10 March 2016

Kepentingan Pendaftaran SPM Ulangan Bulan Jun.

Topik SPM Ulangan hari ini dibincangkan dalam group whatsapp guru kaunseling. Saya juga sibuk melayan pertanyaan student saya sendiri yang ingin mengulang paper tertentu. Memandangkan hari ini saya ke JPWPKL untuk menghadiri satu taklimat peperiksaan, saya bercadang untuk singgah sekejap ke blok unit peperiksaan. Banyak khemah-khemah di blok unit peperiksaan yang meriah seperti ada satu pesta kecil. Rupa-rupanya khemah -khemah yang diatur untuk kemudahan pendaftaran SPM ulangan bulan Jun dan SPM Ulangan Bulan Nov yang dibuka sehingga 31 Mac 2016 Setelah taklimat peperiksaan, saya ke khemah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran SPM Ulangan jika ada format baru memandangkan murid sekolah saya hampir 30% pelajar SPM layak untuk mengulang semua paper atau paper tertentu kerana  subjek killer BI , Math atau BM yang gagal atau lulus sahaja. Memang ramai yang sudah mendaftar hingga ada pusat peperiksaan tertentu yang telah ditutup kerana penuh.

Mengapa perlu mendaftar untuk SPM Ulangan BM, Sejarah atau Matematik? 

Subjek killer murid ialah Matematik dan BI kerana majoriti murid lulus atau gagal. Jika anda sekadar lulus Matematik, pilihan anda ke IPT malah ke kolej swasta semakin terhad apatah lagi jika gagal Matematik! Oleh itu jika Matematik sahaja yg menyebabkan anda tidak layak ke kursus di laluan bukan kemahiran manakala pakej subjek lain sudah baik, maka lebih baik anda mengulang Matematik agar anda berpeluang ke intake yg berikutnya sama ada Disember atau tahun hadapannya kerana anda akan mendapat result pada bulan Ogos. Jika anda berminat dgn kursus kemahiran pula..anda boleh menggunakan SPM Ulangan untuk mendapatkn kredit Math dan seterusnya ke kursus kemahiran tinggi dengan menceburi diploma. Walaupun terlewat masuk tapi berbanding dgn rakan sebaya yg menceburi kemahiran dgn lulus Math sahaja dan skm tahao 1 dan 2..anda masih lagi boleh melompat ke kursus diploma sebaik sahaja kredit Math. Dan laluan melanjutkn pelajaran dan menjadi tenaga pengajar juga mempunyai prospek yg lebih tinggi.

 Jika anda setakat lulus BM sahaja, sukar mendapat tempat di IPT awam. Malahan syarat kredit adalah wajib. Malahan untuk jawatan tertentu di sektor awam juga inginkan BM yg kredit di peringkat SPM. Begitu juga jika anda ingin melanjutkan pelajaran, BM yg kredit di peringkat SPM diambil kira hampir  di semua peringkat IPT. Lebih baik anda mengulang BM, jika anda tidak mendapat kredit! 
Jika anda batch 2013 , 2014 dan 2015 dan lulus mata pelajaran BM , anda tidak wajib melaksanakan ULKCP/PLBS . Namun jika anda GAGAL atau TIDAK HADIR anda wajib menghadiri ULKCP (UJian Lizan Khusus Calon Persendirian) / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Begitu juga jika anda menagguhkan hasrat untuk menduduki Bahasa Melayu, bimbang jika format ada yang berubah dari silibus yang sedia ada dan anda memang memerlukan kelas tambahan. Lagipun calon yang mengulang selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir menduduki SPM perlu mengulang juga ULKCP walaupun anda lulus BM.Ujian lisan peperiksaan SPM (U) ialah 23 Mei hingga 27 Mei 2016. Hanya calon pekak dan bisu sahaja dikecualikan daripada ULKCP tanpa memohon kelulusan daripada Pengarah Pendidikan. 

Bagi kes BM dan Sejarah ialah unik kerana wajib dua subjek ini lulus di peringkat SPM untuk melayakkan anda mendapat sijil SPM. Kegagalan lulus dua subjek tersebut atau salah satu subjek tersebut menyebabkan anda tidak layak mendapat sijil SPM...dan hanya kursus kemahiran setaraf gagal SPM yg anda layak walaupun memperolehi 6A. 

Oleh itu jangan mudah mengaku kalah dgn mengatakan past is past.. benda ni boleh dibaiki. Ubah markah anda dengan ubah komitmen anda yg lebih komited dan insentif untuk menduduki SPM Ulangan bulan Jun. Masih ada masa! 



SENARAI SEMAK PENDAFTARAN UNTUK CALON SPMU (JUN)
  • DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN SPMU(JUN) DI KAUNTER JPN ATAU PPD  LENGKAPKAN MAKLUMAT YANG DIMINTA                                                                                              
  • SEDIAKAN BAYARAN SECUKUPNYA MELALUI KIRIMAN WANG POS ATAU BANK DRAF   Bayaran Asas RM 20.00 tambahan subjek mengikut bayaran berikut BM RM12.00, Matematik RM10.50dan Sejarah RM 12.00    atas nama 'Pengarah Peperiksaan'
  • SERAH BORANG YANG LENGKAP DI JPN ATAU PPD SEBELUM 31 MAC                                            
  • DAPATKAN CETAKAN RESIT RASMI (NO. LOGIN DAN KATALALUAN) DI KAUNTER               
  • DAFTARKAN DIRI ANDA SECARA ATAS TALIAN MELALUI LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN SEBELUM AKHIR BULAN MAC  . Layari laman web berikut tentang urusan pendaftaran SPM (U) https://spmu.moe.gov.my/daftar/ 
           ## Calon SPM (U) hendaklah membuat pendaftaran sendiri secara online. Nombor pin akan diberi kepada calon-calon selepas membuat membuat bayaran secukupnya ketika menyerahkan borang pendaftaran. Kegagalan mendaftar secara online akan mengakibatkan terbatal permohonan calon menduduki peperiksaan SPM (U) walupun bayaran telah dibuat.

1. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM(U) ialah 1103 Bahasa Melayu, 1449 Matematik dan 1249 Sejarah sahaja.
Tangan yang memberi
Lebih baik dari yang menerima
Ikhlaskan diri 
Agar berkat kpd yg menerima :)


236 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 236 of 236   Newer›   Newest»

Salam.. saya nk tanya.. jika spm mate hanya lulus saja. Jikalau ulangan subjek math tetiba tidak lulus, pihak jabatan akan pakai result spm yg lama atau yg ulangan? Takut juga dia org akan pakai yg bru kalu tidak luus.. tolong bg penjelasan..terima kasih

Salam.. saya nk tanya.. jika spm mate hanya lulus saja. Jikalau ulangan subjek math tetiba tidak lulus, pihak jabatan akan pakai result spm yg lama atau yg ulangan? Takut juga dia org akan pakai yg bru kalu tidak luus.. tolong bg penjelasan..terima kasih

Salam Arina

Yang terbaik sahaja kamu gunakan. Ini bermakna jika spm ulangan ini, result lebih teruk slip itu masih dicetak untuk subjek tersebut sahaja untuk kamu. Kamu gunakan slip asal math lulus untuk permohonan ke mana-mana. Namun jika ulangan result kamu lebih baik dan mendapat kepujian maka gunakan sijil spm asal dan slip subjek matematik ulangan yang baru disertakan bersama

salam cikgu..saya merupakan lepasan stpm tahun 2018 dan tengah mengisi permohonan upu untuk degree. Namun pihak upu tidak mengisi result spm secara automatik. Adakah ini disebabkan saya mengambil spm ulangan bahasa inggeris? Spm saya pada tahun 2016 tetapi saya mengambil spm ulangan tahun 2017 dan memperolah keputusan B berbanding keputusan terdahulu iaitu D. Semasa saya mendaftar pihak jpn tidak memberitahu tentang pendaftaran online bagi ulangan spm. Adakah saya tidak mendaftar online menyebabkan hal ini terjadi?Saya telah pun berurusan dengan pihak upu tentang permasalahan ini namun belum ada jawapan. Mohon bantuan.

salam cikgu,saya ingin mengetahui cara-cara untuk membatalkan spm ulangan saya dalam mata pelajaran matematik pada bulan jun

salam cikgu, saya ingin mengetahui cara-cara untuk membatalkan spm ulangan saya dalam mata pelajaran maths saya pada bulan jun nanti

Salam
Kamu boleh terus berurusan dengan pihak Lembaga Peperiksaan. Namun jika anda tidak hadir sewaktu peperiksaan, tiada keputusan peperiksaan G gagal yang keluar.

Salam
Anda memang perlu berhubung dengan pihak UPU kerana cikgu kurang pasti bagaimana result SPM anda yang keluar. Namun anda harus memilih kursus yang menerima result SPM ulangan untuk BI untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan tempat

Hi,nk tny boleh tk combine sijil asal spm ngan sijil ulangan jun , nov jadikn satu sijil sahaja

Memang sijil tidak dicombine kerana menunjukan tarikh yang berbeza yang kamu ulang berbanding tahun sebenar

Salam.nak tanya kalau sijil spm sebenar 3A pastu nk ulang lagi 3 subjek bulan november nanti bentuk sijilnya dpt macam mana

Sijil untuk nov tu akan keluar untuk 3 subjek yang diambil sahaja, maka apabila anda memohon sesuatu pekerjaan atau melanjutkan pelajaran kedua -dua sijil ini perlu disertakan bersama

Assalamualaikum cikgu. Cikgu, saya pelajar spm 2018 dan calon spm ulangan 2019 bagi subjek math dan english. Cikgu, sekiranya saya mahu melakukan pembatalan spm ulangan untuk membuat rayuan stpm, bagaimanakah caranya? Benarkah hanya kematian dan pesakit kronik sahaja dibenarkan melakukan pembatalan spm ulangan?

Waalaikummussalam
Pada pendapat cikgu, lebih baik kamu teruskan mengambil subjek Math dan English tesebut. Ini kerana jika anda mendapat kredit maka apabila anda menduduki STPM, ada subjek kursus ijazah di universiti masih lagi memerlukan gred STPM anda bagi subjek tertentu bersama pakej subjek penting semasa SPM terutamanya BM, BI, Math . Andai kata anda kredit maka ia bonus untuk anda memilih kursus di peringkat ijazah nanti terutama kursus pengurusan dan sains.

Namun jika result anda lebih teruk, maka anda tidak perlu menggunakan result tersebut dan masih lagi dengan result subjek terdahulu untuk sebarang permohonan yang menggunakan pakej SPM lagi selain sijil STPM anda

Assalamualaikum, sy nak tanya. Pemakian utk prempuan bgi spm ulangan sprti pakaian sklh atau pakai formal yaa?

Assalamualaikum. sy nak tanya, tentang pemakaian bgi spm ulangan bgi calon perempuan. Terima kasih

Hi ,nak tanya kalau spm math dapat c.kalau ulangan julai paper math tak bagus .adakah dikira dalam spm Dan dalam sijil juga.sy dengar kawan kata diambil kira juga.sebabkan sy dah dapat tawaran masuk ke uni.adakah mereka akan tendang sy keluar disebabkan result ulangan math tak bagus?

Salam
Pemakaian adalah formal,kemas dan sopan seperti baju kurung, baju blouse yang berlengan dan berseluar panjang atau berskirt di bawah paras lutut,

math anda kredit dan tahniah kerana kepujian. jika anda ingin mengambil spm ulangan math dan ingin mendapat A atau B ia akan tertera pada slip keputusan spm anda yang terkini untuk result ulangan sahaja. Jika anda ingin memohon sesuatu kursus yang memerlukan kelulusan math yang lebih tinggi, maka anda boleh menunjukkan result spm ulangan anda untuk Math. Namun jika sebaliknya bermaksud Math masih C atau D , anda tidak perlu menggunakan result spm ulangan math tersebut untuk memohon sesuatu tempat pengajian.

Hi nak tanya ...saya dh daftar untuk spm ulangan utk subjek sains..tapi subjek tu saya ambil sebagai extra ..means sebelum ni saya x ambil sains ..tapi saya x dapat nak hadir ke exam tersebut..jadi blh ke nak batalkan pendaftaran exam tersebut

Jika tidak hadir, dianggap TH iaitu tidak hadir dan tidak menjejaskan markah anda sebelum ini atau keputusan SPM sebelum ini

Assalamualaikum . Sewaktu saya form 5 . tahun 2014.saya daftar peperiksaan spm . Tetapi saya tidak hadir mase peperiksaan . So result spm saya semua T/H dan Sijil berhenti sekolah saya tak ada . disini saya ingin bertanye cikgu. Adakah saya masih boleh memohon Spm ulangan itu. Kalau boleh saya mahu ambil semua subjek yg saya ambil sewaktu sekolah dulu. Sebab nk hilangkn yg T/H itu. Boleh ke cikgu ?

Salam Cikgu. Saya ada sedikit kekeliruan, saya dah berdaftar spm persendirian secara online kemudian sudah berjumpa pengawai di ppd. Semua borang² kenyataan semakan spm dan ic saya dah buat. Termasuk pembayaran secara online. Kemudian kena ada 4 keping sampul pos prabayar, saya nak tanya nak letak apa dalam sampul poslaju tu dan nak hantar kepada siapa?
Harap cikgu boleh tolong saya.

Cikgu nak tnya 4 keping sampul poslaju tu nak kena buat apa, nak letak apa dan hantar kepada siapa?

4 keping sampul surat itu perlu untuk
1) Lembaga Peperiksaan menghantar kenyataan semakan dan resit
2) kenyataan kemasukan, jadual peperiksaan dan tema umum sejarah
3) ujian -ujian lisan jika berkaitan
4) makluman kutipan sijil

Assalamualaikum sy pelajar matrikulasi pada tahun ini dan sy ingin mengulang subjek addmath persoalannya jika markah ulangan lebih rendah daripada yg sebelum ni adakah markah latest tu yg diambil untk spm ?

Waalaikummussalam

Markah yang tinggi sahaja yg diambilkira berbanding result yg rendah

macam mana nak buat drop spmu?

Salam Puan/Cikgu. Saya nak bertanya sekiranya tidak hadir lagi ke pjbt ppd atau jpn setelah permohonan diterima,adakah permohonan akan dianggap gagal ? Dn perlukah saya untuk hadir ke pusat peperiksaan yang saya daftar bagi memaklumkan bahawa saya merupakan calon spmu di sekolah tersebut ?

Bagaimana ingin membatalkan pendaftaran spm ulangan?

Assalamualaikum saya calon SPM 2019 kalau saya nak ambil spmu next year silibus matematik masih sama ke?
Sebab macam kita tahu murid batch 04 dah guna silibus math yang lain.

Assalamualaikum saya calon SPM 2019 kalau saya nak ambil spmu next year silibus matematik yang saya kena jawab masih sama ke?
Sebab macam kita tahu murid batch 04 dah guna silibus math yang lain.

nak tanya boleh tak sy resit spm untuk pelajaran untuk science stream tak

Salam cikgu,saya calon persendirian.cikgu,sekiranya saya tidak hadir semasa peperiksaan spm 2020,adakah result spm 2019 saya yg dulu terjejas?

Salam Puan nak Tanya,kalau Saya ambil spm 2018 dan ingin membuat spmu 2021/2022 perlu ke ambil ujian Lisan?utk subjek bi.
.Sbb Saya Ada dengar 3 tahun tuu taknperlu ambil betul ke cikgu

salam cikgu, bagaimana jika saya terlepas tarikh pendaftaran spmu? adakah saya boleh membuat rayuan?

«Oldest   ‹Older   201 – 236 of 236   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel