Saya share di sini kertas kerja lawatan murid yang hadir penuh ke sekolah yang diambil kira setakat 30 Oktober 2016 nanti. Oh ye oleh sebab kertas kerja kena submit 6 minggu sebelum lawatan ke jabatan kena lah buat awal kertas kerja ini. Seperti yang dijanjikan untuk semua murid saya yang komited ke sekolah setiap hari :)
KERTAS KERJA
GANJARAN LAWATAN
GANJARAN LAWATAN
ZOOM IN KEHADIRAN PENUH
MURID KE SEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Bulan November merupakan bulan
terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus
mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir
tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti
pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus
pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar
bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka.
Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman
yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan
personalia tertentu di tempat tersebut. Program ini juga dijalankan kerana
memberikan ganjaran untuk murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah
sepanjang Januari hingga Oktober 2016.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar murid dapat mempelajari melalui
pengalaman sebenar dengan lawatan
2) Agar murid dapat menjalankan tugasan di
tempat lawatan melalui sesi temubual dan
pemerhatian di tempat sebenar.
3) Agar murid dapat diberikan ganjaran
lawatan sebagai penghargaan hadir penuh ke
sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah
3.0 TARIKH
15 November 2016
4.0 TEMPAT
Bukit Cerakah, Shah Alam
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Pengetua
Naib
Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che
Mat
AJK Pengangkutan: Puan Raudzah Bt A.
Rahman
AJK Modul : En Che Mohamad
Padali Bin Che Mat
6.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Bertolak ke Bukit Cerakah, Shah Alam
9.00 pagi : Dijangka tiba di Bukit Cerakah, Shah Alam
: Taklimat
mengenai Bukit Cerakah, Shah Alam
: Aktiviti riadah
dan meneroka keindahan alam sekitar
: Aktiviti
treasure hunt
12.00 tgh hari: Makan tengah hari
12.30 tgh hari : Bertolak pulang ke
sekolah
1.30 tgh hari : Tiba di sekolah
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Moral :
RM 10 x 60 = RM 600
Sivik :
RM 10 x 20 = RM 200
Kokurikulum : RM 400 x 2 bas = RM
800
Jumlah : = RM 1,600
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
IOI Mall
My kids day..
Ice skating for 6 hours ahaks..