
Hari ini saya nak berkongsi mengenai program yang disertai oleh PRS saya sewaktu awal cuti sekolah. Gambar ehsan dari.facebook ucsi.
Seramai 13 orang PRS terlibat dalam program 3 hari 2 malam iaitu program Kem Kepimpinan yang disasarkan kepada pemimpin sekolah yang dijalankan di UCSI dari 28 hingga 30 Mei 2016. Program jemputan dari USCI yang ditaja sepenuhnya oleh UCSI. Yang menariknya kem ini melibatkan aktiviti kemahiran berfikir, fizikal yang lasak, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bercakap di hadapan orang lain, kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis dan aktiviti yang membina. Program menarik yang disusun membolehkan untuk saya menjemput PRS dan memberi peluang agar dapat grooming ahli PRS mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan berdaya saing. Oleh kerana tidak semua ahli PRS tahap sulung dapat mengikuti program ini, maka penyertaan juga dibuka kepada yang bukan ahli PRS.
Pada mulanya ahli agak berbelah bagi memandangkan program yang menarik ini meminta agar semua peserta membawa beg seperti kem 3 hari 2 malam tetapi pada hari pertama peringkat WPKL, ada penyingkiran jika peserta tidak survive untuk cabaran ujian seperti ujian mental dan penyelesaian masalah , dan lain-lain pada hari pertama. Hanya peserta yang berjaya sahaja akan mara hingga ke peringkat kebangsaan dan bersaing dengan cabaran seterusnya di peringkat kebangsaan dengan peserta dari negeri lain. Wah...tentatif di bawah sahaja sudah menarik minat murid. Dari 13 murid PRS ini..tiada penyingkiran dilakukan dan semuanya ke peringkat kebangsaan hingga hari terakhir, 4 orang ahli PRS dan pasukan mereka masing- masing yang bergabung dengan pelbagai peserta dari negeri lain, yang berjaya ke peringkat final. Walaupun tiada PRS yang berjaya mendapat johan untuk final, tetapi aktiviti yang dijalankan membuka mata dan meningkatkan tahap kepimpinan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan bersedia dengan komunikasi di hadapan orang lain.
Program dijalankan pada 28 Mei 2016 dengan aturcara
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Sesi ice breaking
8.45 pagi : The Leadership Workshop
10.15 pagi: Taklimat UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange
11.45 pagi : UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange
1.15 t/h : Makan tengah hari/ Rehat
2.15 pm : The UNIQVERSITY @Race
6.00 ptg : Closing ceremony State
7.00 ptg : Dinner / Wash up
8.30 malam: UNIQVERSITY@National IDEAS Challange
9.00 mlm : UNIQVERSITY@Crime Scene Invenstigation (CSI)
11.59 mlm: SleepDay 2
29 Mei 2016
UNIQVERSITY@NATIONAL IDEAS Challange Round 1-3 and Final
Day 3
UNIQVERSITY@X-Perience
Seramai 4 orang juga ahli PRS yang dapat masuk ke final walaupun tidak memenangi tempat pertama.
Pemenang final akan memperolehi RM 1,000 seorang untuk yuran kursus jika mengambil kursus di UCSI. Terima kasih UCSI atas pengalaman yang menyeronokkan sewaktu cuti sekolah.
You don't have to be great to start
But you have to start to be great :)


You don't have to be great to start
But you have to start to be great :)
![]() |
Pendaftaran |
![]() |
Subjek fizik for A Level |
![]() |
Persediaan aktiviti pertama Ideas Challange |
![]() |
Sesi pembentangan untuk Ideas Challange yang pertama |

![]() |
UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange |
![]() |
UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange |
![]() |
UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange |

UNIQVERSITY@STATE IDEAS Challange
![]() |
Mencari 10 benda yang berbeza |
![]() |
Kumpulan dari WPKL berdebar menunggu keputusan yang layak ke final
|

![]() |
Ke peringkat seterusnya..kebangsaan |
![]() |
Penyampaian sijil bagi pasukan dari WPKL |