25 April 2017

Bengkel Modul Kehadiran Murid Untuk Guru Disiplin Dan Guru Kaunseling PPW




Hari ni saya ke PPW bangsar Pudu untuk projek bengkel memurnikan modul untuk menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Nampaknya clash dgn projek KIK saya di Putrajaya. Memandangkan saya perlu membentangkan mengenai model menangani masalah ketidakhadiran murid yg saya laksanakan di sekolah iaitu projek Zoom In dan projek SPOT spt yg telah sy bentangkan pd PK HEM  EPRD dan PADU pada perjumpaan lepas..maka saya lebih diperlukan di sini untuk memberikan gambaran kpd guru guru disiplin pula mengenai model ini yg telah mendapat Amalan Terbaik Kaunseling JPWPKL pada tahun 2015. Manakala projek SPOT telah dibuat rintis dan mendapat impak tinggi untuk kategori ponteng tegar  dan pernah keciciran. 

Maka pada hari ini saya membentangkan sekali lagi power point dan garis panduan SPOT Sistem Pemantauan Orang Tertentu yg ada saya share di blog ini sebelum ini.
Saya terpilih sbg JU iaitu jurulatih utama bagi melatih sekolah sekolah menggunakan model ini. 3 sekolah lagi yg dipilih oleh PPW islah SMK Sri Saujana, SMK Desa Perdana dan SMK Dato Onn. 
Semoga model ini dapat membantu sekolah sekolah lain.

Gutu kaunseling dan guru disiplin yg terlibat hari ni ialah dari sekolah yg masih berada di bawah KPI JPWPKL dalam isu kehadiran murid..dan PPW inginkan post mortem mengenai apakah yg dilakukan di sekolah. Tanpa model tertentu..isu meningkatkan kehadiran murid tidak dapat ditangani dgn baik.


Do not let pain make you hate
Be soft








 

Telegram Channel