Kursus PRS telah dijalankan pada 11 dan 12 Mac 2016 yang lepas, dan saya baru ada kesempatan untuk berkongsi kertas kerja program tersebut di sini. Yeah memang tradisi tidur di sekolah dan melatih PRS yang tahap Bestari untuk menjalalankan program.
Kemahiran Team Building Kerjasama Kumpulan
TShirt Rami PRS
|
KERTAS
KERJA
KURSUS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
TAHAP BONGSU, MUDA DAN SULUNG
1.0 Pengenalan
Pembimbing Rakan Sebaya
merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit
Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di sekolah
merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang
memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah murid. Oleh itu, guru
kaunseling memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan di
kalangan murid agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang
tengah di sekolah. Mereka yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan
latihan khusus dalam komunikasi dan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan
Sebaya di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan
komunikasi agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan murid-murid lain di sekolah.
Selain itu, mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan
terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model
yang berguna di kalangan murid.
2.0 Objektif
1) Agar PRS dapat menjalani kursus PRS seperti kemahiran
lanjutan menolong, kemahiran komunikasi lanjutan dan lain-lain.
2) Agar PRS yang dapat mengaplikasikan kemahiran dengan lebih
baik dalam membantu pelajar lain.
3) Agar PRS dapat berkenalan dengan PRS dari semua tahap tingkatan
agar dapat mengeratkan silaturahim.
3.0 Tarikh
11 Mac – 12 Mac 2016
4.0 Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
(Pengetua SMK Cheras)
Naib Pengerusi : Pn
Choong Moi Lan (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha
: Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Kerja
AJK
Pendaftaran/Makanan : Pn Rozinani Bt Awang
AJK
Peralatan/Kebajikan : En Che Mohamad
Padali B Che Mat
AJK Sijil /
Permainan
: Pn Raudah Bt Ab Rahman
AJK Modul / Penilaian
/Dokumentasi : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
5.0 AKTIVITI PROGRAM
11 Mac 2016
3 .00 petang
:
Pendaftaran di Astaka
3. 10 petang
:Taklimat dari ketua kem komandan /ketua
fasilitator
3.30 petang
: Sesi berkenalan – ice breaking
Agihan kumpulan dan pembahagian
kumpulan
4.00 petang : LDK 1 : Sesi ice breaking kumpulan
4.30 petang : LDK 2 :
Aktiviti konsep kendiri: Kumpulan Bongsu
& Muda
Aktiviti
Mandala : Kumpulan Sulung
5.30 petang
: Solat Asar
5.30 petang :
Riadah dengan
7.30 malam : Mandi/ Makan malam/ Solat Maghrib dan
Isyak
8.30 malam : Latihan fasilitator : Kumpulan Sulung
-
Cara
Mengendalikan Ice Breaking
-
Cara
Mengendalikan Team Building
-
Cara
Mengendalikan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kumpulan Bongsu & Muda:
Pengenalan
PRS Dan Fungsi PRS
10.00
malam :
Minum malam
10.30 malam :
Kelompok Besar:
Kemahiran Komunikasi Sehala Dua Hala/ Lisan
Dan Bukan Lisan
Melalui Aktiviti Pengembaraan Malam
11.30 malam :
Rumusan
12.00 tgh malam : Tidur
(Ahad)
12 Mac 2016
5.30 pagi : Solat
Subuh/ Mandi
6.30 pagi : Riadah
7.30 pagi :
Sarapan pagi
8.00 pagi : LDK 3
: Kumpulan Sulung : Latihan Fasilitator
LDK
Kumpulan Muda & Bongsu : Kemahiran Penyelesaian
Masalah
9.30 pagi : LDK 4 :
Kumpulan Sulung:
Latihan Mengendalikan Kelompok LDK
Kumpulan
Muda & Bongsu: Kemahiran Komunikasi
10.30 pagi : Kelompok Besar :
Kemahiran Team Building
12.30 t/h :
Makan tengah hari / Solat
Zohor
1.50 petang : Gotong
royong
2.30 petang : Kumpulan
Sulung & Muda: Latihan SUPERVAKS
Kumpulan Bongsu : Raptai Majlis Perlantikan PRS
3.15 petang : Majlis Penutup
Sesi fotografi
4.00 petang : Bersurai
6.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan:
Yuran
murid : RM15
x 60 orang = RM 900
PCG
Kaunseling: RM 15 x 20 orang = RM 300
PCG
Kaunseling; Hadiah/Cenderamata = RM
100
Jumlah = RM
1,300
Perbelanjaan
Pakej makanan RM 15 x 80 orang = RM 1,200
Hadiah = RM
100
Jumlah = RM 1,300
7.0
PENUTUP
Kursus PRS
ini diharapkan dapat dijalankan dengan jayanya dan diharapkan ahli
PRS dapat memenuhi kedatangan yang ditetapkan selepas kursus ini agar
mendapatkan input lanjut untuk melengkapkan diri sebagai pelajar yang dapat
membantu pelajar lain.
Disediakan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat)
Genting Highlands Theme Park
After 8 years..
After 8 years..