9 February 2017

Rai Hari Jadi Cherasian: Januari



Berdasarkan kertas kerja yg telah disiapkan pada Disember 2016 
untuk program Sambutan Hari Jadi murid SMK Cheras sebagai salah satu aktiviti prgram Guru Penyayang yg mendapat sambutan yg baik dalam kalangan murid dan guru apabila dimulakan pada tahun lepas lagi.

Program ini dijalankan pada hari Rabu semalam 8 Februari 2017 serentak dgn program RIMUP Tahun Baru Cina. Oleh itu nampak tak huhu majority guru berbaju merah. 

Selaku setiausaha program Guru Penyayang, saya juga selaku penyelaras aktiviti sambutan hari jadi murid dan alang alang buat untuk murid, saya usahakan untuk tajaan kpd guru guru sekali. Semua dipermudahkan apabila puan pengetua bersetuju dengan idea saya. Malah pengetua sendiri ingin menaja hadiah hari jadi untuk guru guru selain dari pemberian cupcake. Saya lebih suka memberikan cup cake krn setiap murid akan menerima bonding dgn guru mereka krn diserahkan sendiri di tangan murid. Jika murid tidak hadir, cup cake akan disimpan dalam peti ais selama 5 hari sahaja untuk dituntut oleh murid yg tidak hadir kepada guru kaunseling. 

Tahun ni kami meraikan hari jadi dengan format yg baru iaitu guru kelas dan mentor kelas perlu berada di tapak perhimpunan dan menyerahkan cup cake kepada murid dalam barisan kelas tersebut yg menyambut hari jadi pada bulan Januari dgn diiringi lagu hari jadi. PRS sudah menunggu dgn bakul yg diisi cup cake untuk melancarkan pengagihan cupcake kepada murid.  Oleh sebab itu juga saya tidak sempat mengambil gambar untuk 60 murid penerima cupcake secara serentak..maka gambar gambar yg ada ihsan dari guru guru yg sempat mengambil gambar. Jika tahun lepas, setiap murid akan dipanggil namanya untuk menerima cup cake di atas pentas dan disampaikan oleh guru guru terpilih. Ada kelemahan untuk aktiviti ini tahun lepas apabila murid yg introvert malu untuk naik ke pentas dan menerima cupcake hari jadi..mereka claim cup cake selepas program. Masa yang diambil untuk pengagihan cup cake juga akan mengambil masa. Murid juga menerima cup cake dari guru yg mungkin tidak mengajar mereka pun. 

 Dengan format baru, guru kelas dan mentor akan menyerahkan sendiri cup cake tersebut dan hanya guru kelas dan mentor yg mengenali jika ada murid yg tersenarai dalam barisan kelas tersebut hadir atau tidak hadir. Dengan ini bonding lagi rapat antara murid dan guru tersebut. Terima kasih kpd koperasi sekolah yg sudi menaja cup cake untuk setiap murid. 

Kemudian cup cake seterusnya diagihkan kepada guru yg menyambut hari jadi bulan Januari iaitu
En Mohd Noor
Pn Normilah
Pn Norlaili
Ustazah Tengku Laila
Cik Aida Azlina
Cik Hufaidah
Pn Ang
Pn Haslina Rahim
Pn Zuhaida
Pn Athirah

Tidak lupa kami juga memberikan hadiah hari jadi kepada staf sekolah dgn disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dgn cupcake tajaan koperasi dan hadiah iringan ditaja oleh pengetua sekolah. 

#Thaipusam..time to go 
Thanks Mak abah 
Semoga selamat tiba














Selamat Hari Jadi cikgu cikgu SMK Cheras yg menyambutnya









Selamat hari jadi staf sekolah iaitu Pn Diana dan En Sumairi


 

Telegram Channel