Hari ketiga pada hari Sabtu kami bersedia seawal pukul 7.00 pagi untuk ke Iskandariah ( Alaxenderia). Tunggu punya tunggu ada masalah kelewatan krn ada trip dari satu group akan join dgn group kami dalam satu van. Maka bertolaklah kami pada pukul 9.00 pagi menuju ke Universiti Alaxenderia di Alaxendria sejauh 3 jam perjalanan dari Cairo. Jalan jem teruk dgn hujan rintik rintik kami tiba pada pukul 12.00 tengah hari. Dengan harga tiket sebanyak 70LE kami masuk ke perpustakaan Universiti ini yg pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia. Dianggap didirikan pada awal abad ke-3 SMpada masa pemerintahan Ptolemeus II dari Mesir . Dirasmikan pada tahun 2003 dan dikenali sbg Bibliotheca Alaxenderiana. Untuk memasuki tempat ini, Kami perlu menyimpan beg di ruang bagasi dan tidak dibenarkan membawa beg langsung. Bahkan yg membawa beg sebesar pensil case pun akan di imbas oleh mesin. Wah mmg besarnya library ini dan bangunan yg sama juga menempatkan muzium mengenai kehidupan selepas mati dan pelbagai jenis arca dan patung. Di dalam muzium kami tidak dibenarkan mengambil gambar.
Next destination ke Kubu Sultan Qaitbay yg terletak di tepi laut Medittranean, Alaxendria. Kubu ini merupakan kubu yg terkenal dalam sejarah. Dengan panaroma pantai yg indah dan binaan kubu yg unik kami perlu membayar 30 LE untuk memasuki tempat ini.



















