKNIKAL DAN SEJARAH),2B(MATE DAN PENDIDIKAN ISLAM),3C(BI LISAN,GEOGRAFI DAN SAINS) dan 1D(BI PENULISAN) Kod Holland A-22 R-18 S-17 Indeks perbezaan=11
Respon saya,
1-Anak puan sesuai bersekolah di sekolah menengah Teknik

2-Jika Anak puan telah ditempatkan di kelas sains yang matapelajarannya Kimia,Add Mate,Fizik dan Sains Komputer sebagai matapelajaran elektif yg sesuai dgn trait psikometriknya ARS yg sukakan aktiviti dgn mesin dan seni. Jika subjek yg rendah sedikit tahap kesukarannya iaitu akaun/eko/Add Math namun trait psikometrinya untuk konvensional malahan enterprising tidak menonjol dlm trait psikometriknya yg menunjukkan dia kurang minat dalam cabang jual beli, perniagaan atau kewangan. Ada murid yg boleh skor jika dia berminat dgn kursus tersebut. Dgn latar belakang pt3 sains C dia boleh mendapat result yg agak baik andaikata tidak cemerlang tetapi sekurang kurangnya C atau kredit untuk SPM bagi menyambung dlm aliran kerjaya berkaitan sains atau kejuruteraan komputer atau design.

Jika dia mencwburi kursus yg boleh skor tetapi dia tidak berminat, risikonya akan menggangu motivasi belajarnya. Untuk menyambung pelajaran, dgn aliran akaun ini tidak boleh berpatah ke aliran kursus sains atau sains teknikal di peringkat universiti. Oleh itu berbincang hati ke hati dgn anak anda. Apa yg disukainya? Aliran yg dia minati atau aliran untuk mengambil hati. Ini kerana result pt3 anak puan agak baik bagi melayakkannya mengambil aliran sains atau akaun.

3.Anak puan juga sesuai dan layak mengambil aliran teknikal spt mengambil lukisan kejuruteraan. Ia ditawarkan di sek teknik malahan di sekolah menengah harian tertentu.

Assalamualaikum cikgu..result pt3 2016 telah keluar..saya mendapat E untuk matapelajaran sains dan F untuk matapelajaran matematik..cikgu telah menempatkan saya dalam aliran perdagangan..bolehkah saya bertukar ke aliran prinsip perakaunan..kerana minat saya lebih cenderung kpd prinsip perakaunan bukan perdagangan...

Assalam Kaunselor Nurhaiza Che Mat,

Terima kasih atas penerangan kaunselor diatas.Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.Aamin.

-IbubapaGundah-

Askm Pn, saya memerlukan nasihat dan pandangan dari Pn. Anak saya mendapat 6A,2B,1C dan 1D. Math : C(64) dan Sains D (53). Bahasa INggeris Penulisan (B) dan KH (B) manakala yang lain alhamdulillah A,Skor Holland : S ( 19) E : (18) K: (16). Indeks Perbezaaan : 10
Walaupun pihak sekolah ingin meletakkan anak saya di dalam aliran Sains kerana pencapaian terbaik sekolah anak saya ialah C untuk Sains. Jadi kami telah menolak tawaran untuk dia berada di dalam aliran Sains dan membuat keputusan untuk memilih aliran Prinsip Akaun,Perniagaan dan Matematik Tambahan.
Walaubagaimanapun saya tetap memohon kemasukan ke MRSM dan SBP kerana saya percaya walaupun di sekolah harian biasa tanpa menghadiri sebarang kelas tiusyen dia mampu untuk mendapat 6A dan C untuk Math dan D untuk Sains,saya yakin sekiranya ada rezeki anak lelaki saya untuk terpilih memasuki SBP, mungkin pendedahan dan momentumnya dapat memberi satu daya positif kepada anak saya. Tetapi saya inginkan pandangan ikhlas dan jujur dari Pn samada anak lelaki saya perlu kekal di sekolah harian dalam aliran PA atau memilih SBP sekiranya ada rezeki untuk dia. Saya tidak sempat untuk melengkapkan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik kerana tarikh permohonan telah tamat.

Assalam cikgu result pt3 sya ialah 3A2B5C dan 1F(math)sekolah sya memasukkn sya ke dlm klas aliran agama cikgu rasa boleh tk untk sya membuat permohonan untuk tukar klas yg lebih elok dan layak tk sya?

Salam

Anak puan mendapat 6A,2B,1C dan 1D dgn result math dan sains yg rendah iaitu C/D. Psikometrik Skor Holland : S EK:

Puan membuat tindakan yg betul dgn menolak tawaran untuk dia berada di dalam aliran Sains dan membuat keputusan untuk memilih aliran Prinsip Akaun,Perniagaan dan Matematik Tambahan. Ini krn murid ini cemerlang tetapi nampaknya result sains math kurang digemarinya malahan psikometriknya dominan pada trait kerjaya perniagaan dan perakaunan ...bukannya aliran sains. Dengan memasuki aliran yg diminatinya dia akan lebih gembira dan berusaha kearah merealisasikan impiannya dgn result untuk melayakkan ke IPT selepas SPM

Puan juga boleh memohon untuk anak ke MRSM dan SBP untuk kecemerlangan akademiknya krn gaya dan teknik belajar di sekolah sedemikian akan membantu kecemerlangannya krn mmg benar krn pendedahan dan persekitaran pembelajaran dapat memberi satu daya positif kepada anak anda. Semoga berjaya.

Salam
cikgu pt3 anda ialah 3A2B5C dan 1F(math). Result anda agak memuaskan kwcuali gagal math. Oleh kerana math juga subjek wajib utk spm maka apa shj aliran maka anda boleh mengambilnya dgn mengelakkan bebanan dlm math sepwrti jgn mengambil aliran sains dan pakej Add Math. Ini memberikan peluang untuk anda fokus Math agar mempetolehi C minimum di ting 4 krn paper Math penting lulus untuk SPM.
Oleh itu bergantung kpd minat kamu pula..jika anda berminat dgn aliran agama. Anda tidak menyatakan pakej aliran agama anda subjek apa yg ditawarkan. Anda berhak untuk membuat pwrtukaran jika anda tidak berminat. Semoga berjaya

Assalamualaikum, Cikgu. Anak saya bercita-cita menjadi Ahli Farmasi. Aliran apakah yang sesuai untuk anak saya menjadi Ahli Farmasi? Bantuan Cikgu amat diperlukan. Terima Kasih.

Salam
Aliran farmasi perlu memasuki aliran sains

Assalam, sy btul2 tkthu nk ambik aliran ape. Cg dh letakkan sy dlm klas sains tulen tpi sy tk brapa minat sns dan sy langsung tk ykin sy boleh blajar sub kimia, bio dan fizik. Sy tringin utk ambil aliran perakaunan tpi kbolehan matematik sy mmg stkat gred C je. Holland sy A:16|S:15|K:13. Aliran apa agaknya yg sesuai dgn sy?

asslm ckgu, saya mendapat 1A,4B,2D,1C,1E,1F dan E saya sains, maths saya F dan holland saya I:21,S:20,K:19. saya berminat nak masuk kelas akaun tanpa add maths adekah saya layak? jika tidak kelas apekah yang saya layak masuk? :)

Salam
Cikgu meletakkan anda ke dlm aliran sains tulen krn kelayakan anda dari aspek result pt3 berbanding org lain..Namun jika anda tidak berminat dgn aliran sains anda perlu membuat rayuan ke kelas perakaunan.. krn dominan trait Holland anda ialah A:16|S:15|K:13.yg sesuai dgn aliran perakaunan. Walaupun result matematik anda gred C, akaun memerlukan pengiraan pada akaun yg tidak memerlukan formula Math dan penyelesaian masalah spt silibus Matematik dan Add Math. Oleh itu aliran perakaunan sesuai untuk anda

Salam
Result anda mendapat 1A,4B,2D,1C,1E,1F dan E sains, maths F dan holland I:21,S:20,K:19. Biasanya kelas akaun merupakan kelas kedua yg tahap kesukarannya berbanding aliran sains untuk SPM. Jika anda berminat nak masuk kelas akaun tanpa add maths anda layak tetapi kena pastikan pakej dlm kelas Akaun itu. Andaikata sekolah anda tidak dapat memenuhi rayuan anda ke kelas Akaun tanpa Add Math tersebut maka kelas aliran perdagangan adalah pilihan yg sesuai.

salam cikgu boleh saya skrg aliran pd tetapi ingin mengambil subjek tambahan. subjek manakah lebih mudah ? pa atau ea? terima kasih..

A. Kum..saya nak bertanya, kalau dlm Pt3 dlm mata pelajaran matematik mendapat f.apakah aliran yang sesuai untuk anak saya..

salam

Jika anda skrg berada pada aliran perdagangan dan ingin mengambil subjek tambahan, maka subjek ekonomi asas lebih sesuai.

Salam puan,
Pt3 bagi mata pelajaran matematik mendapat f..saya perlukan result keseluruhan, PBS dan psikometriknya untuk memberikan bimbingan aliran yang sesuai untuk anak puan.

