Hari ini rasa seronok dapat berada di sekolah selepas 7 hari tiada di sekolah. Pertama kali merasa makanan kantin di bulan Syawal dan pekerja kantin menegur sapa sudah lama tidak nampak saya di kantin. Begitu juga dengan rakan rakan sekerja, menegur macam lama dah tidak nampak saya sejak naik cuti sekolah yg panjang sempena Hari Raya.
Sewaktu berselisih dengan murid murid 'butterfly' saya di koridor..saya tersenyum memandang mereka dengan menyapa "lama cikgu tidak nampak kamu semua". 'Butterfly' adalah simbolik untuk murid berisiko keciciran sekolah kategori pernah dibuang sekolah dan masuk ke sekolah semula selepas merayu untuk bersekolah semula di PPD. "Butterfly" juga simbolik untuk murid yg pernah menerima surat amaran ke 2 dan ke 3 kerana ponteng sekolah tetapi sudah berubah berkurang bilangan ponteng malahan ada yang tidak pernah ponteng sekolah lagi.
Sapaan saya disambut dengan " Eh!Kami tidak ponteng cikgu", sambil berkerut muka si A.
"Cikgu yang lama dah tak masuk sekolah dan tidak nampak kamu" saya menjawab.
"Yelah dah lama tak nampak cikgu", si B mencelah.
Saya berlalu dengan menjeling ke arah muka masing masing yang ceria kerana menyedari saya tidak melabel mereka ponteng tetapi saya yang sudah lama tidak kelihatan di sekolah.
"Cikgu yang lama dah tak masuk sekolah dan tidak nampak kamu" saya menjawab.
"Yelah dah lama tak nampak cikgu", si B mencelah.
Saya berlalu dengan menjeling ke arah muka masing masing yang ceria kerana menyedari saya tidak melabel mereka ponteng tetapi saya yang sudah lama tidak kelihatan di sekolah.
Saya menuju ke pejabat sekolah untuk menanda buku jadual kedatangan murid kelas 5 Gamma. Memandangkan guru tingkatannya tidak sihat, saya perlu mengambilalih kebajikan dan urusan murid kelas ini selaku mentor. Sewaktu punch masuk ke sekolah saya merasakan ada tarikh yang istimewa hari ini dan apabila mencatat dengan 10 Julai baru saya sedar, tarikh yang diingati setiap tahun dan signifikan dalam hidup saya. Tarikh hari pertama bertugas dan melapor diri di SMK Cheras. 10 Julai 2000. Melapor diri di sesi petang dan pengetua ketika itu arwah Pn Maimunah yang telah memperkenalkan saya dengan murid sesi petang dengan panggilan 'kakak' nurhaiza agar mudah didekati murid.
Unit Bimbingan Kaunseling berada di blok B dengan keluasan sebuah kelas. Rakan sekerja saya yang pertama ketika itu En Harjazi B Hashim guru yang posting pada tahun yang sama yang hanya berjarak 2 bulan terlebih dahulu dari saya. Maka kami berdua pandai pandai buat aktiviti UBK, membina sistem fail sendiri, menulis buku rekod cara kami haha maklumlah zaman tu bukan zaman mesra internet. Semuanya bukan di hujung jari. Kena rajin teroka sendiri dengan membaca, menghadiri majlis ilmu, dan perjumpaan mesyuarat zon antara yg ditunggu sebab nak berjumpa senior dan belajar dari mereka. Oleh kerana kami berdua juga bujang ketika itu, maka kalau aktiviti Sabtu Ahad tidak menjadi masalah. Buat program untuk sesi pagi ke petang ke pun tiada masalah untuk saya datang dari pagi dan balik 6.45 petang. Begitu juga dengan rakan sekerja saya itu, stayback sampai pukul 6.45 petang walau bertugas di sesi pagi seawal 7.30 pagi. Yang makin merancakkan aktiviti kami apabila seorang guru kaunseling lantikan dalaman untuk AJK UBK Noraliza Abd Latib juga bujang ditugaskan bersama kami. Maklumlah sekolah mencecah murid hampir seramai 2k. Sehingga tahun 2004 apabila kami semua menerima surat lantikan secara sepenuh masa, masing masing terpaksa berpindah pula. Waktu itu kami semakin rapat bekerjasama bertiga. Sangat rapat dan susah senang bersama. Ketawa bersama dan bila seorang kecewa dan sedih, kami berkongsi rasa.
Sempat bersama 4 tahun sahaja sebelum masing masing berpisah. Seorang di Kedah dan seorang lagi di Perak.
Semoga mereka dirahmatiNya sepanjang hidup mereka.
Sempat bersama 4 tahun sahaja sebelum masing masing berpisah. Seorang di Kedah dan seorang lagi di Perak.
Semoga mereka dirahmatiNya sepanjang hidup mereka.
Memudahkan urusan orang lain
Seperti mana dipermudahkan urusanku
Pusat Kokurikulum, KL
1 comments
Tahun ke 18..