25 February 2017

Projek PRS Bestari: Mengendalikan Bengkel Kepimpinan

Hari ini UBK menganjurkan Kursus Kepimpinan. Kursus ini melibatkan 4 AJK yg utama iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, koperasi dan PRS. Yg menariknya saya wrap projek menjadi program sehari dgn 4 badan utama ini berada di stesen masing masing. Program ini disub kepada PRS Bestari Ting 5 yg menjadi mastermind seawal membuat kertas kerja untuk 3 program kepimpinan iaitu pengawas, pengawas pusat sumber dan koperasi sekolah hasil coaching saya kpd mereka sewaktu bengkel membuat kertas kerja kpd AJK Kokurikulum awal Februari lepas. Manakala ice breaking dipelajari hasil coaching Cikgu Padali kepada mereka sewaktu Kursus PRS  Tahap Sulung tahun lepas. Cara mengendalikan LDK telah dibimbing dalam perjumpaan.
3 modul yg berbeza dibina untuk pengawas, pengawas pusat sumber dan PRS. Terdapat 7 PRS Bestari dalam badan pengawas sekolah terutama AJK Tertingginya dan kami membentuk modul ice breaking, modul pengurusan tugas pengawas, modul spot check yg betul, modul pengurusan perhimpunan sekolah dan modul celik undang undang. Ceramah untuk celik undang undang disampaikan oleh En Mohd Noor selaku ketua guru disiplin sekolah.
Manakala 8 PRS Bestari yg merupakan AJK Pengawas Pusat Sumber membina modul untuk kepimpinan pengawas pusat sumber terdiri dari ice breaking, cara memproses buku, teknik pengucapan awam untuk program Sinar Pagi dan Ulasan Buku, kemahiran penyelesaian masalah . Manakala satu slot untuk guru pengawas pusat sumber memberikan penerangan mengenai integriti pengawas pusat sumber.
Manakala modul PRS dikendalikan 6 PRS Bestari untuk PRS Bongsu, Muda dan Sulung dibentuk dalam group LDK. Dgn ice breaking dan kemahiran komunikasi , konsep kendiri, kemahiran sesi kaunseling maka program ini dilaksanakan.
Akhir sekali ceramah kepimpinan oleh MSU. Well done kpd team PRS Bestari.Ada ganjaran menanti..hihi

Medical checkup..
When consultant say
Reduce your fat and weight...:(

PRS Bestari menjalankan riadah




PRS Bestari mengendalikan LDK




PRS Bestari menjalankan ice breaking

PRS Bestari mengendalikan majlis


Ceramah Kepimpinan oleh Pn Zuraidah pensyarah kanan MSU



 

Telegram Channel