11 September 2016

Kertas Kerja Ganjaran Lawatan Kelas Bagi Kehadiran Kelas Terbaik Sepanjang Tahun

Kertas kerja yang disediakan oleh guru kaunseling Puan Raudzah untuk ganjaran lawatan kerana kehadiran kelas terbaik sepanjang tahun.

1.0              PENGENALAN

Program Zoom merupakan satu program peningkatan kehadiran murid ke sekolah.  Program ini telah dijalankan semenjak dari tahun 2015 lagi, hasilnya KPI peratus kehadiran telah dapat ditingkatkan dari 85% kepada 90% untuk tahun 2016.  Pada setip bulan, kelas-kelas yang berjaya mencapai peratus kehadiran sebanyak 90% dan ke atas akan diberi penghargaan berupa sijil.  Sebanyak 3 sijil akan dianugerahkan bagi kelas yang berjaya mencapai KPI iaitu sijil bagi murid kealas, guru kelas dan mentor.  Bagi mengekalkan motivasi agar kelas yang berjaya dapat mengekalkan KPI peratus kehadiran mereka secara berkala. Sekiranya peratusan ini dapat diteruskan sehingga akhir penggal ke dua, kelas tersebut akan diberi penghargaan dalam bentuk program lawatan pula.

2.0       OBJEKTIF
           
Objektif program ini adalah seperti berikut:

1.      Memberi penghargaan kepada murid kelas yang mencapai peratus KPI kehadiran  ke sekolah sebanyak 90% dan keatas secara konsistan
2.      Meningkatkan motivasi murid untuk berterusan hadir ke sekolah bagi meningkatkan peratus KPI kehadiran sekolah.
3.      Memberikan penghargaan berupa pengalaman kepada murid untuk belajar dan meneroka melalui program lawatan

3.0       TEMPAT, TARIKH DAN MASA
            Tempat            :           Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
            Tarikh              :           22 November 2016 (Selasa)
            Masa                :           8.30 pagi – 1.00 petang.
             

4.0       SASARAN
Kelas sasaran adalah kelas yang terbaik. Iaitu kelas yang berjaya berterusan mengekalkan peratus KPI kehadiran kelas mereka sebanyak 90% dan keatas. Kelas tersebut adalah kelas Peralihan 1 dan 2 Imtiaz bagi kategori menengah rendah atau sesi petang SMK Cheras.

5.0       JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi                                 : Pn. Hajah Kamariah Bt. Abu (Pengetua)
TimbalanPengerusi                  : Pn. Chong Moi Lian (Penolong Kanan Hal Ehwal murid)
NaibPengerusi 1                      : En. Raheman Bin Ahmad (Penolong Kanan Petang)
NaibPengerusi 2                      : Pn.Maznah Bin Musa (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha                               : Pn. Raudzah A.Rahman (Kaunselor)

5.1       JAWATAN KUASA KERJA

NAMA AJK
AJK
Bidang Tugas
Pn. Raudzah bt A.Rahman
Pengangkutan & Dokumentasi
·         Menyediakan pengangkutan pada masa yang diperlukan.
·         Menyediakan dokumentasi program
Pn. Rozinani bt Awang
Makanan
·         Membuat tempahan makanan untuk murid-murid yang terlibat
Cik Tuong loy Mui
Pendaftaran & fotografi
·         Mempastikan murid-murid yang terlibat didaftarkan
·         Mengambil gambar setiap aktiviti murid di Zoo Negara.
En. Mohd. Nasrun b. Ahmad
Disiplin dan Keselamatan
·         Mengawal disiplin dan keselamatan murid.
           
6.0       TENTETIF PROGRAM
            Berikut adalah tentatif  Program ‘Zoom In’  
22 Nov 2016 (Selasa)
Masa


Aktiviti Program

7.30-8.00 pagi
Pendaftaran murid ke Zoo Negara
8.00-8.30 pagi
Bertolak ke Zoo Negara
8.30-9.00 pagi
Sarapan pagi dan pembelian tiket
9.00-12.00tghr
Aktiviti Lawatan di Zoo Negara
12.30-1.00petang
Bertolak balik ke sekolah
           

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
Bantuan Persekolahan Moral                                                             -           RM   665.00   
Yuran penyertaan  (2 Imtiaz)  23 orang x RM15                                -           RM   345.00
Jumlah           -           RM 1010.00
Perbelanjaan
Pengangkutan                                                                                     -           RM   350.00
Tiket Zoo                                                                                            -           RM   488.00
Makanan                                                                                             -           RM   172.00
                                                                                                Jumlah           -           RM 1010.00

8.0       PENUTUP

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.  Semoga program seumpama ini dapat mengekalkan seterusnya dapat meningkatkan peratusan KPI kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Apa yang paling penting sekali murid dapat merasakan kegembiraan dan bermotivasi untuk ke sekolah dengan penghargaan berupa lawatan ini.



Disediakan oleh,                                                    Diluluskan oleh                                                                      
                                                                                               
_________________________                                              ________________________
(PN. RAUDZAH A.RAHMAN)                                         
Guru Bimbingan & Kaunseling
SMK Cheras  
                                                           



Takbir Hari Raya Aidiladha
Making rendang ayam and nasi himpit
And not forget kuah kacang ;) 


 

Telegram Channel