19 September 2020

Intervensi Psikometrik Ting 3 : IMK dan IKP


Minggu Kerjaya kami mengadakan intervensi psikometrik kepada semua murid berdasarkan keputusan psikometrik mereka. 
Memandangkan kertas IMK dan IKP 2 telah dijalankan, maka murid murid didedahkan dgn penerangan mengenai minat kerjaya dan kecergasan pelbagai masing masing untuk murid mengetahui minat kerjaya masing masing. 

Bagi yg memohon sekolah khusus, anda boleh isi skor IMK sahaja dan kosongkan
Berdasarkan respon yg diperolehi dari Pegawai Urusetia PKSK, BPSBP, KPM memaklumkan bahawa berkaitan pengisian maklumat IKP kpd calon yg memohon boleh  DIKOSONGKAN 

Hanya maklumat IMK sahaja yg disi oleh calon

Kemudian perakuan boleh dihantar.

Info tambahan :

GBK akan memasukkan semua maklumat IKP ke dalam sistem SePKM,  urusetia PKSK akan mengambil markah IKP MURID dari sistem SePKM tersebut. 

ini bermaksud, GBK perlu juga menyiapkan pengisian data IKP Murid sesegera mungkin ke dalam sistem SePKM.

Jom kita tgk maksud setiap item Minat Kerjaya

Pentadbiran IMK dijalankan kepada  semua pelajar Tingkatan  3. Bagi pentadbiran PT3 ini,   IMK telah diubahsuai kepada 180 item dengan menggunakan grafik dan penerangan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Komponen baharu yang ditambahkan ialah kecekapan pada bahagian C. IMK Tingkatan 3 mempunyai tiga bahagian iaitu 
Bahagian A : Kesukaan
Bahagian B : Pekerjaan
Bahagian C : Kecekapan

Instrumen ini mengandungi 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Setiap konstruk mempunyai 30 item dan jumlah item ialah 180.         Masa yang disarankan 30 hingga 40 minit.  Skor tiga kod mata Holland ke dalam borang profil psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya.

Pentaksiran Skor IMK
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif 

Sosial : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.      


Jom tengok maksud item item pada IKP pula. Psikometrik IMK dan psikometrik IKP akan ditafsirkan secara bersama untuk memudahkan murid memahami kecenderungan minat dan bakatnya.


IKP ini merupakan kertas tertutup untuk menguji kecerdasan pelajar dalam pelbagai bidang. Kertas terdiri dari kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 mengandungi A dan B. Kertas 1 disarankan selama 1 jam 50 minit merupakan soalan berformat objektif aneka jawapan. Bahagian A menguji verbal bahasa Melayu selama 30 minit dan verbal Bahasa Inggeris selama 30 minit. Manakala Bahagian B pula menguji Matematik selama 30 minit dan visual ruang selama 20 minit. . Tapi tahun ini tak turun turun lagi kertas soalan ini. 

Kertas 2 merupakan penilaian persepsi selama 45 minit dan murid mengira skor masing- masing dengan bimbingan guru.  Soalan berformat dwipilihan respon iaitu Ya dan Tidak.

Inventori Kecerdasan Pelbagai yang mempunyai pentaksiran berkaitan
Apakah itu verbal linguistik?
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual. 

Konstruk visual ruang : Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif. 


Konstruk muzik : kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.

Konstruk naturalis : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. 


Kinestetik :
Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.

Interpersonal
Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.


Intrapersonal
kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan boleh menilai diri sendiri. Orang ini dapat mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap kebaikan dan kelemahan diri masing-masing.  kebolehan ini memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat pada diri mereka. Mereka pandai menetukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta berdikari. Orang ini menyukai belajar secara sendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.  Individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Mereka memiliki kepekaan terhadap perasaan dan situasi yang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat yang diperlukan.


Eksistensial
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang

Movieton with mak
We laugh, we scream
We enjoy this moment
Just two of us.
 

Telegram Channel