Salam ,sy nak tanya bg pihak anak saya. Sy nak tanya jika masuk aliran sains sukan,mcm mana dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran .Result pt3 dia 4A tetapi subjek mt e dan sains c,namun begitu dia ditawarkn ke kelas sains tulen.sekarang ni dia nak minta tukar kelas aliran sains sukan sebab dia takut x mampu nak belajar add math.jd sy nak la tahu adakah peluang bg pelajar aliran sains sukan klu nak sambung belajar ke peringkat ipt dan jika ada apakah bidang yg sesuai dengan kelulusan aliran sains sukan sebab tiada add math.

Salam cikgu. Saya mempunyai cita cita utk menjadi photographer.Saya ingin tahu kerjaya photographer dapat membawa sy ke jenis aliran apa?

Salam
Jika anak puan mengambil aliran sains sukan,peluang untuk melanjutkan pelajaran lebih meritnya dalam bidang sains sukan. Boleh puan nyatakan subjek elektif dlm aliran sains sukan ini krn berbeza antara sekolah. Jika dia mengambil aliran sains tulen dia boleh memasuki sebarang cabang aliran sains dari biologist, kejuruteraan malahan sains sukan.Cabang kursus selepas SPM lagi banyak berbanding aliran sains sukan. Namun jika dia bercita cita dan berminat dgn laluan kerjaya sains sukan maka menyertai aliran sains sukan dari skrg adalah pilihan yg tepat dan pastikan anak puan juga aktif kokurokulum atau sukan seiring dgn menyertai kelad aliran ini krn ini akan meningkatkan meritnya dan laluan mudah untuk ke aliran sains sukan. Walaupun dia tidak mengambil Add Math ini bermakna hanya matrikulasi sahaja dia tidak layak memohon tetapi layak memohon di institusi pengajian tinggi lain sama ada universiti atau kolej dgn kekuatan 2 atau 3 lagi elektif.

Hubungi saya 013 4141369. Saya akan bantu anda bijak dalam Math n Science. Ipoh sahaja ya. Thanks

Salam cg. Saya telah mendapat 7A1B1D1E dalam pt3 2016. Sy mendapat D dalam subjek sains manakala E dalam subjek matematik. Untuk psikometrik 3mata holland sy adalah S:21 K:21 I:18. band pbs utk sains sy mendapat band 5 dan 6 manakala untuk matematik sy mendapat band 3 dan 4. sy mendapat aliran business studies di sekolah ttapi ingin menukar dan mengambil aliran business account. Adakah saya layak untuk aliran yg ingin dipohon itu?

assalam cikgu, saya nak tanya, pt3 saya tahun lps result teruk la jugak saya dapat D dlm math dan E dlm sains, lps tu cikgu sklh pilih saya masuk kls sains tulen saya mmg berminat nak masuk, tapi mak saya asyik memaksa untuk menukar aliran, apa patut saya lakukan patutkah saya teruskan aliran sains tulen ataupun tukar kpd aliran lain?

Salam

Mendapat D dalam subjek sains manakala E dalam subjek matematik dan 7A... membolehkan anda membuat rayuan ke aliran akaun. Untuk psikometrik 3mata holland anda adalah SKI medominasi akaun adalah trait anda. Biasanya result Math E anda akan ditawarkan subjek lain berbanding Akaun. Namun anda boleh membuat rayuan krn Akaun adalah pengiraan yg tidak melibatkan formula yg kompleks dan dgn result pt3 anda..anda layak mengikuti aliran akaun dgn minat anda

Salam
pt3 anda dgn result D dlm math dan E dlm sains tidak.digalakkan mengambil aliran sains. Walaupun cikgu sekolah anda memilih anda untuk masuk kls sains tulen yg anda katakan anda mmg berminat nak masuk, kerana result keseluruhan anda yg lebih baik berbanding org lain yg mana aliran sains ini juga perlu diisi.Namun anda tidak mengatakan full result dan psikometrik anda..oleh itu cikgu faham knp mak anda asyik memaksa untuk menukar aliran.
Jika anda masuk aliran sains tulen, ada 4 subjek elektif yg perlu anda struggle termasuk Matematik subjek teras. Anda perlu berusaha minimum untuk mendapat C minimum untuk kelayakan aliran sains selepas SPM. Jika anda mendapat result Math D sekalipun utk result SPM, peluang anda ke aliran sains terbatas atau tipis..kecuali kolej kemahiran. Namun jika anda masuk ke aliran lain yg lebih rendah tahap kesukarannya ataupun tukar kpd aliran lain, diharapkan anda boleh skor dan fokus kpd Matematik yg teras untuk mendapat minimum C dan gred yg lebih baik bagi subjek elektif untuk menempatkan diri di IPTA. Semoga anda dpt membuat pertimbangan terbaik

saya ingin membuat rayuan ke kelas prinsip akaun/sains computer dan ekonomi asas kerana saya minat IT dan akaun dengan result 1A 4B 1C 2D 1E 1F. maths saya F dan sains saya lulus tetapi E jadi adakah saya layak ? asap :)

salam :)

saya dari kelas perniagaan iaitu perdagangan tetapi saya tidak berminat dlm seni visual dan berminat dlm akaun and IT. result saya 1A 4B 1C 2D 1E 1F maths F dan sains E, jika saya membuat rayuan untuk memasuki ke kelas akaun/IT dan ekonomi asas adakah saya layak ? kerana saya mahu membuat permohonan.

Salam, sy tlh mendpt 7A2C1E dlm PT3 baru2 ini, Math C dn sains E. sy tlh ditempatkn dlm aliran sains tulen kerana disekolah sy hnye mempunyai satu aliran shj tetapi sy tidak meminati aliran sains dn berfikir utk berpindah dan memasuki aliran akaun tp dlm mase yg sama sy juga ingin meminati bidang IT.

Patutkah sy memilih utk memasuki aliran akaun ataupun IT dn bidang yg mnekah lebih menjamin mase dpn trutame utk menyambung pengajian ke Universiti dn peluang pekerjaan.

Salam cikgu. Sy telah mendapat aliran perakaunan dan perniagaan. Terdapat subjek addmath disertakan didalam aliran tersebut. Sy sedikit risau kerana saya hnya mendapat E bg subjek math dlm pt3 itu. Perlukah sy menukar aliran atau terus kekal ? result keseluruhan sy agak cemerlang namun hnya math sahaja yg kurang memuaskan. psikometrik saya mendapat SKI utk 3mata holland. ape perlu sy buat ?

salam

Jika anda membuat rayuan untuk memasuki ke kelas akaun/IT dan ekonomi asas..peluang adalah tipis krn pakej ini merupakan aliran kesukaran kedua tertinggi selepas aliran sains. Dgn result anda 1A 4B 1C 2D 1E 1F maths F dan sains E, dan anda juga mempunyai 2 result D mmg agak sukar..krn itu anda ditawarkan kelas perniagaan iaitu perdagangan dan seni. Walaubagaimanapun jika anda ingin mencuba nasib, anda cubalah merayu. Jika sekolah anda adalah sek men harian biasa yg mana majority murid mempunyai result spt anda atau lebih rendah lagi..maka permohonan anda akan dipertimbangkan. Namun , suka cikgu ingatkan aliran ini adalah sesuai dgn pencapaian result pt3 anda..agar anda boleh fokus dan skor subjek teras kritikal seperti math. Subjek teras adalah penting untuk mendapatkan gred yg baik berbanding elektif krn ia merupakan syarat umum kemasukan ke IPT. Dgn subjek elektif yg lebih sesuai dgn pencapaian akademik anda maka diharapkan anda akan skor teras dan elektif.

Salam,

Result anda ialah 7A2C1E Math C dan sains E. Anda ditempatkn dlm aliran sains tulen tetapi tidak meminati aliran sains. Jika anda mengambil IT,,terdapat sekolah yg meletakkan dlm bidang sains dgn pakej IT/Kinia/Fizik/Add Math dan ada sekolah yg meletakkan dlm aliran bukan sains. Jika anda mengambil pakej IT sains, anda mengambil Add Math/Fizik/Kimia yg mana kekuatan Math dan Sains diperlukan. Kursus yg boleh diceburi selepas SPM lebih luas samaada ke aliran sains, ke aliran IT atau bertukar aliran ke akaun.
Jika anda mengambil aliran Akaun/AddMath/Eko cikgu percaya anda boleh skor dgn cemerlang dan mendapat tempat di peringkat universiti dan mengikuti kursus berkaitan kewangan, akaun, pemasaran, perniagaan dan sebagainya. Sekarang ni pertimbangkan yg manakah pemberatan anda berdasarkan minat terlebih dahulu. Jika anda berminat, anda lebih gembira untuk belajar dan skor. Ini krn kedua dua subjek ini dgn pakej Add Math akan meluaskan permohonan tempat ke IPT dan matrikulasi.

Salam
Anda telah mendapat aliran perakaunan dan perniagaan. Terdapat subjek addmath disertakan didalam aliran tersebut. Anda risau kerana anda hnya mendapat E bg subjek math dlm pt3 itu. Psikometrik anda sesuai dgn aliran ini. Dgn 3 pakej elektif akaun dan perniagaan anda boleh skor krn ia tidak melibatkn pengiraan math dgn formula kompleks. Namun anda harus struggle dgn Add Math. Jika anda mendapat elektif kredit minimum C dgn Math C juga dan subjek lain nampaknya anda boleh skor, anda boleh memohon dari matriks ke IPT. Namun jika Add Math anda serendah lulus pun boleh krn matriks akaun meletakkan syarat Add Math yg rendah. Dan ia merupakan nilai tambah untuk pakej anda memohon IPT. Jika anda gagal Add Math tetapi cemerlang teras dan eletif akaun dan perniagaan, anda masih berpeluang ke IPT.

Asslm cikgu. Sya masuk dlm kelas sains tulen tpi sya tak minat dgn mata pljrn maths. Sya minat dlm english. Kelas apa yg sepatutnya sy masuk kalau nak ambik aliran english? Ada tak? Mohon penjelasan.


Assalamualaikum

Saya nak tanya.. apakah perbezaan memilih kelas perakaunan di sekolah biasa dan sekolah vokasional. Boleh kah anak2 vokasional melanjutkan pelajar ke IPTA?

Assalam Cikgu, sy mndapat result pt3 9A 1B 1D Sns/B Met/D
Holland S:77 A:63 E:63
Sns band 4 dan Met band 4
sy brminat dngn kerjaya optometri,tapi skrng sy diletakkan di kelas perinsip akaun,addmth..apa kerjaya bagi prinsip akaun ni? Sy kurang faham dngn aliran ni..srng ni sy skolah sy mmbuka rayuan utk pilihan aliran,sy bingun nk but rayuan kelas sains ke tak, lgipun sy risau dngn sbjek kimia/fizik/bio tkut tk mampu nk bawa ..huhu, Kalau aliran akaun tu dh okey ke? Ke macam mana..

Salam
Sekarang anda berada di dlm kelas sains tulen. Anda minat dlm english dan apa shj aliran yg anda ambil asalkan aliran perdana dan bukannya kemahiran..anda boleh masuk. Ini krn yg diperlukan ialah 5 kredit SPM dgn subjek BI sudah tentu A atau min B. Samaada anda mengikuti subjek BI atau sastera BI di STPM atau aliran BI bergantung kpd SPM anda nanti. Di ting 4 tiada aliran BI semata mata.

Salam

Dengan mndapat result pt3 9A 1B 1D Sns/B Math/D manakala Holland SAE manakala Sns band 4 dan Math band 4 psikometrik anda tidak dominan untuk aliran sains. Oleh krn itu anda mendapat aliran akaun dgn result anda yg agak cemerlang. Walaubagaimanapun result anda melayakkan anda untuk ke aliran sains dan jika anda brminat dngn kerjaya optometri mmg memerlukan anda melanjutkan pelajaran ke aliran sains. Wqlaupun anda bimbang dgn subjek fizik kimia add math bio tetapi suvjek ini merupakan gabungan math dan sains dan memerlukan minimum C untuk memohon aliran sains di IPT. Sila pertimbangkan pilihan anda krn apabila menyertai kelas akaun..anda tidak boleh menyambung pelajaran ke aliran sains. kerjaya bagi aliran prinsip akaun ni ialah perakaunan, pemasaran, pengurusan. Buat pertimbangan yg terbaik dari penjelasan cikgu ini. Semoga anda berjaya dlm bidang yg diceburi

Assalamualaikum. Cikgu, sy mndpt keputusan 8A 1B 2C iaitu Sains dan Math dlm PT3 2015. Pihak sekolah telah meletakkan sy dlm kls aliran akaun tanpa add math. Sy memang tak berminat dgn mata pelajaran matematik. Perlu ke sy ambil mata pelajaran add math atau sy berpindah ke kls aliran eknomi ?

Salam
Result anda agak baik dgn Sains dan Math sahaja C manakala yg lain cemerlang. Anda tidak berminat dgn math tetapi sekiranya anda mengambil Add Math..anda berpeluang mendapat markah min E atau D sekalipun dgn subjek lain cemerlang utk memasuki matrikulasi dan kursus perakaunan. Tetapi jika anda tidak mengambil Add Math, anda tidak dpt ke fast lane matrikulasi setahun utk ke ijazah. Lain sek lain alirannya. Sekolah cikgu aliran perakaunan adalah aliran ekonomi juga. Aliran perakaunan akan meluaskan prospek kursus yg boleh dipohon selepas SPM. Semoga anda dapat membuat pertimbamgan terbaik

Salam

perbezaan memilih kelas perakaunan di sekolah biasa dan sekolah vokasional dari segi silibus. Murid sek aliran perdana mengambil 8 hingga 10 subjek SPM manakala murid vok mengambil hanya 3 subjek SPM setara iaitu bi sejarah dan bm manakala agama dan math dipelajari dgn silibus yg lebih rendah yg dikenali MPAK. anak2 vokasional boleh melanjutkan pelajar ke IPTA namun laluannya ialah perlu memiliki sijil NPEL melalui pengalaman bekerja dahulu sblm menyambung pelajaran. Namun jika result 3 subjek setara spm itu agak cemerlang dan memuaskan mereka boleh memohon IPT. Namun mereka perlu menggunakan sijil kemahiran perakaunan utk memohon kursus perakaunan. Murid perakaunan aliran perdana..jika mengambil Add Math boleh ke matrikulasi dan asasi. Jika tidak mengambil Add Math, boleh terus ke IPT dgn 5 kredit.

Salam.ank sy mendpt 8A1B1C1D pt3 2016 yg mana math A Dan SC D...Aliran mana yg sesuai?Skg dia ambl aliran SC drop bio dan ambl SC komp/prinsip akaun.namun sy risau dgn kptsnnya...PBS utk sbjek math dan SC ialah 5 dan 6.psikometrik nisbah 17:16:15.

As'salam cikgu...anak saya pt32016 dan dpt masuk aliran akaun...tp lemah dlm matematik biasa...sekiranya dia gagal dalam matapelajaran addmath spm2018...adakah dia layak utk memohon masuk ke universiti.saya nak tukarkan dia ke aliran sains sukan tp sekolah yg bakal kami berpindah julai 2017 tak ada aliran sains sukan...dan apa cabangan yg boleh dipilih jika dia masuk kelas aliran sains sukan?

Salam.
ank puan mendpt 8A1B1C1D pt3 2016 yg mana math A Dan SC D...Skrg berada di aliran SC komp/prinsip akaun. Puan menyatakan nisbah psikometrik tanpa memaklumkan kod psikometriknya. Namun dari segi result aliran ini sesuai untuknya. Jika dia mengambil bersama pakej Add Math adalah lebih baik dan berpotensi untuk mendapat tempat di IPT nanti.

salam puan
anak puan pt32016 dan dpt masuk aliran akaun, puan bimbang krn dia lemah dlm matematik teras. Untuk pengetahuan puan sekiranya dia gagal dalam matapelajaran addmath spm2018,dia tetap berpeluang untuk memohon masuk ke IPT dgn kekuatan subjek elektif dan teras yg lain kecuali matrikulasi yg meletakkan syarat wajib untuk Add Math minimum E iaitu setakat lulus. Bagi aliran sains sukan, dia boleh menyertai kursus berkaitan dgn sains sukan di IPT

Assalaamualaikum Pn,
Anak saya sekarang di aliran sains tulen sek men harian dgn keputusan PT3 2016 [7A, 1B(KH), 2C(Maths, Sc), 1D(BA)]. Kod Holland ISR. Dia kurang berminat dengan sains. Saya memohon aliran perdagangan SMTeknik dgn pakej PA/AddMaths/Keusahawanan. Adakah SMT ini dikategorikan aliran kemahiran? Adakah silibus SMT berbeza dgn sek men harian? Adakah peluang lepasan SMT untuk melanjutkan pelajaran slps SPM sama spt aliran perdana? Tkasih byk2 pn atas panduan.

Salam
SMT sama dgn aliran perdana. Ia bukan aliran kemahiran. Yg berbeza ialah pakej krn di sek men harian biasa aliran perdagangan ialah perdagangan atau perniagaan. Manakala di SMT ialah keusahawanan. Dgn pakej Add Math, murid SMT boleh melanjutkan pelajaran ke lebih byk tpt spt asasi dan matriks malahan di IPT

Assalam.saya mendapat result pt3 2016 baru ni 7A 1B 1C 1E .bi saya B ,sains saya D dan math pula E ,dan sekarang saya berada dlm kela yg mempunyai mpei iaitu prinsip akaun,ict dan add math ,patutkah saya menjadi akauntan btw kalau ikutkan psikometrik saya mata holland A:27 I:22
K:21 ,dan saya menjadi keliru ,cita cita saya ingin menjadi fashion designer dengan cara ini boleh kah saya mencapai cita cita tersebut?dan university apa kah saya patut masuk?dan cara kelayakan untul belajar luar negara apakah syaratnya? untuk menjadi fashion designer .dan cita cita apakah selain akauntan ,pengurus wang dan sebagainya sekiranya saya mmg layak dalam prinsip akaun ?

Cikgu kalau sekarang disekolah mengambil aliran akaun (prinsip akaun,perniagaan&ekonomi)semasa universiti bolehkah mohon aliran perubatan?

Assalamualaikum cikgu .. sy ingin bertanya.. saya mengambil aliran prinsip perakaunan .. sekiranya saya tidak mengambil matematik tambahan apakah bidang kerjaya yg sy boleh ambil selain bidang undang2

Assalamualaikum cikgu .. sy ingin bertanya.. saya mengambil aliran prinsip perakaunan .. sekiranya saya tidak mengambil matematik tambahan apakah bidang kerjaya yg sy boleh ambil selain bidang undang2

Salam cikgu..adik sy adalah calon pt3 2016 dan telah membuat permohonan untuk kursus art culinary dia KV ert azizah jb..tp malangnya permohonan dia tidak berjaya dan kena buat rayuan..sy nak tanya klu dia gagal dptkan permohonan tersebut di mana lg sy boleh buat permohonan untuk kursus tersebut.terima kasih

Salam cikgu..adik sy adalah calon pt3 2016 dan telah membuat permohonan untuk kursus art culinary dia KV ert azizah jb..tp malangnya permohonan dia tidak berjaya dan kena buat rayuan..sy nak tanya klu dia gagal dptkan permohonan tersebut di mana lg sy boleh buat permohonan untuk kursus tersebut.terima kasih

salam cikgu saya mendapat 4A6B dalam pt3 2016. A bagi subjek BM(lisan), Geo, Agama dan KH ert. pada pendapat cikgu, aliran apa yang bersesuaian dengan saya? saya ingin masuk ke sekolah teknik tetapi permohonan tidak berjaya. Saya memilih aliran Kejuruteraan awam dan perdagangan untuk ke teknik.

Assalam cikgu...nak tanya ni..apa kebaikan sekolah menengah teknik dan sekolah menengah biasa?saya dapat sekolah teknik tapi saya confius nak pergi atau tak...di sekolah menengah harian sekarang saya dapat sains tulen iaitu matapelajaran fizik kimia bio dan addmath tapi di sekolah teknik saya dapat aliran kejuruteraan elektrik dan elektronik...saya mendapat 4A4B2C PT3dan kod holland saya ISR...adakah sekolah teknik sekolah cemerlang?

Assalamualikum cikgu. saya sangat minat sains. pt3 2016 saya dapat sains A dan math D. jadi saya dapat kelas sains perakaunan. cita2 saya ialah ingin menjadi seorang psikologis. perlukah saya buat rayuan untuk ke teknik bagi jurusan sains pertanian? ataupun dengan kekal dlm kelas saya skrg saya masih ada peluang. ibu bapa saya kedua-iinya mnyuruh saya untuk kekal dalam sains perakaunan. apa yang saya perlu buat skrg.

As'salam Cikgu, saya ibu kepada pelajar yang baru mendapat result PT3 baru-baru ini. Harapan sy mmg sgt tinggi, iaitu berharap agar anak saya dapat masuk ke aliran sains semasa di Tingkatan 4. Namun, harapan saya tidak kesampaian kerana keputusan PT3 dia yang agak sederhana. Anak saya mendapat 4A, Sains mendpt gred B dan Maths mendpt gred E. Rasa kecewa hingga sy menitiskan air mata tapi apakan daya...kita tak boleh berpatah balik.

Bila buka sekolah, dia dimasukkan ke aliran Perniagaan - aliran yang tiada Add Maths. Saya agak risau dan samar2 juga tentang halatuju dia selepas SPM nanti. Mohon jasa baik dan nasihat cikgu...agaknya ke manakah yang boleh dia pohon untuk masuk ke Universiti atau IPTA dan kursus apakah yg sesuai dengan aliran yang dia ambil sekarang ini.

Pandangan dan nasihat cikgu amat saya hargai walaupun saya tahu dia ada dua tahun lagi untuk ambil SPM. Terima kasih.

Kalau ambil aliran yang ada fizik kimia dan addmath tetapi tiada bio apa pekerjaan yang sesuai ?selain daripada jurutera


Salam cikgu, adik saya result pt3 dia 6a2d1e . D math & science, E kemahiran hidup(perdagangan). Berdasarkan result dia D&E tu saya rasa dia x boleh nk bawak subjek spm. Parents saya apply kv utk dia kos web komputer mcm tu (saya x ingat specifically nama kos tu apa). Tapi masalahnya skarang adik saya buat perangai x nk p sbb dia dok dengar org cakap kv ni utk budak lemah etc. & now dia cakap dia x minat kos tu & x tahu apa2 tentang kos tu. Tp bagi saya, dengan sikap dia yg malas belajar tu, x minat hanyalah satu alasan. Lagipon sekarang dia berada dalam aliran sains komputer & x ambik addmath. Berdasarkan pengalaman & pemerhatian saya, agak sukar dan terhad peluang bg pelajar yg x ambik addmath utk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti/matrik etc. Dan saya rasa jika dia masih berperangai malas belajar result spm dia jugak x akan berapa cemerlang. Ini juga akan menghadkan pilihan dia utk ke uni. Dan jika dia menggunakan alasan tidak berminat dgn kos kv sekarang, tiada jaminan dia akan dapat kos yg dia minat pada masa akan datang. Adik saya terlalu mentah-dia cakap yg dia minat kos fesyen lah. Masih tidak mengenali realiti dunia sebenar. Saya ingin pendapatkan pandangan dr cikgu yg bnyak pengalaman pula. Saya harap cikgu akan baca dan balas komen saya ini. Terima kasih :)

cikgu saya dpt tawaran dari sekolah teknik Dan ambil bidang kejuruteraan elektrik Dan elektronik.. dlm bidang yg saya ambil ni ada tak subjek biologi... Dan boleh tak saya nk jd doktor

Salam
Jika disekolah mengambil aliran akaun, tidak layak memohon aliran kedoktoran.

Salam
Jika anda mengambil aliran prinsip perakaunan tanpa matematik tambahan, apakah bidang kerjaya boleh diambil ialah perakaunan, pemasaran, perniagaan,insuran dan juga pengkhususan kpd kursus di universiti sewaktu anda melanjutkan pelajaran nanti.

Salam
untuk kursus kulinari bagi sek kerajaan, selain di KV ialah di sekolah yg menawarkan kursus pendidikan vokasional menengah atas iaitu pvma.dapatkan maklumat dari pejabat pendidikan daerah, sekolah yg menawarkan kursus tersebut. Jika di sekolah swqsta, sudah wujud kolej ini untuk murid 16 thn iaitu intake ting 4 yg menjurus kepada kemahiran semata mata

salam
Dgn result 4A6B dalam pt3 anda layak ke aliran Kejuruteraan awam dan perniagaan dgn pakej add math /ekonomi/perniagaan. Anda tidak menyatakan psikometrik dan cikgu tidak tau kecenderungan minat anda kemana

Salam
sekolah menengah teknik sekolah pengkhususan cemerlang dlm bidang teknik dan kejuruteraan. Jika anda berminat dgn kejuruteraan,pakej disini melayakkan anda ke matriks dan asasi dan di universiti serta politeknik. Dgn kod ISR kecenderungan anda suit dgn aliran ini. Di sek men harian biasa, pakej elektif ini tidak sama dgn sek teknik.

Salam
Jika anda berminat aliran doktor psikologi,,anda perlu mengambil aliran sains. Jika skrg anda berada di aliran sains perakaunan memandangkn math anda D anda tidak ditawarkan sains tulen..anda masih berpeluang dgn mengambil sains perakaunan. anda masih lagi boleh menyambung stpm dan ke bhgn psikologi kaunseling, psikologi industri tetapi bukan doktor psikiatri . Anda tidak perlu membuat rayuan untuk ke teknik bagi jurusan sains pertanian tetapi boleh kekal dlm kelas anda skrg

Salam puan sharmila

Anak puan mendapat 4A, Sains gred B dan Maths gred E.Dimasukkan ke aliran Perniagaan yang tiada Add Maths menyebabkan dia tidak layak ke matrikulasi mahupun asasi. Walaubagaimanapun resultnya masih lagi boleh meneruskan ke univetsiti dgn pakej subjek perniagaan ini. Jika di ipt awam dia boleh memohon kursus berasakn perniagaan.dan pengurusan. Malahan jika di IPT swasta diaboleh memohon ke kursus spt di IPT Awam atau berkaitan komputer multimedia atau perniagaan berasaskan e commmerce.In sha Allah walaupun anak tidak cemerlang ketika pt3 tetapi jika betul dgn laluan elektifnya sesuai dgn minat juga, maka dia juga layak ke universiti

Salam
Kalau ambil aliran yang ada fizik kimia dan addmath tetapi tiada bio pekerjaan yang sesuai selain daripada jurutera ialah berasakan komputer, elektrik dan elektronik, statistik, sesuati berkaitan kimia gunaan , sains aktuari dll

Salam
adik anda mendapat result pt3 yg agak memuaskan 6a2d1e . Dia berada dlm kelas sains komputer yg agak berat bagi murid pakej math sains D dan pakej kelasnya skrg ialah sains komputer dan aliran sains spt fizik dan kimia. Anda tidak menyatakan kombinasi subjek yg lain dan agak sukar untuk cikgu memberikan pandangan yg lebih baik. Ini kerana zaman pt3 ialah holistik. Result dibaca bersama band PBS dan psikometrik. Mmg benar jika tidak mengambil Add Math dia tidak layak ke matriks dan asasi. Anda merasakan adik tidak akan mendapat result yg baik jika mengambil SPM.
Disinilah perbezaan ketara KV dgn aliran perdana. Jika di KV dia belajar web computer dgn silibus aliran perdana yg rendah. Oleh krn itulah murid KV mempunyai laluan kemahiran yg berbeza. Mereka perlu bekerja 2 tahun dan mendapat sijil kelayakan lain sblm ke ijazah dgn kemahiran web computer. Tetapi result adik anda agak baik iaitu 6A 2D 1E. Jika band PBS bagi subjek D dan E tersebut ialah 4, 5 dan 6 ia menunjukkan murid ini boleh diberikan peluang ke kursus yg diambilnya skrg.jika sains komputer bersama pakej fizik dan kimia,murid ini mampu untuk pergi jauh. Mungkin dia tidak cemerlang tapi dgn minimum C iaitu kredit, dia layak ke universiti. Dan andaikata dia mendapat 3 kredit shj dlm mana mana subjek dia masih lagi boleh untuk ke politeknik metro atau institut MARA atau kolej polytech MARA untuk diploma dan seterusnya ijazah. Dia masih lagi boleh memilih untuk ke kursus komputer, atau bertukar kejuruteraan. Institut tersebut byk melahirkan graduan yg bermula dgn SPM yg minimum. Manusia ini unik...mungkin adik anda dari jenis yg lambat matang dan lambat catch up untuk subjek berasakn sains dan math. Tetapi apabila subjek kursus tersebut diceburinya, dia akan mendapat coaching yg betul berkenaan dgn subjek tersebut sahaja. Aliran KV ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu murid yg lemah dlm aliran perdana untuk memastikan mereka masih lagi belajar dan mendapat bekalan untuk kelansungan hidup dgn kemahiran. Murid KV perlu bekerja terlebih dahulu krn itulah matlamat sebenar untuk menyiapkan mereka yg tidak mampu di aliran perdana untuk berjaya di bidang kemahiran serta masuk ke alam pekerjaan dgn sijil juga. Krn itulah subjek SPM mereka hanyalah 3 subjek ygtidak sama dgn aliran perdana 8 subjek yg menyebabkan laluan melanjutkan pelajaran ke tahap tinggi berbeza dgn laluan perdana. Adik anda mendapat result yg agak baik 6A 2D 1E. Dan dia tidak berminat ke kursus kemahiran. Dia perlu diberikan peluang ke aliran perdana. Semoga dia berjaya.

Salam
tawaran dari sekolah teknik di bidang kejuruteraan elektrik Dan elektronik.. tidak melayakkan anda memohon kursus perubatan kedoktoran selepas SPM

Assalam cgu...anak sya baru ni dpt keputusan pt3(2016) dgn result
Bm D Lisan A
Bi E lisan C
Sejarah B
Geografi A
P/Islam E
Maths F
Sains E
KH c
Psikometrik I:19 S:19 K:18
Dia ada memohon ke kolej vokasional tetapi tidak berjaya...
Aliran apakah yg sesuai utknya di tkt 4? Apakah subjk2 yg perlu diberi tumpuan olehnya bagi melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lagi slps Spm?

assalammualaikum cikgu sy bersekolah di smt, kelas perdangangan ditawarkan dalam 2 pilhan.
pilihan 1 ada fizik, kimia, prinsip perakaunan, addmath manakala yg pilihan kedua tiada fizik dan kimia tetapi ada addmath & prinsip perakaunan. so saya tak tau yg mana saya perlu ambil. kebanyakkan org cakap pilihan 1 lebih baik kerana dua cabang yg boleh ke arah akauntan & engineer tapi saya tak tidak berminat ke arah engineer sbb cita cita saya nak jadi business woman.jika saya ambil pilihan 2 org kata baik ke sekolah biasa. saya dlm dilema. apa yg perlu saya buat?

Salam Cikgu. Saya ingin bertanya aliran apa yang paling sesuai untuk saya, saya mendapat result pt3 6A 4B Bagi subjek teras saya mendapat B. Saya telah ditempatkan ke aliran sains tulen tetapi bagi saya subjek biologi amat sukar kerana subjek tersebut banyak menghafal. Keputusan Psikometrik S:21 E:19 dan A:18 SEA. Saya juga mendapat tawaran untuk ke MRSM bagi pendapat cikgu patutkah saya menerima tawaran berkenaan atau bagaimana. Apakah kebaikan jika saya menerima kemasukan ke MRSM. Dengan keputusan Psikometrik berkenaan layakkah saya bekerja sebagai Juru Terbang. Saya amat memohon pendapat cikgu dalam membantu saya membuat keputusan untuk kerjaya saya di masa hadapan. Sekian terima kasih. Segala pendapat dan pandangan cikgu amatlah saya hargai.

Salam puan
Dgn keputusan pt3 anak puan ini menunjukkan subjek penguasaan yg minimum. Puan boleh memohon Aliran pvma iaitu pendidikan vokasional menengah atas utknya di tkt 4 di sekolah terpilih. Sila rujuk PPD list sekolah tersebut krn aliran pvma seperti di kolej vokasional. Atau memohon MPV mata pelajaran vokasional disekolah menengah harian biasa. Namun andaikata dia skrg berada di aliran perdana dan akan meneruskan hingga SPM , subjk2 yg perlu diberi tumpuan olehnya bagi melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lagi slps Spm yg wajib lulus ialah BM, Sejarah, BI dan Math

Salam
Memandangkan cita cita anda nak jadi business woman lebih baik anda mengambil pilihan 2 untuk fokus kecemerlangan subjek dgn mendapat A. Ini krn anda sendiri tidak berminat ke cabang sains. Murid biasanya mengambil pakej 1 jika masih dlm persimpangan sains atau akaun dan cara selamat memilih pakej 1. Tetapi jika sudah nampak laluan 2 lebih fokus menuju cita cita sila jangan buang masa, skor dan grab subjek 2 untuk lebih cemerlang. Perbezaan antara sekolah menengah teknik tidak sama dgn sek men harian biasa andaikata anda memilih aliran 1 atau 2 sekalipun krn kedua duanya ditawarkan di sekolah menengah harian biasa.yg membezakan adalah persekitaran belajar di mana murid murid SMT adalah murid terpilih dari saringan murid, kepelbagaian latarbelakang murid dan kebitaraan guru yg fokus mengajar murid kelas menengah atas. Persekitaran sekolah yg membezakan. Harap anda boleh mengambil keputusan terbaik untuk hidup anda sendiri tanpa menimbangkan kata kata org yg memikirkan yg terbaik untuk anda sedangkan anda separuh hati untuk meredahnya dan yg akan mengharungnya ialah anda.

Asslammualikum cg , sya merupakan pelajar lepasan pt3. Ketika di ting4 saya diberi kls Sains Teknologi. Subjek elektif ade 3 iaitu sains tamabahan,sains pertanian dan seni visual. Ape kelebihan dan kekurangan elektif sya jika di bandingkan dgn ekonomi asas? Dan kos ape yg saya boleh ambil ketika di ipt ? Dan soalan terakhir ialah ape kelebihan dan kekurangan subjek perniagaan serta kos ape yg boleh ambil di ipt ?

Salam
Dgn result pt3 6A 4B anda layak ditempatkan ke aliran sains tulen cuma anda merasakan biologi amat sukar kerana subjek tersebut mmg banyak menghafal.Dgn result ini juga anda layak menjadi juruterbang. Kerjaya ini walaubagaimanapun tidak dominasi pada trait Keputusan Psikometrik anda S:21 E:19 dan A:18 SEA yg lebih kpd bukan aliran sains.
Tahniah krn mendapat tawaran untuk ke MRSM walaubagaimanapun hanya kamu yg perlu menimbangkan menerima tawaran berkenaan atau tidak krn ia lebih berkaitan dgn personaliti kamu. Samaada boleh survive tinggal di asrama dan berjauhan dgn keluarga, boleh survive menyesuaikan diri dgn org lain untuk sehidup sebumbung setiap hari. Boleh survive.belajar yg perlu study group dan berdamping dgn guru dan kwn jika tidak faham dan tiada istilah kelas tambahan berbayar cuma prep dan kelas bersama guru. Dan survive pengurusan masa di asrama dan sekolah berasarama penuh yg rutinnya berbeza dari sek men harian biasa. Kebaikan dan kelemahan berbeza untuk setiap individu yg perlu dipertimbangkan.

Salam
Anda diberi kls Sains Teknologi iaitu sains tambahan,sains pertanian dan seni visual. Ia melayakkan anda menceburi bidang berkaitan dgn sains pertanian. Apabila bercakap mengenai sains pertanian..anda jangan membayangkan anda sedang bertani di tanah. Ia satu subjek yg mempunyai skop yg luas selepas SPM dengan pakej sains tambahan jika anda memperolehi kredit di pwringkat SPM. Subjek ini juga membolehkan anda memohon ke kursus berkaitan perniagaan dan pemasaran seperti anda mengambil pakej ekonomi dan perniagaan. Namun jika anda mengambil aliran ekonomi shj dan perniagaan maka selepas SPM anda boleh memohin kursus berkaitan dgn pemasaran, perniagaan atau sumber manusia shj berbanding course sains teknologi yg lebih luas skopnya selepas SPM.

salam cikgu..anak saya lpasan mrsm dgn result pt3 9A 1B (sains)...dan dpt twaran mrsm pkp ketengah aliran Sains Keusahawanan yg mrupakan aliran baru dperkenalkan d mrsm tersebut n tiada d mrsm lain. Anak saya mmg minat dgn perakauan....jd boleh cikgu jelaskan tentang klebihan aliran tersebut n peluang ipt serta kerjaya...harap dapat penjelasan dr cikgu..t.kasih

salam puan
Dgn aliran Sains Keusahawanan di mrsm dgn pakej akaun dan ekonomi..anak boleh menyambung ke kursus perakaunan dan ekonomi untuk menjadi akauntan, pakar ekonomi, ahli perniagaan dsb. Kursus ini masih lagi mempunyai demand yg tinggi di IPT dan diperlukan dalam bidang kerjaya.

