Mesyuarat UBK yang telah banyak kali tertunda. Saya share di sini dan apabila upload dalam blog formatnya terlari. Sila ambil info sahaja ye kerana formatnya sudah terlari.
MINIT
MESYUARAT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI
KEDUA 2018
SMK
CHERAS
Tarikh :
12 JULAI 2018
Masa :
1.10 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
Kehadiran :
1)
Cik
Lee Swee Ching Pen.
Kanan Tadbir & Kurikulum
2)
Puan
Nor Azlinda Bt Hasmunih Pen.
Kanan Hal Ehwal Murid
3)
Puan
Maznah Musa Pen.
Kanan Kokurikulum
4)
En.
Raheman Bin Ahmad Penolong
Kanan Petang
5)
Pn
Noor Alamiyah Bt Zakaria Guru
Kanan Bahasa
6)
En
Mohd Hasni Bin Ramli Guru
Kanan Kemanusiaan
7)
Pn
Nurhaiza Bt Che Mat Guru
Kaunseling
8)
Pn
Raudzah Bt A. Rahman Guru
Kaunseling
9)
En
Abdul Rasyid Bin Zakaria Penyelaras
Tingkatan 1
10) Pn Kamziyah Bt Mohd Yaman Penyelaras Tingkatan 2
11) Pn Salina Bt Mohd Isa Penyelaras
Tingkatan 3
12) Pn Farah Hanum Bt Ramly Penyelaras
Tingkatan 5
13) En Mohd Noor B Mat Deris Ketua Guru
Disiplin Pagi
14) Pn Noraida Bt Mohammad @Abdullah Ketua Guru Disiplin Petang
15) Cik Lie Kiet Wei Penyelaras
Peralihan
16) Pn Nafsah Bt Mohd Shah Setiausaha HEM
17) Pn Ratna Dewi a/p Gopalakrishna Setiausaha Lembaga Pengawas
18) Cik Wong Mun Yee Setiausaha
Pemantapan Sahsiah
19) En Masrizal B Abu Bakar Guru Disiplin
20) En Amiruddin Bin Mohd Yusoff Guru Disiplin
21) Pn Murni Bin Mat Jali Guru
Disiplin
Tidak
Hadir
1) Pn Jasmail a/p Mewa Singh Cuti sakit
2) Pn Rozinani Awang Cuti
bersalin
3) Pn Rita Indiani Kokurikulum
Urus Setia : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-alukan
kehadiran semua AJK
Tindakan
: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit
mesyuarat diterima oleh Pn Raudzah Bt Ab Rahman dan disokong sebulat suara tanpa
pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4. PELAPORAN
4.1 Projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid
4.1.1 Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa program Zoom In diubah
format pada tahun ini iaitu tiada kategori KPI kelas 87%, 90% dan 95%. Pemenang
kelas berdasarkan kategori tingkatan sama
ada sesi pagi atau sesi petang. Pemenang mencapai 95% kehadiran terbaik penggal pertama dan paling
tertinggi bagi setiap
tingkatan menerima ganjaran,.
Tindakan:
Makluman
4.1.2 Bagi
kelas terbaik peratus kehadiran bagi penggal 1 ialah 5 Beta, 4 Beta, 3 Imtiyaz, 2 Imtiyaz dan 1
Imtiyaz. Murid –murid , guru
tingkatan dan mentor kelas ini telah menerima ganjaran jamuan makan sewaktu rehat. Tindakan:
Makluman
4.1.3 Murid
kehadiran penuh bagi penggal pertama akan menerima sijil penghargaan dan sagu hati.
Tindakan : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.1.4 Bagi penggal kedua persekolahan, kelas
terbaik peratus kehadiran
ke sekolah akan menerima ganjaran dan kelas yang terpilih untuk lawatan adalah kelas yang
terbaik peratus kehadiran bagi tahun
2018 bagi setiap tingkatan.
Tindakan
: Makluman
4.2 Program Guru Penyayang
4.2.1 Program RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina
diadakan di gimnasium sewaktu aktiviti kokurikulum pada 21 Februari 2018.
Makanan ditaja oleh koperasi dan
aktiviti persembahan dijalankan.
Tindakan:
Makluman
4.2.2 Program RIMUP Hari Raya Aidilfitri akan
dijalankan pada 14 Julai 2018 .
Tindakan:
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.3 Program
Minda Sihat
4.5.1 Saringan Ujian DASS dan Gaya Daya Tindak
telah dijalankan kepada
20 peratus murid dari setiap tingkatan. Intervensi kaunseling telah
dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan
menerima sokongan profesional daripada doktor perubatan Klinik
Kesihatan Cheras sehingga Oktober 2018.
Tindakan:
Makluman
4.4 Projek Inovasi
4.6.1 Pada tahun ini, buku log PRS telah
digunakan secara seragam untuk PRS tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Inovasi buku
log ini telah disebarluas kepada sekolah-sekolah dalam PPW Bangsar Pudu.
Tindakan: Makluman
4.6.2 Pada tahun
ini, Unit Kaunseling Pejabat Pelajaran Wilayah Pudu merehatkan SMK Cheras dari
menyertai pertandingan memandangkan sudah tiga tahun berturut –turut UBK SMK
Cheras layak ke peringkat kebangsaan mewakili Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Tindakan: Makluman
4.7 Perkembangan
Kerjaya
4.7,1 Puan
Raudzah Bt Ab Rahman membentangkan mengenai psikometrik inventori minat kerjaya
murid tingkatan satu iaitu seramai 18 orang mempunyai minat realistik, 56 orang
mempunyai minat investigatif, 34 orang berminat dengan bidang artistik, 52
orang dengan bidang sosial, 27 orang dalam bidang enterprising dan 59 orang dalam bidang konvensional.
Tindakan:
Makluman
4.7. 2 Puan Nurhaiza Bt Che Mat membentangkan mengenai
psikometrik inventori minat kerjaya murid tingkatan tiga iaitu seramai 14 orang
mempunyai minat realistik, 31 orang mempunyai minat investigatif, 29 orang
berminat dengan bidang artistik, 87 orang dengan bidang sosial, 13 orang dalam
bidang enterprising dan 44 orang dalam bidang konvensional. Berdasarkan
pencapaian akademik pertengahan tahun peperiksan tingkatan tiga, didapati murid
yang berminat dan layak ke aliran sains tahun hadapan hanyalah sekitar 44 orang
iaitu dua kelas aliran sains sahaja. Manakala kelas perakaunan juga kelayakan
hanya untuk satu kelas sahaja.
Tindakan:
Makluman
4.7.3 Murid tingkatan lima telah mengikuti lawatan ke Institut Pengajian Tinggi secara berjadual.
Tindakan: Makluman
4.8 Peningkatan
Disiplin
4.8.1 Intervensi murid lewat tegar iaitu
melebihi 10 kali hadir lewat ke sekolah
telah dijalankan. Soal selidik murid lewat tegar untuk tingkatan satu, dua bagi sesi pagi dan
tingkatan tiga dan empat
telah dijalankan. Tingkatan lima masih
belum dijalankan.
Puan
Nurhaiza Che Mat memaklumkan bahawa Puan Rozinani telah cuti bersalin dan kekangan masa untuk menangani
pelbagai
kes
Tindakan: Makluman
4.8.2 Hasil sesi intervensi soal selidik murid
lewat ke sekolah, dikenalpasti
murid-murid yang bermasalah ke sekolah kerana sikap
sendiri, masalah pengangkutan atau
masalah ibu bapa.
Intervensi
kaunseling dijalankan berdasarkan kategori masalah tersebut.
Tindakan: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.8.3 Puan Farah Hanum Bt Ramly bertanyakan prosedur mengenai murid yang datang lewat selepas
pukul 8.00 pagi. Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa murid perlu mengambil
slip datang lewat dari pejabat sekolah. Slip itu perlu ditandatangani oleh
pentadbir atau cop sekolah oleh kerani sekolah.
Buku log untuk mencatat nama murid selepas pukul 8.00 pagi terdapat di pejabat sekolah untuk
tindakan guru disiplin dan guru kaunseling.
Tindakan: Puan Nurhaiza Bt Che Mat / En Mohd Noor Bin Mat Deris
4.9 Post
Mortem Program Unit Bimbingan Kaunseling
4.9.1 Puan Nor Azlinda Bt Hasmunih
membentangkan mengenai program
Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang perlu diambil tindakan susulan iaitu:
1) Program Penetapan Matlamat :mengenai
perbincangan dengan ibu bapa dan guru mengenai akademik
anak selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun sewaktu Hari
Pelaporan Akademik.
2) Program Motivasi : Perjumpaan
ibu bapa sewaktu penggal kedua dan sesi motivasi untuk penggal
kedua.
3) Intervensi Psikometrik
Tingkatan Satu Dan Dua : Perbincangan visi kerjaya kepada ibu bapa
yang memerlukan maklumat lanjut sewaktu Hari Temubual Ibu
Bapa.
4) Kursus PRS Tahap Bongsu:
Melengkapkan buku log sewaktu penggal kedua
5) Kursus Kepimpian Ketua Kelas:
Satu perjumpaan secara berkala perlu dijalankan antara setiausaha
majlis ketua tingkatan dengan ketua tingkatan.
Tindakan:
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.9 Hal
– Hal Lain
4.9.1 Pn Ratna Dewi
memaklumkan mengenai nama murid dari kelas 5
Beta untuk rujukan sesi kaunseling.
Tindakan:
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
5.
Penutup
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.30 petang
Disediakan
oleh,
(Puan
Nurhaiza Bt Che Mat)
Setiausaha