Aktiviti untuk sekolah rendah ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan model kerjaya, pertandingan ikon kerjaya dan pertandingan kuiz kerjaya. Manakala untuk sekolah menengah pula ialah pertandingan penjelajahan kerjaya, video kretif, career hunter dan rekabentuk grafik kerjaya.
Sebagai timbalan yang dipertua Majlis Guru Kaunseling WPKL, saya membantu dengan memantau aktiviti pertandingan agar sentiasa bergerak dengan baik.
Program dua hari yg sangat happening!
Dengan 10 food truck yang menjual pelbagai menu makanan dan ditambah dengan jualan gerai dari setiap zon yang berniaga memang meriah pemandangannya. Lori durian juga dibawa masuk dgn kos sedulang RM 15 utk guru dan RM10 untuk murid. Juruacara yang sentiasa memutar lagu dan memberi pengumuman ibarat sebuah konsert sedang dijalankan.
Tidak lupa juga persembahan dari sekolah sekolah yang dijemput seperti pasukan silat sekolah dari SMK Cheras membuat demonstrasi, SMK Sri Bintang Utara dengan lemah gemalai tarian, SK Sri Bintang Selatan dengan pasukan koirnya yang comel, SMK Seri Sentosa dengan orkestranya.
Di dewan utama diadakan pelbagai jenis kuiz untuk menarik penonton mendengarkannya dan sudi menjawab soalan.
Bagi murid sekolah rendah terdapat permainan dan aktiviti soopa doopa pelampung besar dengan air melalui jualan kupon.
Saya ada berkongsi syarat pertandingan Karnival.Pendidikan Kaunseling Kerjaya WPKL di blog untuk idea menggerakkan aktiviti kelab atau PRS.
Semoga dapat dimanfaatkan untuk aktiviti peringkat sekolah.
Anekdot siap!
Pertandingan Ikon Sekolah Rendah
Murid berpakaian seperti kerjaya impian dan menjalankan pembentangan.
Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah. Melukis beedasarkan tema yg diberi.
Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah
dengan mengedarkan poster sama dan kreativiti murid dalam.mewarna.
Pertandingan Model Kerjaya sekolah rendah dengan 3 peserta
Pertandingan Career Hunter dengan team murid seramai 4 orang perlu menyelesaikan task yang diberi. 8 checkpoint digunakan.
Pertandingan Rekabentuk Grafik Kerjaya di mana murid diberikan pelbagai gambar. Murid perlu design yg bersesuaian dengan tema untuk menghasilkan rekabentuk grafik yg menarik.
Pertandingan Penjelajahan Kerjaya melibatkan 4 org murid yg memakai pakaian yg bersesuaian dgn kerjaya yg dipilih. Pembentangan tanpa sesi soal jawab.
Pertandingan Video Kreatif mencabar kreativiti murid dalam menghasilkan video mengenai sahsiah murid.
Kuiz spontan Di Dewan. Abaikan sandal saya huhuhu...kaki saya sangat letih dan terpaksa tukar kasut bertumit kepada sandal
Persembahan
Pameran
Team pendaftaran