Saya share kertas kerja saya ni apabila saya mendapati kertas kerja henti buli yang saya post pada tahun 2022 menerima trafik view yang tinggi sebaik sahaja penataran guru disiplin dan guru kaunseling perlu menjalankan pelancaran dan intervensi ini di sekolah. Walaupun kita sering mengingatkan murid namun intervensi masih lagi digiatkan hingga ke penghujung sesi persekolahan. Oleh kerana kertas kerja lama tentang buli saya post untuk pelancaran dan teks pengacara majlis , maka saya terpanggil untuk share sekali lagi untuk rujukan guru guru kerana kertas kerja ini saya tambah dengan intervensi gangguan seksual pula. Harap dapat membantu.
Saya share gambar gambar aktiviti yang telah kami jalankan
1.0          PENGENALAN
 
Pengurusan Hal Ehwal Murid
adalah aspek utama membantu pengurusan murid di sekolah. Ia bermakna pencapaian
prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan
sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan dan
kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai sekolah sejahtera dengan murid merasa
selamat dan sihat dari aspek seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memerlukan  perancangan. Salah satu daripadanya ialah elemen selamat dari
dibuli sama ada secara fizikal, lisan atau gangguan seksual dan sejahtera emosi
dari membuli orang lain. Kesedaran terhadap karamah insaniah yang baik dapat
memupuk murid untuk peka dengan adab dan nilai murni masing masing untuk
kesejahteraan hidup.
         
2.0          MATLAMAT
Mempromosikan aktiviti
henti buli dan gangguan seksual agar murid –murid merasa selamat dan sejahtera.
 
3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 12 Januari – 31 Januari 2024
 
4.0        SASARAN
Semua murid 
         
5.0      OBJEKTIF
1)            
Mempromosikan aktiviti –
aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap
kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dalam aktiviti membenteras
gangguan seksual dan menghentikan aktiviti buli. 
2)            
Menjalankan intervensi peningkatan
kesedaran hentikan buli dan gangguan seksual dan kempen berterusan untuk warga
sekolah prihatin dengan isu tersebut
             
 
6.0      KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
| Output | Semua warga sekolah
  mendapatkan maklumat melalui aktiviti kesedaran henti buli dan gangguan
  seksual | 
| Outcome | Murid -murid berani
  tampil membuat aduan jika dapat mengenal pasti kes buli mahu pun gangguan
  seksual yang berlaku di sekolah atau di asrama | 
 
 
7.0      PERUNTUKAN
KEWANGAN
            Tiada penggunaan kewangan 
 
8.0      AHLI
JAWATANKUASA
          Pengerusi                :
Puan Norlela Binti A Wahid 
                                          Pengetua
          Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
          Naib Pengerusi        :Puan
Hamimah Bt Shamsuddin
                                            Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
                                         : Encik Zam Zam Bin Abdul
Aziz
                                           Penolong Kanan Kokurikulum
          Setiausaha              :
Puan Nurhaiza Binti Che Mat
          SENARAI TUGAS AJK KERJA
| AJK Intervensi Ceramah 
 
 
 | M. Ravinthiran a/l P Muthoo 
 Husmazurain Binti Che Hussein | Menyampaikan ceramah
  buli dan gangguan seksual kepada murid murid tingkatan 4 
 
 
 | 
| 
 AJK Intervensi Ceramah 
 
 
 | Norfaizah
  Binti Mohamad 
 Nurhaiza Binti Che Mat 
 | Menyampaikan ceramah
  buli dan gangguan seksual kepada murid murid tingkatan 1 dan 3 
 
 
 | 
| AJK Poster | Loh
  Chin Ying  | Menyediakan dan menguruskan poster digital buli dan
  gangguan seksual untuk ditayangkan di tapak perhimpunan | 
| AJK Dokumentasi | Nurhaiza
  Binti Che Mat | Menyediakan dokumentasi   | 
 
 
9.0      STRATEGI
PERLAKSANAAN
          9.1      URUSETIA
                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling
                     Unit Disiplin
                                                             
          9.2      JADUAL
PERLAKSANAAN
| Tarikh | Intervensi | Sasaran | 
| 12 Januari 2024 | Ceramah Kesedaran Henti Buli  |  Semua murid Ting 4 | 
| 15 Januari 2024 | Ceramah Kesedaran
  Hindari Gangguan Seksual | Semua murid Ting 4 | 
| 16 Januari 2024 | Perhimpunan Rasmi:  Taklimat PK HEM mengenai
  Isu Buli | Semua warga sekolah | 
| 
 16 Januari 2024 | Ceramah Kesedaran Henti Buli  | Semua murid Ting 1 | 
| 19 Januari 2024 | Permainan Interakif Hindari Gangguan
  Seksual | Semua murid Ting 1 | 
| 19 – 23 Januari 2024 | Tayangan Poster Digital  Kempen Henti Buli Di Tapak Perhimpunan Oleh
  Ahli PRS | Semua warga sekolah | 
| 23 Januari 2024 | Ceramah Hindari Buli Dan Gangguan
  Seksual | Semua murid Ting 3 | 
| 24 Januari 2024 | Isu Buli Dan Gangguan Seksual Dalam
  Kalangan Murid Asrama | 60 murid yang tinggal di
  asrama | 
| 23 – 26 Januari | Tayangan Poster Digital  Kempen Hindari Gangguan Seksual Di Tapak
  Perhimpunan Oleh Ahli PRS | Semua warga sekolah | 
| 26 Januari 2024 | Permainan Interaktif Isu Buli Dan
  Gangguan Seksual  | Semua murid Ting 4 | 
| 29 Januari 2024 | Kuiz Online Hindari Buli Dan
  Gangguan Seksual | Semua murid ting 2 | 
 
10.0   
PENGURUSAN RISIKO
 
           
| Risiko   | Punca | Penyelesaian | Tanggungjawab | 
| Masalah teknikal sewaktu ceramah | Masalah teknikal 
 | Menyediakan LCD satu lagi  | Setiausaha Program | 
 
 
11.0    KAEDAH
PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN
PERLAKSANAAN PROGRAM
          Borang
Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM
           
PEMANTAUAN
PENCAPAIAN OUTCOME
Borang
Penilaian Program
 
 
12.0    
PENUTUP
 
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk
mencapai objektif menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai henti
buli dan hindari gangguan seksual kepada warga sekolah khususnya murid
sekolah untuk mencapai KPI tiada kes buli dan gangguan seksual berlaku sama ada
di sekolah mahu pun di asrama.
 
 
 
| Disediakan oleh: | Disemak oleh: | 
| 
 
 
 
 | |
| (NURHAIZA
  BINTI CHE MAT) Guru
  Bimbingan & Kaunseling SMK
  Seri Bintang Selatan Tarikh
  : | (SABIDARA
  BINTI MAHMUD) Penolong
  Kanan Hal Ehwal Murid SMK
  Seri Bintang Selatan Tarikh: |