1 October 2017

Hari Datuk Dan Nenek

8

Kerajaan mengisytiharkan Hari Datuk dan Nenek setiap Ahad pertama di bulan Oktober.  Jika di sekolah, guru kaunseling menguruskan program Dasar Warga Emas Negara iaitu DWEN dengan pelbagai aktiviti agar generasi muda menghargai warga emas. Hari ini merupakan Hari Datuk Dan Nenek yang diraikan setiap Ahad minggu pertama Oktober untuk warga yang muda menghargai sumbangan dan pengorbanan warga emas untuk kesejahteraan generasi muda. Antara aktiviti UBK ialah lawatan ke rumah Orang Tua dan menjalankan khidmat bakti.
Jemputan Majlis Hari Raya untuk guru yg bersara dan Majlis Perpisahan Guru Yang Bersara 60 tahun.
Hari Datuk dan Nenek diperkenalkan pada tahun 2015 dan diraikan setiap tahun dengan aktiviti melibatkan warga emas. Tengah update blog ni tetiba ibu di kampung telefon saya,  lantas anak saya menyambut telefon tersebut dan menyebut Selamat Hari Nenek Tok Ni :)
Haha dan ibu saya menjawab Hari ni Hari Asyura 10 Muharram bukan tahun baru nak wish nenek selamat selamat ni. :)
Lalu saya menjelaskan kepada ibu saya yang hari ini ialah Hari Datuk Dan Nenek.
Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan terbaik buat kedua orang tua saya untuk saya masih mendengar suara mereka .

#Tq Liza for KFC lunch treat
   Tq Su for bubur asyura

 

Telegram Channel