6 October 2016

Key In Psikometrik Inventori Kematangan Kerjaya Ting 5 Sistem e-psikometrik







Kami memulakan penilaian psikometrik untuk murid tingkatan lima hari ini dan esok. memandangkan UBK SMK Cheras mempunyai sistem e-psikometrik kami sendiri, maka kami perlu study manual yang telah dibekalkan untuk memahami dengan baik bagi mentaksirkan kepada murid.


6.1 Latar Belakang
LP KPM membina IKK bertujuan untuk mengumpul data mengenai tahap kematangan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan lima. IKK mengandungi 50 item yang mengukur domain sikap dan domain kecekapan merangkumi 25 item bagi setiap satu domain. Kedua-dua domain tersebut dapat mengukur tahap kesediaan murid untuk melakukan aktiviti yang berkaitan alam kerjaya. IKK juga dapat mengenal pasti maklumat mengenai perasaan, reaksi subjektif, kemahiran, kecenderungan, dan minat seseorang murid semasa membuat sesuatu pilihan kerjaya. Tujuan IKK adalah untuk mengukur kematangan murid dari segi sikap, kebolehan, kemahiran dan kecekapan dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya (Crites, 1978, 1995; Rohany Nasir, 2003, 2005).
Berdasarkan keputusan IKK, guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu murid dalam membuat perancangan pemilihan kerjaya mereka dengan lebih tepat, sesuai, jelas dan realistik dengan personaliti diri. Hasil maklumat yang diperoleh melalui IKK juga dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling memahami kedudukan murid dari segi kebolehan dan kesedaran dalam membuat pemilihan kerjaya. Di samping itu, maklumat yang diperoleh dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling merancang aktiviti intervensi serta program bimbingan dan kaunseling kerjaya dengan lebih berkesan.



6.2 Objektif Inventori Kematangan Kerjaya
Daripada hasil dapatan IKK, guru bimbingan dan kaunseling dapat:
i. mengukur tahap kematangan kerjaya murid merangkumi domain sikap dan domain kecekapan,
ii. menilai keselarasan tingkah laku kerjaya dengan tahap umur murid tingkatan lima,
iii. mengupayakan murid dalam menentukan pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti diri,
iv. menggalakkan murid meneroka maklumat kerjaya secara mendalam bersesuaian dengan personaliti diri.



6.3 Definisi Konstruk
Definisi Operasional untuk menerangkan subdomain sikap dapat dirujuk dalam Jadual 2.
Jadual 2: Definisi Subdomain Sikap



1
Subdomain Sikap: Ketentuan dalam membuat keputusan kerjaya
Definisi operasional :Murid dapat menentukan keputusan bidang pekerjaan yang akan diceburi.

2
Subdomain Sikap: Penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya
Definisi operasional : Murid ada melibatkan diri dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.

3
Subdomain Sikap : Kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya
Definisi operasional : Murid mempunyai kebebasan dalam membuat pemilihan keputusan kerjaya masa depan mereka.

4
Subdomain Sikap: Orientasi dalam membuat keputusan kerjaya
Definisi operasional : Murid dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi.

5
Subdomain Sikap: Kompromi dalam membuat keputusan kerjaya
Definisi operasional : Murid dapat menyatakan kompromi, membuat pertimbangan dan boleh bertolak-ansur dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.


Definisi Operasional untuk menerangkan subdomain kecekapan dapat dirujuk dalam Jadual 3.
Jadual 3: Definisi Subdomain Kecekapan

1
Mengenal diri sendiri
Murid boleh menyatakan kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya.

2
Maklumat pekerjaan
Murid boleh menyatakan maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.


3
Pemilihan matlamat pekerjaan
Murid boleh menjelaskan keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan pekerjaan, tahap pendidikan, minat, kebolehan diri, kemahiran dan pengalaman.


4
Rancangan kerjaya
Murid boleh menjelaskan rancangan kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan.


5
Penyelesaian masalah kerjaya Murid boleh menghuraikan cara-cara menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya seperti surat-menyurat, resume, persediaan menghadapi temu duga, latihan, risiko dan peluanmasa depan kerjaya.


Pentadbiran Inventori Kematangan Kerjaya

Masa yang dicadangkan untuk mentadbir IKK adalah 1 jam. 30 minit yang pertama dicadangkan untuk mentadbir domain sikap dan 30 minit seterusnya untuk mentadbir domain kecekapan. Pentadbiran IKK hendaklah dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, murid juga perlu berasa selesa dan bersedia untuk menjawab IKK. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil IKK.

Kaedah Pemarkatan
Pemarkatan Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) menggunakan Skala Thurstone di mana setiap soalan yang dikemukakan mempunyai dua dimensi, iaitu sama ada ‘Setuju’ atau ‘Tidak Setuju’. Skala Thurstone telah dibina oleh ahli psikologi Louis Thurstone (1928) yang mempercayai bahawa manusia boleh membuat pertimbangan-pertimbangan dan penilaian-penilaian secara psikologi ke atas diri mereka sendiri, iaitu apabila seseorang itu diberi dua pernyataan yang berbeza, dia mampu membuat pemilihan pernyataan yang mana lebih dipersetujuinya (Chua Yan Piaw 2006).

Jawapan murid yang bersamaan dengan kunci jawapan dalam IKK akan diberikan skor 1 dan jawapan yang tidak bersamaan dengan kunci jawapan akan diberi skor 0. Jumlah skor dikira dengan menjumlahkan semua skor jawapan. Senarai jawapan bagi setiap item boleh diperoleh secara manual. Terdapat dua pilihan jawapan sama ada S (Setuju) dan TS (Tidak Setuju). Murid perlu tandakan jawapan pilihan di ruang yang disediakan.

Peratusan domain dikira dengan jumlah keseluruhan skor yang diperoleh daripada hasil tambah semua skor subdomain dan didarabkan dengan 4. Contoh, jika skor maksimum domain sikap diperoleh iaitu 25 x 4 = 100 %. Maka formula yang sama digunakan bagi mengira domain kecekapan.


Peratusan keseluruhan IKK dikira dengan jumlah keseluruhan daripada domain sikap ditambah dengan jumlah keseluruhan domain kecekapan dan didarabkan dengan 2. 

Contoh, jika jumlah keseluruhan daripada domain sikap ialah 17 dan jumlah keseluruhan daripada domain kecekapan ialah 21 maka hasil tambah kedua-duanya ialah 38 dan didarabkan dengan 2 bersamaan 76 %. Oleh itu hasil keputusan peratus IKK murid ialah 76 % (Tinggi).

Peratusan interpretasi skor IKK dibahagikan kepada tiga tahap seperti berikut;
Jadual 4 : Interpretasi Skor Peratusan
Skor Peratusan Interpretasi Skor
75% hingga 100% Tinggi
50% hingga 74% Sederhana
0% hingga 49% Rendah

Sumber : Alias Baba (1999); Tuckman (1999); Gay & Airasian (2003); Mohd Sani (2011).
i. Tinggi : Skor 75 % – 100% menunjukkan tahap kematangan kerjaya murid adalah
tinggi.
ii. Sederhana : Skor 50 % – 74% menunjukkan tahap kematangan kerjaya murid adalah
sederhana.
iii. Rendah : Skor 0 % – 49% menunjukkan tahap kematangan kerjaya murid adalah
rendah.


 Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Domain Sikap
 Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Domain Sikap Skor Interpretasi
75% -100%
Tinggi
Murid berkebolehan, berkemampuan dan berkeupayaan tinggi dalam ketentuan membuat keputusan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya, orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat keputusan kerjaya

50% - 74%
Sederhana
Murid berkebolehan, berkemampuan, dan berkeupayaan sederhana dalam ketentuan membuat keputusan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya, orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat keputusan kerjaya.

0% - 49%
Rendah
Murid tidak berkebolehan, tidak berkemampuan, dan berkeupayaan rendah dalam ketentuan membuat keputusan kerjaya, penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya, kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya, orientasi dalam membuat keputusan kerjaya dan kompromi dalam membuat keputusan kerjaya.


7.3.2 Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Subdomain Sikap
Interpretasi skor Subdomain Sikap adalah bertujuan untuk menginterpretasi subdomain sikap setiap murid.
Jadual 12 : Interpretasi Skor Subdomain Sikap


INTERPRETASI SKOR
1-2 : Rendah
3 : Sederhana
4-5 : Tinggi

1
SUBDOMAIN: Ketentuan dalam membuat keputusan kerjaya
Murid dapat menyatakan keputusan bidang pekerjaan yang akan diceburi.
INTERPRETASI SKOR 
Rendah : Murid tidak boleh membuat keputusan kerjaya.
Sederhana : Murid boleh membuat keputusan kerjaya dengan bimbingan.
Tinggi : Murid boleh membuat keputusan kerjaya dengan tepat.


2
SUBDOMAIN : Penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya
Murid ada melibatkan diri dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.
INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan kerjaya.
Sederhana: Murid melibatkan diri dalam membuat keputusan kerjaya dengan dorongan dan peneguhan.
Tinggi: Murid berkemampuan dan melibatkan diri sepenuhnya dalam membuat keputusan kerjaya.

3
SUBDOMAIN : Kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya
Murid mempunyai kebebasan dalam membuat pemilihan keputusan kerjaya masa depan mereka.
INTERPRETASI SKOR
Rendah: Pemilihan kerjaya murid dipengaruhi sepenuhnya oleh individu lain dan persekitaran.
Sederhana: Pemilihan kerjaya murid sebahagiannya dipengaruhi oleh individu lain dan persekitaran.
Tinggi: Pemilihan kerjaya murid tidak dipengaruhi oleh individu lain dan persekitaran.


4
SUBDOMAIN : Orientasi dalam membuat keputusan kerjaya
Murid dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi.
INTERPRETASI SKOR
Rendah: Murid tidak dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi
Sederhana: Murid dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi
Tinggi: Murid dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi dengan tepat


5
SUBDOMAIN : Kompromi dalam membuat keputusan kerjaya
Murid dapat menyatakan kompromi, membuat pertimbangan dan boleh bertolak ansur dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.
INTERPRETASI SKOR
Rendah: Murid tidak boleh bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak, kelayakan akademik, peluang dan prospek kerjaya.
Sederhana: Murid kurang bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak, kelayakan akademik, peluang dan prospek kerjaya.
Tinggi: Murid boleh bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak, kelayakan akademik, peluang dan prospek kerjaya.



Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Domain Kecekapan
Jadual 13: Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Domain Kecekapan Skor Interpretasi

75% -100%
Tinggi
Murid berkebolehan, berkemampuan dan berkeupayaan tinggi dalam mengenal diri sendiri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya.

50% - 74%
Sederhana
Murid berkebolehan, berkemampuan, dan berkeupayaan sederhana dalam mengenali diri sendiri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya.

0% - 49%
Rendah
Murid tidak berkebolehan, tidak berkemampuan, dan berkeupayaan rendah dalam mengenali diri sendiri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, rancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya.


Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Subdomain Kecekapan
Interpretasi skor Subdomain Kecekapan adalah bertujuan untuk menginterpretasi subdomain kecekapan setiap murid.
Jadual 14 : Interpretasi Skor Subdomain Kecekapan

INTERPRETASI SKOR
1-2 : Rendah
3 : Sederhana
4-5: Tinggi


1
SUBDOMAIN:
Mengenal Diri Sendiri
Murid boleh menyatakan kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya.
INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak tahu tentang kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya.
Sederhana : Murid kurang tahu tentang kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya
Tinggi: Murid tahu tentang kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya

2
SUBDOMAIN:
Maklumat Pekerjaan
Murid boleh menyatakan maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya

INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak tahu tentang maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya
Menengah: Murid kurang tahu tentang maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya
Tinggi: Murid tahu tentang maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya

3
SUBDOMAIN:
Pemilihan Matlamat Pekerjaan
Murid boleh menjelaskan keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan pekerjaan, tahap pendidikan, minat, kebolehan diri, kemahiran dan pengalaman.
INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak boleh membuat keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tahap pendidikan, minat, kebolehan diri dan pengalaman.
Sederhana: Murid kurang berkebolehan dalam membuat keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tahap pendidikan, minat, kebolehan diri dan pengalaman
Tinggi: Murid boleh membuat keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tahap pendidikan, minat, kebolehan diri dan pengalaman

4
SUBDOMAIN:
Rancangan Kerjaya
Murid boleh menjelaskan rancangan kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan.
INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak boleh merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang tersebut
Sederhana: Murid kurang berkebolehan dalam merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang tersebut
Tinggi: Murid boleh merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang tersebut


5
SUBDOMAIN:
Penyelesaian
Masalah Kerjaya
Murid boleh menghuraikan cara-cara menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya seperti surat-menyurat, resume, persediaan menghadapi temu duga, latihan, risiko dan peluang masa depan kerjaya.

INTERPRETASI SKOR
Rendah : Murid tidak boleh menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya dan menyediakan keperluan seperti surat-menyurat, resume, temu duga, latihan dan lain-lain.
 Sederhana: Murid kurang berkebolehan dalam menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya dan menyediakan keperluan seperti surat-menyurat, resume, temu duga, latihan dan lain-lain.
Tinggi: Murid boleh menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya dan menyediakan keperluan seperti surat-menyurat, resume, temu duga, latihan dan lain-lain.

 Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)
 Interpretasi Skor Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) Skor Peratusan Interpretasi Skor Penerangan
75% - 100%
Tinggi
Murid mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid melibatkan diri secara aktif dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, murid merancang kerjaya dan bersedia berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

50% - 74%
Sederhana
Murid mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan yang sederhana dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid kurang aktif melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada maklumat kerjaya yang sedikit, murid kurang merancang kerjaya dan kurang bersedia berhadapan risiko serta mempunyai konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

0% - 49%
Rendah
Murid kurang mempunyai kebolehan, kemampuan dan keupayaan dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid tidak melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Murid tidak mempunyai maklumat kerjaya, tidak mampu murid merancang kerjaya dan akan berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

You are luckiest one 
If your school friend is still your best friend 
#thank you Ida for the message
 

Telegram Channel