Total Pageviews

26 April 2017

Bengkel Pelaporan dan Sistem Fail GBK Lantikan Dalaman Sekolah Rendah JPWPKL




Tgh meeting di PPW semalam untuk aktiviti pemurnian modul , saya menerima mesej jemputan untuk menyampaikan taklimat kpd guru kaunseling lantikan dalaman di sekolah rendah hari ini. Ini krn banyak sekolah rendah di WPKL tiada guru bimbingan sepenuh masa. Yg ada hanyalah guru yg mempunyai asas kaunseling yg terhad bahkan ada yg tiada langsung kelulusan dlm bidang kaunseling. 

Wah saya respect guru guru ini yg dilantik kerana pihak sekolah percaya terhadap kredibiliti anda menjaga unit bimbingan kaunseling dan bilik kaunseling bermaklumat yg diamanahkan kpd mereka. Mereka merupakan guru yg mengajar subjek dan perlu membahagikan masa dgn baik antara tuntutan guru subjek dan guru kebajikan kaunseling. Sudah tentu skop tugas antara guru sepenuh masa dan guru lantikan sekolah adalah berbeza. Yg penting perlukan budi bicara dari guru besar dalam memberikan tugas tambahan yg lain krn jawatan guru bimbingan sahaja sudah memerlukan tuntutan sesi bimbingan murid dan tugas sampingan yg lain untuk run program  :)

Saya ada share di entri blog saya ini mengenai pengurusan fail kaunseling, pengurusan laporan sesi kaunseling berdasarkan SOAP Note dan cara menjalankan amalan terbaik kaunseling. Saya menggunakan entri entri pada blog saya ini untuk membimbing guru guru lantikan dalaman ini . 



Alhamdulillah sejuta kali
Next step..proposal :)


No comments: