31 July 2018

Temuduga Lembaga Pengawas: Psikometrik Trait Personaliti

Temuduga Lembaga Pengawas: Psikometrik Trait Personaliti

Bagi melantik AJK Tertinggi Lembaga Pengawas sekolah, maka kami menjalankan satu sesi temubual. Panel terdiri dari ahli lembaga pengurusan sekolah , ketua guru kaunseling dan ketua guru disiplin sekolah.
Bernula pukul 2.30 petang, saya menjangkakan 3.15 petang, sesi temubual sudah tamat kerana hanya 5 AJK yg dikenalpasti akan menjalankan tugas sebagai AJK Tertinggi Majlis Lembaga Pengawas tetapi hingga hampir pukul 4 petang baru selesai sesi temuduga dijalankan.
Saya lebih menjurus kepada psikometrik murid melalui Inventori Trait Personaliti yg dijalankan kepada semua murid tingkatan 4.

Bye July

  • Welcome hectic August



29 July 2018

Laman Kaseh Faridah SK AU Keramat, KL : Pingat Perak Inovasi Terapi Psikologi Kaunseling

Laman Kaseh Faridah SK AU Keramat, KL : Pingat Perak Inovasi Terapi Psikologi Kaunseling




Pernahkah anda melihat taman Unit Kaunseling yg cantik dan teraputik?

Taman ini merupakan taman UBK yg terletak di SK AU Keramat KL. Dikenali sebagai Laman Kaseh Faridah sempena nama guru besar yg penyayang. Laman ini dikenali sebagai taman teraputik dan diiktiraf melalui anugerah Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi Kategori Terapi Psikologi Kaunseling pada tahun 2016. Malah ia juga memikat hati juri dan mendapat tempat ke4 pengurusan terbaik sekolah rendah peringkat kebangsaan tahun 2016. 

Memang wow!
Dari sebuah ruang yg biasa sahaja dan tidak menarik perhatian bertukar menjadi taman yang teraputik dan menarik pandangan pertama sesiapa sahaja untuk memandangnya dan melangkah ke arah taman ini. 

Set landskap yg cantik untuk sebuah laman kaunseling yg jarang terdapat di sekolah sekolah. Hasil usaha gandingan mantap Pn Harriani dan Pn Norma selaku guru bimbingan kaunseling sekolah ini ketika itu. Ada air pancut, ada tempat pejalan kaki ala ala refleksologi, ada wakaf ala rumah kampung yg menggamit panggilan ke desa, ada tempat istitehat dgn bangku yg beraneka warna untuk melepaskan lelah atau bersantai bersama kawan kawan. Koridor pejalan kaki dihiasi lampu lampu lip lap berjuntai yg memberikan pemandangan yang memakau. Bukan itu sahaja, pilihan warna lanrai taman ini yg beraneka juga menaikkan seri laman ink. Set kerusi kerusi kecil diletakkan di kaki lima juga menggamit murid untuk hadir ke situ. 

Sudah tentu ia menarik warga sekolah untuk mendekati dan menggunakannya. Murid akan bersantai dan bermain di kawasan laman ini. Semakin lama semakin ramai yang mendekati bilik kaunseling dan berani dengan sukarela untuk menggunakan perkhudmatan kaunseling yg ditawarkan. Malahan Laman Kaseh Faridah ini juga merupakan salah satu perkhidmatan yg ditawarkan oleh Unit Kaunseling kpd kamak kanak, guru dan staf sekolah. Impaknya peningkatan menggunakan perkhidmatan kaunseling naik secara mendadak. Murid yg hadir secara sukarela juga meningkat. 
Ikhlas dari hati jika saya mempunyai laman ini di sekolah, sudah tentu saya juga saban hari menjenguknya sama ada untuk membuat kerja atau mendengar bunyi air pancut. 

Jarang ada unit kaunseling sekolah yg memiliki set laman terbaik seperti ini. Jika ada mungkin boleh dikira dengan jari. Di satu negeri mungkin ada laman kepunyaan unit kaunseling yg teraputik sebanyak satu atau dua sahaja. Bonus jika bilik kaunseling terletak diaras bawah dan berhadapan dengan ruang kosong yg boleh diisi dengan taman yg teraputik. Mengusahakan taman teraputik dari air tangan kaunselor sendiri bukan tugas yg mudah. Kreariviti dan minat adalah kunci utama . 

Bonding time with Nana
And spent time with her bff
Yeah..also their mommies












































27 July 2018

Majlis Perpisahan PK Kokurikulum : Pn Maznah Musa

Majlis Perpisahan PK Kokurikulum : Pn Maznah Musa






Majlis Perpisahan Pn Maznah PK Kokurikulum kami yang baru bertugas di SMK Cheras dari 2014 hingga 2018.  Walaupun baru 4 tahun tetapi hubungan persahabatan kami terjalin sejak dari tahun 2001 lagi. Izinkan saya memanggilnya sebagai Kak Maznah kerana itu adalah panggilannya sejak saya mengenalinya pada tahun 2001. Kak Maznah merupakan guru kaunseling di SMK Convent Jalan Peel. Kemudian sejak beliau dinaikkan pangkat menjadi ketua bidang barulah kami jarang berjumpa. Tahun 2001 hingga 2004 adalah batch guru kaunseling majoritinya mengajar. Saya juga mengajar Sains ketika itu di samping berperanan sebagai guru kaunseling.
Pada tahun 2014 apabila Kak Maznah ditempatkan di SMK Cheras, beliau ditanya oleh mantan PK Kokurikulum iaitu En Abdul Halim sewaktu serahan tugas,  mengenai siapakah guru di SMK Cheras yg dikenalinya. Dan beliau menjawab 'Haiza'. Huhuhu terus En Halim dapat meneka bahawa Pn Maznah juga merupakan seorang kaunselor.
Di sekolah saya, kedudukan pejabat PK Kokurikulum terletak berjiran dengan bilik kaunseling. Maka pada hari pertama Kak Maznah di sini, saya membawanya meninjau sekitar sekolah dan berkenalan dengan guru guru yg lain. Oleh kerana bilik kami bersebelahan dan dipisahkan dgn bilik disiplin sahaja, maka sudah tentu  kami  menjenguk antara satu sama lain. Oleh kerana sama sama kaunselor, kami saling meluahkan rasa.
Oleh kerana kami juga kerap datang awal seawal 6.30 pagi maka sama sama rasa lega apabila bilik masing masing ada nyalaan lampu untuk mengurangkan rasa seram saya huhuhu.
Apabila cuti sekolah yang panjang dan kami ada tugas untuk dilaksanakan, maka masing masing lega apabila mengetahui kami akan ke sekolah. Maklumlah blok kami iaitu blok B ialah blok bilik bilik khas yang agak sunyi. Jadi satu kelegaan apabila kita tahu bilik sebelah ada orang dan kita tidak kesunyian..ahaks. Jangan kecam ayat saya tau..saya bukanlah berani sangat dan tidaklah penakut sangat hahaha 
Saya akan merinduinya..ikhlas dari hati saya. Saya akan terasa kehilangannya kerana 4 tahun beliau di sini memang kami banyak berkomunikasi samaada untuk tujuan formal atau tidak formal.
Semoga Kak Maznah semakin cemerlang dengan jawatan baru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Cochrane Perkasa :

Selamat hari lahir
Semoga abah cergas dan sihat










26 July 2018

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL




Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL 2018 dijalankan pada hari Selasa hingga Rabu lepas di SMK Seri Bintang Selatan. Saya agak lega apabila tarikh yang sepatutnya saya perlu bergerak ke negeri lain untuk Bengkel Kompetensi GBK DG44 dan DG48 KPM telah ditunda.

Aktiviti  untuk sekolah rendah ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan model kerjaya, pertandingan ikon kerjaya dan pertandingan kuiz kerjaya. Manakala untuk sekolah menengah pula ialah pertandingan penjelajahan kerjaya, video kretif, career hunter  dan rekabentuk grafik kerjaya.

Sebagai timbalan yang dipertua Majlis Guru Kaunseling WPKL, saya membantu dengan memantau aktiviti pertandingan agar sentiasa bergerak dengan baik.

Program dua hari yg sangat happening!

Dengan 10 food truck yang menjual pelbagai menu makanan dan ditambah dengan jualan gerai dari setiap zon yang berniaga memang meriah pemandangannya. Lori durian juga dibawa masuk dgn kos sedulang RM 15 utk guru dan RM10 untuk murid. Juruacara yang sentiasa memutar lagu dan memberi pengumuman ibarat sebuah konsert sedang dijalankan.

Tidak lupa juga persembahan dari sekolah sekolah yang dijemput seperti pasukan silat sekolah dari SMK Cheras membuat demonstrasi, SMK Sri Bintang Utara dengan lemah gemalai tarian, SK Sri Bintang Selatan dengan pasukan koirnya yang comel, SMK Seri Sentosa dengan orkestranya.

Di dewan utama diadakan pelbagai jenis kuiz untuk menarik penonton mendengarkannya dan sudi menjawab soalan.

Bagi murid sekolah rendah terdapat permainan dan aktiviti soopa doopa pelampung besar dengan air melalui jualan kupon.

Saya ada berkongsi syarat pertandingan Karnival.Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL  di blog untuk idea menggerakkan aktiviti kelab atau PRS.
Semoga dapat dimanfaatkan untuk aktiviti peringkat sekolah.

Anekdot siap!


Pertandingan Ikon Sekolah Rendah 
Murid berpakaian seperti kerjaya impian dan menjalankan pembentangan. 











 

Telegram Channel