Total Pageviews

20 August 2017

Perbincangan Kumpulan Inovatif Kreatif : Power Point

Lelah! Satu ayat untuk mendalami maksud lelah minda dan saya mengaku badan stress apabila mengadap komputer 8 jam lamanya. Walaupun hari Ahad, kami stay di bilik mesyuarat memandangkan ada lagi 3 hari kami perlu lalui untuk persiapan akhir penghantaran dokumentasi power point untuk dilihat oleh fasilitator kami Pn Maznah. 4 sept merupakan tarikh akhir penghantaran kpd urusetia pertandingan KIK. Tetapi memandangkan cuti sek yg seminggu itu kami masing masing mempunyai komitmen lain, maka kami nekad untuk menyelesaikan tugasan menyiapkan dokumentasi KIK pada minggu hadapan ini juga. Hari ini kami meneliti borang pemarkahan dan garis panduan KIK untuk memandu kami menyiapkan tugasan tersebut. Dari pkl 8 di sekolah , kami membawa pot luck masing masing krn bimbang jika mkn di luar, lagilah drag masa. Huhu sedar tak sedar dah pkl 5.30 petang..dan masing masing mengeluh stress badan duduk lama mengadap komputer. Akhirnya 80 persen siap juga.

#When hectic mind
   I enjoy food very much huhu
   I really don"t care  :(
    














No comments: