Total Pageviews

29 January 2020

Kertas Kerja RIMUP Tahun Baru Cina: Aktiviti Kelab Dan Persatuan


Program Tahun Baru Cina berjalan lancar hari ini walau pada mulanya saya agak resah pandang awan. Pagi subuh dah hujan dan macam ingin disambung lagi cuaca hujan ini. Nak muatkan satu sek dalam dewan mustahil pula. Walau pelan B begitu..

Akhirnya kami decide sambung je perayaan di tapak perhimpunan ini. Oleh kerana ini adalah aktiviti kelab dan persatuan, maka saya selaku penyelaras mengagihkan tugas kpd semua persatuan dan kelab untuk menjayakannya. Maka terhasilnya program yg meriah ini kerana kerjasama gabungan semua persatuan kokurikulum di sekolah. Tahniah semua.










KERTAS KERJA
RIMUP TAHUN BARU CINA
PERINGKAT SEKOLAH 2019

1.0      PENGENALAN
          Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Amalan guru penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, makan bersama, meraikan hari lahir,  lawatan/ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan pelbagai program sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0       MATLAMAT
            Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan menyerikan perayaan         sambutan kaum lain dengan suasana muhibbah.

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           29 Januari 2020/ SMK Cheras/
                                                                       :           7.30 pagi hingga 9.00 pagi
          

           4.0       SASARAN                              :           Semua murid SMK Cheras





5.0       OBJEKTIF

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

6.0      KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Warga sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama menghormati antara satu sama lain.
Outcome
Murid menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah disiplin yang melibatkan isu perkauman.

                                               
           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
BUTIRAN
JUMLAH
1
Tarian Singa
Koperasi

RM 400
2
Jamuan makan peserta persembahan
UBK
RM 5 x 20 orang
RM 100
3
Penyediaan yee sang
UBK

RM   50
4
Hiasan pentas
UBK

RM   50

RM 600.00










        

8.0      JAWATANKUASA PROGRAM

          AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)
          Timbalan Pengerusi :         Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih(PK HEM)
          Naib Pengerusi        :         Puan Saleha Binti  Ali (PK Kokurikulum)
                                                   Pn Maheran Bt Abdul Mutalib (PK Petang)
                                                   Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir & Kurikulum)
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1
AJK Pengacara Majlis

Cik Afiqah Binti Mohd Sidek (K)
Pn Soraya Bt Abdul Rafar

1.     1. Melantik pengacara majlis dan melatih
2.         pengacara majlis mengikut skrip
2
AJK Buku Program

En Ahmad Azran B Abdul Rahman
Pn Norazah Bt Aris
(Kelab Komputer & ICT)

3.     1. Menyediakan buku atur cara program.
4.      
       2. Mengedarkan buku atur cara kepada VIP
            dan tetamu
3
AJK Tarian Singa
Cik Lie Kiet Wei (K)
Pn Wong Mun Yee
Pn Ang Choon Ai

Cik Tuong Loy Mui
(Kelab Bahasa Cina)

1>    1. Menghubungi pasukan tarian singa untuk 
2>        bertindak sebagai peserta persembahan
3>     
4>    2. Membantu memenuhi keperluan pasukan
5>        tarian singa di sekolah
  4
AJK Hiasan Tahun Baru Cina
Pn Narinder Kaur a/p Peara Singh (K)
Pn Kanagambigai  a/p Ramoo

(Kelab Interact)

1.   Menceriakan kawasan pentas Dataran Perhimpunan dengan hiasan Tahun Baru Cina
5
AJK Penyediaan Yee Sang

Cik Noraini Bt Jamaluddin (K)
Pn Sharihan Bt Shaari
Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna
Pn Faiza Bt Mamat
(Kelab Pengguna)
1.     Menyediakan yee sang untuk gimik pelancaran di atas pentas

2.     Mempersilakan pentadbir, PIBG  dan guru guru Cina ke atas pentas

6
AJK Jamuan

Pn Khairul Akhmar Bt Omar (K)
Pn Nurul Shafini Bt Abdul Hadi
Pn Nurul Saadah Binti Ismail
(Kelab Katering)


1. Menyediakan jamuan makan kepada pemain tarian singa seramai 18 orang, dan 10 orang pentadbir dan AJK PIBG

7
AJK Penerangan Sejarah  Sambutan Tahun Baru Cina

Puan Mas Atikah Bt Zakaria (K)
Puan Murni Bt Mat Jali
En Chan Yoong Keong
 (Persatuan Rukun Negara)

·       
1. 
          1. Memberikan taklimat mengenai sejarah
              Sambutan Tahun Baru Cina , pantang   
              larang orang Cina dan budaya yang   
              diamalkan sewaktu perayaan.

8
AJK Persembahan

Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman (K)
Puan Norhana Bt Taufik
Puan Norshahizan Bt Baharum
(Kelab Budaya Dan Muzik)


1.Mengadakan persembahan oleh ahli Kelab Muzik

2. Memilih peserta dan menyusun persembahan


9
AJK Kuiz Spontan

Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Nurazlina Bt Che Omar

(Kelab Kerjaya)
1.    Setiap slot menyediakan 5 kuiz spontan untuk dijawab oleh murid

2.     Sebaik sahaja kuiz selesai, angpow Tahun Baru Cina terus diserahkan kepada pemenang.
10
AJK Peralatan & Siaraya

En Balasegar a/l M. Muniandy (K)
Pn Farah Aisyah Bt Shamsudin
Pn Kavitha a/p Cheliliah

(Kelab Bahasa Inggeris)


1.     Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
2.     Memutarkan lagu yang sesuai


11

AJK Jurufoto
En Rahimi Bin Abd Karim (K)
Puan Norliza Rafie
 (Kelab Fotografi/Redaksi)


1.     Mengambil gambar sepanjang program dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

12
AJK Post Mortem & Dokumentasi

Puan Farah Hanum Bt Ramly (K)
Puan Amirah Bt Muhamed Kamil
Puan Solehah Bt Ahmad
Pn Aisyatul Nazliah Bt Abdul Rani
Cik Hamizah Bt Md Aris

(Kelab STEM)

1.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

2.     Menilai post mortem yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan

3.     Menaip post mortem dalam laporan dokumentasi


4.     Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan HEM untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

13
AJK Penilaian Program

Pn Nor Haizad Bt Mohd Taharim (K)
Pn Nor Haiza Jaine
Cik Aida Azlina Bt Ramli

(Kelab Doktor Muda)
1.       Mengedarkan borang penilaian kepada murid

2.    Membuat analisa penilaian berdasarkan borang penilaian

3.     Menaip analisa dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi

13
AJK Keceriaan  Pentas

Pn Noor Nadiah Bt Tajuddin (K)
Pn Thahabian Bt Ab Rahman
Pn Normilah Bt Mohd Noh
Pn Tengku Laila Sari Bt Tg Jusoh
Pn Nurul Hamiza Bt Nodzari
Pn Haslina Bt Hashim

( Kelab KKQ Dan Agama Islam)

1.     Memastikan penyediaan meja juruacara dan meja penyediaan yee sang dengan skirting

2.    Memastikan pentas dihias dengan bunga-bungaan

3. Menyimpan semula peralatan yang digunakan

14
AJK Persiapan Tempat

Cik Jamaliah Azmirakarimah Bt Mohd Ali (K)
Pn Tipah Bt Ngah
En Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ya
En Azrin Bin U Mat
En Masrizal Bin Abu Bakar

(Kelab Pencinta Alam)

1.  Mengatur label untuk kedudukan kelab dan persatuan di dataran perhimpunan dengan melekatkan label di kerusi sebagai penanda untuk murid beratur mengikut kelab yang dilabelkan

2.  Mengatur kerusi di atas pentas, meja pengacara majlis, meja untuk penyediaan yee sang


        
9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling

            2) Persatuan Kokurikulum


9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


            Rabu

            Sebelum Majlis


7.00 pagi
Penyediaan Persiapan Pentas
Kelab Agama Islam & KKQ


Penyediaan label persatuan untuk murid berkumpul
Kelab Pencinta Alam
7.20 pagi
Pengedaran Buku Program
Kelab Komputer Dan ICT
7.20 pagi

Mengambil kehadiran ahli kelab dan pengurusan kelab
Semua kelab

7.40 pagi

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Kelab Bahasa Melayu



Ucapan Pengetua

Penerangan Sejarah Tahun Baru Cina
Kelab Rukunegara

Penyediaan Yee Sang
Kelab Pengguna

Pentadbir bersama guru-guru berbangsa Cina di atas pentas menggaul yee sang

Kelab Pengguna
8.00 pagi
Persembahan Kelab Budaya
Kelab Budaya Dan Muzik


Kuiz Spontan
Kelab Kerjaya
8.15 pagi
Persembahan Tarian Singa
Kelab Bahasa Cina
8.55 pagi

Pengurusan murid beratur mengikut kelas masing -masing
Guru Bertugas
9.00 pagi
Bersurai ke kelas masing - masing
Guru Bertugas
9.00 pagi
Jamuan makan peserta persembahan tarian naga bersama pentadbir dan AJK PIBG
Kelab Katering
10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Dataran perhimpunan tidak dapat digunakan
Hujan lebat
Penggunaan di dewan
Guru bertugas


11.0     PENUTUP

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.
         
Disediakan oleh,                                                                 


(NURHAIZA BINTI CHE MAT)                                                      
Guru Kaunseling
Tarikh:


Ulasan:

________________________________________________________________ ________________________________________________________________


Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,



(JAMIL BIN JAMALUDIN)
Pengetua
Tarikh:




















Alhamdulillah

         
         
         





No comments: