19 September 2018

Amalan Terbaik Kaunseling Menengah WPKL 2018

Tahun ini JPWPKL mengadakan pertandingan Amalan Terbaik peringkat separuh akhir memandangkan terdapat 25 penyertaan. Bimbang pada hari pertandingan jika dijalankan serentak akan menyebabkan berlarutan sampai pkl 6 petang atau 7 malam.
Maklumlah KL tiada pertandingan peringkat daerah. Semua yang ingin bertanding akan terus ke peringkat negeri. Maka hari ini di SMK Seri Sentosa kami mengadakan pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat separuh akhir. Seronok juga berada di kerusi juri dan melihat stres orang lain hihihi.
Bagi pertandingan amalan terbaik kaunseling sekolah menengah. Penyertaan adalah dari


1) SM Agama WPKL dengan projek Syukran Project.
Sekolah berasrama penuh ini mengamalkan projek tanpa kos iaitu menyemai amalan berterima kasih dan bersyukur dalam kalangan warganya iaitu murid dan staf sekolah dengan cara yang kreatif. Bertitik tolak dari perasaan tidak puas hati pengetua apabila majlis penyampaian hadiah, terdapat murid yang tidak mengucapkan terima kasih.


2) SM Sains Seri Puteri
Sekolah berasrama penuh ini mengamalkan program IGB Driver. Sekolah berasrama penuh yg mewajibkan setiap murid mengetahui gaya belajar mereka masing masing. Maka gaya belajar ini dikombinasikan dengan psikometrik minat kerjaya dan personaliti masing masing. Maklumat gaya belajar ini  diserahkan kepada guru guru untuk mengetahui cara mengajar murid yg lebih berkesan.

3)SMK Setapak Indah
Sekolah harian biasa yang menjalankan program Liga Kehadiran. Ini kerana sekolah ini belum mencecah 90 peratus kehadiran ke sekolah. Dengan adanya program ini, peratus kehadiran ke sekolah telah mencecah 90 peratus ke atas. Bertemakan umpama liga bola sepak untuk mencari kelas terbaik kehadiran.




4) SMK Seri Tasik
Sekolah harian biasa yang mempunyai peratus tinggi murid lewat ke sekolah. Dengan menggunakan amalan kawalan slip pink maka masalah lewat dapat diatasi, masalah merayau dalam sekolah dan masalah murid yang lewat ke sekolah dikesan secara langsung oleh guru kaunseling.


5) SMK Desa Tun Hussin Onn
Sekolah harian biasa yang mengamalkan sistem menghantar maklumat dengan segera dan pemantauan murid ponteng secara harian meningkatkan peratus murid ke sekolah melebihi 90 peratus memandangkan sebelum ini sekolah ini kehadiran sekolah ini berada pada 90 peratus ke bawah.



6) SMK Seri Setiawangsa
Sekolah harian biasa yang mengadakan program Win Lose or Draw bagi murid ting 4 kerana peratus kehadiran murid ting 4 yg sangat rendah. Maka dijalankan pengumpulan ganjaran kewangan sebagai inisiatif jika kelas tersebut capai KPI dan ganjaran kewangan akan ditambah tetapi jika kalah ganjaran kewangan ditarik balik. Jumlah kewangan terkumpul di serah pada hujung tahun persekolahan.
3 sekolah terpilih untuk mara ke peringkat akhir iaitu
SMA WPKL, SMK Setapak Indah dan SMK Desa Tun Hussin Onn.
Dalam amalan terbaik, tiada istilah menang atau kalah kerana masing masing membawakan amalan terbaik yang diamalkan di sekolah masing masing mengikut kesesuaian sekolah tersebut. Pemarkahan diambil untuk mencari wakil WPKL sahaja dan ia tidak membawa maksud amalan terbaik sekolah A lagi terbaik berbanding amalan terbaik sekolah B.
Semoga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan.

Perfectionist









 

Telegram Channel