Total Pageviews

8 October 2017

Skpmg2 untuk Guru Kaunseling: Dokumen Eviden

Semua guru diminta membuat penilaian terhadap skpmg2 dan sebagai guru bimbingan dan kaunseling saya terlibat dengan 3 jenis penilaian skpmg2 iaitu 3.3.1.1. perlaksanaan Hal Ehwal Murid dijalankan secara sistematik. Eviden ialah spsk PK08 yang melibatkan PK08 -1 hingga PK08 - 08 dan minit mesyuarat UBK.

Skor untuk penilaian HEM. Anda boleh meletakkan skor TT  iaitu tahap tindakan jika anda berjaya membuat ketetapan 1 untuk ketetapan, TT 2 untuk mendokumentasi ketetapan , TT 3 untuk menyebarluaskan ketetapan, TT  4 menyemak semula ketetapan

TK Tahap kualiti pula markah penuh ialah 4 .
Rubriknya ialah
TK 4: menyeluruh memenuhi semua aspek termasuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, melaksanakan mengikut keperluan murid, memenuhi arahan, dengan spesifik/atau jelas
TK 3 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 3 di atas
TK 2 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 2 di atas
TK 1 : tindakan dengan mengambil kira mana-mana  1 di atas


Penilaian 3.3.6.1 pula perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan sistematik. evidennya ialah L4 dan L8 data sesi kaunseling, dokumentasi bergambar, pelaporan aktiviti kaunseling, minit mesyuarat
 TK tahap kualiti TT (tahap tindakan) 1 merancang sesi bimbingan dan kaunseling, tahap tindakan 2 melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling, tahap tindakan 3 merancang program bimbingan dan kaunseling dan tahap tindakan 4 melaksanakan program bimbingan dan kaunseling. Jika anda melaksanakan kesemuanya maka TT anda mendapat markah penuh.

TK Tahap kualiti pula markah penuh ialah 4 .
Rubriknya ialah
TK 4: tindakan dilaksanakan dengan memenuhi kriteria HEM/ prosedur arahan yang berkuatkuasa, melaksanakan mengikut keperluan murid, secara berterusan atau berkala, dengan mekanisme yang sesuai
TK 3 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 3 di atas
TK 2 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 2 di atas
TK 1 : tindakan dengan mengambil kira mana-mana  1 di atas


Penilaian 3.3.6.2 pula perkhidmatan psikometrik yang terancang. Eviden fail psikometrik
 TK tahap kualiti TT (tahap tindakan) 1 merancang pentaksiran, tahap tindakan 2 melaksanakan pentaksiran, tahap tindakan 3 menganalisis data  dan tahap tindakan 4 melaksanakan intervensi atau konsultasi susulan. Jika anda melaksanakan kesemuanya maka TT anda mendapat markah penuh.

TK Tahap kualiti pula markah penuh ialah 4 .
Rubriknya ialah
TK 4: tindakan dilaksanakan dengan memenuhi prosedur arahan yang berkuatkuasa, melaksanakan mengikut keperluan atau kesesuaian, kepada semua murid yang berkenaan dan dijalankan secara berterusan atau berkala.
TK 3 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 3 di atas
TK 2 : tindakan dengan mengambil kira mana - mana 2 di atas
TK 1 : tindakan dengan mengambil kira mana-mana  1 di atas


To Dengkil
Cream O dapat adik-adik 
Just fulfill my kids, wish for :)

Sila rujuk cara menulis eviden pada entri blog saya yang baru. Entri ini ditulis sebelum mendapat bimbingan dari pihak nazir pada awal tahun 2018.
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2018/01/eviden-skpmg2-untuk-pengurusan.html

Skor untuk penilaian HEM. 



Penilaian skpmg2 untuk Pengurusan kaunseling dan eviden




Eviden skpmg2 psikometrik






Skpmg2 untuk psikometrik





No comments: