Salam semua. Hari ini saya kongsikan kertas kerja untuk program selepas peperiksaan. Menggunakan sepenuhya yuran murid maka aktiviti ini boleh dijalankan selepas peperiksaan sebagai satu ganjaran kepada kelas ini yang sentiasa mempunyai kehadiran murid yang 90% ke atas sepanjang tahun..maka cikgu layanlah permintaan mereka untuk aktiviti luar bilik darjah.
KERTAS
KERJA PROGRAM DI MUZIUM TELEKOM
MURID
KELAS 1 IMTIYAZ
1.0 PENGENALAN
Bulan November merupakan bulan
terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus
mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir
tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti
pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus
pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar
bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka.
Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman
yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan
personalia tertentu di tempat tersebut.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar murid dapat mempelajari melalui
pengalaman sebenar dengan lawatan
2) Agar murid dapat menjalankan tugasan di
tempat lawatan melalui sesi temubual dan
pemerhatian di tempat sebenar.
3.0 Tarikh
: 11 November 2016
4.0 Tempat : Muzium Telekom
5.0 Ahli
Jawatankuasa:
Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
Pengetua
Naib
Pengerusi: Puan Chong Moi Lian
Penolong
Kanan HEM
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che
Mat
AJK
Kawalan Disiplin : Puan Nafsah Bt
Mohd Shah
AJK
Makanan : Puan Rozinani
Bt Awang
AJK
Pengangkutan : Puan Raudzah Bt
A. Rahman
AJK
Kebajikan : En Che
Mohamad Padali B Che Mat
6.0 Aktiviti :
5.00
petang : Pendaftaran
5.30
petang : Bertolak ke Muzium Telekom
6.00
petang : Tiba di Muzium Telekom: Taklimat Program
: Aktiviti Ice Breaking Dan Pembahagian Kumpulan
: Aktiviti Ice Breaking Dan Pembahagian Kumpulan
7.00
malam : Persiapan Diri /Makan malam/ Solat Maghrib dan Isyak
8.30
malam : Aktiviti Taklimat Dan Sejarah Muzium Telekom
9.30
malam : Treasure Hunt
10.30 malam : Aktiviti Game
12.00 mlm : Tidur
10.30 malam : Aktiviti Game
12.00 mlm : Tidur
5.30
pagi : Bangun dan mandi
6.00
pagi : Solat Subuh
6.30
pagi : Senaman pagi
7.00
pagi : Sarapan pagi Dan Berkemas
9.00
pagi : Majlis Penutup
9.30
pagi : Jungle Tracking Di Bukit Nenas
10.30 pagi : Menara Kuala Lumpur
10.30 pagi : Menara Kuala Lumpur
12.00 t/hari : Makan tengah hari
1.00 t/hari : Bertolak ke sekolah
1.00 t/hari : Bertolak ke sekolah
7.0 Anggaran
Kewangan
Sumber
Kewangan:
Yuran
murid : RM 50 x 30
orang = RM 1,500
Perbelanjaan :
Pakej
makan dan penginapan RM 35 x 30
orang = RM 1,050
Pengangkutan =
RM 450
Jumlah =
RM 1,500
8.0 PENUTUP
Diharapkan
agar program ini mencapai objektif yang diharapkan dan dapat memberikan keberhasilan yang tinggi dalam proses pembelajaran murid di tempat yang bersejarah. Semoga program
ini berjalan lancar.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza
Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
School holiday at the end..
Mental and pyhsical ready for
3 competition for September
Go....UBK ....go go go
2 comments
Assalamualaikum Puan
Is there any way that I can contact you personally as I have some question and hope you could help me. I have a 16 years old son in Form 4, Perdagangan and I would like to understand the current education system.
my email is kuanglily@gmail.com if you could just drop me a note.
Thanks
Orait. You can contact me via my official email nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com