6 July 2018

Bilik Kaunseling Teraputik dan Kondusif: SMK Sri Bintang Utara, KL




Hari ini saya perlu ke SMK Sri Bintang Utara menghadiri mesyuarat JK Guru Kaunseling  WPKL untuk Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL. Rasa letih travel ETS Sg Petani - KL Sentral then LRT ke Pasar Seni kemudian naik MRT ke Kajang  malam tadi masih terasa. Pagi ini dengan kesesakan jalan raya yg teruk dgn memandu sejam lebih dari Kajang ke SMK Sri Bintang Utara bukanlah satu mood yang baik untuk memulakan tugas di pagi Jumaat.
Letih!
Dengan menggalas beg travel dari Kedah ke mesyuarat pagi ini yg berisi laptop saya , saya memasuki SMK Sri Bintang Utara dengan letih fizikal dan kepala yang sarat. Menuju ke bilik mesyuarat, saya perlu melalui bilik kaunseling sekolah ini.
Perlahan - lahan mengetuk pintu bilik kaunseling sekolah ini dan membuka pintunya, saya ternampak kelibat Siti Khadijah ketua guru kaunseling di sini. Sengaja mengusiknya saya menjerit..nak datang beraya sebab saya ternampak banyaknya set kuih raya, keropok dan kerepek atas meja di ruang tamu bilik kaunseling ini hahahaha.
Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, apabila dipelawa masuk dan menikmati kuih raya tidak pula saya menolaknya :)
Melangkah masuk ke bilik kaunseling ini, memang cantik dan kondusif sekali. Sesuai dengan team ini iaitu gabungan GBK senior junior iaitu Pn Siti Khadijah, Pn NorHayati dan Pn Husna yg kreatif dalam hiasan. Saya mengenali Siti Khadijah sebagai orang yg berbakat dan kreatif menghasilkan sarung buku program yg cantik. Saya tidak pernah melihat buku program yg bersarung cantik. Biasanya tanpa bersarung. Begitu juga jika diberikan tugas selaku AJK Hadiah, hamper dan cenderamata pandai pula diolahnya, direbennya dgn gaya eksklusif. Memang berbakat.
Saya ingin berkongsi traputiknya bilik kaunseling ini. Sehingga emosi dan perasaan letih dan sarat ini terasa ringan memasuki bilik yg kemas dan cantik.
Tahniah kepada Siti Khadijah, Norhayati dan Husna.

Physical and mentally
In maximum usage :(



















































2 comments

Ya Allah... Cantiknya... X pernah lg sy lihat bilik mcm ni.. Tahniah pd mereka.... Sgt teraputik...

 

Telegram Channel