Program anjuran Klinik Kesihatan Cheras bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bersama PRS Ting 4, aktiviti bengkel berhenti rokok ini merupakan satu input yang sangat informatif untuk murid mengambil bahan dan berkongsi untuk projek SLAD Skim Lencana Anti Dadah dan slot PRS memberikan taklimat kepada rakan di sekolah. Program ini bercampur dengan jemputan dari pesakit yang telah berhenti merokok hasil klinik berhenti merokok tersebut, jururawat, ahli masyarakat setempat dan sebagainya. Maka aktiviti pembentangan mendapat respon dari pelbagai peringkat umur.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Ucapan Aluan oleh Dr Sheela Bai P. Selvam
Ceramah Kesedaran Berhenti Merokok oleh Dr Hafsyah Bt Mohd Abu Bakar
Ceramah Terapi Gentian Nikotik oleh Wong Mei Mei
Aerobik oleh Team Physio
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh En Kuzakwan B T.Bongsu
Slot bual bicara bersama ikon berhenti merokok iaitu perokok tegar yang mendapatkan khidmat doktor di klinik berhenti merokok untuk membantu mereka berhenti merokok. Ada kes yang hanya boleh dijalankan melalui kaunseling dan ada kes yang memang memerlukan terapi gentian nikotik.
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada peserta berhenti merokok yang berjaya.
Apa yang menarik mengenai slot hari ini ialah pengalaman sebenar yang dikongsi oleh Dr Hafsyah dalam menanagani kes kanser yang menyentuh hati saya. En Wong pula mengingatkan saya padanya pada tahun 2011 yang mana saya pernah mendengar ceramahnya dahulu mengenai terapi gentian nakotik ini yang boleh diperolehi secara percuma di klinik kesihatan Cheras jika anda pesakit di situ..dan yang penting ia bukan diberikan begitu sahaja. Jika doktor merasakan anda adalah pesakit tegar, maka perlu dibekalkan dengan terapi gentian itu. Jika di luar swasta ia mencecah beratus ringgit.
En Kuzakwan pula menerangkan mengenai peraturan berhenti merokok bersama usaha yang perlu dijalankan dengan kerjasama masyarakat setempat juga untuk membebaskan tempat-tempat tertentu dari asap rokok. Akhir sekali pengalaman sebenar, perokok tegar yang terlibat dengan merokok dari masa muda lagi dan bagaimana mereka survive untuk berhenti merokok kini. Ada yang sudah bertahun memang meninggalkan tabiat merokok...dan ada juga yang baru sahaja meninggalkan tabuat merokok itu dalam masa 6 bulan.
Terima kasih Klinik Kesihatan Cheras kerana sudi menjemput kami.
Reset mengambil kesempatan
Kepada memberi peluang
Terima kasih Prof Muhaya :)