Assalam cikgu saya nk tnye mengapa ipta lebih mengambil pelajar science stream daripada pelajar akaun

Salam
ipta lebih mengambil pelajar science stream daripada pelajar akaun krn dasar kementerian 60:40 iaitu nisbah murid sains ke aliran sains 60 peratus dan 40 peratus bukan sains

Salam,
IPTA lebih mengambil pelajar science stream daripada pelajar akaun krn murid aliran sains dgn nisbah 60 peratus akan menyertai kursus yg ditawarkan dalam aliran sains untuk mengisi peluang pekerjaan berteraskan sains dan teknologi dgn tenaga mahir dan separa mahir dari taraf warganegara malaysia.

Salam , tahun ni sy calon pt3. Tahun dpan sy mhu masuk kolej vokasional dan ambil bidang kulinari. Subjek apa yg wajib lulus untuk msuk kv ? Sains dan maths sy lemah. Tpi sy minat sangat2 untuk ambil kulinari

Assalam , nak msuk kv mesti lulus math ? Math sy slalu nya D atau E . Subjek lain2 ok la , tp maths sy lemah

Assalamualaikum.......
Semasa di sekolah saya ambil subjek ekonomi dan perdagangan. saya tak ambil subjek katering. selepas spm saya belajar buat kek dan pastri di rumah dan mendapati minat saya ke arah bidang pastri. saya mahu meletakkan bidang seni pastri pada senarai nombor satu semasa mengisi borang upu. adakah btul tindakan saya?? keputusan trial spm saya sngt bagus. jadi saya fikir saya boleh memilih apa saja course yang saya minati selepas keputusan spm sebenar diumumkan.

Assalamualaikum cikgu. Saya lepasan PT3 2016. Sekolah letakkan saya dalam bidang Sains tulen (add math, fizik,kimia,dan subjek teras lain).Saya berminat untuk mengambil bidang multimedia di universiti nanti. Adakah saya perlu mengambil apa apa subjek tambahan lagi untuk ambil bidang tersebut?

Untuk mengambil bidang multimedia, kamu tidak perlu menambah subjek elektif krn pure sains melayakkan anda memohon ke kursus multimedia selepas SPM. Berusaha untuk dapatkn gred yg baik.

Waalaikummusssalam

Walaupun anda tidak mengambil subjek katering, namun selepas spm mata pelajaran elektif sekarang ni melayakkan anda memohon kursus diploma seni kulinari. Anda akan mempelajari bidang seni pastri dalam kursus tersebut. Jika psikometrik minat kerjaya dan personaliti anda bersesuaian, maka teruskan minat anda semoga berjaya

Salam . kolej vokasional meletakkan syarat wajib lulus pada BM dan KH dgn minimum D manakala subjek lain dgn minimum band 3 PBS. Walaubagaimanapun anda masih ada masa untuk study Sains dan maths yang lemah dan cuba mendapat skor lulus.

Cikgu, di skolah saya kelas sainsnya ada subjek Fizik, Kimia,Addmath dan juga Geografi. Kawan saya ada tanya saya, apa yg dia boleh jadi. Kesian jugalah dia sebab setakat ini saya dapat tahu ada beberapa buah sekolah jer ikut cara ini. Harap cikgu boleh jawab saya punya soalan. Love from Sabah, bah.

Salam
Anda tidak menyatakan cita cita dan minat kwn anda ke arah apa dan cikgu tidak dapat menerangkan kerana kursus pakej yg diambilnya membolehkannya menyertai pelbagai jenis bidang.

cikgu saya ni pelajar lepasan spm, saya sekarang ni masih dalam keadaan buntu tentang masa depan saya, apakah yang patut saya lakukan jika saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang untuk menjadi seorang saintis?

Anda perlu menyambung kursus yg berkaitan dgn sains. Walaubagaimanapun result spm nanti menentukan sama ada anda boleh meneruskan minat anda tersebut dgn gred yg baik menceburi sains dan teknologi

Assalam,saya nk tnya..saya skrg brada dlm kelas aliran perniagaan ttapi saya meminati dan ingin mengambil bidng kejuruteraan atau sains komputer di universiti..adkah saya boleh mengmbil jurusan itu walaupn saya di aliran perniagaan?mohon cikgu bntu saya

Ya. Untuk ke sains komputer di IPTS masih lagi memberikan peluang untuk murid dari aliran bukan sains memperolehi 5 kredit ke atas tetapi bagi IPTA majority mengambil murid aliran sains kemasukan ke sains komputer. Namun engineering pula..bagi kursus yg bermula dgn sijil di institut kemahirab..anda fokus kpd Math, Sains , BI agar kredit dan pengkhususan enhineering dalam bidang khusus seperti elektrik, mesin dan sebagainya. Jika diploma kejuruteraan yg umum di IPTA masih lagi memberikan merit kpd aliran sains.

Cikgu,kalau sy nak dptkan aliran komputer i mean mpv sy kena score mata pelajaran apa dlm pt3 sy akan menduduki ujian pt3 pada tahun ini.

Jika anda berminat dgn komputer, subjek BM, BI dan Math untuk aliran MPV perlu kredit syarat minimum ke IPTS dan kolej kemahiran.

Salam cikgu, saya calon pt3 2017.Lagi beberapa bulan je saya nak menghadapi peperiksaan PT3. Saya tak tahu aliran mana saya nakk pilih. Saya ada dua cita-cita. Saya konfius nak pilih cita cita tu, cita2 saya ialah nak jadi seorang keusahawanan & seorang ahli farmasi. setiap kali exam,selalunya science saya dpt C and math kadang2 saya dpt B/C. Saya suka subjek math. sains adalah suka sikit.. saya juga suka bisness. justeru tu,boleh tak cikgu cadangkan saya aliran mana yg saya patut ambil? sekian.

Pertama ..jika dilihat kpd pencapaian akademik semata mata aliran sains farmasi tidak sesuai dgn anda krn subjek sains anda yg sentiasa C dan math pula B dan C. Aliran farmasi memerlukan merit skor yg tinggi untuk subjek sains dan math yg kukuh di ting 3 agar dapat betjuang di ting 4 aliran sains bio dgn result yg selesa untuk meneruskan ke aliran farmasi iaiti semua subjek sains spt bio kimia dan fizik islah gred A atau min B. Oleh iti kursus perniagaan keusahawanan lebih sesuai dgn kebolehan akademik anda

assalamualaikum cikgu...kalau saya berminat dalam bidang fotografi macam mana?boleh cikgu bagi cadangan?

Bidang fotografi dikaitkan dgn seni mengambil gambar dan kreatif orgnya. Pandai bermain dgn gajet. Aliran mana mana di ting 4 boleh diambil. Jika di sek ada kelab fotografi, anda boleh menyertainya atau di dalam ajk majalah sekolah

Assalamualaikum cikgu. Anak saya calon PT3 2017. Dia biasanya mendt F atau E dlm matematik. Dlm ujian psychometric dia mdpt SAK. Adakah dia layak mdpt aliran prinsip akaun atau jika dia mendpt aliran perdagangan kelak bolehkah dia menceburi bidang akaun selepas SPM dan STPM?. Sy ucapkan Terima kadih atas penjelasan cikgu nanti.

Murid yg mendapat gagal atau E dalam Matematik tidak ditawarkan dalam bidang Akaun. Walaubagaimanapun..ia terpulang kpd sekolah itu sendiri. Jika pakej Add Math bersama Akaun, maka murid tidak ditawarkan kelas ini. Tetapi jika pakej Akaun dan perdagangan maka boleh dipertimbangkan jika calon pt3 sekolah itu tidak mempunyai pakej Math C dan subjek yg lain juga adalah memuaskan.

Andai kata murid ini di aliran perdagangan, dia boleh ke akaun tetapi kebiasaanya bukan ke universiti awam tp kolej swasta dgn minimum 5 kredit tetapi Math masih lagi diperlukan kredit ditahap SPM.

saya dapat 4A4B1C dlm pt3 .sains saya dapat B.maths saya dapat c.apakah aliran yg saya hrs plh?

Tq cikgu for a detailed info.

assalam cikgu,saya mendapat D dalam subjek math and sc jadi guru sudah meletakkan saya dalam aliran perakaunan,matematik tambahan&ekonomi.. disini saya ingin menanyakan tentang dalam course apa dan kerja apa yang dapat disandang dengan aliran saya ini?

asslm cikgu saya pelajar ting 3 tahun 2017.Saya nk tanya kt mna bleh cari sekolah dalam bidang komputer dan subjek apa yg saya patut lulus di pt3...

salam cikgu, saya nak jadi arkitek jdi aliran apa saya patut ambil.
Aliran sains mana satu?

salam cikgu, sains teknikal menawarkan pekerjaan seperti ape?

Assalamualaikum cikgu , saya sekarang berada di ting 5 akan menghadapi spm 2017 . Saya berada di aliran akaun .Bolehke saya ambil bidang kejuruteraan selpas spm nanti di politeknik ? saya agak berminat dengan bidang tersebut manakala aaya kurang berminat terhadap akaun . terima kasih cikgu

Assalammualaikum cikgu,sya baru lps pt3 dan sya masih dlm delima nk masuk aliran mana thn hadapan di ting 4 2018. sya meminati nk masuk aliran sains sbb bnyk cabang2nya dan sya rsa sya boleh bwk subjek sains thn hadapan. math pula sya selalu gagal semasa percubaan tpi semasa exam sya mmg dh cuba terbaik mana yg sya mampu habiskan dgn terbaik mudah2an sya lulus subjek math. dan sya juga minat dlm ICT sya suka mereka cipta vid dan lain2 sya mmg bertekad dan berazam nak buat yg terbaik dlm subjek yg sya ambil thn hadapan org kata di ting 4 tu thn dimana pljr berbulan madu tpi anggapan sya tu thn dimana sya perlu catch up semua subjek yg sya ambil kalau sya nak keputusan SPM cemerlang. Apa pendapat cikgu tentang apa yg saya katakan diatas tadi?

Salam Wonley, jika result sebenar yg akan diumumkan esok seperti itu juga, kamu memilih aliran yg sesuai berdasarkan psikometrik anda. Ini kerana jika melihat akademik semata mata anda layak aliran sains dan perakaunan.

Salam Tasha
Result sc dan math D adalah berat utk anda membawa subjek Add Math, perakaunan di ting 4. Jika anda berjaya mengharunginya dgn kredit subjek tersebut anda berpeluang ke kursus perakaunan, perniagaan, sumber manusia atau perbankan atau yg melibatkan urusniaga perniagaan.

Salam
Subjek yg berkaitan dgn komputer, ada sekolah yg meletakkan di bawah aliran sains dgn pakej Add Math, Kimia, Fizik dan ada yg meletakkan di aliran komputer dgn pakej subjek yg lain. Jika komputer diletakkan dgn pakej sains, anda perlu mendapatkan syarat minimum ke aliran sains. Refer nota cikgu di atas.

Aliran sains lukisan kejuruteraan yg kini dipanggil lukisan grafik teknikal adalah elektif yg boleh diambil jika anda berminat dgn arkitek. Atau mengambil aliran sains dgn elektif pakej subjek sains.

Salam Aqila
Subjek sains teknikal menjurus kpd kejuruteraan spt elektrik, elektronik, robotik.

Salam
Anda berminat dgn aliran sains tetapi syarat untuk ke aliran sains ..math anda yg menjadi risikonya. Kerana jika math gagal sukar untuk ke aliran sains kerana kombinasi subjek subjek elektif aliran sains yg menekankan math dgn pengiraan. Namun jika anda berjaya mendapat result yg baik minimum kredit iaitu C maka anda memilih aliran sains dgn elektif komputer.

Assalamualaikum..saya ingin bertnya hari ini sy dpt keputsn PT3 2017..sy mndpt 5A 1B 3C 1F..Sains=C dan Matematik=F..saya sains tulen..PBS untk sains sy dpt 4 & 5..dan untk matematik sy dpt 4..mnkala kod mata holland sy adlah S=20,K=15 dan I=15...adkah saya layak untk memsuki kelas yang saya minati..mohon pnjelsan..😊😊

Assalamualaikum cikgu.Saya zahra dari Melaka..Boleh cikgu memberikan sedikit pencerahan kepada saya tentang hala tuju selapas pt3..Saya telah mendapat keputusan 7A3B1C
A-BM,BM(LISAN),BI(LISAN),PENDIDIKAN ISLAM,BAHASA ARAB,SEJ,GEO
B-BI,MATH,KH(KEMAHIRAN HIDUP)
C-SCIENCE
PSIKOMETRIK- I:25 A:24 S:23
Indeks Perbezaan:16
Untuk PBS pula:
BM- 6,6
BI-4,4,4
MATH-5,5
SAINS-4,4,4,4
SEJ-4,4
GEO-6,6,6
BA-5,5,5
PI-5,6,6,5,6,6,6
SENI-4,4,4
KHB(KEMAHIRAN TEKNIKAL)-6,6,6,5,6,6
Jadi,apakah aliran yang sesuai untuk saya di tingkatan 4 nnti..Adakah aliran sains tulen,sains sosial,sastera atau lain-lain mengikut kesesuaian result saya..saya harap cikgu dapat membantu memberikan pendapat.Terima Kasih

Asslm cgu.. kawan saya pt3 dpat 8A tpi sn B n math E. Boleh ke dia nk msuk aliran sains sbb dia mmg minat bio n cita2 pun nak jdi doktor.

Assalamualaikum cg. Saya masih buntu nak ambil aliran apa untuk ting4 nanti. Result pt3 saya untuk math adalah D tetapi science saya adalah C. Cikgu rasa aliran apa yang sesuai untuk saya?

Salam. Anda meminati sains tulen. Dan trait investigatif ada pada trait anda. Namun dgn math gred F agak membebankan untuk kamu bawa subjek pakej aliran sains tulen kerana terdapat Add Math dan Fizik dgn pengiraan.

Salam Zahra
Psikometrik IMK anda dominan pada investigatif iaitu trait minat sains. Result pt3 dgn gred sains C dan band PBS juga menepati syarat minimum ke aliran sains menjurus minat anda untuk memilih aliran sains.

Salam
Result 8A tetapi math E tidak digalakkan untuk mengambil aliran sains. Ini kerana jika di peringkat SPM, pakej subjek Matematik Tambahan dan Fizik memerlukan math yg agak sederhana ke baik bagi mendapat C. Jika semata mata dengan Biologi, kwn anda boleh skor tetapi subjek elektif Add Math dan Fizik tidak mencapai kredit, maka dia masih lagi tidak dpt meneruskan kursus perubatan. Kecuali jika dia memohon rayuan ke kelas aliran sains dan berusaha berlipat ganda di ting 4, dan monitor setiap result dari ujian bulanan ting 4 lagi untuk subjek elektif sains tidak menerima gred yg lagi rendah dari C.

Pakej sains math C/D. Tetapi anda tidak menyatakan psikometrik anda dan result keseluruhan.anda boleh tgk entri blog cikgu yg terkini mengenai elektif ting 4 yg terbaru utk 2018 pada tajuk halatuju pemilihan aliran selepas PT3 berdasarkan PT3, PBS dan psikometrik bertarikh 14 dis 2017

Aslkm cg. Sy dpt 8A 2B 1C dlm pt3 2017. Sains sy dpt B, mt sy dpt C. Holland S:21 R:20 A:18
Mcm mna nk thu sy dpt band apa utk sains dan mt? Brdasarkan result pt3 dan psikometrik sy tu, sy lyk x utk ambil aliran sains? Tq cg.

Asslm cgu,result saya 7A 1B (KH) 2C. Bila saya hadam betul2 info yg cgu bagi termasuk dengan post yg terbaru semalam, dgn kputusan Math dan Sains saya C/C, Holland A:27 I:26 K:24, dan band PBS utk Math : 4,4 & Sains : 6,6,6,6, saya rasa saya menepati syarat minimum untuk ke aliran Sains 😅. Betul ke cgu? 😅 Minta jasa baik cgu utk bantu saya. Terima kasih😊

Assalamualaikum saya baru dapat keputusan pt3 saya mendapat 5A1B1C1D1E1F
A
-BM
-GEO
-SJ
-KHB
-PI
B
-BM LISAN
C
-BI LISAN
D
-SAINS
E
-BI
F
-MATH
psikkometri saya medapat ISK nisbah 24:15:15 indeks perbezaan 16 aliran apa yang dapat saya masuk ketika form 4 tetapi saya meminati aliran kejuruteraan

assalamualaikum cikgu saya mendapat mendapat 5A1B1C1D1E1F
A
bm,geo,sj,khb,pi
B
bm lisan
C
bi lisan
D
sains
E
bi
F
math
psikometri saya mendapat IKS nisbah 24:15:15 perbezaan 16 saya berminat dengan aliran kejuruteraan adakah saya layak untuk memasuki aliran itu.

Salam Hadri
Band PBS Math dan Sains boleh dirujuk pada sijil slip PBS kamu.
Dari result anda, layak ke aliran sains krn gred subjek PT3 dan psikometrik anda

Salam Anis
Tahniah anis anda layak dan penjelasan anda menunjukkan anda sudah hadam info yg cikgu beri.

Salam
Pakej sains math D dan F tidak digalakkan memohon kejuruteraan krn subjek elektif yg agak.berat. Boleh rujuk entri blog terbaru cikgu mengenai elektif terbaru subjek ting 4 dan bagaimana pemilihan dibuat merujuk kpd gred PT3, PBS dan psikometrik bertajuk hala tuju aliran selepas pt3 berdasarkan gred PT3, PBS dan psikometrik.

Assalamualaikum cikgu,saya mendapat C dlm sains dan F dlm matematik....masih ade peluang ke bagi saya untuk memasuki aliran prinsip akaun /fizik / kimia / add maths ?

Assalam cikgu saya ingin mengambil aliran akaun dlm masa yg sama bapa saya suruh ambil arab bolekah saya ambil kedua sekali??

