Total Pageviews

30 September 2017

Majlis Graduasi SMK Cheras 2017





Sabtu..dan kami perlu ke Darul Puteri untuk Majlis Graduasi 2017 yg diadakan hari ini. Dengan tema hijau bagi guru guru maka kelihatan pelbagai jenis tona hijau dalam majlis graduasi ini. Saya hanya memegang jawatan sbg Ketua AJK Dokumentasi manakala AJK Fotografi ada orang yg lain. So selepas mengambil beberapa keping gambar sewaktu sblm penyampaian sijil graduasi, maka bolehla saya duduk. Hmm perlahan lahan meminta Kak Raudzah membuka laptop dan kami menyiapkan dokumentasi Amalan Disiplin Terbaik untuk dicetak oleh pencetak dan skrip KIK. Huhu..walaupun guru semeja bergurau dgn kami yg busy memanjang hingga meja makan pun bawa laptop kami pasrah :)
Lega bila sblm pkl 11 pagi selesai proses edit dari pencetak dan selesai skrip KIK dan sebaik sahaja kami menutup laptop, makanan dihidangkan. Waaa laparnya mmg saya makan double saiz hidangan.
Ini pertama kali percubaan kami mengadakan Majlis Graduasi di luar dgn murid berjubah dan diraikan seperti graduasi. Nampaknya memang selesa program dgn dewan yg beraircond.
Tamat sahaja jamuan, apalagi masing masing berswafoto , berposing dgn rakan sekerja atau anak murid. Semoga menjadi kenangan terindah buat anak anak ini. Dan saya pula tentunya meliar mata mencari murid murid PRS saya untuk berfoto bersama :)


#quality sleep i need
   For my sign of  fever and vomit













































































No comments: