20 September 2017

PRS Sulung: Teknik Membuat Ice Breaking Kelompok Kecil

Hari ini perjumpaan dgn  kumpulan kelompok yg lain untuk PRS Sulung. Saya merancang menjalankan aktivuti  bimbingan sesi ice breaking dalam kelompok.
Bagaimana menjalankan sesi ice breaking dalam kelompok kecil sebagai fasilitator untuk bimbingan kelompok kecil? 

1) Saya membimbing penstrukturan kelompok dan memberi bimbingan bagaimana menjalankan ice breaking. 2)Kemudian saya memberi tugasan agar setiap ahli merancang sesi ice breaking kelompok kecil selama 10 minit
3) Saya meminta seorg ahli menjadi fasilitator dan ahli lain berlakon selaku ahli kelompok
4) Saya memberikan ulasan kpd kelemahan dan kekuatan serta cadangan penambahbaikan jika dia menggunakan teknik tersebut.

Hasilnya: 
1)PRS 1 memberikan idea' tang ta li lat '. Nampaknya teknik ini tak sesuai sebab lama jugak nak cari org yg tang ta li lat yg ganjil untuk memulakan perkenalan. 








2) PRS ke2 mencadangkan Teknik kedua semua ahli kelompok menutup mata dan PRS fasi litator meletakkan brg secara rawak lpd mana mana ahli kelompok. Apabila mereka membuka mata, merasa barang di belakang mereka , org itulah yg akan memulakan sesi ice breaking. Dan org itu pula yg akan meletakkan brg di belakang ahli kelompok yg lain bagi menyambung ice breaking tersebut.
 



3) PRS ketiga mencadangkan permainan kerusi muzik. Semua ahli mengelilingi kerusi tersebut. Jika kelompok 5 org maka kerusi 4 sahaja. Bila muzik dimainkan mereka perlu bergerak mengelilingi kerusi tersebut, dan bila muzik berhenti org yg tidak mendapat kerusi akan memperkenalkan nama. Permainan ini diteruskan dgn membuang kerusi lagi. Dan yg sudah memperkenalkan diri tidak berada dalam permainan kerusi muzik lagi. Teknik diulang hingga ahli yg lain pula yg tidak dapat dyduk di kerusi  sewaktu permainan kerusi muzik akan memperkenalkan diri.








4) Teknik ini meminta agar setiap ahli kelompok menyanyi nenek nenek si bongkok tiga sambil mengelilingi seorang ahli kelompok yg terpilih sbg nenek. Selesai menyanyi mereka perlu touch badan si ahli kelompok dan ahli kelompok yg nenek itu perlu meneka siapa yg touch. Jika tidak dapat meneka, maka ahli yg menjadi nenek itu perlu memperkenalkan diri. Kemudian nenek itu akan memilih ahli kelompk lain untuk menjadi nenek dan permainan diteruskan. Namun teknik ini tidak sesuai untuk murid berlainan jantina.



5)PRS ke5 mencadangkan permainan bisik bisik khabar angin. Apabila fasi memberikan satu ayat dan ayat itu perlu dipass kepada ahli kelompok 1 hingga akhir. Ahli yg tersalah dengar akan memulakan perkenalan dulu. Kemudian dia pula yg akan memikirkan ayat untuk dibisik dan dipass hingga akhir. Jika ada yg menyebut tidak betul krn salah dgr akan memperkenalkan diri pula. Nampaknya  Teknik ini tidak sesuai untuk kelompok sesi ice breaking. 


Kesimpulannya: apabila PRS diransang untuk mencari idea yg kreatif dan kritis untuk permainan ice breaking kelompok lecil, mereka dapat memilih dan memikirkan rasional untuk permainan yg dipilih dan dgn bimbingan guru, mereka dapat mengenal pasti kekuatan teknik itu untuk digunakan dan kelemahan teknik jika tidak sesuai digunakan. 

 from Selangor to Johor Bahru?
#whywhywhy#dilemma


 

Telegram Channel