Assalamualaikum cikgu, berdasarkan keputusan saya, aliran apa yang sesuai untuk saya? Pada mulanya, saya berminat nak masuk Kelas Perakaunan tapi selepas ambil keputusan saya tetiba berubah hati. Pada pendapat cikgu aliran apa yang saya patut pilih untuk tahun hadapan?

[PT3] Maths-A | Science-B
[IMK] I-20;E-16;S-16
[BAND] MT-4,4 • SN-5,5,5,5

Salam
Pakej sains /math yg memperolehi skor F tidak digalakkan memohon aliran sains fizik/kimia/add math walauoun bersama satu elektif akaun. Keutamaan akan diberi kpd murid yg menepati syarat masuk aliran sains terlebih dahulu.

Anda boleh memgambil aliran akaun dan menambah satu elektif bahasa Arab dari pakej akaun anda. Boleh mohon utk tambahan satu subjek lagi masa SPM. Cuma kamu kens bincang dgn guru agama sekolah kamu jika bahasa Arab tidak ditawarkan di sekolah anda, dan anda berminat mengambilnya anda perlu tau prosedur samsada kerja kursus atau lisan dijalankan krn jika sesuatu subjek itu hanya exam oriented shj tiada masalah tetapi jika ia ada kerja projek dan lusan mesti ada guru yg bertanggungjawab utk menilai tugas anda dan guru itu pula mesti mempunyai pengetahuan ttg silibus bahasa Arab.

Salam Jiban
Result IMK kamu lebih kpd IES menunjukkan sains lebih anda minat berbanding akaun. Keputusan gred PT3 dan PBS juga adalah layak. Dalam aliran sains ada pelbagai pakej. Anda boleh rujuk entri blog terkini 2017 cikgu post ttg halatuju pemilihan aliran di ting 4 berdasarkan gred PT3, PBS dan psikometrik termasuk Inventori Kecekapan Pelbagai mengenai pakej sains mana yg sesuai.

Terima kasih banyak2 cikgu. Saya ada satu soalan lagi, kalau Aliran Sains ni jika dibandingkan dengan Sains dan Maths, mana yang lebih titikberatkan? Sebab saya ada seorang kawan, dia memang minat Sains yg mendalam, dalam PT3 pun Sains dia dapat A. Tapi Matematik dia dapat E. Sebelum ini pun dia sangat lemah dlm m/p tersebut dan sering gagal. Cikgu rasa dia masih layak tak masuk kelas Aliran Sains? Dia nak sangat masuk kelas sains stream.

Salam
Mana mana pakej sains math yg dpt E tidak digalakkan memohon. Ini kerana pakej sains tilen bukan semata mata bio yg menghafal tetapi ada subjek add math yg memerlukan ilmu math yg lebih tinggi. Subjek fizik yg juga mempunyai silibus dalam pengiraan formula dan matematik. Oleh itu ia akan membebankan murid krn penguasaan math yg sht minimum. Andaikata dia mendapat kredit C keatas dlm bio tetapi setakat lulus D atau gagal dlm Add Math, Fizik maka dia tidak dapat meneruskan ke aliran sains di peringkat tertinggi.

Assalam , boleh beri saya pendapat . Saya dpt pt3 7A1B2c . Sains B Matematik saya c . Saya agak keliru , sama ada mau masuk sains atau tidak , jika saya takambil saya akan masuk aliran ict . Minat saya dalam sains agak baik tpi matematil saya tak leh nak angkat . Lagi satu , ujian psiko saya S:23 A:18 k:17 jadi perbezaan nya 7 . Macam mana tu ye ? Boleh beri saya pandangan ?

Assalam , boleh beri saya pendapat . Saya dpt pt3 7A1B2c . Sains B Matematik saya c . Saya agak keliru , sama ada mau masuk sains atau tidak , jika saya takambil saya akan masuk aliran ict . Minat saya dalam sains agak baik tpi matematil saya tak leh nak angkat . Lagi satu , ujian psiko saya S:23 A:18 k:17 jadi perbezaan nya 7 . Macam mana tu ye ? Boleh beri saya pandangan ?

assalam,nk tanya sikit,saya mendapat keputusan pt3 2017 6A,3B,1D, MATH-A,SAINS-D,adakah saya perlu mengambil sains tulen/sains sosial/mana mana jurusan yang sesuai dengan saya?sekian.....

Salam Siti
Dari psikometrik IMK menunjukkan trait sosial artistik dan konventional. Menunjukkan aliran sains sosial dan perniagaan lebih baik untuk kamu berbanding sains tulen. Jika anda berminat dgn aliran ict yg sekarang ini dikenali sbg SK sains komputer. Aliran ini ditawarkan under subjek STEM. Pakejnya masih lagi Kimia Fizik Add Math dan satu elektif lagi komputer. Yg bermaksid penguraan atau matematik masih lagi diutamakan. Tetapi anda layak memohon. Jika sekolah anda menawarkan elektif bersama komputer dan perakaunan dan matematik tambahan itu lebih sesuai.
Sila rujuk entri blog cikgu yg terkini utk tahun 2017. Aliran berdasarkan markah PBD, Gred PT3 dan psikometrik

Salam
Dari gred pt3 sains D menunjukkan aliran sains kurang sesuai dgn anda. Tetapi anda tidak menyatakan psikometrik anda. Mungkin aliran perakaunan dgn pakej akaun , Add Math dan ekonomi lebih sesuai dgn anda.

salam cikgu, saya mendapat E dalam sains dan C dalam matematik. Saya ingin masuk aliran sains. boleh tak saya buat rayuan kat PPD atau mana-mana?? Saya memang nak ceburi bidang sains tetapi telah ditolak.

Asalammualaikum saya nak tanye keputusan pt3 saya 2f dalam mt dn sn apekah aliran yang saya perlu ambil di tingkatan 4

Salam
Mendapat result E dlm Sains dan C dalam Math adalah sangat tidak digalakkan dlm bidang Sains kerana ada 3 lagi subjek Sains yg anda perlu pelajari di menengah atas iaitu Fizik, Kimia dan Biologi atau subjek STEM. Boleh refer kpd entri blog terbaru thn 2017. Atau klik link tersebut pada perenggan awal blog ini. Jika keputusan percubaan pt3 anda untuk sains juga adalah kondisten C D atau E ia menunjukkan penguasaan yg lemah. Anda boleh membuat rayuan di sekolah bukan di PPD kerana aliran kelas bergantung kpd sekolah samaada boleh memenuhi permintaan anda atas dasar masih ada kekosongan dan jaminan dari ibu bapa anda.

Bagi subjek sains dan math yg gagal dan seringkali gagal setiap kali peperiksaan lebih baik anda mengambil kursus berkaitan dgn kemahiran spt MPV atau PVMA di sek men harian biasa.

Assalamualaikum , sye nk mintak pendapat sikit , thun nie sye dimasukkn ke kls kesusateraan melayu geografi , so bidang pekerjayaan ape yg sesuai ye ? Tq

Apakah aliran yg sesuai bagi result pt3 B Sains dan D Matematik.Bahaya atau tidak jika masih di sekolah aliran sains kerana minat tetapi dengan result pt3 D untuk matematik.

assalam cikgu. Anak saya mengambil kurikulum bersepadu tahfiz dan mendapat 11A tetapi B untuk sains dan C untuk math. Indeks perbezaan untuk ujian psikometrik adalah 14; S=17, I=14 dan E =9. Adakah aliran sains dgn mengambil fizik, kimia, add math dan prinsip akaun sesuai untuk anak saya? Terim aksih

Excellent, what a weblog it is! This web site provides valuable information to us, keep it up.

Assalamualaikum cikgu, saya pelajar perempuan tingkatan 4 Kelas Aliran Agama 2018. Keputusan pt3 saya 8A3B. Yang B = ert,sains dan bi. Saya tiada subjek fav kerana saya meminati semua subjek and boleh go dengan subjek yang saya ambil. Ramai guru yang bertanya tentang cita cita saya tetapi saya tergamam. Dulu saya ingin menjadi doktor sakit puan tetapi saya tidak boleh menggalai cita cita tersebut kerana saya tidak mengambil aliran sains. Subjek dalam aliran agama hanya geo,sej,us, kkq, pqs,subjek teras . Saya bingung, saya masih mencari cita cita saya. Saya hanya ikut flow kerana saya berfikir bahawa rezeki allah luas. Tetapi, cikgu tetap mahu setiap muridnya ada cita cita. Cikgu boleh suggestkan arah tuju saya yang akan datang? Sejujurnya saya tidak minat menjadi ustazah atau guru :))

Nak tanya,kalau ambil aliran yang ada kejuruteraan di sekolah,lepas spm saya ambil aliran yg ada biologi di universiti,boleh ke?

Salam Mama Mia
Result math D tidak digalakkan utk aliran sains kerana Add Math dan Math yg lebih tough. Fizik juga memerlukan pengiraan. Tidak digalakkan bukan bermakna tidak boleh. Jika anda yakin anda akan cuba terbaik dgn mengikuti kelas tambahan dan disiplin diri yg tinggi, psikometrik juga menunjukkan kecenderungan ke arah sains dan kekosongan tpt di aliran sains, maka anda boleh mengikutinya.

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 450   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel