Sempena Mesyuarat Agong KLCA atau Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran KL yang berlangsung pada 2 Mac 2016 yang lepas, satu pemilihan AJK dijalankan. Selaku Pengerusi Guru Kaunseling PPD Pudu WPKL bagi sesi 2014 dan 2015 automatik saya juga ialah AJK untuk KLCA. Namun apabila berakhir 2 tahun saya memegang jawatan selaku Pengerusi GBK PPD Pudu WPKL dan memberikan laluan kepada orang lain pula pengalaman, saya telah merangka untuk fokus kepada aktiviti sekolah dan mengurangkan penglibatan saya di luar.
Tetapi pada hari tersebut, sebaik sahaja jawatan AJK KLCA dibubarkan, saya dicalonkan untuk jawatan Naib Pengerusi pula. Walaupun saya menolak dengan baik, tetapi pengerusi sementara yg mempengerusikan Mesyuarat Agong memaklumkan bahawa undian telah dibuat..huhuhu. Orait saya cuba bertugas dengan harapan agar dipermudahkan urusan.
Beza antara MGKKL iaitu Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur dan KLCA ialah MGKKL untuk keahlian guru guru kaunseling sahaja. Jawatankuasa KLCA lebih luas bukan semata mata untuk guru kaunseling WPKL malah personalia yang bertugas dalam perkhidmatan pendidikan. Sekurang-kurangnya tahun ini saya tidak terlibat dengan pengurusan JK Guru Kaunseling Pudu dan MGKKL . KLCA ibarat payung kepada MGKKL di Kuala Lumpur kerana semua aktiviti di JK GBK PPW yang melibatkan kewangan akan melalui kewangan yang diuruskan oleh Bendahari KLCA.
Pemilihan AJK untuk barisan KLCA yang baru iaitu
Presiden: Cik Rosnah Bt Abdullah
Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL
Timbalan Pengerusi: En Azhar B Hj Mohd Razali
Pegawai Kaunseling Organisasi PPW Keramat
Naib Pengerusi 1: En Che Mohamad Padali
GBK SMK Cheras
Naib Pengerusi 2: Pn Nurhaiza Che Mat
GBK SMK Cheras
Setiausaha:
Puan Noorlia Bt Arshad
Pegawai Kaunseling Organisasi PPW Sentul
Bendahari
Puan Ang Yoke Yan
GBK SMK Jinjang
AJK
Semua pengerusi JK GBK PPW 4 sekolah menengah
Semua pengerusi JK GBK PPW 4 sekolah rendah
Semua pengerusi JK GBK PPW 4 sekolah rendah
UNDANG-UNDANG
PERSATUAN
PERKHIDMATAN KAUNSELING PELAJARAN ,KUALA LUMPUR.
(KUALA LUMPUR
COUNSELLING ASSOCIATION) (KLCA)
JABATAN
PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
1.
NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Perkhidmatan
Kaunseling, Pelajaran Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Counselling
Association)(KLCA). Selepas ini disebut ‘Pertubuhan’.
2. ALAMAT TEMPAT
URUSAN DAN SURAT MENYURAT
Alamat tempat urusan dan surat menyurat Pertubuhan
ialah d/a Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP,KL), Jalan
Maktab, 50604 Kuala Lumpur (u/p: Unit Hal Ehwal Murid) atau di tempat lain yang
akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan Pertubuhan
tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
3. TUJUAN
DAN OBJEKTIF
(a)
Mempertingkatkan ilmu dan profesion serta mutu perkhidmatan kaunseling di
sekolah menengah dan rendah di bawah pentadbiran JPWP,KL dikalangan ahli.
(b)
Menjayakan sebarang usaha dan dasar Kerajaan khususnya dalam menjalankan
penyelidikan, program latihan dan penyaluran perkhidmatan kaunseling kepada
masyarakat.
(c)
Berhubung dan berkoordinasi dengan agensi Kerajaan dan swasta serta pihak-pihak
luar serta boleh membuat sebarang keputusan demi kebaikan dan kebajikan
ahli.
(d)
Bekerjasama dengan mana-mana Pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama.
(e)
Berusaha mengutip dan mengumpul kewangan serta boleh menerima apa-apa sumbangan
atau tajaan tertakluk kepada kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak-pihak
berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.
(f)
Boleh mencetak, menerbit, mengedar sebarang penerbitan, artikel, buku atau
laman web yang berkaitan dengan Pertubuhan dengan syarat mendapat kebenaran
pihak-pihak tertentu.
(g) Boleh
memajak, memperolehi atau memiliki harta ta’ alih dan alih untuk Pertubuhan.
(Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan hasil
dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dan tidak
sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar
faedah, keuntungan atau bonus kepada ahli Pertubuhan.
Sungguhpun begitu peruntukan ini tidakmenghalang sebarang
pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau
perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan
dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada Pertubuhan).
4. KEAHLIAN DAN HAK
4. KEAHLIAN DAN HAK
(1)
Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan
keatas yang tinggal atau bekerja diKuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.
Keahlian adalah terbahagi kepada 4 (empat) kategori:
( a
) Ahli Biasa / Ahli Seumur Hidup –mereka yang
berkelulusan Sijil / Diploma / Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Bimbingan
dan Kaunseling / Psikologi dari universiti tempatan dan luar negara atau
Sarjana dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi
atau Doktor Falsafah dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling /
Psikologi. Setiap pemohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu mendaftar
sebagai Ahli Biasa sekurang-kurangnya setahun. Ahli layak bersuara, mengundi
atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
( b ) Ahli Bersekutu –mereka
yang berminat dalam kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Ahli tidak layak
bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam
pertubuhan.
( c
) Ahli Pelajar – Pelajar-pelajar yang sedang
mengikuti Kursus Bimbingan dan Kaunseling atau bidang berkaitan institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dengan syarat mendapat
kebenaran secara bertulis dari Pendaftar IPT berkenaan. Ahli tidak layak
bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam
pertubuhan.
( d
) Ahli Kehormat – Ahli Kehormat adalah keahlian
yang dianugerahkan kepada sesiapa yang difikirkan layak oleh jawatankuasa.
(2)
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengisi borang keahlian dan
disokong oleh dua (2) orang ahli biasa dan dihantar kepada Setiausaha yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang pemohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.
(3)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama
seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia
sebagai ahli.
(4) Setiap
pemohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu mendaftar sebagai Ahli Biasa
sekurang-kurangnya setahun dari tarikh pendaftaran.
(5)
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi
ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara
bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. Setiap ahli pelajar yang
telah layak sebagai Ahli Biasa dikecualikan daripada membayar yuran
pendaftaran sekiranya permohonan dikemukakan
setahun dari tempoh tamat pengajian.
5. BAYARAN
PENDAFTARAN, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1)
Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, Ahli Bersekutu dan Ahli Pelajar dikenakan bayaran
pendaftaran, yuran dan bayaran lain seperti berikut:-
(a)
Bayaran Pendaftaran RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja). (b)
Yuran Seumur Hidup RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja).
(c) Yuran Tahunan:
(c) Yuran Tahunan:
(i)
Ahli Biasa RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima sahaja). (ii) Ahli
Bersekutu RM15.00 (Ringgit Malaysia: Lima Belas sahaja). (iii) Ahli
Pelajar RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja).
(iv)
Ahli Kerhormat Tiada sebarang bayaran dikenakan.
(2)
Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam masa 7 (tujuh) hari dari
awal Januari tiap-tiap tahun.
(3)
Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tempoh tiga (3) bulan pada tahun berkenaan akan menerima surat
peringatan yang ditandatangan oleh wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.
(4)
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada tempoh enam (6) bulan pada tahun
berkenaan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah
diambil terhadapnya
dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya
terlebih dahulu.
(5)
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan
keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6)
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan
mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang
gagal membayar yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan maka wang ini akan dianggap sama seperti hutang yuran
tahunan.
6. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli
yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar
segala hutangnya.
(2)
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak
dalam cara yang mencemarkan nama baik Pertubuhan bolehlah dipecat atau
digantungkan keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa
memecat atau menggantungkan ahli tersebut,
ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah
dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu,
atas rayuan oleh ahli tersebut.
7. MESYUARAT AGUNG
7. MESYUARAT AGUNG
(1)
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir
di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
bilangan (korum) untuk mesyuarat.
(2) Jika
korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu
tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah
jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka
berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan atau
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3)
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan setelah berakhirnya
tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan
ialah:-
(a)
Menerima laporan jawatankuasa berkenaan kerja Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;
(b)
Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c)
Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun sekali;
(d)
Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4)
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, satu agenda termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan
bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(5)
Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:-
(a)
Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b)
Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu per
lima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.
(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
itu.
(7)
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat.
(8)
Perenggan 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas,
tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu
yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka
mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada
tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang
sama tidaklah boleh diadakan.
(9)
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf
peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan
seberapa segera yang boleh setelah selesainya Mesyuarat itu.
8. JAWATANKUASA
(1) Satu
Jawatankuasa yang dinamakan pegawai pertubuhan adalah seperti berikut: (a)
Seorang Presiden
(b)
Seorang Timbalan Presiden
(c)
Dua orang Naib Presiden
(d)
Seorang Setiausaha
(e)
Seorang Penolong Setiausaha
(f)
Seorang Bendahari
(g)
11 (Sebelas) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2)
Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas pemerintah dalam Pertubuhan hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama
untuk jawatan di perenggan (1) (a),(b),(c),(d) dan (f) di atas hendaklah
dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dua tahun sekali, manakala jawatan
(1)(e) dan (g) dilantik sendiri oleh Presiden dengan dipersetujui oleh ahli
jawatankuasa. Semua pegawai boleh dilantik semula.
(4)
Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan
bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya
dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 (tiga)
bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli
7 (tujuh) hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada 4 (empat) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika
timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a)
Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b)
Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan,
(c)
Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
(7) Ahli
Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di
dalam Jawatankuasa.
(8)
Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
Jawatankuasa berkuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kesosongan itu
sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9)
Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang
difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa
boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
9. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
Presiden, dalam
masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung
dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat.
(1) Ia
mempunyai kuasa pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2)
Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.
(3) Naib Presiden
hendaklah memangku jawatan Timbalan Presiden semasa ketiadaannya.
(4)
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut
undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku
kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi
butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,
pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia
hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan
sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.
(5)
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(6)
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua pekara kewangan dan
bertanggungjawab ke atas kebetulannya.
(7) Ahli
Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang
diarahkan olehnya.
10.
KEWANGAN
(1)
Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah
memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimanapun tidak boleh digunakan untuk
membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah.
(2)
Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00
(Ringgit Malaysia: Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh
Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4)
Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu
sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM2,500.00
(Ringgit Malaysia: Dua Ribu Lima Ratus sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu
sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha
dan Bendahari.
(5)
Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan
kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira- kira yang dilantik
mengikut undang-undang 11 setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan
untuk makluman ahli di tempat
urusan Pertubuhan.
(6) Tahun
kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap
tahun.
11. PEMERIKSA
KIRA-KIRA
(1)
Dua (2) orang ahli biasa yang bukannya pegawai pertubuhan boleh
dilantik di dalam Mesyuarat Agung
sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang
jawatan selama 2 (dua) tahun dan boleh dilantik semula.
(2)
Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira
Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau
pengesahan untuk
Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka
harus juga dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di
dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa.
12.
PENTADBIR HARTA
(1)
Semua harta Pertubuhan hendaklah dinamakan atas nama
Pertubuhan. Pemegang jawatan semasa dalam
Jawatankuasa iaitu
Presiden, Setiausaha danBendahari
hendaklah dilantik menjadi Pegawai Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 dimana sijil pengesahan
akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan
kepada mereka. Mereka diamanahkan semua harta kepunyaan Pertubuhan untuk ditadbir. Mereka akan menjalankan
tugas sebagai Pegawai Pentadbir Harta selagi
mereka memegang jawatan berkenaan didalam Pertubuhan.
(2)
Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, memajak, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan
Pertubuhan tanpa persetujuan dan kuasa Mesyuarat
Agung Pertubuhan.
(3)
Sekiranya seseorang Pegawai Pentadbir Harta itu tidak lagi memegang jawatan dalam Pertubuhan seperti
diperenggan (1), maka kuasanya dengan sendiri terlucut.
Jawatankuasa mempunyai kuasa melantik ahli yang lain bagi mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Agung yang akan datang.
13. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1)
Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini
dan Jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2)
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat
Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung.
14. PENASIHAT /
PENAUNG / PERUNDING
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak
menjadi Penasihat/Penaung/Perunding bagi Pertubuhan
ini dengan syarat
mendapat kebenaran bertulis daripada mereka terlebih dahulu.
15. LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto,
Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau,
Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua
permainan dadu, banker’s game, video game semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
(2)
Pertubuhan ini tidak boleh mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung di dalam kegiatan politik.
(3)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan
atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
(4)
Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli- ahli atau tidak, atas nama
Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
(5)
”Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966, tidaklah boleh diberikan oleh
Pertubuhan kepada mana-mana ahli.
(6)
Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan, menjadi penasihat atau pekerja Pertubuhan jika ia telah
hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966.
16. PINDAAN
UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan
Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
17. PEMBUBARAN
(1)
Pertubuhan boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan
tidak kurang
daripada tiga per lima (3/5) daripada jumlah ahli yang
berhak mengundi
dalam suatu mesyuarat agung yang
dipanggil khas
kerananya.
(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang diatas segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang
yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
(3)
Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14
hari dari tarikh pembubaran
Gerhana matahari
Gerhana matahari