KERTAS KERJA
INTERVENSI MINDA SIHAT
MELALUI BENGKEL MINDA SIHAT 2018
1.0 PENGENALAN
Program Minda Sihat
merupakan aktiviti di bawah bidang
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk psikososial dan kesejahteraan
mental. Saringan DASS merupakan aktiviti wajib setiap tahun bagi semua murid
tingkatan 4. Namun pada tahun ini, saringan DASS dijalankan kepada murid –murid
secara rawak antara tingkatan 1 hingga tingkatan 5 untuk menentukan tahap
stres,kebimbangan dan kemurungan murid. Hasil dari saringan DASS , maka
pelbagai intervensi akan dijalankan kepada murid yang mendapat ujian DASS yang
tidak normal. Intervensi berupa intervensi umum dan khusus. Intervensi umum
dijalankan dari awal tahun, promosi kesihatan mental melalui laluan Minda Sihat
dan urutan Minda Sihat. Setelah intervensi umum dijalankan oleh guru kaunseling,
maka intervensi khusus dijalankan bersama kerjasama staf Klinik Kesihatan
Cheras. Selang beberapa bulan, saringan kedua akan dijalankan. Hasil dari
saringan kedua, diharapkan agar murid memperolehi skor normal bagi Ujian DASS
kedua. Bagi mencapai objektif mengurangkan masalah stres, kerisauan dan
kemurungan yang tidak normal, maka antara intervensi yang dijalankan ialah
Bengkel Minda Sihat. Bengkel Minda Sihat dirangka aktiviti dan intervensi hasil
kerjasama antara guru kaunseling SMK Cheras dan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Cheras.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kesedaran murid
mengenai penjagaan kesihatan mental
3.0 TARIKH/MASA DAN
TEMPAT
Tarikh
: 3 APRIL 2018
Masa
: 9.00pagi – 1.10 tengahari
Tempat :
Dewan SMK Cheras
4.0 SASARAN
80 murid dari tingkatan 3 hingga 5
5.0 OBJEKTIF
1) Mengenal pasti tahap
stress, keresahan dan kemurungan melalui saringan kesihatan mental.
2) Memperkasa murid menangani
stress cabaran kehidupan sehari-hari melalui kemahiran
daya tindak ( coping skills)
3) Mengurangkan tahap stress
dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi
stress.
6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)
Output
|
100% peserta mengetahui cara menguruskan kesihatan
mental dan emosi dengan berkesan
|
Outcome
|
Pengurusan kesihatan mental yang lebih baik
dengan Ujian DASS yang normal dan Ujian Daya Gaya Tindak yang baik pada
saringan 3
|
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER
KEWANGAN
BIL
|
PERKARA
|
SUMBER
|
BUTIRAN
|
JUMLAH
|
1
|
Jamuan makan penceramah dan
fasilitator
|
PCG Kaunseling
|
RM 10 x 10 orang
|
RM 100.00
|
2
|
Hamper pertandingan
pembentangan
|
PCG Kaunseling
|
RM 50 x 2 = RM 100
RM 25 x 6 = RM 150
|
RM 250.00
|
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
BUTIRAN
|
JUMLAH
|
1
|
Jamuan makan penceramah dan
fasilitator
|
RM 10 x 10 orang
|
RM 100.00
|
2
|
Hamper pertandingan
pembentangan
|
RM 50 x 2 = RM 100
RM 25 x 6 = RM 150
|
RM 250.00
|
8.0 JAWATANKUASA
PROGRAM
Pengerusi
:
Puan Kamariah bt Abu
Timbalan
Pengerusi :
Puan Norhaslinda Bt Hasmunih
Penyelaras
:
Puan Nurhaiza bt Che Mat
AJK Makanan & Hadiah :
Puan Rozinani bt Awang
AJK Modul & Dokumentasi : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
1) Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
2)
Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Cheras
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
7.30 pagi
|
Pendaftaran
|
8.00 pagi
|
Sesi bimbingan Ujian DASS Dan Ujian Daya Gaya Tindak
|
9.00 pagi
|
Aktiviti Brain Gym Oleh Fisioterapi
|
9.15 pagi
|
Ceramah Menangani Stres Slot IDEAL oleh Dr Nazeerah Halil
|
10.00 pagi
|
Rehat
|
10.30 pagi
|
Pembahagian Kumpulan/ Perbincangan Dan Pembentangan Penyelesaian
Masalah Menerusi IDEAL
|
11.30 pagi
|
Kemahiran Teknik
Relaksasi oleh Fisioterapi
Muscle Relaxation
Imaginary Relaxation
|
12.30 tgh hari
|
Penyampaian Cenderamata
Sesi fotografi
|
1.00 tengah hari
|
Bersurai
|
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Kemalangan
|
Kecuaian murid
|
Hantar ke klinik berhampiran
|
Guru bertugas
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a)
Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti
1) Borang Penilaian
Peserta
2) Borang
Maklum Balas AJK
b)
Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Ujian DASS Dan Ujian Daya Gaya Tindak Saringan 2 Dan 3
12.0
PENUTUP
Diharapkan dengan adanya
program Minda Sihat ini, pihak sekolah dapat membudayakan amalan Minda Sihat
ini dalam kalangan warga sekolah dan tidak terhad kepada tenaga guru kaunseling
sahaja dalam membudayakan amalan teknik relaksasi dan teknik mengurangkan stress
dalam kalangan murid sekolah masing-masing. Ini kerana guru kaunseling dapat
menfokuskan kepada intervensi sesi kaunseling bagi menangani masalah stres yang
teruk dan sangat teruk manakala para pelajar yang lain dapat ditanamkan amalan
Minda Sihat ini setiap masa dalam pengajaran dan pembelajaran guru mata
pelajaran agar pelajar sentiasa bersedia dalam pengurusan stres mereka dalam
kehidupan seharian. Ini kerana sekolah merupakan institusi yang berpotensi
untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat dan kesihatan mental
yang baik. Dengan cara ini dapat membantu sekolah menangani gangguan perasaan
dan kecelaruan minda dan kemurungan dalam kalangan murid
Disediakan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling
Ulasan:
Diluluskan/Tidak diluluskan,
(Kamariah Bt Abu)
Pengetua
SMK Cheras
4 comments
Tһіs site waѕ... һow dߋ yօu say it? Relevant!!
Ϝinally I haѵe found somethіng whicһ helped me.
Kudos!
Benefitial. Thanks. May I know the procedure to invite penceramah from Klinik Kesihatan? Many thanks.
Hello Kasdna
Procedure
1) identify the nearest Klinik Kesihatan from your school.
2) Contact the person in charge for Unit Kesihatan Remaja and discuss what do you need
3) Invitation letter after discuss what they can provide based on your request and date.
Hey there! Would you mind if I share your blig with my facebook group?
There's a lot of people that I think would really appreciate your content.
Please let me know. Cheers