Hari yang huru hara. Bermula dengan saya
mendapat mesej dari YDP PIBG sebelum ini, bahawa program Majlis Penghargaan Menara Kuala Lumpur bermula pukul 4.30 petang menyebabkan saya resah gelisah. Tiket flight pukul 3.15 hingga 4.10 touch down KLIA2. Dari KLIA2 ke Menara KL mungkin hampir pukul 6 juga. Mana mungkin sampai 4.30 ptg di Menara KL.
Decide naik kereta kawan bersama seorang lagi fasilitator iaitu Kak Azita yg juga rupa rupanya terlibat dengan Majlis di Menara Kuala Lumpur juga bila program tamat pukul 12.00 tgh hari.
Ingatkan bolehlah sampai KL pukul 4.30 petang, tetapi banyak rintangan pula sepanjang jalan. Dah bersiap nak naik kereta Kak Zura bersama 3 lagi penumpang , tiba tiba kereta Kak Zura tidak dapat dihidupkan. Memandangkan saya sedang mengejar masa, kawan kawan menyarankan saya berpindah ke kereta Kak Julia pula. Hahaha..adoi la. Sepanjang perjalanan sudah ada 3 kemalangan jalan raya dan ada kes kemalangan maut yang menambahkan lagi masa perjalanan kerana kesesakan jalan raya.
Menambah huru hara apabila saya baru mendapat aturcara sebenar majlis penghargaan di Menara KL iaitu program bermula pada pukul 4.30 petang tetapi majlis penerimaan penghargaan pada pukul 8.45 malam.
Di RnR Machap saya bertukar kereta dengan Kak Zura yang sudah boleh dihidupkan. Mujur Khairil yg memandu kereta Kak Zura, apalagi kelajuannya hanya berbeza 10 minit di belakang kami. Bertukar kereta semula dgn Kak Zura kerana kami tinggal di kawasan kejiranan yg berhampiran.

Tiba di Kajang, saya memecut ke Menara Kuala Lumpur. Mujurlah sepanjang perjalanan huru hara dari Johor hingga Kajang, saya bersama Kak Azita rakan fasilitator yg terlibat juga dgn majlis penghargaan di Menara KL. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Akhirnya tiba juga di Menara KL pada waktu maghrib. Masuk KL dalam waktu orang balik bekerja dan esoknya adalah cuti umum, memang kesesakan lalu lintas adalah biasa dan alah bisa tegal biasa bagi warga Kuala Lumpur.
Yeah..masa dinantikan adalah dinner. Laparnya bila makan terkocoh kocoh. Jika mengikut aturcara saya sudah terlepas aktiviti tour Menara KL, ucapan CEO Menara KL, hi tea, menaiki dek observation melihat pemandangan matahari terbenam.
Saya hadir betul betul untuk aturcara majlis makan malam dan majlis penghargaan. Alhamdulillah masih ada rezeki saya dan Kak Azita menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari Menara KL sambil makan malam.
Selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur saya mewakili badan kaunseling Kuala Lumpur untuk menerima sijil penghargaan, cek RM 1200 dan trofi sebagai top 20 agensi yang menarik penglibatan orang ramai ke Menara Kuala Lumpur. Dalam kes kami mungkin murid murid sekolah Kuala Lumpur.
Terima kasih Menara Kuala Lumpur. Salam Merdeka !!
#KitaPunya

I