JPWPKL memperkenalkan program SUIT untuk dilaksanakan di sekolah. Hasil perbincangan 3 orang iaitu saya, PK HEM dan setiausaha HEM iaitu Pn Nafsah maka kertas konsep program SUIT untuk sekolah SMK Cheras pada tahun 2016 dapat dilaksanakan.
Oleh kerana saya bertanggungjawab terhadap kategori Butterfly dan saya telah pun menjalankan projek SPOT iaitu Sistem Pemantauan Orang Tertentu untuk murid ponteng tegar dari Januari, maka PK HEM yang baru iaitu Pn Chong meminta agar program SPOT yang saya jalankan sebagai program di bawah kategori Butterfly.
KERTAS KONSEP
PROGRAM ‘SUIT’
(Sahsiah Unggul
Individu Terbilang)
SMK CHERAS TAHUN 2016
1.0
PENGENALAN
Pemerhatian dan
dapatan data menunjukkan bahawa sahsiah murid di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur semakin menipis sehingga
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah.
Antaranya, sahsiah murid yang tidak menunjukkan pengamalan adab bersopan, malah
kadar kehadiran ke sekolah menunjukkan
trend penurunan
yang mengakibatkan kadar ponteng semakin di
meningkat.
Bagi mengekang gejala negatif ini dari berterusan,
JPWPKL telah merangka satu program yang dinamakan Program ‘SUIT’, iaitu Sahsiah
Unggul Individu Terbilang. Sehubungan dengan itu, pihak
SMK Cheras telah mengambil tindakan dengan melaksanakan program tersebut di
sekolah. Pelaksanaan program ini adalah melalui beberapa kaedah yang
dicadangkan oleh JPWPKL ditambah dengan program sedia di sekolah ada bagi
merealisasikan matlamat program tersebut.
2.0
RASIONAL
Keperibadian dan
etika yang tinggi seiring dengan pencapaian
akademik yang baik mampu hasilkan Individu
untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari pelajar holistik yang dikenalpasti
oleh warga guru serta warga pelajar sendiri dan memberi peluang kepada para
pelajar untuk membuat penilaian kendiri.
3.0
MATLAMAT
Melahirkan murid sekolah yang unggul dan holistik.
4.0
OBJEKTIF
4.1
Mengurangkan kes
salahlaku disiplin di sekolah.
4.2
Melahirkan
pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan.
4.3
Menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar.
4.4
Memantapkan ciri
kepimpinan pelajar.
4.5
Menghargai
pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan
sikap dari negatif kepada positif.
4.6
Memberi peluang
kepada pelajar untuk memilih pelajar contoh dalam kalangan mereka serta membuat
penilaian kendiri.
5.0 TEMPOH
PELAKSANAAN
Mac sehingga Oktober
6.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini bahagikan kepada tiga kategori utama,
iaitu :
a)
Kategori ‘The
Ultimate’
b)
Kategori ‘The
Butterfly’
c)
Kategori ‘The Ant’
6.1 Kategori
‘The Ultimate’
Kategori ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak untuk dijadikan pelajar
contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tiga orang terbaik akan dipilih dari
sesi pagi dan dua orang sesi petang. Cara penilaian dilakukan sebanyak sekali
setiap penggal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
·
Pencapaian akademik
·
Pencapaian
kokurikulum
·
Ciri-ciri kepimpinan
·
Disiplin
·
Sifat peribadi
6.2 Kategori
‘The Butterfly’
Kategori ‘The Butterfly’ untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan paling banyak
perubahan dari tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku yang positif.
Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah
disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan
imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru.
(Maksimum seramai 10 orang akan dipilih).
Penilaian untuk
pelajar dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan
kriteria-kriteria berikut:
· Peningkatan dalam pencapaian akademik
· Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
· Perubahan dalam aspek disiplin
· Perubahan dalam sifat peribadi
6.3 Kategori ‘The Ant’
Untuk
mengenalpasti dan menghargai pelajar-pelajar yang sentiasa menunjukkan peribadi
yang cemerlang tetapi tidak tergolong dalam dua kategori di atas. Tiga orang
yang terbaik akan dipilih bagi setiap kelas. Penilaian
untuk kategori ini boleh dibuat setiap tiga bulan dan dilihat dari
aspek:
·
Ketaatan
·
Kesopanan
·
Kerjasama
·
Kerajinan
7.0 CARA PENILAIAN KATEGORI MURID
Cara penilaian untuk menentukan kategori murid The Ultimate, The Butterfly dan The Ant, akan dibuat melalui dua kaedah
seperti yang sarankan oleh JPWPL, iaitu
:
· Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
dilihat dari segi pelaksanaan, pencalonan dan pemilihan murid contoh dan keberkesanan
program serta masalah yang dihadapi serta cadangan-cadangan penambahbaikan
program.
