Pertandingan mencipta tema Hari Guru 2016 untuk sambutan Hari Guru 2016 anjuran KPM. Antara hobi saya ialah join pertandingan apa sahaja yg melibatkan penulisan so apa lagi marilah mencuba nasib memandangkan esok dah tarikh tutup :)
Jika tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Beraspirasi Memacu Keberhasilan Pendidikan maknanya memang rezeki saya..huhu mari berangan.
LAMPIRAN B
CADANGAN TEMA HARI GURU 2016
1. Maklumat
Peribadi
1.1 Nama
|
Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.2 Kad Pengenalan
|
|
1.3 Nombor Telefon
Bimbit
|
|
1.4 Alamat Tempat
Bertugas
|
SMK Cheras, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak,
|
56000, Cheras, Kuala Lumpur
|
|
1.5 Alamat Emel
|
2. Cadangan
Tema
GURU BERASPIRASI MEMACU KEBERHASILAN PENDIDIKAN
|
3. Huraian
Tema
Pada tahun ini iaitu 2016, PPPM memasuki gelombang
kedua yang bermula pada 2016 hingga 2020 dengan visi memacu peningkatan
sistem pendidikan. Oleh itu bagi mencapai visi tersebut, aspirasi terhadap
sistem pendidikan dan murid di Malaysia merangkumi dua aspek iaitu pertama
sistem pendidikan secara keseluruhan dan kedua aspirasi murid secara individu
yang perlu digerakkan. Aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem
pendidikan di Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat
mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi mencapai kejayaan sistem
pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan. Begitu juga hasrat PPPM untuk mencapai enam aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Oleh itu sebagai warga
pendidik, guru yang beraspirasi merupakan penggerak bagi mencapai aspirasi
tersebut dan seterusnya memacu keberhasilan pendidikan
|
Salam Jumaat
Yang penuh berkat