5 December 2016

Trip Malaysian to Giftun Island ,Hurghada Mesir



Hari kelima kami mengambil pakej untuk menuju ke pulau Giftun..Pukul 8.00 pagi kami bertolak dari hotel menuju ke jeti Laut Merah yg luas dan warna birunya yg cantik sekali. Kelihatan pelbagai jenis kapal telah menunggu untuk pelancong naik yg menggambarkan tarikan utama di Hurghada ialah aktiviti marin. Kami mengambil pakej menaiki kapal belayar hingga ke pulau Giftun di seberang. Bagi pakej ini kami perlu membayar 130 LE untuk bermain snorkelling, lunch di atas kapal, ke pulau Giftun di seberang untuk aktiviti darat dan bermain snorkeling  seperti Mat Salih yg sedang berjemur manakala kami pula berjemur dgn 3 lapis baju huhuhuhu.







Subhanallah pemandangan yg sangat cantik. Belum pun kapal tu dah nak start belayar kami dah habis pusing satu kapal berposing celah celah mana yg patut. Kami difahamkan bahawa di dalam kapal kami turut juga disertai pelancong Mesir sendiri dan pelancong German. Agen kapal ni seorang yg sgt peramah tidak berhenti henti bercakap dan mengambil gambar untuk divideokan dan diambil gambar untuk di CD kan. 






Gambar gambar di atas yg cantik ialah gambar kami di dalam kapal belayar hampir sejam. Menikmati tiupan udara yg sejuk dan cuaca yg panas di luar. Kami berhenti di tengah Laut Merah untuk aktiviti snorkelling bagi yg berminat manakala yg tidak mahu snorkelling tu just layan je view. Ombak kuat dan Pulau Giftun ini sepatutnya menyajikan pemandangan ikan dan hidupan laut yg cantik tetapi ombak yg kuat membataskan pergerakan dan halangan utama juga ialah kesejukaaaaan berada di dalam lautan Laut Merah. Habis snorkeliing kami menikmati makan tengah hari di atas kapal. 

Dah kenyang makan apalagi..kami menuju ke daratan di pulau Giftun untuk aktiviti pantai seperti snorkelling atau menikmati pemandangan pantai. Tapi sebelum tu kami  excited melihat burung burung yg datang ke kapal kami. Kami hanya membaling makanan ke arah burung tersebut dan lebih banyak burung yg datang ke mari. Sangat cantik.



 Ok jom ke pulau dgn menaiki bot kecil. Pertama sekali cari surau yg disediakan. Tapi surau di sana untuk satu jantina dan perlu berkongsi. 
Ramainya pelancong di sini terutama yg menikmati kehangatan cahaya matahari manakala ksmi pula sibuk menutup kulit yg terdedah dgn cahaya matahari yg terik dari kepala hingga ke kaki. Yg nampak cuma mata saya yg berkaca mata hitam huhuhu.  Kami ke dataran menaiki bot kecil dalam matahari yg terik.





Pukul 2.30 petang kami berkumpul semula untuk menaiki bot kecil bagi kembali semula ke kapal. Aktiviti seterusnya tidur...hihihi. Angin yg kuat dan cuaca yg redup bersama keletihan melampau krn kepanasan dan alunan ombak yg kuat....bagaimanakah anda boleh tahan untuk tidak tidur ? Saya memang tertidur...zzzzz. 

Terjaga dari tidur untuk pelayaran sejam balik ke daratan dgn panorama matahari yg mula ingin terbenam. Sangat cantikkkk. Subhanallah




Tiba di daratan pada pukul 4.15 petang. Kami diberi pilihan jika inginkan CD yg mempunyai gambar, video dan panorama eksklusif mengenai potret kami sahaja sepanjang pelayaran ini dgn harga 100 LE. Trip yg menyeronokkan hari ini dan pengalaman baru. Bye bye Pulau Giftun. 

#Semoga dilindungi Allah SWT
Kesihatan di tahap terbaik



 

Telegram Channel