12 February 2016

Gambar Alive 3D Gallery Port Dickosn


Melayan karenah permintaan anak-anak yang meminta agar gambar mereka bergaya di post ke blog ibu:) Penangan VLE Frog apabila anak-anak berada di bilik komputer, memandangkan blog ialah satu halaman rasmi yang boleh dilayari berbanding facebook di kawasan sekolah, maka anak-anak meminta agar di post ke blog agar mereka dapat membukanya dan berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan di sekolah :) 

Gambar ini diambil sewaktu cuti hujung bulan Januari di Port Dickson idea dari adik saya yang pernah ke sini dan berkongsi gambarnya menarik minat anak-anak sedaranya ini untuk bergaya kreatif juga.

Alamat
Muzium 3d R Gallery Port Dickson di No 38-40 Jln DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam. Pada mulanya saya ke sana pada pukul 2 petang tetapi pengunjung beratur hingga hampir ke luar bangunan menunggu giliran. Sekali lagi saya datang pada pukul 8.00 malam dan alhamdulillah tiada orang huhu maklumlah esoknya ialah cuti Hari Wilayah Kuala Lumpur dan hanya warga KL sahaja yang menyambung percutian hingga Isnin. 
Harga tiket untuk dewasa RM 20 harga kanak -kanak RM15 dan warga emas pun RM15. Kena simpan kasut dalam locker RM2 dan berkaki ayam sepanjang berada di gallery ini.

Yang bagusnya pergi time lengang ini ialah kita boleh bergambar berapa kali yang kita suka pada setiap gambar tanpa perlu risau orang meluat sebab kena menunggu giliran untuk mengambil gambar di tempat yang sama! gambar diambil sendiri dengan kamera atau telefon bimbit tanpa sesiapa pun yg mengekori kita malahan tiada penjaga pun pada setiap tingkat menyebabkan apalagi bergambar dengan kritis dan kreatif. Dari luar bangunan ini nampak kecil sahaja tetapi wow 2 jam lebih juga kami berada di dalam ini untuk sesi fotografi. Di setiap gambar, diberikan panduan bagaimana pengunjung perlu beraksi agar gambar nampak hidup! Sudut untuk pengunjung mengambil gambar juga di tag pada lantai untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Officially ..
Thank you mak for the trust

 

Telegram Channel