· Pemantauan ke atas murid akan dilakukan melalui penggunaan Instrumen
Penilaian Kendiri “SUIT” dan Instrumen Penilaian Guru Terhadap Murid.
8.0 CARA
PENGIKTIRAFAN
Pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti mengikut
kategori The Ultimate, The Butterfly dan The Ant akan diberi pengiktirafan dan
penghargaan melalui cara berikut :
·
Nama pelajar akan
ditampal pada papan kenyataan khas
·
Sijil dan hadiah
iringan
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
9.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi :
Pn. Kamariah binti Abu
Timbalan
Pengerusi : Pn. Choong
Moi Lian
Naib
Pengerusi :
En. Mohamed Jamil bin Abdul Samad
:
Pn. Maznah binti Musa
:
En. Raheman b. Ahmad
Setiausaha
:
Pn. Nafsah binti Mohd Shah
Bendahari :
Pn. Sabariah binti Shahabudin
AJK
Program ‘SUIT’ : Guru
Kelas
:
Guru Bimbingan dan Kaunseling
:
Guru Disiplin
:
Guru Pendidikan Islam
:
Guru Pendidikan Moral
:
Setiausaha Kokurikulum
9.2 JAWATANKUASA KERJA
Bil.
|
AJK
|
TANGGUNG
JAWAB
|
1.
|
Penyediaan Sijil
Pn. Roszita Md.
Toff
Pn. Salina bt Mat Isa
Pn. Jasbir Kaur a/p Karnail Singh
Pn. Ang Choon Ai
Pn. Murni Yati
bt Masari Pn.
Faiza bt Mamat
|
|
2.
|
Penyediaan Hadiah & Cenderamata
Pn. Tg.
Laila Sari bt. Tg. Jusoh Pn. Nor Haiza bt
Jaine
Pn. Sharihan bt Shaari
Pn. Nurul Shafini bt Abd Hadi Cik Nor Afiqah
bt Mohd sidek
|
|
3.
|
Buku Program
Pn. Nafsah bt Mohd Shah
|
|
4.
|
Dokumentasi & Penilaian Program
Pn. Nurhaiza binti Che Mat Pn.
Rozinani binti Awang Pn.
Haslina bt Hashim
|
· Mengumpul
semua bahan Program SUIT untuk didokumenkan.
· Perlu
diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas program berakhir.
· Disediakan
dalam bentuk soft copy dan hard copy.
|
5.
|
Jemputan & Sambutan
Pn. Tipah bt Ngah
Pn. Soraya bt Abdul Rafar Cik
Jamaliah Azmirakarimah
|
·
Menguruskan
surat jemputan kepada yang berkenaan (jika ada).
· Menyambut tetamu vip dan
menguruskan tempat menunggu tetamu vip.
|
6.
|
Fotografi
Cik Noraini bt Jamaluddin En. Azrin
bin U. Mat
|
|
7.
|
AJK Penilaian Pelajar
Guru Kelas
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Disiplin
Guru Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Moral Guru SU Kokurikulum
|
|
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Senarai
Anugerah
|
Harga
|
Jumlah
|
Sumber
Kewangan
|
a)
The Ultimate (Cemerlang)
-
sesi pagi ( 3 orang )
-
sesi petang ( 2 orang )
b)
The Butterfly (Peningkatan
Sahsiah)
-
sesi pagi
-
sesi petang
c) The Ant (Sahsiah Terpuji)
-
sesi pagi
-
sesi petang
d) Papan Kenyataan
|
2 x 5 x RM20
3 x 10 x RM5
3 x 10 x RM5
1 x RM300
|
RM300.00
RM150.00
RM150.00
RM300.00
|
SUWA
SUWA
SUWA
PIBG
|
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
RM900.00
|
11.0 PENUTUP
Program ini diharap
dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap murni
dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah
cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang
hebat, iaitu Individu Terbilang. Program ini pada akhirnya dapat memenuhi
Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan
keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid
yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik.
Disediakan oleh Disemak
oleh
………………….. …………………….
PN. NAFSAH MOHD SHAH PN.
CHOONG MOI LIAN
Setiausaha Program SUIT PK
HEM, SMK Cheras
Diluluskan oleh
……………………..
HJH. KAMARIAH BT ABU
Pengetua, SMK Cheras
Teamwork
Makes the dream work
2 comments
terima kasih perkongsian untuk rujukan dan mohon salin beberapa bahagian terutama matlamat dan pelaksanaan sebagai contoh . terima kasih sekali lgi
Sama sama 😊