31 August 2018

Penghargaan Menara KL : Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur Top 20

Penghargaan Menara KL : Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur Top 20






Hari yang huru hara. Bermula dengan saya
mendapat mesej dari YDP PIBG  sebelum ini, bahawa program Majlis Penghargaan Menara Kuala Lumpur bermula pukul 4.30 petang menyebabkan saya resah gelisah.  Tiket flight pukul 3.15 hingga 4.10 touch down KLIA2. Dari KLIA2 ke Menara KL mungkin hampir pukul 6 juga. Mana mungkin sampai 4.30 ptg di Menara KL.

Decide naik kereta kawan bersama seorang lagi fasilitator iaitu Kak Azita yg juga rupa rupanya terlibat dengan Majlis di Menara Kuala Lumpur juga bila program tamat pukul 12.00 tgh hari. 

Ingatkan bolehlah sampai KL pukul 4.30 petang, tetapi banyak rintangan pula sepanjang jalan. Dah bersiap nak naik kereta Kak Zura bersama 3 lagi penumpang , tiba tiba kereta Kak Zura tidak dapat dihidupkan. Memandangkan saya sedang mengejar masa, kawan kawan menyarankan saya  berpindah ke kereta Kak Julia pula.  Hahaha..adoi la. Sepanjang perjalanan sudah ada 3 kemalangan jalan raya dan ada kes kemalangan maut yang menambahkan lagi masa perjalanan kerana kesesakan jalan raya.

Menambah huru hara apabila saya baru mendapat aturcara sebenar majlis penghargaan di Menara KL iaitu program bermula pada pukul 4.30 petang tetapi majlis penerimaan penghargaan pada pukul 8.45 malam.

Di RnR Machap saya bertukar kereta dengan Kak Zura yang sudah boleh dihidupkan. Mujur Khairil yg memandu kereta Kak Zura,  apalagi kelajuannya hanya berbeza 10 minit di belakang kami. Bertukar kereta semula dgn Kak Zura kerana kami tinggal di kawasan kejiranan yg berhampiran.

Tiba di Kajang, saya memecut ke Menara Kuala Lumpur. Mujurlah sepanjang perjalanan huru hara dari Johor hingga Kajang,  saya bersama Kak Azita rakan fasilitator yg terlibat juga dgn majlis penghargaan di Menara KL.  Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Akhirnya tiba juga di Menara KL pada waktu maghrib. Masuk KL dalam waktu orang balik bekerja dan esoknya adalah cuti umum, memang kesesakan lalu lintas adalah biasa dan alah bisa tegal biasa bagi warga Kuala Lumpur. 

Yeah..masa dinantikan adalah dinner. Laparnya bila makan terkocoh kocoh. Jika mengikut aturcara saya sudah terlepas aktiviti tour Menara KL, ucapan CEO Menara KL, hi tea, menaiki dek observation melihat pemandangan matahari terbenam.
Saya hadir betul betul untuk aturcara majlis makan malam dan majlis penghargaan. Alhamdulillah masih ada rezeki saya dan Kak Azita menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari Menara KL sambil makan malam.

Selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur saya mewakili badan kaunseling Kuala Lumpur untuk menerima sijil penghargaan, cek RM 1200 dan trofi sebagai top 20 agensi yang menarik penglibatan orang ramai ke Menara Kuala Lumpur. Dalam kes kami mungkin murid murid sekolah Kuala Lumpur.

Terima kasih Menara Kuala Lumpur. Salam Merdeka !!

#KitaPunya



I


























29 August 2018

SMK Seri Pinang, Johor: Pengurusan Unit Kaunseling Sekolah Luar Bandar Yang Cemerlang

SMK Seri Pinang, Johor: Pengurusan Unit Kaunseling Sekolah Luar Bandar Yang Cemerlang






Pukul 4.30 pagi dah berada di atas jalan raya menuju ke KLIA2 untuk menaiki flight ke Johor Bahru pada pukul 7.15 pagi. Tak berani ambil breakfast jika travel solo bimbang meragam. Naik flight je apalagi zzzzzz..tetiba dah sampai :).

Memilih menaiki teksi ke SMK Seri Pinang Bandar Tenggara Johor berharga RM77 saya menikmati pemandangan felda. Sempat lagi pemandu teksi menunjukkan kepada saya Felda Inas kampung Mawi katanya ikon Akademi Fantasia kebanggaan Johor dalam rancangan televisyen yg cukup popular dulu. Pemandu teksi yg cukup peramah dan bercerita kpd saya mengenai kemajuan Bandar Tenggara dan perkembangan politik semasa di Johor dan tidak lupa mengenai pengaruh raja dalam perkembangan moden negeri Johor.

Setelah 50 minit melalui pemandangan yg cukup menyenangkan tanpa kesesakan jalan raya saya tiba juga di sini
Sekolah luar bandar yg pernah memenangi
Pengurusan Kaunseling Sek Men Negeri Johor dengan menyandang Johan 2014 dan 2015. 

Saya akan berada 2 hari di Bandar Tenggara ini untuk melatih guru guru kaunseling untuk kompetensi guru kaunseling DG44 dan DG 48. Sekolah ini dipilih sebagai salah satu dari tugasan untuk mengenalpasti ciri ciri pengurusan terbaik dan amalan terbaiknya. 

Pelbagai amalan terbaik dijalankan di sekolah ini secara sistematik dan dengan penggunaan teknologi komputer. 
Saya tertarik dgn projek murid lewat di mana murid yg lewat dikenalpasti faktor lewat melalui penggunaan soal selidik google maps dan guru bertugas mempunyai sistem tersebut agar analisa dapat dijalankan dgn cepat dan mudah. 

Mari berkenalan dengan guru kaunselingnya iaitu Pn Norazizah dan En Fazdlee yg juga merupakan pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah sini. Bilik kaunselingnya cukup cantik dan berhawa dingin. Kami disambut dengan sebakul besar buah salak dan sebakul besar buah rambutan. Layan makan dulu baru layan cuci mata huhu

Siang melawat biliknya dan malam pula kami menikmati Mee Udang Kak Jah ...memang sedap dan kenyang. Alhamdulillah. 

Jom tengok biliknya.

Morning JDT



Bilik pengurusan fail dan pejabat




Bilik kaunseling kelompok









































Bilik kaunseling individu

Bilik kaunseling kelompok



Ruang tamu

Ruang tamu



Kaunter

































 

Telegram Channel